20 Apr 2016

Kluster MPI Dekatkan PAS-UMNO

Zahid pengerusikan mesyuarat Kluster Politik dekatkan Pas - Umno hari ini

Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan mempengerusikan mesyuarat Kluster Politik, Majlis Perundingan Islam (MPI) di sebuah hotel terkemuka hari ini di ibu negara yang bakal menggabungkan pemimpin Umno dan Pas serta pegawai kanan kerajaan dan pensyarah univesiti tempatan.

Menurut sumber, mesyuarat itu adalah untuk kesekian kalinya selepas beberapa kali mesyuarat telah diadakan sebelum ini yang bertujuan mendekatkan lagi kerjasama antara Umno dan Pas demi kepentingan orang Melayu dan Islam.


Selain Zahid sebagai pengerusi, timbalan pengerusi kluster politik ini adalah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub.

Mesyuarat terakhir sebelum ini iaitu pada 3 April lalu dipengerusikan oleh Zambry.

Ahmad dipercayai tidak akan menyertai mesyuarat hari ini kerana masih belum sihat selepas menjalani pembedahan di kepala di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) beberapa hari lalu.

Selain Ahmad, turut mewakili Pas dalam mesyuarat ini adalah Datuk Dr Khairudin Aman Razali, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas yang juga ahli parlimen Kuala Nerus dan Dr Zuhdi Marzuki, pensyarah kanan Universiti Malaya yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Pas.

Dua bekas pemimpin Pas iaitu Datuk Nasharudin Mat Isa (bekas timbalan presiden) dan Datuk Dr Hassan Ali (bekas naib presiden Pas) adalah anggota kluster ini.


Di samping mereka, beberapa mufti termasuk Mufti Wilayah Persekutuan dan Mufti Terengganu juga ahli kepada kluster ini di samping Presiden Isma, Abdullah Zaik dan pensyarah Universiti Pertahanan Nasional, Dr Redhuan Tee Abdullah.

Sebelum ini, makmal yang dijalankan oleh MPI menyarankan parti politik supaya bersama-sama dalam satu persefahaman ke arah membentuk kesepaduan ummah.

Zahid yang juga Pengerusi MPI, berkata dalam menghadapi cabaran semasa, parti politik harus berada dalam 'acuan yang sama' atas kepentingan Islam tanpa merendahkan agama lain.

Beliau berkata walaupun berat, perkara itu boleh dilakukan sekiranya kesedaran mengenai kepentingan penyatuan sesama Islam diberi keutamaan, bukannya latar belakang politik.

"Sudah tiba masanya untuk penyatuan ini dilakukan tetapi tidak semestinya hanya dalam bentuk tahaluf siyasi atau kerjasama politik.

"Sebaliknya, ia juga boleh dilakukan dalam bentuk persefahaman dan pemahaman terhadap tugas dan bidang masing-masing dengan cara haruslah tidak mengetepikan asas utama iaitu ke arah penyatuan ummah keseluruhannya," kata beliau pada sidang media selepas menghadiri lab kluster MPI di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 12 April lalu.

Saranan itu, kata Zahid, dibuat oleh Kluster Politik iaitu satu daripada tujuh kluster yang membentangkan pandangan pada makmal tersebut.

Kluster lain yang terlibat dalam perbincangan tersebut ialah Kluster Dakwah, Ekonomi, Pendidikan, Sosial, Perundangan Islam dan Pemikiran Islam, katanya. -Malaysia Dateline

ULASAN GB

Tiada apa yang dapat GB ulas lagi selain dari mendoakan agar PAS-UMNO berjaya didekatkan dan digabungkan.

Apa tah lagi yang mewakili PAS adalah terdiri dari mereka yang memang dikenali sebagai pelupor gerakan "kerajaan Perpaduan" PAS-UMNO seperti Zuhdi Marzuki dan Khairuddin Aman Razali. Malah bekas pemimpin PAS seperti Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa adalah juga sebenarnya "broker" untuk projek berkenaan.

Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar. Selamat maju jaya.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga kita kenal siapa pemimpin yg munafik yg di depan pengundi kata lain..di belakang kata lain. Di depan kata tak mahu berpelyk..tapi dihati mahu berpeluk cium.

pemuda parit kings berkata...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua penyokong PH...saya juga bersetuju dgn kata2 GB...harap dptlah bersatu PAS dan UMNO ni...senang rakyat nk pilih dlm PRU akan datang...

air gunung berkata...

Biarlah diaorg sibuk kluster politic apebagai.
Amanah truskn kerja kamu.
Dekati rakyat...santuni..
Jgn target buat kerja hari ni esok mnang..pjg lg ceritanya..
Kita bkn lawan Umngok BN
Kita lwn jentera negara.
Agak2 laa klau nk cpt menang..
Yg penting lawan..jgn kluk klek..
Jg akhlaq tutur bahasa.
No salak2,makihamun barua tolol anjing babi khadam setan dll.

Tanpa Nama berkata...


Mudah-mudahan kali ini tidak ada lagi u-turn, tidak ada lagi yang tidak percaya dan tidak ada lagi yang cuba menafikan.

Jangan berlakun, jangan pura-pura lagi.


Tapi kena ingat berhati-hati, jika Anwar Ibrahim di perlakukan se begitu kejam, tak mustahil berlaku lagi.

Tapi bukan pada Lebai-Lebai tetapi pada parti kesayangan ahli-ahli PAS.

Berpolitik lah cara Islam, pasti UMNO PAS di tolak. Kerana Islam tidak benarkan SPR menipu. Islam melarang guna Bangla. Islam tidak mengugut dan melaga-lagakan antara kaum.

sizzly7761 berkata...

Pensyarah kanan Universiti Malaya @ Penjawat Awam @ kumpulan A dan memegang jawatan penting dalam PAS...tapi takda tindakan tatatertib oleh Jabatannya dan JPA...nampak tak siapa Zuhdi Marzuki sebenarnya?? Kalau penjawat awam kumpulan A nak berpolitik mesti ada kebenaran ketua jabatan...itu kalau nak masuk UMNO..tapi ini anggota PAS..nampak tak walaun semua.. siapa Zuhdi ni???

Tanpa Nama berkata...

Memang kna sgt² ahli anggota kluster MPI ini.. Puak lebai auta bergabung dgn puak penyamun wang rakyat ini.. Semoga pergabungan ini cepat² dibuat.. Puak lebai auta Pas pun tak usah nak buat malu² lagi.. So lepas ni pasti poket jubah puak lebai auta Pas ni penuh dgn fuluss selalu..

Unknown berkata...

Selepas tugas Dr Zakir Naik selesai. nama-nama diatas pula memainkan peranan mereka.  Semoga menjadilah hasrat jahat mereka untuk menyembunyikan kejahatan, salahlaku ketua orang melayu.

Orang Melayu yang merupakan majoriti bangsa dalam negara kita, seolah-olah hilang tanggungjawab moral. Angkara durjana dan murka yang dilakukan oleh individu sebangsa dan seagama, di kecualikan dan dihalalkan. Tidak mengapa, kerana pelakunya ialah orang sebangsa dan segama.


Berbohonglah, menipulah, mencurilah, merompaklah, berasuahlah, memfitnahlah, dan berbagai lagi kerja haram asalkan yang melakukannya adalah Melayu. Hukum Allah, nilai-nilai murni bangsa Melayu, adat resam ditolak tepi dahulu.....dianggap tidak wujud seketika. Alahai...orang melayu.

Tanpa Nama berkata...

Kita dah penat bercakap dan dah puas memikirkannya maka sekarang masanya kita memulakan kerja.Pandang kiri dan kanan kenali yang mana satu kawan dan yang mana satu lawan sebab sekarang ni terlalu banyak Musang berbulu Ayam.

andikbolong berkata...

umno-pas=umpas @ ampas. baguslah bersatu dari main2 belakang tabir je tok2 guru dengan perasuah2... jelas tok2 guru halalkan kerja2 amno selama ini dan sebagian kekalahan dipru yg lalu akibat mainan2 tok2 guru sebab tu buat dek je... depa ni. tak lama tok2 ni akan disembrlih oleh perumnosuah kerana depa ingatkan tok jangut ni mcm kambing je... orang hilang arah dan perjuangan bagi mereka &$$ fulus yg penting.

nick berkata...

