19 Jan 2016

Nasruddin Tantawi Berbangga Tidak Minta Maaf, Dosa Fitnah Akan Terus Berjalan...

Nasrudin vs LGE: Rumah siap pahat berbunyi

Begitulah ibarat apa yang berlaku dalam kes Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melawan pemimpin PAS Nasrudin Hassan yang selesai di luar mahkamah semalam.

Semuanya bermula selepas Nasrudin menulis artikel enam perenggan selepas kes itu, yang antara lain menegaskan tidak memohon maaf kepada Lim setelah didakwa memfitnahnya.



Tulisan itu bagaimanapun hari ini mengundang rasa tidak puas hati pegawai khas undang-undang ketua menteri Raja Syarafina Raja Shuib.

Dalam kenyataannya, Raja Syarafina berkata sama ada rencana itu ditulis dalam kealpaan atau kecuaian disengajakan, Nasrudin tidak harus memutar-belit fakta atau “memperlekehkan kebenaran dalam usaha beliau untuk menegakkan benang yang basah”.

“Sekiranya YB Ustaz Nasrudin yakin bahawa artikel tersebut bukan merupakan fitnah terhadap YAB KM, mengapa pula terdapatnya persetujuan beliau untuk menyuarakan kekesalan dan membayar kos kepada YAB KM?

“Fikirkanlah siapa sebenarnya yang berdusta,”
tulisnya.

Beliau juga berkata Lim tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sewajarnya jika masih ada “putar-belit” berhubung penyelesaian damai tersebut.

Nasrudin, anggota parlimen Temerloh, menarik balik sebahagian daripada kenyataannya pada 6 Ogos 2014 yang menyebabkan Lim tersinggung.

Nasrudin berkata beliau kesal kerana artikel berhubung pembinaan terowong dasar laut itu telah menyebabkan salah faham dengan Lim.

Persetujuan bersama itu direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Lim Chong Fong di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Mahkamah juga memerintahkan Nasrudin membayar RM10,000 sebagai pampasan kepada Lim.

Lim menyaman Nasrudin kerana mendakwanya menggunakan rundingan terus untuk penganugerahan projek RM4.63 bilion kepada Konsortium Zenith BUCG Bhd walaupun Pakatan Rakyat menentang cara itu.

Ketua penerangan PAS itu juga mempersoalkan "perbelanjaan berlebihan" Lim sebagai tidak perlu apabila Pulau Pinang mencatatkan bajet defisit enam tahun berturut-turut.

Tulisan Nasrudin “Catatan Dari Mahkamah Tinggi Georgetown: Kes diselesaikan di luar mahkamah”, semalam menyebut beliau pada mulanya memutuskan tidak akan memohon maaf dan mengarahkan peguam meneruskan perbicaraan.

Sepuluh minit selepas itu, beliau berkata dipanggil sekali lagi untuk mediasi luar mahkamah tetapi tetap menegaskan tidak akan memohon maaf.

Beliau menegaskan, dalam rundingan selepas itu barulah penyelesaian dicapai tanpa beliau memohon maaf dan tidak memanjangkan kes, serta menarik balik pada sebahagian isi artikel yang menimbulkan salah faham. -mk


Apa bangganya tidak minta maaf tapi tarik balik tuduhan? – Shahbudin Husin

Seperti ada rasa bangga pada diri Ketua Penerangan PAS Nasaruddin Tantawi apabila beliau memutuskan tidak meminta maaf kepada Lim Guan Eng dalam penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah yang dikemukakan ketua menteri Pulau Pinang itu terhadapnya.

Lebih-lebih lagi, beliau juga menyatakan keputusan tidak meminta maaf itu diputuskan setelah mengadakan sembahyang sunat 2 rakaat untuk memohon petunjuk daripada Tuhan.

Dalam penyelesaian tidak meneruskan kes itu, Nasharuddin setuju menarik balik sebahagian kandungan artikel berkaitan terowong dasar laut di Pulau Pinang yang didakwanya diberikan secara rundingan terus serta membayar kos mahkamah sebanyak RM10,000 kepada ketua menteri itu.

