18 Jan 2016

PKR Akan Terus Sertai Program AMANAH

PKR sertai majlis Amanah, tak hirau bantahan PAS, kata Rafizi

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli terus menyertai majlis ceramahnya bersama Parti Amanah Negara (Amanah) di Kelantan malam tadi tanpa menghiraukan bantahan rasmi dibuat PAS negeri itu beberapa hari lepas.

Katanya, PKR akan terus bekerjasama dengan sesiapa sahaja bagi menjatuhkan kerajaan Umno pimpinan Datuk Seri Najib Razak kerana ia terlalu memudaratkan rakyat.


"Jika (Datin Seri) Rosmah (Mansor) ajak saya ceramah bantah Najib pun, saya datang. Kerana Najib dan Umno sekarang adalah parti yang tidak boleh didekati.

"Lebih-lebih lagi, Amanah ini rakan PKR dalam Pakatan Harapan," kata Rafizi pada majlis yang diadakan di Kok Lanas itu. Menurut Rafizi, negara Malaysia yang dipimpin Najib terlalu teruk dan membuat bahana kepada ekonomi negara sehingga dirasai semua rakyat.

"Dulu zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi mahasiswa, mereka pergi membuat demonstrasi di Baling kerana petani lapar.

"Sekarang, tidak lama lagi, petani akan pergi ke kampus universiti untuk berdemo, kerana mahasiswa pula lapar. Ia hanya berlaku di zaman Najib Razak sahaja.

"Oleh itu, bagi saya, Najib ini tidak boleh didekati," kata Rafizi yang dipercayai menyindir PAS yang dilihat sedang dalam proses mendekati Najib dan Umno ketika ini.

PAS Kelantan menghantar surat rasmi kepada PKR membantah tindakan parti itu mengadakan ceramah bersama Amanah di negeri yang terletak di bawah pemerintahan parti Islam itu.

Surat bertarikh 13 Januari itu ditujukan kepada Rafizi sendiri, yang turut merangkap naib presiden PKR.

Berdasarkan salinan surat tersebut yang tersebar di media sosial, Badan Perhubungan PAS Kelantan menerima laporan mengenai pemimpin PKR yang hadir sepentas dalam program anjuran Amanah di Kelantan.

"Ekoran daripada itu, ia mencetuskan hubungan politik tidak selesa dan menjejaskan hubungan baik PAS-PKR di Kelantan," menurut surat yang ditandatangani Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

"Sehubungan itu Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan dengan ini menzahirkan rasa dukacita atas penglibatan tersebut, dan memohon agar ia tidak diteruskan demi kebaikan bersama," kata kandungan surat yang dihantar menjelang ceramah Rafizi di Kok Lanas malam tadi itu.

Bantahan PAS terhadap PKR semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini sehingga ada pemimpin menjangkakan hubungan antara keduanya akan putus sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Antara yang berpendapat demikian ialah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Sebaliknya, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, hubungan kedua-duanya akan kekal sekurang-kurangnya hingga PRU14.

PAS sebelum ini membuat pendirian untuk mengadakan tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan PKR dan taawun (kerjasama untuk kebaikan) dengan Umno.

Dalam masa yang sama, PAS menyifatkan Amanah, iaitu parti yang ditubuhkan hasil perpecahannya, serta DAP, adalah musuh mereka. -TMI

ULASAN GB

Seperti yang GB ulaskan semalam, PAS nampaknya begitu terdesak dan sudah melalut sehingga sanggup untuk "memaksa" parti lain untuk tidak bekerjasama dengan AMANAH. Diancamnya untus hubungan dengan PKR sepertimana mereka telah memutuskan hubgan dengan DAP.

Kita mengalu-alukan langkap PAS untuk memutuskan hubungan dan PKR, soalnya apakah mereka berani melakukannya?

Terdapat 5,000 ahli PAS yang memegang pelbagai jawatan lantikan politik di dalam kerajaan negeri Selangor. Apakah mereka itu bersedia untuk meletakkan jawatan?

Ternyata gertakan PAS itu hanyalah omongan kosong.

Menuduh AMANAH kononnya sebagai tongkat UMNO, kita nyatakan, ia hanyalah dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih! Presiden PAS sendiri akui PAS berkawan dengan UMNO dan itu hak PAS, katanya.

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS mana boleh putus dengan PKR di Selangor.. kalau ikut logik lama dah PAS menarik diri dari Pakatan Rakyat..kan itu usul yang anak Senik mau...

