8 Apr 2016

Bekas CEO 1MDB Tetap Kata Najib Yang Bersalah...

Bekas CEO 1MDB dakwa Najib enggan buat penilaian semula aset

Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim mendakwa Datuk Seri Najib Razak menolak penilaian semula aset-aset dalam usahasama 1MDB- PetroSaudi International (PSI) walaupun kebimbangan itu diketengahkan oleh lembaga pengarahnya.

Perkara itu dinyatakan dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang merujuk kepada kedudukan Najib sebagai pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.


“Selanjutnya, Lembaga Pengarah 1MDB telah mengarahkan ketua pegawai eksekutif 1MDB menyediakan kertas ringkasan komprehensif kepada pengerusi Lembaga Penasihat yang mengandungi kronologi peristiwa berkaitan perjanjian usaha sama, status pembiayaan dan ketidakpuasan hati Lembaga Pengarah 1MDB terhadap laporan penilaian aset PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd.

“Bagaimanapun, semasa mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 7 November 2009, Encik Shahrol Azral memaklumkan penilaian kedua tidak perlu dibuat terhadap aset syarikat usaha sama tersebut kerana pengerusi Lembaga Penasihat tidak bersetuju dengan cadangan ini, tetapi mengarahkan Lembaga Pengarah 1MDB melantik sebuah syarikat perundingan bagi menilai pemilikan syarikat usaha sama.

“Namun demikian, semakan JAN (Jabatan Audit Negara) mendapati tiada dokumen yang dapat membuktikan pelantikan perunding tersebut telah dibuat,” menurut laporan itu.


Mahathir: Najib tahu, kenapa hukum bekas CEO 1MDB

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berasa sedih apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara meletakkan tanggungjawab berhubung kelemahan 1MDB kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahrol Azral Halmi.

"Saya rasa sedih pada (bekas) CEO itu, dia tidak mengasaskan 1MDB, 1MDB dimulakan perdana menteri (Datuk Seri) Najib Abdul Razak.

"(Najib) penasihatnya, apa saja yang berlaku kepada 1MDB dia mesti tahu.

"Sebenarnya tiada apa boleh dibuat tanpa persetujuannya, jadi kenapa hukum lelaki (bekas CEO) ini,"
kata Mahathir.

Antara kelemahan yang dipetik dalam laporan PAC mengenai 1MDB adalah pengurusan yang melanggar keputusan dan nasihat daripada lembaga pengarah, atau bertindak sebelum ahli Lembaga membuat keputusan tertentu.

Lembaga pengarahnya dalam satu kenyataan kemudian menawarkan diri untuk meletakkan jawatan.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara ini, Mahathir menjawab bahawa seluruh 1MDB perlu dibubarkan.

"Mereka tidak melakukan apa-apa yang baik sama sekali," katanya.

Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri forum tertutup mengenai gerakan 'Selamatkan Malaysia' di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya di Kuala Lumpur.
-mk


ULASAN GB

Berhiruk pikuk golongan ultra-taksub semalam apabila Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tan Seng Giaw (Kepong-DAP) berkata Najib tidak boleh dipertanggungjawabkan diatas skandal sekitar 1MDB.

Kononnya Presiden PAS mempunyai ilmu luar batasan apabila meminta rakyat tidak menghukum Najib sebelum dibuktikan bersalah dalam isu 1MDB.

Sedangkan apa yang dinyatakan oleh Tan Seng Giaw itu ialah ulasannya mengenai perjalanan 1MDB dengan tidak mengambil kira peranan Lembaga Penasihat.

Kenyataan di atas oleh bekas CEO 1MDB membuktikan bahawa Najib selaku Pengerusi Lembaga Penasihat memang ada peranan, malah besar peranannya iaitu

Datuk Seri Najib Razak menolak penilaian semula aset-aset dalam usahasama 1MDB- PetroSaudi International (PSI) walaupun kebimbangan itu diketengahkan oleh lembaga pengarahnya.

Dan memang benar kata TDM, bekas CEO itu tidak mengasaskan 1MDB, 1MDB dimulakan perdana menteri (Datuk Seri) Najib Abdul Razak.

(Najib) penasihatnya, apa saja yang berlaku kepada 1MDB dia mesti tahu. Jadi mengapa letakkan kesalahan hanya kepada CEO tersebut? Apatah lagi hutang yang ditanggung oleh 1MDB adalah RM50 bilion.

Dan hari ini Timbalan Presiden PAS, TITM meminta Najib meminta maaf.... kalau Najib tak bersalah apasal TITM suruh Najib meminta maaf, wahai ultra-taksub?

10 ulasan:

Unknown berkata...

PENGERUSI LEMBAGA PENASIHAT TIDAK BERSETUJU UTK PEMBUAT PENILAIAN KE 2. patutnya datok shahrol cdg kat pengerusi lembaga penasihat... lantik tuang presiden sebagai penasihat utk buat penilaian kedua.. baru lah najib terima. Tuang presiden kalau di lantik jadi tuan penasihat. Kena bawa 4 org saksi . sbb kalau apa2 berlaku. Tuang presiden Takkan percaya kecuali 4 saksi tu.. baru2 ni keluar 53 media seluruh dunia condong 1MDB najib bersalah..tp tuang presiden tak percaya..sbb dlm 1MDB takde saksi tuang presiden. Tuang presiden akan ckp bersalah kalau mahkamah ckp najib bersalah.. masaalahnya pengerusi lembaga penasihat.. akan tepis kalau utk pegi mahkamah..dulu kini dan selamanya menepis..

