18 Feb 2016

"Mengapa Kami Pilih AMANAH..." -Dr Sulaiman Mohd Nor

Pas terbelakang, ahli akademik pilih Amanah

Tidak dapat menerima kepincangan pendirian politik Pas mutakhir ini yang hanya merencatkan keampuhan blok pembangkang, bekas pensyarah di universiti awam, Dr Sulaiman Mohd Nor mengambil keputusan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Menurutnya, tindakan Pas keluar dari Pakatan Rakyat pada tahun lalu sehingga memusnahkan gabungan parti pembangkang itu akan menyukarkan usaha rakyat untuk mencapai sistem dwi-parti.


“Kajian yang dibuat Umcedel (Kajian Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya)selepas PRU13 mendapati bahawa suara rakyat bertambah kuat dengan peningkatan jumlah MP (Ahli Parlimen) atau Adun Pakatan Rakyat ketika itu.

“Saya amat percaya negara memerlukan sistem dwi-parti agar yang betul-betul mendapat faedah adalah rakyat. Pemerintah hanya dipilih mengurus, bukan menjadi tuan.

“Namun apabila Pas keluar dari PR (Pakatan Rakyat), itu adalah tindakan ke belakang. Saya bersama Amanah kerana ingin mengukuh PH (Pakatan Harapan) agar sistem dwi-parti betul-betul dapat tercapai demi faedah dan nikmat sebenar kepada generasi akan datang,” ujar bekas pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai itu ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Menafikan tohmahan kononnya Amanah yang ditubuhkan pada 16 September tahun lalu itu mengkhianati perjuangan Islam, beliau berkata, Amanah ialah sebuah parti politik yang berusaha memartabatkan Islam sebagai dasar perjuangan.

“Amanah tidak khianati perjuangan Islam. Konsep biar Melayu Islam memerintah, walaupun rasuah, kita tentang. Budaya menakut-nakutkan Melayu kononnya Cina akan memerintah, juga kita tak terima.

“Islam menyeru kita menegakkan keadilan, walaupun terhadap musuh kita,” tambahnya lagi yang berkhidmat selama 32 tahun dalam dunia akademik sebelum bersara pada Disember 2014.

Kelmarin, Dr Sulaiman antara lima ahli akademik serta seorang lagi bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) secara rasmi mengumumkan menyertai Amanah. -MD

21 ulasan:

Unknown berkata...

Permainan politik PAS terbelakang..

I'm sorry PAS..i, quit.

rckob berkata...

kat surau ustad kata UMNO jadikan melayu islam Malaysia liberal.....

Tanpa Nama berkata...

Program Sahabat Mat Sabu tak dapat liputan program AMANAH ka?

http://tukartiub.blogspot.my/2016/02/sahabat-mat-sabu.html

Hash NA berkata...

Selagi pemimpin PAS berhati UMNO ..PAS boleh cari orang lain buat kerja -kerja pilihanraya. Aku bersama Pakatan Harapan

Abdul Said berkata...

Itu kata-kata berlapik, beradab dan berhemah. Cakap pun ada asas dan fakta. Bila sudah berkata begini takkan nak join parti orang yang tak tentu hala dan huru hara. Nampak dalam parti menonjol sangat tapi bila bercakap takde 'substance'. Cakap kat surau bukan susah sangat, baca 2 atau tiga ayat al Qur'an dan satu dua hadith dah boleh goreng. Tapi bila tanya apa kelulusan, yang ni tak boleh jawab. Atau pun jawab macam orang sebelah sana yang baru naik pangkat!! Jadi sebagai orang-orang berilmu dan tidak mengejar kereta besar dan bini besar eloklah join parti orang cerdik. Belajar tinggi-tinggi takkan dan berketuakan orang-orang yang mental tak stabil!!

Tanpa Nama berkata...

Hehehe abdul samad sapa tu mental xstabil hehehe... Yg suka marah org ke? Yg kata jebon dan yg kata orng barua ke?.. Tu le yg xstabil ... Lagak org berpenyakit bipolar... Kesian pas berketua kan pesakit...

sikulipat berkata...

Alhamdulillah...

Tanpa Nama berkata...

Maksud kebelakang ialah PAS teruskan kelentong orang kampung pasal syurga neraka.

UMNO biarkan jaga kawasan bandar.

Keperluan orang bandar lain, keperluan orang kampung lain.

Sebab itu pemikiran orang bandar tidak boleh di omongkan dengan khiamat semakin dekat. Padahal tanda khiamat - ulamak yang cari makan - ada pada diri mereka sendiri.

UMNO tidak mahu PAS seimbangkan pemimpin agama dengan pemimpin progresif sebab PAS akan jadi kuat. Bandar ada PAS Kampung pun ada PAS.

Tapi Hj Hadi serta geng nak sangat kontrol orang PAS, orang kampung pun orang kampung lah....

Tanpa Nama berkata...

Masuk sekali 6 orang, tak payah bagi alasan.
Pusing ikut mana pun, kalau tak pasal perangai Hj Hadi, PAS tak seteruk ini. Mungkin 3 masuk AMANAH dan 3 masuk PAS.

Tuduhan pemimpin AMANAH Pengkhianat dan kuda tunggangan DAP hanya di terima bulat-bulat oleh ahli PAS sahaja yang mengaku sayangkan PAS sedangkan hati mereka sengaja mempertahankan sesuatu yang tidak benar.

Tanpa Nama berkata...