Tanpa Nama berkata...

Pas jgn ugut.nak putus,putus jelah...biarkan saja pas tu dgn labu2 nya si lebai malang .

Tanpa Nama berkata...

Dia kata AMANAH bagi tongkat kat UMNO, tongkat kayu buruk, berjalan patah terus raduk perut. PAS lagi hebat bagi " Air Force One " kat UMNO.

Tanpa Nama berkata...

ni parti beragama? Kepada nak larang orang jumpa saudara? Ni ajaran agama?????

Tanpa Nama berkata...

PAS nak makin pelik. Semua nak jd Presiden...semua nak buat keputusan sendiri...semua nak keluar kenyataan. Ntah sapa Presiden PAS yg betoi pun aku tak tahu.

Zailan bin omar berkata...

PAS tak payah lah nak ugut kalau pemipin PAS ada harga diri di Selangor letak jawatan beramai supaya senang pihak PR memikir hala tuju bagi menjana ekonomi rakyat dan mengurang kos sara hidup rakyat

Tanpa Nama berkata...

Pas dibawah hj hadi dah pening abb tertelan pil kuda

Tanpa Nama berkata...

PAScai semakin tk relevan.. menghairankan.. takkan 'ulamak2'ni tk sedar yang perbuatan mereka merosakkan imej Islam.. ke mmg dh tk peduli

Tanpa Nama berkata...

apa lg kejahatan kerja2 fasik parti telur penyu ni nk buat. berpeluk dgn umnu kunun demi melayu dn islam tp menganjur permusuhan pkr dn pan yg juga melayu islam

jahat sungguh parti assobiyah pas ni

bermkna berbaik dgn umnu bkn kerana melayu dn islam tp kerana ada persamaan fikrah...

merebut dunia.. assobiyah kebangsaan.. menghalal cr..hukum terpilih..menipu... mengabai isu rakyat...sama2 rasuah bolot hak rakyat..sama2 membenci anwar..sama2 menggunakan agama utk nafsu dn byk lagi

munafiklah pas klu berbaik dgn umnu demi melayu dn islam

dn sedarlah kita amanat hj hadi masih berjalan... hnya tidak lg terhadap umnu..tp terhadap umat islam lain dr pan.

malah amanat fasik terhadap pan lbh ganas lagi hingga tahap menghapus dn menghalalkn darah umat islam lain.

amanat kali ini sudah diresapi fahaman syiah dn khawarij ala IS

bila pas kt tahaluf dgn pkr sekurang2nya sampai pru nnti... itu bermakna ada perancangan semata2 utk hancurkn pkr dn ingin menguasai selangor bersama umnu.

tgganu kedah sudah dikuasai umnu. klntan sudah ada tnda2 pas akn buat2 kalah utk diberi kpd umnu.

kini selangor akn dijadikn sasaran terbesar komplot pasug dn umnu.

dlm masa yg sama serangan fitnah2 melampau ditabur kpd dap...dgn harapan kot2 dpt semula dirampas penang dpd dap.

agak2 berapalah habuan pasug nk dpt dr najib utk semua kerja2 fasik ini

Tanpa Nama berkata...

Masalah-masalah PAS n UMNO kecelaruanya adalah kerana masalah Presiden nya, baik Najib mahupun Haji Hadi, mungkin kalau orang lain jadi Presiden parti PAS tak pecah dua dan begitu juga dgn UMNO berpecahnya kerana masalah Najib.

Tanpa Nama berkata...

PAS hanya boleh menyatakan ketidak-puas hati sekiranya dalam ceramah tersebut penceramah-penceramah mengutuk dan mendedahkan keburukan PAS dan pemimpin PAS.

Tindakan PAS menunjukkan siapa PAS hari ini?

Mengutuk dan memburukkan UMNO dan pemimpin UMNO se akan-akan umpama mengutuk dan memburukkan PAS dan pemimpin PAS.

Unknown berkata...

Pas dah nyanyuk sama dgn pemimpinnya

Unknown berkata...

PAS tak sepatutnya mengugut PKR, apa haknya berbuat demikian? Ugut mengugut macam ini amat kebudak-budakan. PKR ada maruah, takkan semudah itu nak biarkan diri ditakluk dan dikotak-katikkan oleh PAS. Adakah PKR hukumnya wajib mendengar arahan PAS.

Susah-susah sangat PAS keluar sajalah dpd PR di Selangor. Habis cerita. Bergeraklah secara bersendirian andai merasakan dah cukup kuat.

