8 Apr 2016

Apa Wayang Yang PAS Main Dalam PRN Sarawak?

Letak calon bukan Islam tidak bantu Pas

KUALA LUMPUR - Tindakan Pas yang buat julung kalinya meletakkan seorang calon bukan Islam pada pilihan raya negeri Sarawak hakikatnya tidak akan membantu parti itu untuk meraih sokongan pengundi, demikian menurut seorang penganalisis politik.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata selain cenderung untuk menolak Pas disebabkan agenda hukum hudud yang diperjuangkan parti itu, pengundi di Sarawak lazimnya mengundi parti yang mewakili kaum masing-masing.


"Strategi Pas meletakkan calon bukan Islam tidak akan mengubah pola pengundian masyarakat Sarawak kerana pengundi tidak melihat kepada calon, tetapi parti yang diwakili oleh calon terlibat."

"Ini kerana isu yang dibawa oleh mereka adalah bersifat nasional seperti 1MDB, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan hudud, sedangkan rakyat negeri itu lebih bertumpu kepada isu tempatan seperti pembangunan, kemudahan infrastruktur, pendidikan, peluang pekerjaan dan tanah adat," katanya kepada Bernama.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi mengumumkan bekas penyanyi dan artis rakaman Iban terkenal di Sarawak, Clement Bayang, 59, sebagai calon Dun Kakus.

Clement adalah antara 11 calon Pas yang akan bertanding pada pilihan raya negeri, yang mempunyai 82 kerusi kali ini. Calon-calon Pas lain ialah Ustaz Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi (Samariang), Zainal Abidin Yet (Pantai Damai), Zulkipli Ramzi (Muara Tuang), Asan Sikro (Sadong Jaya), Ustaz Wan Abdillah Wan Ahmad (Sebuyau), Kiprawi Aman (Jepak), Ketua Pemuda Pas Sarawak Mohammad Arifiriazul Paijo (Lambir), Pesuruhjaya Pas Sarawak Jofri Jaraiee (Pujut) dan Zharudin Narudin (Samalaju-kerusi Dun baharu).

Satu-satunya calon wanita Pas adalah Hamidah Mokthar, 26, seorang pengurus butik pakaian Muslimah dan Setiausaha Muslimah Pas Sarawak akan bertanding di kerusi Dun Beting Maro.

Mengulas lanjut, Ahmad Martadha berkata strategi 'tidak menjadi' Pas itu juga secara langsung mencalar dan mengenepikan imej parti Islam yang diperjuangkan selama ini, semata-mata bagi meraih sokongan pengundi.

"Sebenarnya Pas cuba untuk mencapai kemenangan dengan apa jua cara... Tanpa menghiraukan hakikat bahawa Pas adalah sebuah parti Islam. Strategi ini sebenarnya memberi impak buruk kepada parti itu yang sebelum ini tidak pernah meletakkan calon bukan Islam,"
katanya.

Dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 pada 2011, Pas bertanding di lima kawasan - Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro tetapi gagal memenangi sebarang kerusi. -Bernama

ULASAN GB

GB tertarik dengan ulasan seorang sahabat di kumpulan WA. Cuba baca:


Ya, GB ulangi: apa wayang yang PAS mainkan sekarang?

Kedua, dahulu Presiden PAS sendirilah yang menyatakan "Mereka yang tidak berpendidikan peluk Kristian.


Bukan main kutuk Kristian. Sekarang dengan muka tak tahu malu, pilih Kristian untuk jadi calon PAS. Apakah PAS sudah menjadi parti yang terdesak yang yang tinggal hanyalah orang-orangnya sudah tidak berpendidikan setelah ditinggalkan golongan profesyenal?

Ketiga, di dalam satu video yang viral di media sosial, sempat pula dia menuduh AMANAH sebagai "khadam DAP".

Apa yang disebutkan oleh Presiden PAS itu sebenarnya hanya melahirkan jiwanya yang kacau dan hatinya yang berpenyakit. Menuduh yang bukan-bukan, melabel secara membabi buta kerana sebenarnya beliau cuba menutup rasa cemburu dan irihatinya dengan perkembangan AMANAH yang kini walaupun hanya baru beberapa bulan ditubuhkan sudah mampu menyaingi partinya di seluruh negara.