Saya sayangkan PAS, tapi kini dah nak bersama AMANAH. PAS dah macam buih, banyak tapi rapuh dan fragile. Sibuk memperkecilkan orangvlain, sibuk memburuk sangka.
PAS kini tak boleh harap nak dijadikan platform untuk melawan kezaliman dan ketidak keadilan.
PAS emakin.hari semakin membusuk dan tenggelam. Pimpinan yang kurang bijak dan syok sendiri adalah sebab utama. Sayang seribu kali sayang. Peace- Ancient Mariner.

Tanpa Nama berkata...

Lebai lebai pas main dakyah berbaik dgn org melayu Islam lebih baik dgn DAP . sdgkan Umno tu bergabung dgn cina India Siam org dayak iban kadazan Kristian lagi teruk drp DAP . Yg ada skg lebih teruk dari Mahathir kita daulat . dia ngaku terima duit tok Lebai kata tak ada bukti . apa ke jenis

mansor berkata...

anda salah!!!!!!!!! PAS bukan menghancurkan matlamat dwiparti...PAS memilih untuk bersama UMNO kelihatannya..tapi pendirian PAS masih malu2...mungkin bimbang kecaman ahlinya....lantaran itu tok2 guru PAS yg sibuk berkuliah di surau dan masjid sedang menjalankan proses `justifikasi` melalui kuliah mereka.....seolh2nya gabungan PAS UMNO adalah bagi memenuhi syarak....bagi mereka kelihatannya demi politik, tafsiran Quran dan hadith boleh disesuaikan disegi politiknya....

Unknown berkata...

Pimpinan yg. bergelar YB tu yg. Syioq sendiri tu hanya tunggu sampai PRU ni saja lepaih tu tau laaa nasib kamu.makan pencen meratib laa banyak2 mudah2an dianugerah syurga untuk kamu.

Tanpa Nama berkata...

Sementara masuk entri baru, kita tenguk macamana PAS layan Husam.
Berpuluh tahun Husam bersama PAS, berapa kali Husam langgar disiplin parti? Mustahil Husam tidak tahu saluran parti. Sebelum ini pun PAS bukan tidak ada cacat celanya dan dengan masalah kerenah masing-masing tetapi tetap bersama. Ini menunjukkan mereka menghormati disiplin parti.

Jika PAS parti yang adil mengikut acuan Islam, jawab dulu 'nota cinta' Husam. Masa itu Husam sudah boleh usik pemimpin PAS supaya letak jawatan. Mereka tidak buat apa-apa. Apabila mereka tidak apa-apa mana janji mereka memberi keadilan kepada Husam? Tidakkah ini pun sudah cukup untuk mendesak mereka letak jawatan?

Bagaimana mereka layan Mat Sabu sekiranya Mat Sabu dan yang lain-lain masih bersama PAS ?

Tanpa Nama berkata...

Harap Amanah kurangkan komen pedas terhadap pas, melainkan jika perlu menjawab tuduhan. Amanah kena berlari jauh meninggalkan pas. Mentaliti label melabel, caci maki sudah tidak relevan lagi. Rakyat kita celik internet, sudah tahu menilai betul/salah setiap statement ahli politik. Kami tidak lagi bergantung harap kpd ceramah2 politik utk mengetahui keadaan politik semasa negara. Kita harus telus mengakui kelemahan dan menyerang salahlaku dalam pentadbiran negeri/negara.

Tanpa Nama berkata...

Minta Amanah jangan layan PAS..biar dia meroyan tak tentu hala..Amanah harus terus ke depan perjuangkan harapan rakyat Malaysia..

Tanpa Nama berkata...

MANUSIA YG BERJAYA AĎALAH MANUSIA YG SENTIASA NAK MAJU KE DEPAN, BUKAN BERPUAS HATI DGN APA YG ADA AKA COMFORT ZONE BAHKAN LEBIH TERUK LAGI MUNDAR KEBELAKANG. 2 DARIPADA 5 RUKUN ISLAM CUKUP JELAS DAN BERSULUH NAK SURUH UMATNYA UTK MAJU KEDEPAN IAITU MENUNAIKAN ZAKAT DAN MENUNAIKAN HAJI DI KOTA MEKAH. WE ALL KENA BERSYUKUR APABILA JADI SEORG YG WAJIB BYR ZAKAT HARTA KRN ORG LAIN NAK LAKSANAKAN TANGUNGJAWAB SUSAH BUT KITA DPT LAKSANAKAN TANGUNGJAWAB NI SENANG SBB BERJAYA DLM HIDUP. BERBANGGALAH APABILA KITA MENJADI ORG WAJIB BYR ZAKAT HARTA KERANA ALLAH DAH BERIKAN KEKAYAAN TANGUNGJAWAB YG SPECIAL ORG LAIN TAK DPT BUAT BUT KITA BUAT. INILAH SPECIAL PREVILEGE YG ALLAH SWT BERIKAN KPD KITA. PLEASE BERUSAHA SAMPAI KITA QUALIFY DPT SPECIAL PREVILLEGE DARI ALLAH SWT TANGUNGUAWAB ORG LAIN TAK BLH BUAT KITA DPT LAKSANAKAN

Tanpa Nama berkata...

Terbaik dan tahniah. Selamat menjana perjuangan dan perubahan minda bangsa. Menjana syiar Islam sebagai rahmatanlilalamin. Ana raikan keahlian tokoh-tokoh profesional.

Tanpa Nama berkata...

Semoga bertambah lagi ahli amanah yg boleh bekerja utk Islam...kita kena bersama2 menarik minat anak muda utk menyertai amanah...kerna ini adalah amanah yg diberi utk menjana tenaga yg besar dimasa depan..semoga amanah terus maju..ameennn....

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata...

Alhamdulillah..syukur bertambah lagi ahli Amanah dari kalangan Intelek..sama sama bkerja untuk Islam bukan untuk kepentingan peribadi..aminnn