Tanpa Nama berkata...

Cakap orang putih, 1MDB is Najib s baby.

Itu sebab apa yang berlaku dan apa jua proses di lalui 1MDB sentiasa dan perlu mendapat perhatian khusus dari Najib.

Najib tidak boleh lepas tangan begitu sahaja.

Jangan jadi kan 1MDB seperti baby yang di tinggalkan di tandas awam.

Tanpa Nama berkata...

DAP Kepung Tan Seng Giaw mengatakan Najib tidak dipersalahkan secara langsung.

Ini kerana penglibatan Najib adalah se cara tidak langsung. Ia itu mengarah dan memutuskan atas kapasiti Najib sebagai Pengerusi Penasihat, di buat secara bukan resmi.

Najib bukan sahaja menolak penilaian semula aset-aset dalam usahasama 1MDB sebaliknya Najib mengarahkan Lembaga Pengarah 1MDB melantik sebuah syarikat perundingan yang akhir nya di dapati tiada dokumen yang dapat membuktikan pelantikan perunding tersebut telah dibuat,

Bagaimana Najib sebagai Penasihat begitu berkuasa tetapi dalam masa yang sama tidak punya kuasa sehingga tidak tahu siapa yang mengarah SRC memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun nya.

Ini lah jadi nya apabila Perdana Menteri di lantik sebagai Penasihat apa lagi orang nya ialah beristerikan Rosmah.

Tanpa Nama berkata...

Buat lapuran polis serta fbi.ni dok certa aja buat.ambil tindakan .brani kerna benar.kalau takut tak payah

Unknown berkata...

Salam:

Siapa sebenarnya yg jadi PM mALAYSIA.

Ingat bila penerbit NTV7,meletakkkan jawatan sebagai penerbit disebabkan hanya satu pangilan Phone call dari Rosmah.sebab penerbit menyiarkan berita bahasa cina yg tak dicencor.
Ingat di setiap sidang Parlimen Rosmah akan berkeliaran ditempat duduk parlimen,memerhatikan MP2 BN,
Ingat Rosmah mengankat dirinya sendiri sebagai the 1st LADY,mengambil tempat permaisuri agung.banyak duit negara digunakan utk mengadakan majlis 1st lady ketua negara.
Ingat Rosman setup,satu department permata tanpa persetujuan kabinet.
Ingat rosmah pergi shopphing di calirfornia,terpaksa penumpang MAS ditangguH semata-mata nak bawa barang2 shopping rosmah.
bELUM PERNAH PM sebelomnya ada jet peribadi kabinet BN Meeting didalam jet.cuma semasa rosmah sahaja ada 8 jet,yg dibiayai oleh kerajaan.
Kenduri anak,mengunakan budget kerajaan.

LAST BUT NOT LEAST yg TERBARU ,Rosmah cuba buat phone call dekat embassy US,mengarahkan,jabatan justice US jgn menghantar FBI meneruskan siasatan money laundering 1 MDB:tapi pehak US tak layan,di us GOVT tak boleh campur aduk dgn siasatan legal.berita hari ini Obama,menyatakan akan menilai balik dia dgn Najib.

berdasarkan chronology diatas:
siapa agaknya yg arahkan polis bunuh altantuya?????

wallah'ualam masa akan menentukan,22thn Madey GAH Berkuasa,Najib maybe 10thn?20thn....

Malaysiabaru berkata...

Sharol wanted satu dunia

Keluar cnn bbc cnnc abc nbc ccn

Nyt giardian mirror tokyo moscow paris africa kutub utara


Celaka 1mbabi 1mdobi

Tun Razak buat felda

Najis buat hutang 50b celako ko najis... Takde sape nak mengaju jd melayu kerana najobullshit

Pemuda parit kings berkata...

Najis ni ingt rakyat benggap mcm dia ker!!????but la lg kerosakan dimalaysia ni Dan memangsakan rakyat..maka byk rakyat pun benggap..ditambah keenakan dgn brim...diadun pulak dgn duit pilihanraya...dicampur dgn berita di kaca2 TV...memang bertambah benggap la rakyat Malaysia...

Tanpa Nama berkata...

kurangkan penggal kepada 1 penggal kuasa kalau lebih2 pasti akan lupa diri dan amanah rakyat yg bayar cukai saya akan tuntut duit yg saya bayar cukai di akhirat kalau di salah guna...jika dapat tuntutan itu di akhirat untuk moga tutup dosa2 saya yg agar brkurangan tq ....from east malaysia yg n meluat n malu pada mereka yg tak berwibawa tq

Tanpa Nama berkata...

Wahai tuan ultra-taksub dari kaum pemakan dedak! Terimalah realiti kes berdasarksn "fact & figure". Jangan utamakan al dedaq fiddunya al sangsara filakhirah.

Tanpa Nama berkata...

Wahai tuan ultra-taksub dari kaum pemakan dedak! Terimalah realiti kes berdasarksn "fact & figure". Jangan utamakan al dedaq fiddunya al sangsara filakhirah.