Tak masuk akal dua parti politik bekerjasama tanpa ada motif politik. Walaubagaimanapun, sudah jelas bahawa PAS dan UMNO sudah ada persefahaman dan kerjasama, cuma keberatan nak diistihar secara rasmi takut2 ramai ahli cabut dan rakyat tolak masuk longkang. Bila dah duduk bersama dalam MPI ini jangan lagi ada tok2 lebai atau ustaz2 yang masih nak membohong bahawa PAS nak berperang dan berlawan dengan UMNO/BN.

Takkanlah dah tidur satu bantal tapi pagi esok keluar bilik je, masih lagi mendabik dada cakap PAS dan UMNO adalah musuh! Orang gila je yang masih dok cakap macam tu dan orang gila je yang percaya! Apa2 pun, PAS dan UMNO dah tidur sebantal. Next PRU, tolak je dua2 parti nyanyok tu masuk dalam lipatan sejarah, buat kenangan kat muzium, bagi anak2 kita tengok parti2 yang hilang akal, tamak dan bernafsu besar yang sudah tak relevan kepada politik rakyat.

Nick.
Cape Tiger.

Tanpa Nama berkata...

Sebagai orang awam kita tidak peduli mereka nak tubuhkan apa bende. Cluster ke atau gangstar ke atau malapetaka ke lantak dioranglah. Apa yang penting selagi kita mengikuti nasihat dan petunjuk Rasulillah s.a.w. kita tidak akan sesat. Bak kata orang Inggeris, "at the end of the day" yang penting ialah kesejahteraan rakyat biasa: pekerja kilang, tukang kebun, dreba lori, pemotong rumput, pengutip sampah, penoreh getah, pengait buah sawit, penjual pisang goreng, penggali kubur serta yang satu klaster dengan mereka. Sesiapa yang boleh mengwujudkan keadaan dimana kita boleh bayar sewa rumah, boleh membeli 6 atau 7 ekor ikan pelaling, sekilo kangkong atau sawi, sekilo beras setiap hari dan boleh memberi seringgit atau dua kepada anak yang bersekolah maka yang itulah kita undi. Bangsa tak jadi pilihan. Kerana mengundi orang satu bangsa bukan syarat untuk masuk syurga. Buat apa Melayu jadi wakil kalau hidup kita susah. Sampai sebungkus ikan masin harga 3 ringgit pun kita tak boleh beli. Buat apa ustaz jadi wakil kita, kalau yang dilayan hawa nafsu dia sahaja (beli kereta besar, buat banglo besar, cari bini kecik sebab yang lama dah besar) dan bukan kesejahteraan rakyat(tengok murid sekolah ada belanja ke ada makan ke, tengok rumah mereka ada beras ke atau ada minyak masak ke). Sudah lama sangat orang Melayu miskin kena tipu. Bukan sahaja yang menipu tu orang sekular, yang berjubah pun sama menipu! Dari zaman Inggeris sampai zaman orang-orang bodoh jadi menteri. Sekarang Allah s.w.t. uji kita dengan mentari panas. Tanah merkah, sayuran dan buah-buahan tak menjadi dan mahal. Tak tau apa lagi ujian Allah s.w.t. kepada kita. Sumatra selalu kena gempa bumi dan baru-baru ni Myanmar. Yang tak kena Putrajaya sahaja. Tak mustahil pusat gema berpindah ke Putraja kalau itu kehendak Allah s.w.t. Manalah tahu pada mata kasar kita pengkhianat dan ustaz pun boleh berpakat!!.

Tanpa Nama berkata...

