20 Mac 2016

Apa Maksud Salahuddin Sedia Bincang Dengan PAS?

Kerusi PRU: Amanah sedia bincang dengan Pas

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menegaskan parti itu sentiasa membuka pintu kepada semua pihak termasuk Pas untuk mengadakan perbincangan jika parti-parti pembangkang mahu hanya satu lawan satu dalam pilihan raya akan datang.

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, meskipun pihaknya sentiasa bersedia untuk berbincang namun partinya itu sentiasa dilabel sebagai parti serpihan oleh parti Islam tersebut.

“Daripada awal lagi Amanah ditubuhkan, kita telah membuka pintu kita untuk semua orang berbincang, jika kita mahu satu lawan satu.



“Tapi Pas tetap mengatakan kita pengkhianat, kita ini parti serpihan, tidak panjang umur, tapi Amanah, kita buka pintu kita demi kebaikan rakyat dan negara,” katanya ringkas ketika ditanya kesediaan Amanah bekerjasama dengan blok politik ketiga, Pas-Ikatan yang baharu sahaja diwujudkan berdepan dengan Umno.

Rabu lalu, Pas mengumumkan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sebagai rakan komponennya dalam blok politik ketiga.

Sebelum ini, bekas pemimpin Pas yang kecewa membentuk parti baharu, Amanah dan bekerjasama dengan DAP dan PKR serta membentuk Pakatan Harapan.

ULASAN GB

Ramai juga yang menghubungi GB meminta GB mengulas isu di atas. Ada yang bertanya: benarkah itu kenyataan Timbalan Presiden AMANAH? Benarkah AMANAH mahu berbincang dengan PAS?

Lalu GB menghubungi Tn Hj. Salahuddin Ayub meminta penjelasan.

Apa yang dinyatakan oleh Salahuddin adalah benar TETAPI bukan mewujudkan atau menjalinkan kerjasama sepertimana yang ditafsirkan oleh sesetengah pihak.

Apa yang dimaksudkan beliau ialah perbincangan untuk "satu lawan satu" di dalam PRU nanti jika benar PAS senada dengan Pakatan Harapan meletakkan UMNO BN sebagai musuh dan ingin menewaskannya.

AMANAH sebagai parti yang progresif, inklusif dan peduli tidak menutup ruang untuk perbincangan dengan mana-mana pihak sepertimana sikap AMANAH terhadap DAP dan PKR sebelum ini sehingga telah berjaya menubuhkan Pakatan Harapan.

"AMANAH mengalu-alukan PAS sekalipun Pas selama ini mengatakan AMANAH sebagai pengkhianat, AMANAH sebagai parti serpihan, tidak panjang umur, balaci DAP dan sebagainya, namun bagi AMANAH, kita tidak memperdulikan maki hamun PAS terhadap kita, kita buka pintu dengan meletakkan kepentingan rakyat dan negara paling utama," kata Salahuddin.

"Dan kita tahu untuk satu lawan satu, PAS pastinya tidak bersetuju dengan kita (khususnya DAP dan AMANAH) kerana PAS telah menganggap kami sebagai musuh mereka," tegas Salahuddin lagi.

Kita perlu bersikap rasional. Walaupun kita teruk dimakihamun oleh PAS, namun kita jangan jadi seperti mereka.

Sebaliknya, memetik kata-kata hikmat Hassan Al-Bana, "jadilah kita seperti pohon rendang yang berbuah, walaupun dibalingkan dengan batu, namun pohon itu meberikan buah sebagai balasan."

Hukum kebenaran dan keadilan akhirnya akan menentukan siapa sebenarnya mengamalkan "politik matang" yang digembar-gemburkan selama ini.

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin sebeginilah yg ditolak oleh perwakilan & parti PAS.. sebab terbuka & berpandangan jauh.. bayangkan kalau pas ditanya soalan yg sama...

Tanpa Nama berkata...

Pada aku PAS macam tak tak wujud lagi. So, tak perlu pedulikan mereka.

Tanpa Nama berkata...

Ada apa-apa perbezaan kerjasama antara PKR vs PAS, dengan PAN vs PAS ? Dalam politik semua ahli parti nakkan parti mereka menang dalam pilihanraya dan kalau boleh jadi parti teras dalam gabongan. Apakah tindakan Azmin salah, tindakan Timbalan presiden PAN betul ?

Jaga...jaga.... Ludah yang disemburkan kelangit jatuh merecik kemuka sendiri.....

