Hadi seakan bawah tempurung, mengelamun dalam dunia sendiri
PETALING JAYA: Kerana menyeru umat Islam menentang DAP, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat seperti orang yang amat picik pengetahuannya.
Sambil menyifatkan seruan itu memalukan dan naif, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali berkata dikala pembangkang membentuk permuafakatan baharu bersama pemberontak UMNO melawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, nada Hadi pula mirip UMNO dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia.
“Langkah terbaik bagi Najib adalah membina skrip baru – menjadikan DAP sebagai musuh nombor satu negara demi menyelamatkan bahtera UMNO yang diambang karam,” kata Sheikh, yang menambah; “mungkin bagi Hadi inilah masanya untuk pulun suara orang Melayu-Islam berjihad menentang Cina-kafir DAP!”
“Ini seolah-olah membawa makna, PAS kini telah menemui teori baru bahawa agenda paling utama untuk menyelamatkan Malaysia bukanlah lagi melawan skandal rasuah, korupsi dan pengkhianatan Najib terhadap rakyat sebaliknya melawan DAP,” kata bekas pemimpin Pemuda PAS itu.
Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan Hadi sebagai berkata umat Islam perlu bersatu menentang agenda politik DAP dan menggagalkan hasrat mereka memerintah negara.
Hadi turut dilaporkan bimbang akan situasi politik sekarang yang berpecah-belah dan menggugat kestabilan politik orang Melayu.
Namun, tindakan Hadi itu dikatakan telah mencalar imej partinya dan memperlihatkan Islam sebagai agama yang menyeru kearah prejudis. Bagi DAP,
Hadi sebagai ulama gagal menyeru umat Islam agar menjadi agen kerukunan yang berteraskan kebenaran, keadilan dan tidak mengenal warna kulit.
Malah, cara Hadi mengendalikan isu hudud sehingga membawa kepada perpecahan Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa ijtihadnya sebagai selaku pemimpin kanan parti Islam berbanding Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ibarat ‘jauh panggang dari api’.
“Beliau seakan-akan masih berada di bawah tempurung dan terus mengelamun dalam dunianya sendiri.
“Hudud bukanlah isu baru yang dibangkitkan untuk memecahkan pakatan pembangkang,” kata Sheikh, malah implikasi permainan isu hudud mudah dijangkakan namun PAS masih terjerumus; “pakatan pembangkang bergolak sebaliknya UMNO dapat terus menyambung hayatnya memerintah negara.” -TMI
ULASAN GB
GB dan banyak kali ulas tentang pendekatan Presiden PAS yang lebih banyak "menhalau" pengundi daripada menarik mereka. tetapi ahli-ahli PAS masih taksub. Ramai yang tidak faham perbezaan wala dan taksub. Akhirnya Haji Hadi semakin jauh dari kebenaran.
Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS bakal dipinggirkan rakyat dan bakal pupus, digantikan dengan parti Islam yang lain yang amanah, progresif dan peduli.... Parti Amanah Negara namanya!.
PETALING JAYA: Kerana menyeru umat Islam menentang DAP, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat seperti orang yang amat picik pengetahuannya.
Sambil menyifatkan seruan itu memalukan dan naif, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali berkata dikala pembangkang membentuk permuafakatan baharu bersama pemberontak UMNO melawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, nada Hadi pula mirip UMNO dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia.
“Langkah terbaik bagi Najib adalah membina skrip baru – menjadikan DAP sebagai musuh nombor satu negara demi menyelamatkan bahtera UMNO yang diambang karam,” kata Sheikh, yang menambah; “mungkin bagi Hadi inilah masanya untuk pulun suara orang Melayu-Islam berjihad menentang Cina-kafir DAP!”
“Ini seolah-olah membawa makna, PAS kini telah menemui teori baru bahawa agenda paling utama untuk menyelamatkan Malaysia bukanlah lagi melawan skandal rasuah, korupsi dan pengkhianatan Najib terhadap rakyat sebaliknya melawan DAP,” kata bekas pemimpin Pemuda PAS itu.
Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan Hadi sebagai berkata umat Islam perlu bersatu menentang agenda politik DAP dan menggagalkan hasrat mereka memerintah negara.
Hadi turut dilaporkan bimbang akan situasi politik sekarang yang berpecah-belah dan menggugat kestabilan politik orang Melayu.
Namun, tindakan Hadi itu dikatakan telah mencalar imej partinya dan memperlihatkan Islam sebagai agama yang menyeru kearah prejudis. Bagi DAP,
Hadi sebagai ulama gagal menyeru umat Islam agar menjadi agen kerukunan yang berteraskan kebenaran, keadilan dan tidak mengenal warna kulit.
Malah, cara Hadi mengendalikan isu hudud sehingga membawa kepada perpecahan Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa ijtihadnya sebagai selaku pemimpin kanan parti Islam berbanding Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ibarat ‘jauh panggang dari api’.
“Beliau seakan-akan masih berada di bawah tempurung dan terus mengelamun dalam dunianya sendiri.
“Hudud bukanlah isu baru yang dibangkitkan untuk memecahkan pakatan pembangkang,” kata Sheikh, malah implikasi permainan isu hudud mudah dijangkakan namun PAS masih terjerumus; “pakatan pembangkang bergolak sebaliknya UMNO dapat terus menyambung hayatnya memerintah negara.” -TMI
Anina turut tempelak Presiden Pas takut berkata benar
‘Wanita besi’, Anina Saadudin yang dikenali secara terbuka menyerang Perdana Menteri Mohd Najib Razak ekoran kontroversi derma RM2.6 bilion secara langsung turut menempelak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Bekas ahli wanita Umno Langkawi itu menerusi status Facebook beliau petang ini menyelar golongan agamawan sama ada berada di dalam mahu pun diluar kerajaan yang takut memperjuangkan kebenaran.
“Simpan sahaja jubah, serban, tudung beribu ringgit mahupun janggut jika anda mendustai tanahair sendiri.
“Jika anda berada dalam kerajaan, parti pemerintah atau menjadi Presiden Parti Islam tetapi anda takut berkata benar demi pangkat, kuasa, kemasyhuran, maka sia-sialah nikmat Allah kepada anda,” bidasnya.
Sambil menegaskan tidak perlu mereka terbabit mengemukakan alasan kepada beliau sebaliknya jawablah di hadapan Allah, Ainina turut mengecam golongan berpendidikan dan berpangkat tinggi yang mengambil sikap berdiam diri dengan krisis kepimpinan pada masa ini.
“Simpan sahaja sijil dari Mesir, Madinah, Morocco, Harvard, Oxford atau dari bulan sekalipun. Simpan sahaja pengalaman dalam parlimen walau berpuluh tahun anda mereput di dalamnya.
“Simpan sahaja pangkat Tan Sri, Dato Seri, Dato, Puan Sri, Datin Seri, jangan bangga di hadapan saya jika anda pendusta dan pengecut untuk tanahair sendiri,” tegasnya.
Menurut wanita berusia 40 tahun ini, tiada apa yang beliau takutkan dalam perjuangan bahkan tidak akan berundur walau setapak kerana jihadnya hanya pada Allah demi bangsa, agama dan negara.
“Jangan bimbangi saya. Allah tidak lahirkan saya oleh ibu saya di benua Afrika atau benua Eropah atau di tempat-tempat lain. Allah takdirkan saya lahir di negara ini, MALAYSIA.
“Terlalu banyak nikmat-Nya untuk saya termasuk pancaindera, anak-anak, keluarga, kawan-kawan yang sayangi saya serta wang ringgit yang mencukupkan kehidupan.
“Jika Allah takdirkan untuk saya pada saat ini, dalam perjalanan hidup saya untuk sampai masanya memenuhi tuntutan sebab kenapa saya dilahirkan sebagai rakyat Malaysia, maka saya akan korbankan jiwa dan raga untuk bangsa, agama dan negara saya,” jelasnya.
Anina serta dua plaintif lain termasuk Tun Mahathir Mohamad dan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan semalam menfailkan saman terhadap Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi salah laku (tort misfeasance) dalam jawatan awam dan kemungkiran kewajipan fidusiari dalam menjalankan tanggungjawabnya.