Rakyat Sarawak berpusu-pusu mengisi borang AMANAH

GB perturunkan jawapan yang menarik dari Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah mengenai kenyataan Presiden PAS itu:

Terima kasih Hadi kerana sahkan Amanah bukan khadam Najib, kata Wan Rahim

Hakikatnya rakyat negara ini tidak perlu dilabel siapa khadam siapa kerana kita rakyat merdeka dan berhak membuat pilihan sendiri, kata Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengulas dakwaan presiden Pas bahawa parti itu hanya khadam DAP.

"Kita pun tidak terlintas untuk kata Pas khadam Najib walaupun nampak jelas tindakan bekas parti saya itu begitu kuat memikul kerja Umno sekarang", katanya ketika ditemui selepas majlis sarapan pagi dengan sekumpulan industrialis di Kedai Nasi Katil, Jalan Bayam, Kota Bharu pagi ini.

Tuduhan seperti itu bagaimanapun katanya membersihkan Amanah daripada tohmahan liar yang sentiasa dilemparkan kepada Amanah kononnya penubuhannya adalah untuk menolong Umno mengalahkan Pas.

"Dalam politik demokrasi kita tidak guna perkataaan khadam tapi kita guna perkataan memihak iaitu memihak kepada kerajaan atau pembangkang,"
katanya.

Dalam game (pentas) demokrasi, jelas beliau bila kita memasukkan satu entiti dengan pembangkang maka secara automatik entiti itu berlawan dengan kerajaan.

"Sekarang ini dengan meletakkan kita (Amanah) di pihak DAP kita gembira kerana kita tidak lagi terpalit dengan kerajaan Najib yang begitu dibenci rakyat sekarang," katanya.

Beliau yakin perkataan khadam sudah luput dari realiti rakyat Malaysia, cuma rakyat akan cukup meluat jika sesiapa dilihat cuba memihak kepada kerajaan yang penuh dengan agenda menyusahkan rakyat pada masa ini.

"Sebut perkataan 'dedak' rakyat terbayang mereka ini walaupun ada di kalangan mereka berpakaian lebai," katanya.

Presiden Pas seperti dilaporkan Astro Awani menganggap Amanah bukan saingan parti itu dalam konteks pilihanraya Sarawak dan menganggap parti Amanah hanyalah 'khadam DAP'.





29 ulasan:

Unknown berkata...

Salam:

PAS Parti Agama,Multi Agama,Kristian pun boleh,Budha pun boleh,hindu pun boleh hatta Ateis pun boleh asalkan nak menang pilihanraya.

Dasar parti PAS,Nampak gayanya kena tukar kot,kalau tidak habiss walaon kat kampong2 TERTIPU.

Memang PAS,sudah mengarut sampai ka usus.sudah tengelam punca,kakiripun tak,kekananpun tak,keatas/bawahpun tak,cuma dok pimai-pimai tangtu.

Hantam sajalah Labu,lobai-lobai Tarbus,Den tak kuaso nak nasihatkanye.
Bueklah apo yg ekau suko,asalkan ekau bahagio.

SELAMAT MENCUBO,kek monang kristian nanti bolelah parti ado 2 dasar.dah takdo laghi agama suku,politik suku,semuo agamo boleh belake...

sekian.

Usop ali berkata...

suroh lebai ni mengajar fardu aain untok golongan tua lagi baik....islam pun tak tercemaar....apa punya tuuurrr la ...

Unknown berkata...

PAS nak cover semula lah tu....
Mereka nak tipu...konon2nya sekarang ini...mereka tu ..bersifat Universal, Versetile lah.

Teruklah PAS lanie. Ludah jilat balik..hudud di tong sampah kan hmmm...

Potailangek berkata...

Tu laaaa..ckp lg org islam liberal..haaa..kan dh kena kt btg idung sdri...hahahaha
Lain kali jgn kuat sgt mengata org

abrarmujahideen berkata...

Pemimpin fasik, munafik...bermuka2. Sifat al-Amin jauh skli

Tanpa Nama berkata...

Pigiidah pemimpin pas ni....aku lebih suka berimamkan rafizi drpd hadi...perjuangan rafizi lebih hampir kepada semangat islam...tidak gentar kpd pemerintH yg zolim...

antiasobiyah berkata...

ApO naK d KaTO...Abd.Wahid+wahub+hadi,like umno diapers..

Unknown berkata...

Ada hadis pasal ulama dajal..
Sapakah gerangan ulamak dajal tu?
Dejeyy..

Tanpa Nama berkata...

Satu2 nya Adun melayu yg sokong Najib mengekalkan kerajaan BN dipimpin Ahmad Baadshah dari partiban mana ya? Boleh caya ka puak ni?