Dalam kenyataan yang dibacanya di mahkamah sebagaimana dilaporkan portal berita Malaysiakini, Nasaruddin menyebut, "Saya membuat keputusan untuk menarik balik sebahagian artikel yang menyinggung Lim kerana ia tidak mempunyai asas."

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz dalam reaksi spontannya berhubung penyelesaian luar mahkamah itu mengucapkan tahniah kepada Nasaruddin kerana tidak memanjangkan kes dan juga sebab tidak meminta maaf kepada Lim.

Kenapa Nasaruddin berbangga tidak meminta maaf dan Nik Abduh pula memberi pujian mengenainya? Bukankah meminta maaf suatu sifat terpuji dalam Islam?

Kalau bangga kerana tidak meminta maaf, tidakkah Nasaruddin rasa terhina apabila terpaksa menarik balik tuduhan khusus yang didapati tiada asas terhadap Lim dan kemudian terpaksa pula membayar pampasan sebanyak RM10,000?

Kenapa hanya bangga tidak meminta maaf, tetapi tidak rasa apa-apa apabila terpaksa akur untuk menarik balik sebahagian tuduhan dan membayar sejumlah pampasan?

Bukankah menarik balik berserta membayar sejumlah wang lebih memalukan daripada meminta maaf? Lagi pula, apa perlunya lagi meminta maaf jika dakwaan sudah ditarik balik dan kena membayar dengan wang ringgit? Jadi, kenapa semacam terus berbangga tidak meminta maaf?

Dengan berbangga tidak meminta maaf juga, Nasaruddin tanpa sedar memberi gambaran yang salah mengenai agama Islam dan konsep ketuhanan apabila seolah-olah memperlihatkan keputusan itu diperoleh setelah diberi petunjuk Tuhan melalui sembahyang sunat 2 rakaat.

Benarkah Tuhan memberi petunjuk kepadanya agar jangan meminta maaf?

Jika benar petunjuk diperoleh agar tidak meminta maaf, bermakna Tuhanlah yang memberi petunjuk kepadanya agar menarik balik sebahagian dakwaan dan setuju membayar pampasan kepada Lim?

Kalau begitu, kenapa Tuhan hanya memintanya menarik balik sebahagian dakwaan dan membayar pampasan, tetapi tidak menyuruhnya meminta maaf? Adakah Tuhan tidak suka umatnya meminta maaf dan menjadi pemaaf?

Kenapa pula Tuhan tidak memintanya melawan habis-habisan di mahkamah?

Sebenarnya, jika Nasaruddin cuba menggambarkan keputusan tidak meminta maaf itu diperoleh selepas mendapat petunjuk Tuhan, beliau tentu sukar mengelak rentetan soalan lain mengenai persoalan yang sama. Orang akan menyoal kenapa Tuhan begitu, tidak begini dan sebagainya.


Mungkin ada yang turut menyoal, kenapa sebelum membuat dakwaan terhadap Lim, beliau tidak mengerjakan solat sunat dan memohon petunjuk Tuhan terlebih dulu sama ada apa yang mahu didakwanya itu betul atau tidak?

Jika benar petunjuk Tuhan mudah diperoleh, bukankah lebih baik diminta di peringkat awal lagi, lalu tidaklah membuang masa, tenaga dan wang sehingga perlu pergi ke mahkamah?

Gambaran Islam apa yang cuba diperlihatkan dengan sikap sebegitu?

Kenapa suka sangat melibatkan Tuhan sedangkan dalam perkara sebegini, yang perlu sebenarnya ialah bukti dan sama ada dakwaan yang kita tujukan kepada orang lain berdasarkan fakta atau sebaliknya?

Lebih-lebih lagi, kes Lim dengan Nasaruddin ini bukanlah pertarungan antara Islam dengan bukan Islam, ia hanya isu berkaitan watak dan kelakuan manusia yang boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira bangsa dan agama.

Jadi, berpada-padalah dalam "menjual" nama Tuhan kerana takut akhirnya gambaran Islam yang terpamer lebih buruk sudahnya.
– shahbudindotcom


ULASAN GB

Teruk betul perangai Ketua Penerangan PAS Pusat ini. Sudah terlepas, mendabik dada pula menyatakan beliau tidak meminta maaf kepada Lim Guan Eng. Disamput pula oleh penyokong-penyokongnya menuduh kononnya media salah lapor terhadap keadaan semalam.