“Bukan salah parti Umno yang memerdekakan negara, membangunkan negara fizikal dan ekonomi serta memelihara kesepakatan kaum, tetapi salah Najib Razak dan konco-konconya yang menderhakai parti Melayu,” tambahnya lagi.
Tinjauan Malaysia Dateline pagi ini mendapati status Facebook tersebut kemudiannya dikongsi lebih 71 netizen selain menerima lebih 1.7k ‘likes’ sejak dimuat naik semalam. -MD
ULASAN GB
GB dan banyak kali ulas tentang pendekatan Presiden PAS yang lebih banyak "menhalau" pengundi daripada menarik mereka. tetapi ahli-ahli PAS masih taksub. Ramai yang tidak faham perbezaan wala dan taksub. Akhirnya Haji Hadi semakin jauh dari kebenaran.
Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS bakal dipinggirkan rakyat dan bakal pupus, digantikan dengan parti Islam yang lain yang amanah, progresif dan peduli.... Parti Amanah Negara namanya!.
30 ulasan:
HIDUP HARDEY THE HORSEPILL! Semua kerja2 BNatang untuk menyerang PH telah diserahkan bulat-bulat kepada PAS. Umngok tak perlu kerja keras lagi - boleh terus merompak, boleh tidur awal. BNatang tak perlu keluarkan tender untuk melantik 3rd party untuk menyerang PH, Hardey The Horsepill and Gang telah melakukan amal untuk BNatang.
Hj hadi tak akanbangkang isu2 ekstrem mengikut definasi dia sendiri.Alasan nak bersekongkol dengan najib.Dia sangka bila najib buat baik orang umno akan terima pas.Sori laa.dah kena kincin pun masih mau tadah muka.TGNA dah pesan tapi Hadi dan geng serban tetap degil.sekarang ajak parti tak berpengaruh join supaya senang ikut cakap dia.partonipun bekas umnojuga.
Hadi awang ulamak? Taraf ustaz politik jee tu
Salam:
Modus Operandi PAS dan Amanah adalah sama,cuma bezanya Amanah (Inclusive) tidak mempergunakan agama untuk menghalalkan cara,Manakala PAS(Exclusive) menjadikan parti sebagai agama,sehingga sanggup mengatakan keluar PAS,menjadi pengkianat kepada islam,sehingga ada yg extreme mengenakan hukum bunuh,Tapi Amanah mengamalkan nilai2 islam,keluar Amanah bukan bermakna keluar Islam,Islam adalah segala-galanya, HIPOKRITE PAS yg NYATA dan KETARA bila ianya BERKUASA ,seperti di selangor,Diselangor PAS berkongsi kuasa dgn DAP,Segala prinsip Islam PAS/Melayu sudah menjadi tunggang langgang,BOLEH pula PAS bekerjasama dgn DAP.
TERBUKTI kerana harta-benda/Jawatan dunia yg tak seberapa ini,menyebabkan prinsipnya diubah sekelip mata.Ajaran islam sebenarnya tiada kompromi,jika kata haram,haramlah ia,tiada sekejap hari ni halal,esok pula haram.
WALLAH'UALAM.
Akhirnya Haji Hadi semakin jauh dari kebenaran.
Hadi berjaya menjadikan org melayu islam nampak seolah2 terlalu bodoh, penuh hasad dengki dan buruk akhlak. Sia2 usaha Tgna selama ni. Kau tanggung la nnt hadi.. aku berlepas tangan dari pascai.
Hadi berjaya menjadikan org melayu islam nampak seolah2 terlalu bodoh, penuh hasad dengki dan buruk akhlak. Sia2 usaha Tgna selama ni. Kau tanggung la nnt hadi.. aku berlepas tangan dari pascai.
Aduh hadi al hudud yg dah berkedut, makin mamai dgn imeginasi kolot,sudah2lah..dgn u-turn,teori yg hampeh tak hafal perlembagaan ke?,syabas puan Anina walaupun wanita tapi tegas demi maruah agama,bangsa dan negara, min..