Tanpa Nama berkata...

Inilah contoh sikap pemimpin yg dikehendaki..kualiti pimpinan sebegini yg didambakan oleh rakyat sebenarnya..tidak ego, tidak sombong, berterus-terang, brpegang pada realiti, tidak kluk-klek dan tidak mempergunakan agama demi tembolok sendiri..Amanah didokongi oleh pemimpin2 berhati rakyat...

Tanpa Nama berkata...

kita cuma pelawa kalau dia tak nak alham dulillah.

Tanpa Nama berkata...

PAS adalah parti bongkak. Nak tanya apa lagi?? Jual agama utk hidup kaya raya dgn pencen MP. Ahli bawahan x dpt apa2.. kene bodoh guna ayat fisabilillah..habuk pun xdpt.

Pencolekhangek berkata...

Berbincang boleh, bukan tak boleh. Kita berbincang dengan orang yang boleh terima kenyataan. Berbincang dengan orang yang waras. Bukan berbincang dengan orang yang sombong dan perasan kuat. Berbincanglah selagi boleh namun bagi saya sekeluarga pas dibawah Hadi tetap bukan pilihan.

Tanpa Nama berkata...

sikap seperti salahudin inilah baru boleh dipanggil politik matang,inklusif.Sama seperti sikap.anwar ibrahim yang rela berada di belakang mahathir ketika deklarasi rakyat.
tetapi kita jangan susah hati sebab sikap sombong PAS akan dilihat oleh rakyat.PAS pasti tidak akan rela merendah diri

Tanpa Nama berkata...

Betul

Malaysiabaru berkata...

Undi pas mcm undi umno

Undi umno mcm undi pas

KENAPA NAK BG MUKA KPD PAS..

PAS DAH JADI BALACK UMNO UNTUK MUSNAHKA. PEMBANGKANG

Apa ke bodoh kita masih mengarap pembunuh tegar spt pas utk nsrbicara

Pas pembunuh pakatan rakyat

Pas pembunuh
Pas pembunuh
Pas pembunuh

Siapa bagi muka kpd pembunuh akan di bunuh!!!

paskiniCHAIpunya berkata...

Politik matang dan politik natang memang berbeza...
org bijak dan org katak tak sama...
apa org pandai buat, kena tiru orang luncai takkan serupa...
Ulama yang pandai baca kitab di Masjid dan ulama yang berdakwah sampai ke Zouk boleh kita bezakan...
hanya jauhari kenal manikam...
Hudud Hadi dan Haron...
dari CHAI kamu datang..
kepada CHAI kamu dikembalikan...

Tanpa Nama berkata...

Tidakk...kamu salah bang! Tak tepat statment abang ni. PIS tidak berniat utk menang pilihanraya. PIS hanya perlu bg nosihat kt parti kerjaan je! Tak caya tanya tuang presideng!

PAS,DAP dan PKR berjuang dlm politik dan masuk pilihanraya utk menang. Mereka nak jadi kerajaan yg memerintah gantikan ameno/bn yg banyak lakukan kerosakan kpd negara dan sistem pemerintahan.

PAS berjuang utk apa...??? Utk hudud..?? Tp presideng kata...boleh tangguh! Presideng parti ikatan kata tak sesuai kt malaysia...! Mcm mana tu...?? Kih kih kih

Tanpa Nama berkata...

Dari hutan cai datang. Ke hutan jugak cai kembali...

Biarkan cai kembali ke asal usulnya di hutan. Kerana di sana mereka boleh bergaul bersama babi yg disalak oleh anjing di tepi bukit tu..keh keh keh

Tanpa Nama berkata...

Barangkali jika Azmin tidak memperdulikan PAS, AMANAH tidak perlu mengajak PAS berbincang untuk 'satu lawan satu'.

Masa Azmin akan tiba juga bila PRU nanti. Jangan Azmin terkejut dengan tuntutan PAS yang sukar untuk di penuhi.

Baca apa yang Salahuddin tega iaitu "Dan kita tahu untuk satu lawan satu, PAS pastinya tidak bersetuju dengan kita (khususnya DAP dan AMANAH) kerana PAS telah menganggap kami sebagai musuh mereka,".

PAS tidak boleh dengan tiba-tiba mahu perbincangkan ketika hampir-hampir PRU! Dalam masa yang tidak menyebelahi PH tentu sahaja ajakan PAS untuk berbincang terpaksa di tolak.

