9 Apr 2016

Rafizi Mahu Saman KPN, Cabar Tanding Pilihanraya

Ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli akan berbincang dengan peguam sama ada mahu mengambil tindakan saman terhadap ketua polis negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar, lapor Malaysia Dateline.

Ia berhubung dakwaan Khalid bahawa Rafizi membuat cerita dongeng untuk mengelirukan orang ramai mengenai arahan meletakkan tangan di belakang ketika dibawa ke mahkamah dengan diiringi pegawai polis.

“Dia hanya buat cerita dongeng untuk kelirukan orang ramai,” kata Khalid.

Katanya, ketika diring, Rafizi boleh meletakkan tangan di mana-mata ketika berjalan.

Tetapi Rafizi menafikan tuduhan Khalid berkenaan.

“Saya diarahkan oleh pegawai polis untuk letak tangan di belakang.

“Arahan untuk letak tangan di belakang adalah budi bicara pegawai dibuat di hadapan peguam saya.

“Kenyataan IGP memfitnah dan saya rujuk peguam. Kenyataan IGP menuduh saya berlakon itu akan saya bincang dengan peguam untuk saya saman.

“kalau IGP main politik mari bertanding di Pandan,”
tulisnya di Twitter.

Peguam Saiful Izham Ramli sebelum itu telah berkata arahan supaya tahanan memegang pergelangan tangan sendiri dibuat bagi membataskan pergerakan.

Manakala tindakan polis memegang lengan mereka pula ketika berjalan adalah amalan biasa, tambahnya lagi.

Rafizi dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 hari ini selepas didakwa bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana mendedahkan dokumen sulit kerajaan.

Ahli Parlimen Pandan itu juga menghadapi satu lagi tuduhan mengikut Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana memfitnah Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi blognya dan diikat jamin RM1,000 bagi tuduhan memftnah TH.

Ketiga-tiga tuduhan itu akan disebut semula pada 29 April ini.


Guna OSA untuk keselamatan negara bukan keselamatan PM

Akta Rahsia Rasmi (OSA) tidak harus digunakan secara berwewenang (arbitrary) bagi menyelamatkan kedudukan Perdana Menteri malah perlu digunakan untuk keselamatan negara dan bukannya penyelewengan wang negara, kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional Faiz Fadzil.

Mengutuk keras penahanan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli untuk disiasat di bawah seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, Faiz menyifatkan tangkapan yang dilakukan di pintu masuk parlimen itu sebagai tidak menghormati kesucian institusi legislatif yang menjadi tunggak utama sistem demokrasi negara.

"Keberanian YB Rafizi mendedahkan dokumen-dokumen yang dikaitkan dengan salah urus institusi kewangan negara termasuk LTAT, Tabung Haji, 1MDB dan sebagainya harus dipuji.

"Ketua Polis Negara sewajarnya menyambut baik pendedahan ini kerana ianya dilakukan demi menyelamatkan dana berbilion ringgit wang negara, dan bukan sebaliknya bertindak zalim terhadap beliau.

"Sebaliknya, Perdana Menterilah yang harus ditangkap dan disiasat berkenaan pelbagai skandal dan salahlaku yang dihadapi ketika ini," tegas beliau.

Faiz turut menasihati Ketua Polis Negara agar menjaga kepentingan rakyat melebihi daripada kepentingan peribadi Perdana Menteri dan tidak mengkhianati amanah rakyat untuk memelihara keamanan negara dan menegakkan keluhuran undang-undang (rule of law).

"Negara ini bukan milik Najib Razak, tetapi milik rakyat. Suara rakyat suara keramat. Rakyat harus bangkit menuntut pembebasan segera wira rakyat ini.

"Kezaliman dan salahguna kuasa Perdana Menteri ini harus dihentikan," ujar beliau.
-md


ULASAN GB

Go Rafizi go!