Sesiapa kaki judi dan mabuk masuk PAS semasa pemecatan Anwar, malu nak berjudi dan berhenti mabuk. Yang tak pergi ceramah datang walaupun kena datang atas perbelanjaan sendiri.

Kita tenguk apa jadi selepas PAS masuk UMNO, adakah ahli UMNO tidak main nombor ekor dan tidak mabuk-mabuk terutama anak-anak Menteri.

Takut-takut ada diantara pemimpin muda PAS yang bersama-sama pemimpin UMNO suka tenguk video.

Apa jadi jika dosa-dosa orang PAS ini di rakam tanpa pengetahuan orang PAS?

Jika pemimpin PAS boleh hilang rasa hormat pada TGNA setelah pemergiannya, apakah UMNO akan terus berpegang pada janji setelah ketiadaan Hj Hadi?

Yang pasti jawatan Presiden akan menjadi rebutan.

Tanpa Nama berkata...

islam dan melayu adalah alasan yg sengaja ditimbulkan yg sebenarnya hanya utk kepentingan parti mereka, disaat umno yg sedang sarat dgn pelbagai skandal rasuah menyebabkan ia juga sarat dgn kebencian majoriti rakyat manakala pas pula yg masih tercari2 utk menarik semula sokongan rakyat khususnya golongan non muslim dan meneruskan kelangsungan parti pas sendiri, rakyat melihat kerjasama spt ini hanyalah gimik utk mereka kekal relevan dlm kancah politik malaysia..... sudah byk kali kedengaran baik pemimpin umno atau pas konon bekerjasama atas dasar kepentingan islam dan melayu.....

Tanpa Nama berkata...

Pas cepatla bergabung ngan umno,apa lagi nk main wayang.. Lagi cepat lagi bagus xelok perkara baik di lengah2 kan nt mcm kawin2 kalau biar lama2 xlaku pulak jd andartu.kahkahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Tak payah main malu2 kucinglah...pas bergabung jea terus dgn umngok...senang cerita...hihihiii...

Unknown berkata...

Brader2 jgn dok mengata kat ostat2 umpas ni tau, nanti kena doa laknat.......ostat2 pas ada power tau bukan macam dulu. Kat sarawak ostat pas malaya semua lolos sedangkan PH semua sangkut.....khalid samad pun tak lepas kerana tinggalkan pas. Wow power wow ostat pasikatan skrg, esuk jadi pasikumno lagi jebat wow!Harapkan pagar, pagar makan dedak dgn padi sekali gus. Ramai wow ostat hisap puting!

Tanpa Nama berkata...

Jk pas rasa segala penipuan kezaliman umno BN pd penyokong pas hanya sebagai gurauan ok laaaa....pas bleh bergabung dgn umno BN.... Pas bleh bercium kulom lidah dgn umno BN....tp..... Rakyat dh serik.... Dgn pemimpin pas yg tk ada pendirian....

Tanpa Nama berkata...

Sejak berbaik dengan umno dua orang
pas dapat jawatan.hj hadi yang tak
dapat.lantik diri sendiri jadi penasihat.
apa yang dinasihat tak tahu.elaun
pun tak dapat.hj hadi kena kelentong
dengan umno.di parlimen mp pas cikit
saja.hj hadi pun kaki ponteng sidang
parlimen.nik abduh dan nasrudin tantawi
jadi patung bisu.p raya ke 14 pas lingkup

Tanpa Nama berkata...

Sejak berbaik dengan umno dua orang
pas dapat jawatan.hj hadi yang tak
dapat.lantik diri sendiri jadi penasihat.
apa yang dinasihat tak tahu.elaun
pun tak dapat.hj hadi kena kelentong
dengan umno.di parlimen mp pas cikit
saja.hj hadi pun kaki ponteng sidang
parlimen.nik abduh dan nasrudin tantawi
jadi patung bisu.p raya ke 14 pas lingkup

benartetapbenar berkata...

Setuju pas-amnu bergabung/krjasama secepat mungkin supaya selamat puok2 o-alamak & geng osetad UG drp terus2an buat dosa menipu tak abis2.