Tanpa Nama berkata...

Bodo punya hadie.
Ade ker pilih wakil kristian utk perjuabgkan islam.
Kepala buto la...

Tanpa Nama berkata...

Yg ngate2 tu berpenyakit sebenarnye.

andikbolong berkata...

tak de pakar sikologi dalam pas yg boleh membuat pemeriksaan atas tahap berfikir lebai kadam 2.6 b ni? kesian ...

Tanpa Nama berkata...

Dok mengata parti lain khadam DAP...
Tapi tak sado... parti sendiri barua UMNO

Sedih tengok penyokong PAS bertakbir bila bukan Islam (Kristian) dicalonkan oleh Hadi sbg bakal pemimpin DUN Kakus... tgk kat sini...

https://youtu.be/LEZ1D9t5xeM

Tanpa Nama berkata...

Apa pasal Hadi buat kerja bodoh.

Kalau nak letak calun kristian bukannya atas kapasiti individu tetapi atas kapasiti parti atau NGO. Jika calun Blok ke tiga ialah seorang Kristian tetapi ahli Ikatan bertmading, itu tak jadi masalah cuma masalahnya ialah isu hudud.

Bukankah bumi Sarawak juga milik Allah, kenapa watak dan sikap Hadi pada kristian berubah ?

Tanpa Nama berkata...

Sian pas dah tersepit skrg ni.terdesak nk dpt sokongan, kalau kat slngor pun sgup pakai Pakaian dewa apatah lagi calon kristian... Kutuk2 kristian last2 calonkan org kristian. Mana hadi nk letak muka...

Tanpa Nama berkata...

Ada ura2 10 adun pas nk lompat kat kelantan. Cuba tuan gb siasat berita ni dan ulas sedikit berita gembira ni.xmustahil sbb rakyat kelantan dan menyampah dgn pas kelantan.

Tanpa Nama berkata...

Apa-apa pun tahniah kepada PAS kerana berusaha menjadikan Kakus sebagai penempatan orang Kristian.

Sebenarnya PAS bukan bersifat Universal, tetapi kan Kakus dekat-dekat dengan Rakus.

Jangan segan-silu pulak bila di minta meraikan pengundi di gereja.

Abdul Said berkata...

Memang betul dan tepat sekali. Yang ngate2 tu berpenyakit sebenarnye. Tepat! Right on the dot!! Tak silap. Sohih. Yang mengata orang barua, jebon, nak jadi penasihat, mereka yang tidak berpendidikan peluk Kristian dan macam-macam ungkapan yang bolak balik, huru bara, haru biru, tonggang langgang macam terlebih makan pil kuda atau pun minum air daum ketum hati mereka penuh penyakit! Bawak-bawakla berubat. Mungkin dementia atau pun terasuk jin!!

Tanpa Nama berkata...

Menyampah dengan Pas sebab pemimpin utamanya tidak membendung gejala atau semangat berpuak didalam parti itu...kenapa dibiarkan wujudnya puak geng ustaz dan label gol. Profesional? semasa almarhum nik aziz masih memimpin pas, perkara ini diputarkan oleh media arus perdana setiap kali musim pemilihan muktamar bertujuan melaga lagakan pemimpin pas dlm isu ulama dan profesional, siapa yg memimpin pas?...tp sy masih igt lagi jwpn bijaksana drpd almarhum tok guru iaitu ulama ialah org berilmu bukan sahaja yg memiliki ilmu agama..wujudnye motto memprofesionalkan ulama dan mengulamakan yg profesional...arwah tok guru seorg yg tidak suka memperkecilkan hati para jemaah samada yg dr puak ustaz ke puak profesional ke..beliau sorg yg mendamaikan...ketika ini ketiadaan beliau, semakin jelas geng ustaz dlm pas yg teruk melabelkan gol yg bukan dr geng mereka...lebih teruk lagi, disokong dan di tambah lagi pedas oleh tuan presiden negeri candat soton...presiden taik kucing mcmni...belajar ilmu agama..akhlak tidak setara ilmu...pas akan terus jumud dan kolot jika org sebegini memimpin jemaah...sebab wujud pilih kasih terutama ketika pemilihan, dia akan cai individu drpd puak ustaznya...Hadi awang tiada ketokohan memimpin jemaah parti.dia boleh memimpin ajk surau ajk mmasjid sbb puak dia je...dia xboleh memimpin parti yg mempunyai jemaah yg pelbgai latar...sebab pemikiran die low class dan sempit...