Soalan kepada walaun..
Kita semua umat Islam mmg wajib percaya pada Hukum Allah SWT yakni Hudud.. Hanya Pemerintah je yg ada kuasa & tanggung jawab nak laksanakannya(dlm konteks skrg adalah BN yg diketuai oleh Umngok! Yg menjadi persoalannya sekarang..
1. Adakah Umngok tolak Hudud? Dah pasti Ya ..
2. Dah tau Umngok tolak Hudud .. Knp PAS msh berharap Umngok nak terima Hudud? Sdgkan hampir semua rakan kongsi Umngok dlm BE Endngok tolak Hudud! Bagaimana PAS begitu yakin Umngok bleh setuju dgn HUDUD & patuh pada Hudud jika dilaksanakan kelak?
3.Jika dilaksanakan kelak.. Adakah ianya benar2 telus & adil? Apakah PAS yakin undang2 hudud kelak bebas dari campurtangan kerajaan spt mana yg berlaku skrg??
4.Seperti mana sedia maklum.. Umngok adalah parti yg paling celaka kt dunia ni! Rompak & samun serta tipu wang rakyat jd makanan & minuman bg mereka! Tak mungkin mrk akan ikut Undang2 Hudud kelak! Undang2 sekarang pun depa leh langgar sesuka mak bapak diorang jer!
5. Apakah jaminan PAS yg tiada kuasa skrg utk Mahkamah Syariah boleh mengambil tindkan keatas Menteri Agama yg menyeleweng wang zakat & baitumal? Bagaimana caranya?
Akhir sekali.. Adakah dgn memperkasakan mahkamah syariah sudah cukup utk menghalang Umngok & be end dari terus merompak harta umat Islam & negara? Sedangkan mahkamah syariah masih di bawah kuasa menteri Umngok & Be End?
Jawapan kpd semua diatas hanya satu jer.. Tukar dulu pemerintahan Negara & pegang kuasa Parlimen!!! Bukannya mengharapkan Umngok berubah tanpa usaha! Adakah seorang yg mencuri itu sanggup membiarkan tangan dia dipotong? Sdgkan dia boleh memanupulasikan sistem yg ada sekarang utk menyelamatkan dirinya!!!
Pendekatan Hj Hadi kali ini seolah-olah menggambarkan beliau seperti ayam ternakan UMNO. Hj Hadi telah sama tarafnya seperti Riduan Tee dan Jamal Yunos iaitu pemakan dedak yg tersohor. Isu rasuah, kenaikan taraf hidup yg membebankan dan ekonomi Malaysia yg dirundung malang tidak mendapat tempat di hati Hj Hadi. Sebaliknya Hj Hadi lebih mementingkan egonya, dendam terhadap kepimpinan DAP yg menjadi pendokong utama Amanah serta sikap takbur yg melulu. Hj Hadi adalah liabiliti dan akan menjadi sebab utama PAS bakal kecundang di banyak kawasan. Namun adakah Hj Hadi perduli. Sekiranya kita mengkaji sikap Hj Hadi selepas ketiadaan Nik Aziz seolah-seolah dengan sengaja ingin meruntuhkan PAS. Jesteru itu, penglingbatan Hj Hadi dalam politik PAS tidak pernah sekali Hj Hadi disumbatkan ke dalam lokap seperti kepimpinan PAS yg lain seperti Mat Sabu, Hatta Ramli dan Mahfuz Omar. Ini menimbulkan persepsi adakah Hj Hadi adalah sebahagian dari alat yg digunakan oleh pihak tertentu dalam usaha untuk menguburkan PAS selamanya. Melihat kepada senario terkini, andaian ini perlu dipertimbangkan oleh para pendokong PAS.
Koyak jeee mulut kalau sekongkol dgn pemimpin rasuah / menindas rakyat
Baru lagi Hj Hadi tunjuk yang PAS tolak hudud supaya cina tidak membenci PAS. Macamana tak kata PAS tolak. Alasan yang diterima oleh PAS mengenai hudud apabila tidak dipersetujui oleh parti Ikatan adalah sama dengan alasan yang di beri oleh AMANAH dan DAP. Jika ketika itu Hj Hadi kata AMANAH tolak hudud bermakna sekarang PAS pun tolak hudud !