Tanpa Nama berkata...

pas dh jd zombie..luar pas dlm dh jd umno hehehe

Tanpa Nama berkata...

perjuangan PH adalah menentang yg zalim tetapi terbalik pulak ni hadi & geng . ugut sana sini lebih baik panggil hadi sambung isu hudud tu kan sekarang jadi penasihat najib . mangkuk betul hadi & geng ni permainkan ugama utk kepentingan diri sendiri.

Benbrahem berkata...

kalau Pas sudah terlalu yakin ia sebuah parti yang kuat putuskan terus hubungan dengan di mana2 saja PKR ada terutamanya di Selangor. Beranikah Pas berbuat demikian kerana kerajaan selangor di bawah PKR memberi makan kepada 5000 ahli Pas yang memegang jawatan lantikan politik. Kalau ada maruah dan itegriti lakykanlah!

Dynamic Hijrah berkata...

SU Perhubungan PAS Negeri Kelantan ni kurang pengalaman atau kurang cerdik dlm membuat kenyataan. Bukankah PKR bergabung dgn AMANAH  dan DAP dlm PH utk menumbangkan BN. PAS pula tiba2 menghulurkan tong gas atau tongkat kpd UMNO yg sedang nazak.
Pres PAS dan beberapa org pimpinan PAS mgkhianati keputusan muktamar PAS agar mmperkukuhkan tahaluf siasi dgn PKR dan DAP. Usul putus hubungan dgn DAP dlm muktamar lps d terima tanpa bahas atas arahan Pres PAS.
Sebaliknya SU Perhubungan PAS mengatakan AMANAH memberi tongkat kpd DAP. Bekerjasama dgn DAP adalah keputusan muktamar PAS dan inilah yg di pegang sungguh2 olih TGNA semasa hayatnya. Pegangan inilah yg mnjadikan beliau dihormati dan dikasihi olih semua lapisan masyarakat. Ambillah pelajaran dari kejayaan perjuangan orang yg telah tiada. Tinggalkan lah irg yg berbohong dan khianat kpd janji.

Abdul Said berkata...

Dulu saya pernah kata Pas macam ular berkepala 7. Masing-masing ikut selera sendiri bila bercakap. Tak sekata. Trend ini menjadi-jadi sekarang. Kepala pun bertambah. Bukan 7 lagi tetapi 13. Sekarang ada kepala yang mabuk, ada yang pening, ada yang sasau, adajuga yang terlopong dan seperti biasa ada yang gumbira hingga tak terkata.

Tanpa Nama berkata...

Masalah PAS ialah pemimpin PKR yang masih ingin bersama PAS tidak sanggup hadir ceramah PAS.

Pemimpin PKR tidak berani menyokong sampai sejauh itu. Kerana takut kepada sokongan ahli dan hilang undi.

Sebaik-baiknya PAS uji mereka bukan menghalang pemimpin PKR yang menyertai ceramah AMANAH.

Bagaimanapun PAS tidak boleh uji pemimpin PKR yang ingin kan terus bersama pembangkang kerana pemimpin tersebut akan mengutuk kawan baik Najib.

Tanpa Nama berkata...

Hihihihi.....nk bg amaran......nk marah pkr.... Nk marah pkr berteman dgn amanah....pas tuu sape....nk jd abg besar....? Bersundal pon 5 minit pancut nk tunjuk terrer..... Malu laa... Kesilapan semlm akan di sebut sampai mampos.

Demi rakyat marhaen berkata...

Nak putus...putuslah..kami lagi suka...memeningkan kepala pkr je..

Demi rakyat marhaen berkata...

Nak putus...putuslah..kami lagi suka...memeningkan kepala pkr je..

Tanpa Nama berkata...

Pas jelaslah parti org2 gila yg tidak amanah dan munafik..mereka tidak jujur, berkerjasama semata2 nk jaga periok nasi 5000 ahlinya yg cari makan di selangor sbb tu dia kata akan berkerjasama "sekurang2nya sehingga pru14"..kalau ada pemimpin pkr yg percaya umno beerti pemimpin2 itu bodoh politik...muslihat politik pas amat senang dibaca..percayalah pas akan tetap bersama umno samada semasa atau selepas pru14 nanti..sekalipun mereka menang atas tiket PH(jika bergabunglah) mereka tetap akan khianat PH selepas pru14 dan bersatu dgn umno utk berkuasa..

Tanpa Nama berkata...

Tok candat memang tunggu je TGNA xde...