AMANAH bijak dan benar-benar matang. Sebabnya PAS boleh terus maki dan tuduh AMANAH pengkhianat walaupun kedua-dua bersetuju 'satu lawan satu'

Jika PAS menang banyak kerusi lebih dari AMANAH, sudah tentu PAS lah yang jadi parti utama dalam gabungan pembangkang.

Tapi adakah ini pilihan PAS, kita tunggu jawab-balas PAS?

Unknown berkata...

Umum tahu Pemimpin PMIP sombong. Biarkan mereka.

Nak buat apa sebut nak bincang lagi.

Tak payah cakap apa-apa. Bersedia untuk bersaing 3 penjuru atau 10 penjuru.

abdulhalim mustafa. berkata...

jgn peduli mereka.

Tanpa Nama berkata...

Semua parti politik tidak boleh menolak begitu sahaja pelawaan dari pihak lawan apabila tujuan dan matlamatnya sama. Apalagi PAS kata mereka tetap lawan UMNO. PAS sendiri berunding dengan UMNO sehingga Perak terlepas. PAS terus kan juga berunding sehingga isu MB menjadi huru-hara dan PR berkubur. PAS boleh berunding dengan UMNO si kafir menurut Hj Hadi.

Pelawaan berbincang adalah untuk memilih tawaran dan rundingan yang mana memberi lebih baik dan yang boleh menepati matlamat parti.

Dalam memilih, pemimpin PAS telah silap kerana memilih kerjasama dengan UMNO dan membuang rakan seperjuangan. Apa yang PAS dapat ?

Adakah kerana penubuhan blok ke 3 menyebabkan AMANAH terdesak mempelawa PAS berunding ?

Mana letaknya otak ahli-ahli PAS jika mereka berfikiran begitu sedangkan persoalannya ialah diantara AMANAH dan Ikatan sepatutnya PAS berunding lah dengan AMANAH.

PAS sekadar ingin memperbetulkan atau lebih tepat pendiriannya mengenai hudud. Jadi yang paling sesuai memperbetulkan keadaan ialah AMANAH.

JawaHill PM berkata...

Gajah sama gajah bertarung pelanduk ditengah mati tersepit...

Tanpa Nama berkata...

Hentikan hasrat nk runding dgn pas chai. Depa bkn parti islam. Sejak dah pakat dgn ikatan depa dah jadi PASIK atau JAHAT. Hihihi

abrarmujahideen berkata...

Ajak2 ayam..da ckup bijaksana wahai salahudin ayub..terbaek☺

Unknown berkata...

Kamu sebagai macai bawahan tidak berhak menyatakan pas bertanding nak menang pilihanraya.Kamu tak tengok dan baca statemen tokguru kamu yg BERKALI KALI menyatakan yg pas bertanding bukan nk menang..bla bla bla bla bla bla.....hadoi walaunta ni pekak badak tak faham bahasa ke..?? Kamu check sendirilah.

dol berkata...

hati2 dgn pas. doktrin takiyyah telah menjadi amalan pas.

mulut kt nk tumbangkn umno juga tp tubuh blok 3 dn musuhi ph

bg kawasan yg pas bertanding satu lawan satu dgn umnu kita bimbang pas akn khianat lagi.

diberinya umnu menang kawasan tu. pas rela kalah demi kasih syg pd umnu.

pas lbh pluang utk kalah dgn umnu sebenarnya. undi bukn islam sudah pasti pergi ke bn dimana pas bertanding.

maka kita blh anggap dimana pas bertanding satu lwn satu dgn bn.. maka kerusi itu hampir pasti milik bn

klu ini benar sungguh licik permainan parti yg berpresidenkn org yg sgt pro iran dn syiah yg beriman dgn takiyyah

Tanpa Nama berkata...

PH jgn cari pasal.Pas tidak boleh dipercayai samasekali..kalau dia menang pasti dia jual dan berpakat dgn umno..dulu sewaktu dgn PR pun,pas berniat utk bergabung dgn umno di selangor dan perak..percayalah pas adalah gunting dlm lipatan kpd PH..pas adalah parti haramjadah puak2 munafik..percayalah kalu ada pertandingan 3 penjuru pun,pas akan kalah teruk dan hilang deposit sbb rakyat dan ahli2 dah sedar hati busuk pemimpin2 pas..diluar berserban dan didalamnya ada syaitan