Tapi kenyataan Hj Hadi kali ini khusus untuk orang melayu pula supaya membenci DAP. Dengan cina Hj Hadi tolerate dengan orang melayu Hj Hadi mengajar orang Islam membenci.
Adakah dengan membenci DAP orang melayu boleh bersatu ? Ramai orang melayu benci dan menolak pemimpin seperti Najib termasuk ahli-ahli UMNO sendiri.
Isu nya ialah Rasuah, Tidak Amanah dan Salah-guna kuasa bukan isu perkauman.
Satukan semua Melayu di Marang. Bila bertanding PRU dapatkan semua 100% pengundi melayu. Kat Marang tak ada DAP !
Kami menyeru PKR
Sebagai parti hampir melayu utk menyerang PAS dengan lebih byk... Ini soal melayu lawan melayu dan perpecahan melayu akan buat pembangkang menang..
Knp pkr melayu takut kutuk dan lawan pas melayu?
Malu lah nak suruh cina yg bijak verpolitik tolong pkr kutuk pas..
Alooo pkr tolol pg lawan pas sebelum pkr bungkus bersama pas..
Melayu mesti berani kawan melayu kalau tak berani pkr adalah munafik
Undi pas mcm undi umno
Undi umno mac undi pas+pkr
Ada hikmah PAS bercerai dgn DAP .
Ulama pas suci mulia ilmu tinggi, dan penasihat kepada penerima derma berbillion
puak wala'unta buat bangang ajelah walaupun antara mrk berakal tapi takut nak berbunyi
hadi ooo hadi... resmi padi makin tua semakin tunduk... tp ko hadi... semakin tua semakin nyanyuk...
mcm mana nak tentang cina? damacai, magnum, toto, kasino, mesin slot tu kan cina punya yg diberi lesen oleh org melayu? yg pelanggannya majoriti org melayu?
kerajaan pun latih umat utk beli nombor. nak ptptn, kena beli nombor. nak daftar epu kena beli nombor dulu.
bila kong xi fa cai, ramai kontraktor melayu terpaksa tangguh kerja sbb pembekal hardware cuti seminggu. bengkel kereta pun tak dpt bekalan gantian sbb kedai potong cuti seminggu.
yg peliknya ialah knp suruh tentang dap saja yg ada melayu? knp tak suruh tentang mca (100% cina), mic (100% india), ppp (100% rojak) dsb?
sbnrnya, ko ni bukan rasis sbb ko tak serang mca dan mic yg 100% bukan melayu. tp ko ni barua umno sbb dendangkan irama yg sama...
U all ni satu hal lah. Aku dah beritahu yang cakap-cakap Datok Nikah Kahwin tu jangan dipedulikan. Bomoh temberang.
Setuju. Level ustaz biasa jer tu. Politik pun kelaut.
Hj hadi menentang hukum alam.manusia
dijadikan berbagai bangsa untuk kenal
antara satu dengan lain.hj hadi galakkan
permusuhan antara kaum drngam ksum
yang lain.mengaku ulamak tersohor
tapi pemikiran srmpit dan terkurung.
hj hadi hanya layak jadi siak bersrsihkan
surau
Sudah jelaskan, siapa hardey yang sebenarnya? Dia adalah tokoh keunggulan hasil teknologi perang saraf oleh opco bn. Ada pun dia muncul di depan umum hanya membacakan skrip2 setan lusifer yang dibekalkan oleh penasihatnya. Dengan serban, jubah dan bahasa arabnya, pasti orang kampung terpengaruh. Seterusnya mengekalkan pengundi yang mencukupi untuk umno bn menang lagi dan lagi. Opco tahu, tujuh orang tidak mudah tertipu. Tapi yang tiga orang jahil inilah selalu memberi kemenangan kepada bn. Maka sasaran hardey semata2 untuk mengekalkan golongan tak cerdik ini sahaja. Sebab itu dunia pun hairan. Macam mana bn boleh kekal memerintah selama 60 tahun!