Tanpa Nama berkata...

kesian kepada yang walaun pada Hadi .nak bantah nati takut berdosa .jadi ikut aje lah apa hadi kata .Jenis ni ,kalau hadi kata roti yang berkulat tu bolih dimakan ,mereka akan makan dengan lahapnya.otak dah di kepal lutut,kalau yang bawah ni tak apa juga .tapi kalau orang yang seperrti TMTI .Idris Ahamd .mengapa tak bolih terfikir .sekarang jadi hamba penyanyi ,keritian pula .kesian hadi.kalau orang tu jadi hamba DAP lah .Apa? mereka lupa mereka jadi babi DAp di Selangor ni.muka letak di buntut.takda maruah langsung.

Tanpa Nama berkata...

kua.kua/kua aku menangis lihat perabagi hadi ni .apa dah jadi dengan dia ni .tuduh orang macam2 HA sekarang terpalit kemuka sendiri .tak pernah ada ulamak dihina sedemikian rupa.Birakan dia menjemput kehinaan oarang ramai ke atasnya .biarkan .Jauh bumi dengan langit kalau nak dibandingkan dengan Al amrhum TGNA.

Pemuda parit kings berkata...

Pi lantak la pas ni...

Unknown berkata...

kpd amanah kelate segeralah bertindak dari sekarang seandainya tidak mahu kerajaan negeri kelate berpindah kpd umno BN!rakyat kelate tunggu pru14....

Tanpa Nama berkata...

Gambar ulamak jebon ni tak masuk kat sinilah. Menyampah sungguh aku.

Tanpa Nama berkata...

Yang jahat semua orang lain terutama dap Cina kapir yang hina agama.

Memang ulama pas tersuci termulia termurni berilmu tertinggi.

Dan penasihat bagi penerima derma billions!

Tanpa Nama berkata...

Mungkin hadi akan bertukar agama? Jadi mibaligh kristian? siapa tahu jika Allah nk tarik hidayahNya.

Tanpa Nama berkata...

Hadi dah terlalu hampir kpd sifat2 munafik kalaupun belum munafik..hatinya telah rosak teruk dan diisi oleh para2 syaitan yg bersarang disitu..pimpinan beliau dilihat begitu teruk.dan memalukan.. islam terjejas teruk akibat perbuatan beliau jaja islam sedangkan tindakannya jelas terkeluar islam.

www.nasharrawy.blogspot.com berkata...


https://www.youtube.com/watch?v=pmAc23lQuyE&nohtml5=False … " 2H " BONEKA KERIS TELANJANG ! SUDAH TERANG LAGI BERSULUH!! TOLAK ISLAM ISLAM PAKAI " MELAYU ISLAM " ; BUKAN AJARAN NABI! KERNA " ISLAM RAHMATAN LIL'ALAMIN " www.nasharrawy

https://www.youtube.com/watch?v=1aGoRI0QJqc...MAJLISSHURA ULAMAK KHIANATI ALMARHUM TOK GURU !www.nasharrawy.blogspot.com

Nasharrawy Rawaan ·
PERANCANGAN JAHAT MUSRSHIDUL AM BULAN SEKARANG!! ;http://www.harakahdaily.net/.../40354-himmah-lambang... … ;http://www.harakahdaily.net/.../40359-prn-sarawak... … PEMUDA BULAN DAN GENG USTAZ SUBAHAH DGN PETUALANG;https://www.facebook.com/Sahabat.DSNizar/?fref=ts… …www.nasharrawy.blogspot.com

PERANCANGAN JAHAT PRESIDEN BULAN MAHU BERGABUNG KERJAAN DENGAN KERIS TELANJANG PADA 2008 ! MENIPU RAKYAT DAN PENGIKUT BULAN ! TIADA AMANAH DALAM PERJUANGAN ISLAMIS ! JANGAN JADI PENASIHAT MUSUH PADA PRU14! DENGAN BLOK GOBLOK BONEKA KERIS TELANJANG! ELOK MASUK UMNO AJA DARIPADA JADI PENGKHIANAT PERJUANGAN BULAN SELAKU KLON AZAZIL " 2H" DALAM PARTI; PRESIDEN BULAN JADI PENGKHIANAT PERJUANGAN BULAN SELAKU KLON AZAZIL " 2H" DALAM PARTI;https://www.youtube.com/watch... … http://www.nasharrawy.blogspot.com

