4 Apr 2016

[VIDEO 2 & 3) Mansuh GST - Ucapan Beberapa Pemimpin Di Dataran Merdeka

Berikut dipaparkan ucapan-ucapan berapi dari pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sebaik saja peserta perarakan demontstrasi tiba di Dataran Merdeka semalam.

Diantara yang berucap ialah Faiz Fadzil, (AMANAH), Datuk Saifuddin Abdullah (KEADILAN), YB Nurul Izzah, (KEADILAN), Dr Dzulkefly Ahmad (AMANAH), YB Khalid Samad (AMANAH), YB Dr Mohd Hatta Ramli (AMANAH), Anthony Loke (DAP), YB DS Nizar Jamaluddin (AMANAH), YB Rafizi Ramli (KEADILAN), Mohammad Sabu (AMANAH) dan akhirnya ucapan bekas Pedana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir,.


Faiz Fadzil - Negara kita negara ketiga paling korup didalam dunia. Akibat pemerintahan rasuah Najib, rakyat hidup susah akibat ditekan dengan GST.

Datuk Saifuddin Abdullah - "hari panas, hati banyak panas, panas sama siapa? panas sama siapa? panas sama siapa? disambut oleh peserta : NAJIB!!!

Nurul Izzah - Kita mahu GST dimansuhkan, pemimpin korup jangan harap dapat lari. "Count your days, count your handbags, count your diamond rings. Your time is up, it is our time to take over the future of the country. I believed when you are righteous, kita pasti akan menang akhirnya!"

Dr Dzulkefly - "Najib dan Umno tidak ada maruah untuk memerintah negara ini," ujar Dr Dzulkefly diakhiri dengan pekikan "Tumbang BN" dan "Reformasi".

Khalid Samad - Apabila Pakatan Rakyat menolak GST tahun lalu, pihak kerajaan menuduh sebagai 'keldai DAP' kerana kononnya tauke Cina yang membantah GST. "Umno penipu guna perkauman sebagai senjata mereka. RM2.6 bilion konon nak halang Cina berkuasa. Awak nak rasuah kata sajalah. Nak laga-lagakan rakyat. "Nak tanya tentang RM2.6 bilion di Parlimen pun, dia tak berani. Parlimen apa ni?"

Hatta Ramli - Beliau mengajak para demonstran menyanyikan lagu "selamat mati GST" bagi menyambut ulang tahun pertama pelaksanaan cukai tersebut.. Menurutnya, jika rakyat istiqamah melawan GST, cukai itu akan dihapuskan juga akhirnya.

Salahuddin Ayub - Najib perlu belajar sejarah dunia. Najib mesti belajar jangan dia menjadi diktator dalam negara kita. Nanti rakyat akan bangun bangun untuk mengajar kamu.

Anthony Loke - Ketika isu MH370, Najib berada di Itali membeli cincin bersama Rosmah sebanyak RM3.5 juta. Masa rakyat di Kelantan banjir teruk tahun lepas Najib di mana? Main golf di Hawaii. Sebelum itu shopping. Najib Dan Rosmah satu hari shopping habis RM500,000. Undur Najib. Undur Rosmah.

DS Nizar Jamaluddin - 30 juta rakyat Malaysia menanggung kesusahan dan penderitaan kerana GST yang dikenakan oleh Najib dan UMNO BN. "Jangan kamu cenderung kepada orang yang zalim kelak nanti kamu akan disambar api neraka - terjemahan Al-Quran

Rafizi Ramli - Kita beri amaran, selepas ini kita akan jatuhkan seorang demi seorang mereka di sekeliling Najib dan Rosmah. Lama sangat mereka makan dedak.

Mohamad Sabu - "Kita akan teruskan himpunan dan akan turun dengan jutaan orang. Najib rasuah polis, tentera, pegawai rakyat dan kami susah. Bebas Anwar."

Tun Dr Mahathir - Najib rasuah, Rosmah suruh. Pemimpin Umno makan dedak. Saya rayu najib mengenai GST, tetapi dia tidak peduli kerana dia banyak hutang. Sebab itu kita mesti jatuhkan Najib (kerana) dialah punca masalah yang dihadapi kita semua. Rakyat sanggup berada dalam keadaan panas untuk menyatakan kepada kerajaan masalah yang dihadpai rakyat. Malangnya Najib pekak bisu. Bila ada tunjuk perasaan, dia akan tafsir orang Cina nak jatuhlan kerajaan Melayu.




7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan ibrahim kata kurang nya sambutan himpunan gst kali ini sbb ketiadaan pas.membuktikan pas parti yg kuat....aduyaiiiiiii tuan ibrahim.... Apa pula komen anda?????

Tanpa Nama berkata...

PAS perasan lebih.

Kalau kuat mengapa Ikatan tolak hudud, PAS senyap dan terima ?

PAS tak tahu ke telah setahun GST dilaksanakan. Jika PAS tahu mengapa tak buat program mansuh GST? PAS bukan cakap seperti orang Islam tetapi orang politik semata-mata yang mengambil kesempatan.

Kalau PAS kuat pun... kuat makan dedak.

Tanpa Nama berkata...

Yang PAS sibuk kan ialah ramai ke tak ramai.

PAS langsung tidak ambil peduli kesengsaraan rakyat disebabkan cukai GST.

PAS tidak langsung rasa malu apabila banyak maklumat rahsia di terima oleh Rafizi.

Mana suara PAS yang desak Najib berundur?

Tanpa Nama berkata...

Kerana mereka adalah Penasihat kepada kerajaan UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Pas selalu bising2 sibuk kata kuat,hebat,matang tp tindak tanduk menunjukkan sebaliknya dan paling utama xmencerminkn islam pun.kata parti islam tp lg teruk drp kapir.hapa cerita pas ni

Tanpa Nama berkata...

Nama2 top dlm isu2 rakyat semua dalam amanah..nak harap pas ceramah politik temberang adalah...tanpa tenaga profesional sewaktu dlm pas, sampai hari ni pun pas mungkin masih beribupejabat kat dlm hutan

Tanpa Nama berkata...

Heran pas masih perasan dia kuat tapi kenapa ceramah pas 20 org jer yg datang..kalau pas buat perhimpunan dia akan angkut semua ahli2nya seluruh malaysia sbb tu nmpak ramai...mana2 perhimpunan pun dia akan angkut org2 yg sama...ramai dimata saja hakikatnya ahli2nya yg masih tinggal hanya 25% itupun penyokong tegar yg jahil dan buta maklumat.