Kenapa sampai jadi macam ni punya teruk sikap hardey nih? Kau belajar agama tinggi2. Ceramah berapi2. Akhirnya berjaya dapat gaji hampir seratus ribu. Kenapa tidak mahu pencen dan duduk2 main dengan cucu, kan lebih baik. Lebih afdal..
Kasihan kepada orang yang tidak memahami sikap manusia jenis keras kepala. Dia tidak cukup segala nikmat itu. Dia mahu jadi ketua. Ya. Sebagai ketua yang dia boleh bebas menuding atau tunjuk sana sini. Kemudian semua orang tunduk patuh padanya. Orang beri makan sedap2 dan sanjung dia di mana2. Itulah hakikatnya. Kerana dia memiliki jiwa sesat seperti iblis, yakni merasa lebih alim dan cerdik. Dia sentiasa mahu jadi ketua. Apabila ciri2 ini dikesan oleh opco, dia pun dijadikan pelakon wayang. Akhirnya hancor parti dan pakatannya. Matlamat untuk memanjang umur bn pun terlaksana. Kasihan hardey. Kau tak habis ngaji ilmu dunia akhirat rupanya.
Pengajarannya adalah; Wahai manusia. Ikhlaslah dalam setiap amalan kerana kita hanya bertaraf hamba. Bukan tuan. Mohonlah ganjaran dari Allah. Hanya Dia tuhan dan tuan kita yang sebenar. Tidak boleh meminta2 menjadi ketua atau minta disanjung2. Pasti kita jadi iblis atau kuncu2nya. Biar hidup hina di dunia asalkan mulia di akhirat. Berkata benar serta menjauhi pemimpin yang zalim itulah jalan2 yang ditunjukkan oleh ulamak2 dari zaman dahulu lagi.
Dah bimbang sangat masalah perpecahan orang melayu, fikir apa lagi PAS bersatu lah dengan UMNO. Perpecahan melayu sebenarnya disebabkan pelbagai fatwa yg dikeluarkan oleh geng2 demo. Bila dah bersatu tidak akan ada lagi fatwa2 ikut selera demo yg pelbagai itu.
Ni bukan kes katak bawah tempurung tapi kes biawak bawah ketiak lanun bugis..
Tunjukilah KAMI jalan lurus bukan jalan (kepimpinan) sesat dan dimurkai ( berilmu tp menyesatkan - ulamak jadian).
Kesian hadi skrg, dulu dia tegas dn ramai hormati dia.
Skrg lepas kluk klek dia buat pusingan u-turn. Akibatnya orang dah tk hormati dia.
Gelaran tok guru pun orang dah tak sanggup sebut lagi.
Kesian, kesian!!
"Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada assabiyyah dan bukan daripada kalangan kami orang yang berperang atas dasar assabiyyah dan bukan daripada kalangan kami orang mati kerana assabiyyah"[HR Abu Dawud]
Haji Hadi Gagal untuk mencapai peminpin bertaraf ulung PAS, masih tercari-cari arah perjuangan, bila dibri nasihat dia cepat melatah. tak dapat membezakan jalan yang dituju baik untuk pati atau memecah belah umah.Sudah termakan umpan siasah musuh polituknya iaitu Pas mesti menjaga kepentingan melayu sebagaimana yang dijaga UMNO. oleh itu beliau membawa PAS dekat dengan UMNO. Zaman sudah berubah PAS sudah boleh jadi UMNO
Harap semuanya lihat ceramah Presiden Amanah ini;
https://www.youtube.com/watch?v=G-BPBQPrW4k
Hadi awe dah nyanyok. Benci dap. Akhirnye sayang umngok. Cepatlah buat kongres perpaduan melayu. Dlm kongress istihar pas bubar dan masok umngok. Parti baru boleh diberi nama umpas atau pasno. Terpulang kpd majority perwakilan. Cepat sebelom dap perintah malaysia. Huhuhu. Vodohnye olamak pas chai dan walaunta nye. Kahkahkah
Catat Ulasan