GB tertarik puisi untuk Rafizi ini:

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

OSA bertujuan mengekang fitnah dibuat oleh pihak tak bertanggungjwb terhadap kerajaan yg memerintah, bukan beri kuasa pada polis utk tangkap org sewenang2nya.Kalau macam ni, tak akan ada rakyat yang sanggup jadi "wisel blower".Maka perintahan Diktaktor akan berkuatkuasalah.Maka akan timbullah Maha Firiun.Polis kena siasat aduan Rafizi.Kalau benar ada berlaku rasuah/seleweng, maka bukan fitnah namanya.Kalau Rafizi menang kes ini, intergriti polis negara ini

Tanpa Nama berkata...

Berlama lagi dia nak jadi KPN.Dah pencen besok barulah dia sedar diri.Aku memang tak maafkan kalau selama ini dia menipu.Kalau dia buat press conference, maknanya dia cakap kpd semua audience, termasuk aku juga lah.

Tanpa Nama berkata...

Rafizi panglima perang...Hebat dugaanmu wahai rafizi...Teruskan punch bertubi tubi kat najib ngan polis kerek tu...sampai jatuh tersembam.kasi ajar sikit..

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak saman elok saman blog pencacai umno sekali yg menambah tokok kes ni.kasi ajar sikit

Tanpa Nama berkata...

Kita suka tengok KPN negara2 jiran seperti Singapura,Indonesia,Thailand dan lainnya yang sangat professional dan berintegriti.

Tanpa Nama berkata...

Sebagai Ketua Polis Negara yang cukup banyak berjasa pada masyarakat dan sangat di hormati oleh semua jenis orang di negara ini termasuk penjenayah, tidak menjadi masalah bagi Khalid untuk bertanding di Pandan.

Antara Rafizi seorang ahli politik dengan Pegawai Polis Polis berpangkat nombor satu, sudah tentu pengundi Pandan memilih Rafizi.

Kerana Khalid bukan ahli politik. Kepakaran Khalid ialah melaksanakan undang-undang.

Tetapi Khalid seolah-olah bermain politik dengan membuat tuduhan Rafizi berpura-pura tangan nya di gari.

Kalau Khalid tidak berani menyambut cabaran dari Rafizi maka lebih baik Khalid jalankan tugas dengan seadil-adil nya sebagai Ketua Polis secara professional.

Tanpa Nama berkata...

Semasa Najib bercakap dalam mesyuarat bersana lembaga pengarah 1MDB, adakah Najib bersuara untuk memberi nasihat atau mengarah ?

Najib samasa seperti Khalid.

Khalid sebagai Ketua Polis Negara mengunakan kedudukannya dengan menyelesaikan isu cara orang berpolitik.

Najib orang politik tetapi sebagai Penasihat 1MDB Najib tidak boleh menguna kuasa poltik yang ada pada dia.
Tapi Najib mengunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri bukan sebagai Penasihat.

Dua-dua tidak profesional semasa menjalankan tugas.

Unknown berkata...

Bab ajak kpn masuk politik dan bertanding di pandan,rafizi perli kpn je tu..

Tanpa Nama berkata...

Khalid tak berani cabar Rafizi bertanding di Pandan.
Kerana dia tahu, kalau terima depositnya pun hangus...

Tanpa Nama berkata...

OSA PERLU DIROMBAK AND IS BETTER ORG YG TIADA KENA MENGENA POLITIK ATAU SULTAN MENETAPKAN DOKUMEN PERLU DILETAKKAN DLM OSA ATAU TIDAK PERLU. BUKAN IKUT SUKA HATI NAK MSK UNDER DOKUMEN UNDER OSA. I GUARANTEE SAMPAI KIAMAT TAKKAN NAK ROMBAK SBB KALAU SEMUA PERBUATAN BUSUK YG DIBUAT OLH BN AKAN TERDEDAH SEMUA. SBB PRU PERLU PH MENANG UTK ROMBAK UNDANG-UNDANG INI.