PRESIDEN BULAN JADI PENGKHIANAT PERJUANGAN BULAN SELAKU KLON AZAZIL " 2H" DALAM PARTI; https://www.youtube.com/watch... …http://www.nasharrawy.blogspot.com

://harakahdaily.net/.../head.../40536-menangguk-di-air-keruh … " MELAYU ISLAM " , BLOK GOBLOK BONEKA UMNO '; ' " 3 CORNER FIGHT " DAN PENASIHAT KEPADA MUSUH DALAM PRU 14 !! ADALAH TANGKAPAN-TANGKAPAN "2H" YANG LEBIH TERUK DARIPADA " BULAN MENANGGUK DI AIR KERUH !!
Nasharrawy Rawaan ·

Madison Heights High School, Anderson, IN
Ramai yg buta dan tuli presiden bulan sudah jadi rasis main isu rasis dengan roket ! wahal sebelum ini tiada haram berkawan dengan roket dalam pakaan rakyat ! dan perjuangan assobiyyah melayu rasis akidah jahiliyyah umno sudah boleh bersubahah dan kerjasama dan nasihat pula pm jangan letak jawatan ! selaku pun penzalim !! hebat betul 2h yg pimpin bulan sekarang ni . tak cukup dengan tu demi " melayu Islam " yg bukan ajaran nabi tapi ajaran 2h dan umno tolak " islam Islam " sebagai " rahmatan lil'alamin " dan sekarang boleh pakai ajaran umno perjuangan " melayu Islam " ; " pas 4 all " dah tak terpakai lagi . Kalau begitu eloklah 2h masuk umno aja ! Buat apa duduk dalam bulan lagi ! Kan dua bekas presiden bulan masuk umno dan pro pemimpin dan umno ; termasuk bekas taukeh usrah bulan!; bekas naib presiden bulan ; tinggalkan bulan dan masuk keris terlanjang. Masih belum terlambat untuk 2h berbuat demikian .Jangan jadikan bulan sebagai mangsa keadaan dan khianat pengikut setia yang tulus! Sekarang nak nasihat musuh;( keris terlanjang ) dan ternasihat buat blok goblok boneka umno dan " 3 corner fight " untuk selamatkan ajaran baru " melayu Islam " yg bukan ajaran nabi dan demi untuk panjangkan hayat umno ! dalam pru 14 ! ; selaku boneka umno ! melalui strategi blok goblok boneka umno ! dan " 3 corner fight" !! Ulamak kongkalikong !; Ular dalam semak. Sudah terang lagi bersuluh! Bukan ulamak akhirah kerana Islam dan Rabb! Tapi,malangnya klon azazil dan musang berjanggut dalam perjuangan Islamis! Ada sepanjang zaman !! Pengkhianat Islam dan Rabb ! lihatlah dengan mata hati sejujurnya !semata-mata kerna Islam dan Rabb

www.nasharrawy.blogspot.com/8..4.16

AMANAH ISTIQAMAH DENGAN ISLAM DAN RABB BUKAN PARTI!


Nash Ar-Rawy ‏@Adnanrawa 4m4 minutes agoView translation



https://www.youtube.com/watch?v=WysZqlOD8QE … ISTIQAMAH DAN WALA' KEPADA ISLAM DAN RABB BUKAN KPD PARTI (BUKAN AGAMA ) DAN BUKAN KEPADA PRESIDEN ( BUKAN MAKSUM ) SEPERTI NABI !!

www.nasharrawy.blogspot.com berkata...

SALAMUNQAULAMMIRRABBIRRAHIM/13.3.16; RAKYAT SARAWAK UNDILAH : SUARA RAKYAT! ; PAKATAN HARAPAN ! ( AMANAH, PKR DAP! ) ; UNTUK KESEJAHTERAAN DAN PEMBELAAN RAKYAT! ;



Nasharrawy Rawaan ·
Madison Heights High School, Anderson, IN
Pakatan harapan adalah kesinambungan kepada gagasan rakyat dan suara rakyat !( Pakatan rakyat ! ) ; parti bulan yang mengasaskan blok goblok boneka umno adalah agen ( barua ) perpecahan pembangkang dan boneka umno di dalam " 3 corner fight " lawan PH untuk memenangkan umno/BN ! kongkalikong ! pas lawan sesama pembangkang cetusan strategi pas dan ikatan untuk memenangkan umno di dalam " 3 corner fight " ; mengkhianati suara rakyat dalam Pakatan Pembangkang; Pakatan harapan !
Oleh : nasharrawy.blogspot.com/