Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin telah selamat menjalani pembedahan sekitam jam 12.50 pagi tadi dan dipindahkan ke Unit Kawalan Rapi (ICU) selama sehari untuk beliau berehat.
Hanipa rebah dan pengsan di Dewan Rakyat petang semalam dan telah dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN). Beliau kemudiannya dipindahkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi rawatan selanjutnya.
Terdahulu, Pengerusi Biro Undang-undang & Guaman Parti Amanah Negara (KANUN) itu telah dibawa keluar dari persidangan Dewan Rakyat ketika perbahasan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengenai Rang Undang-Undang Syarikat 2015.
"YB Sepang, Hanipa Maidin dikejar ke IJN sebentar tadi. Moga Allah permudahkan urusan beliau dan segera sembuh," kata Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan seperti tersebar di aplikasi WhatsApp sejak lewat petang semalam.
Sementara itu, Pegawai Parlimen memaklumkan Hanipa muntah-muntah dan tekanan darah peguam itu melonjak tinggi mencecah 250/110.
Dalam hal berkaitan, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran turut memuat naik foto insiden berkenaan di laman sosial Twitter beliau.
Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu, timbalannya, Salahuddin Ayub, beberapa orang ahli keluarga, rakan-rakan seperjuangan dan sahabat handai turut berada di HKL bagi menziarahi Hanipa dan menunggu di bilik tetamu.
Selain dari aktif berbahas di parlimen, Hanipa sebelum ini telah bekerja keras untuk mewujudkan akhbar AMANAH dan menjadikan pejabatnya sebagai bilik operasi sehingga akhbar itu telah berjaya memperolehi permitnya dari KDN beberapa minggu lalu. Akhbar sulung AMANAH telah berada di pasaran sejak Jumaat lepas.
Mohamed Hanipa adalah Ahli Parlimen Sepang sejak 2013 di bawah tiket Pas sebelum menyertai Parti Amanah Negara tahun lalu.

13 ulasan:
Semoga Allah mempermudahkan urusan & didoakan YB pulih & cepat sembuh.
semoga Allah segera sembuhkan YB dan kembalikan kesihatannya seperti biasa
Semuga kembali sihat untuk meneruskan perjuangan.
Patuh pada nasihat yang diberi oleh doktor dan laungkan masa untuk riadah (santai).
Mohon semua doktor dan kakitangan perubatan IJN memberi yang terbaik kepada nya dan semua pesakit. Terima kasih kepada anda semua kerana menjaga hero kami.
Semoga YB cepat sembuh. kami masih memerlukan tuan
Syafakallah YB dan Tn Asmuni
Ya Allah yang Maha Pengasih, kami mohon berikanlah kesihatan yang baik buat Tuan Hanipa. Kami rakyat Malaysia yang tertindas dan menentang kezaliman masih memerlukan khidmat beliau ya Allah. Aamiinnn yang Karim.
semoga dipermudahkan
Salam:
semoga dipermudahkan,diharap keluarga banyak2 berdoa dan bersabar.
Sama2 kita doakan yg terbaik utk beliau dan keluarga
Insya Allah Yb.hanifa akn lebih aktif dan bertenaga dlm berkhidmat kpd negara
Salah satu blog pro pas.. dlm komen2 aku baca..sakit hanipa sbb tolak hudud..salah seorg penyokong PH jawab.. Ingat mursyidul am pas sakit selepas terima jawatan dr umno.. terus senyap penyokong pas..memang pendek akal.. nak komen tgk2 lah keliling dulu.. pastu malas membaca...
Semoga Allah swt permudahkan segala urusan dan Hj.Hanifa cepat sembuh
Penyokong2 tegar pas memang mental betul pasal hudud sedangkan hadi sendiri pun dah tolak hudud..apakah hadi akan mati kafir kerana tolak hudud? Semoga Yb hanifa segera sembuh dan sihat sperti sediakala.
aamiin ya rabbal aalamiin
Catat Ulasan