Apa-apa pun hukum kebenaran telah BERJALAN DAN terdedah bahawa kamu Nasuruddin Hasan Tantawi telah MELAKUKAN FITNAH.

Kamu minta maaf atau tidak, itu kamu punya pasal. Allah Yang Maha Adil akan tetap menjalankan hukumNya. Jika kamu berbangga kerana TIDAK MEMINTA MAAF sednagkan sudah jelas kamu sendiri yang menarik balik kenyataan FITNAH yang kamu lakukan kerana kononnya TERSLAH TERMA, maka dosa fitnah akan tetap berlansung dan menunggu balasan terus daripada Allah.

Kita mengalu-alukan langkah LGE untuk mengheret semula Nasruddin ke muka pengadilan kerana terlalu ketara Nasruddin “putar-belit” berhubung penyelesaian damai semalam.

Walaupun LGE bukan seorang Islam bukan erti umat Islam apatah lagi bergelar "ustaz" boleh sewenang-wenangnya memfitnah beliau.

Kita tunggu dan lihat kehinaan dan kehancuran yang bakal menimpa Nasruddin jika beliau masih terus bermain dengan kata-kata untuk menutup kesalahan FITNAH yang telah dilakukan.

31 ulasan:

tungkaran hati berkata...

tak mohon maaf tapi kena bayar 10k......apecerita atau memang ajaran PAS yang gemar berdusta....!

Tanpa Nama berkata...

Hodohnya perangai ustaz ni..buat malu islam jer..

Tanpa Nama berkata...

APA SEBENARNYA BERLAKU?

1) Tantawi menulis sebuah artikel MEMPERTAHANKAN kerajaan Pkr selangor dari dihentam oleh LGE berhubung KIDEX.

2) dalam artikel tu, tantawi simply kata "LGE jangan jd ketam yg nak ajar anak jalan lurus" dengan mengemukakan 5 keraguan :

a) projek terowong bawah tanah penang dianugerahkan tanpa open tender
b) projek terowong berkenaan tidak mengambilkira pandangan org awam secara menyeluruh
c) projek terowong berkenaan - pada kos RM4.63 billion utk sepanjang 6.5km - terlalu mahal berbanding sepatutnya (overpriced)
d) kerajaan penang beroperasi di atas bajet defisit
e) LGE ialah seorg hipokrit utk mengkritik KIDEX yg mengenakan tol sedangkan dia sendiri benarkan kutipan tol utk terowong penang selama 30 tahun.

(dalam artikel berkenaan, tantawi juga jelaskan KIDEX adalah projek kerajaan persekutuan manakala projek terowong adalah usaha kerajaan penang).

3) LGE bertindak menyaman tantawi berhubung artikel tersebut.

APA YANG TERJADI?

1) team LGE dari awal cuba meminta kes diselesaikan di luar mahkamah, pada mulanya dgn syarat tantawi minta maaf dan menanggung kos guaman.

2) tantawi menolak tawaran tersebut.

3) team LGE berusaha lagi utk mencapai persetujuan tanpa bicara, kali ini mereka menekankan tentang penggunaan terminologi yang salah berkenaan bab "tiada open tender" tersebut kepada istilah sebenar iaitu "RFP (request for proposal, permintaan utk cadangan). RFP ni open tender pun bukan, direct nego pun bukan. dalam ertikata lain, tantawi x salah dan x juga betul berkenaan point "tiada open tender" tersebut.

4) maka selepas perbincangan sulit antara hakim dan kedua2 pihak (tanpa lawyer), satu persetujuan dicapai :

a) pihak plaintif (LGE) MENARIK BALIK kes.
b) pihak defendan MEMBAYAR KOS MAHKAMAH sebanyak RM10K, iaitu satu amalan mahkamah yg biasa bila plaintif menarik balik kes atas persetujuan bersama, defendan kena bayar kos mahkamah.
c) pihak defendan TIDAK PERLU MEMOHON MAAF kepada plaintif, kerana HANYA SATU BAHAGIAN ARTIKEL (iaitu berkenaan bab tender) yang ditarik balik atas alasan terminologi, dan bukan keseluruhan artikel yg ditarik balik.

POINT MENARIK :

1) pihak plaintif bersungguh2 nak setel luar court.

2) tantawi kemukakan 5 point besar, tapi hanya satu point yg disentuh oleh LGE dan itupun atas alasan terminologi. baki 4 point LANGSUNG TIDAK DISENTUH oleh LGE.

3) jadi jika LGE tidak teruskan saman tantawi atas kesemua point lain tersebut, maka adakah point2 tantawi tersebut benar? maka benarlah kos tunnel tu overpriced, tunnel tersebut tiada public consultation, kerajaan penang beroperasi atas bajet defisit serta benarlag LGE ni hipokrit, begitu?

kalau ikutkan pemikiran kanak2 di luar sana, depa dah dok canang tantawi bersalah berdasarkan satu hujah - tantawi kena bayar RM10K kos mahkamah sedangkan mmg amalan mahkamah jika kedua2 pihak berunding dan plaintif tarik balik kes, pihak defendan akan tanggung kos mahkamah (melainkan jika pihak plaintif setuju defer kos tersebut, seperti kes TSKI melawan saifudin).

wallahu a'lam.

Tanpa Nama berkata...

Apa sebenarnya berlaku? Yang saya tahu disebabkan defenden tak confident dgn statementnya itulah diminta penyelesaian luar mahkamah.. Kalau yakin berada pihak yg benar dgn bukti kukuh mengapa tidak berkeras untuk teruskan perbicaraan... biar terbongkar semua termasuk 4 portion yg lain tu... lagi satu, if one portion is now provenly false, what we expected with others portion.. ini kanak2 pun boleh fikir daa...

Tanpa Nama berkata...

Yok2 je nk mbelit..tukar nma lgi ker huhuhu

Tanpa Nama berkata...



Kesalahan besar Nasaruddin ialah dia di pihak benar mengikut 'Cacatan dari Mahkamah' tetapi entah apa setan yang menghasut, konon-konon si Nasaruddin ini ingin menunjukkan yang dia baik sangat lalu dia pun mengalah walaupun sebagai ulamak sepatutnya dia mempertahankan kebenaran keatas apa yang di perkatakan atas prinsip berpendirian sehingga habis-habisan.

Atau mungkin Nasaruddin mengaku kesalahannya kerana membuat dakwaan yang tidak benar tetapi tidak semestinya dia perlu minta maaf. Ini tak masuk akal. Mengaku bersalah tetapi mempertahankan diri dari meminta maaf, satu hal. Yang tak dapat diterima akal ialah apa hal pulak orang yang mendakwa beriya-iya memanggil orang yang didakwa untuk berunding. Bukan kah orang yang bersalah yang perlu memanggil untuk berunding.

Saudara Lim Guan Eng adalah Ketua Menteri dan sudah tentu masa dia terlalu ketat dengan jadual kerja. Apabila melihat kedegilan Nasaruddi yang tidak mahu minta maaf, Saudara LGE sudah tahu yang mamat ini kalau minta maaf pun tidak ikhlas dan insaf. So, biar lah hal ini di serahkan kepada Tuhan sahaja.

Tetapi kita sebagai umat Islam sudah tentu sangat kesal sikap yang di tunjukkan oleh seorang Ulamak RM 10,000 ini kerana tidak sanggup lawan demi kebenaran. Lim Liong Sik lagi mulia dari Nasaruddin kerana mempertahankan maruah nya dalam mempersoalkan kewibawaan Najib.

Nasaruddin menulis dakwaan tersebut sebagai satu pendapat atau maklumat yang ada pada dia seperti mana penulis komen didalam blog ini. Jadi dikirakan lah sebagai bukan fitnah sedangkan kedudukan dia ada lah sebagai Ketua Penerangan dan ber'ulamak'. Dia perlu pastikan dan bertanggung-jawab dia telah melakukan kan kajian dan mendapatkan maklumat dari PAS Pulau Pinang sebelum mengeluarkan pendapat atau kenyataan.

Jika Nasaruddin menulis sama seperti penulis yang memberi komen dalam blog adalah lebih baik Nasaruddin letak jawatan.

Tanpa Nama berkata...



Hidayah Esovia


Islam tertegak atas kebenaran.

Sebagai Ketua atau pemimpin dalam parti Islam, Nasaruddin sepatutnya berpegang pada 'pantang mengundur bila sekali dah melangkah'.

Saudara bukan mendedahkan kebaikan Nasaruddin tetapi saudara memberi gambaran Nasaruddin seorang yang lemah dan tidak ada semangat berjuang demi kebenaran.

Dan seperti UMNO, Nasaruddin kena bukti kan DAP Pulau Pinang juga telah menyalah-guna duit rakyat.


Tanpa Nama berkata...

Kalau rasa x bersalah, kenapa nak bayar saman. Lawan sajalah..kan ada lagi suku dan lutut. Buat malu aku saja..ularmak yang aku sokong bodoh sombong rupanya.

Tanpa Nama berkata...

org Islam sepatutnya sentiasa dlm kebenaran dan bersama2 org2 yg benar.

siserban ini jauh dr kebenaran. dia menipu. krn terlalu ghairah utk memburukkan kerajaan negeri PP dia terlupa bhw sbg ahli parlimen dia boleh guna kedudukan dia utk buat bertanya kpd kerajaan negeri.

kalau tak tau, tanya. kalau bodoh, belajar...

sahak berkata...

Betul ke peguam LGE yg minta selesai luar mahkamah...minta pencerahan sikit..

Tanpa Nama berkata...

Ulamak perut busung.. pipi penuh lemak melilt di kepala ni pun hangpa nak percaya??

Nak kawal nafsu mentekendarah sendiri pun dah gagal.. inikan pula nak jadi pemimpin???

Sudahlah wahai melayu2 oii.. jangan dok merapu x ketahuan hala..

Unknown berkata...

Salam


Ya...Hidayah

jika Tantowi nak sangat kenbenaran kenapa tak lawan habis2an.Kenapa pula nak mengatakn LGE takut pula,siapa saman siapa ni!!! kalau LGE takut adalah lebih baik LGE tak saman,nanti banyak rahsia bocor.LGE boleh buat style tantowi,tulis artikel2 balas balik boleh kan???LGE adalah lawyer dia tahu akan risikonya.LGE banyak kerja lain nak dibuat,bukan macam setengah pemimpin PAS sanggup ponteng kerja.

saya bukan nak membela cina kapiaq ni!!! yg benar kenalah cakap benar...

saya syorkan Hidayah Nasihatkan Tantowi ,jika tuan/puan lawyar, nak menegak kebenaran tuan-tuan pula saman LGE ...

SAMAN LGE....SAMAN LGE......OOPSSS nanti kena tunggu Tantowi sembahyang sunat 2 rakaat.

wassalam

Tanpa Nama berkata...

seperti biasa kaum ini flip flop

lama telah ditunjukkan bersama pakatan

apabila tak reti minta maaf usahlah berpolitik

ambik kupiah bubuh taik letak atas kepala---setakat tu akai hanpa

parti dakwah konon--mabuk

Unknown berkata...

Mempersendakan Islam nampaknya. Kalau dah salah memfitnah orang, mohon maaf sajalah. Tak hina berbuat begitu,bahkan digalakkan oleh Islam. Ular menyusur akar takkan hilang bisanya.

Adakah semasa solat sunat dua rakaat itu dia telah menerima bisikan petunjuk agar tak perlu mohon maaf atas kesalahannya? Subhanallah.

Tanpa Nama berkata...



Punya banyak alasan baik sebab-sebab tidak mahu minta maaf.. boleh bagi alasan sebab dapat petunjuk selepas solat sunat.

Nasaruddin mempersoal tindakan PKR yang mengambil tindakan dan memecat Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor dan di sokong oleh DAP tetapi mengapa perkara yang sama di lakukan oleh Lim Guan Eng menurut Nasaruddin tidak di kena tindakan yang sama.

Sasaran Nasaruddin Ketua Penerangan PAS ialah PKR tetapi di tujukan kepada DAP. maka di kaitkan lah dengan kos terowong dan kerajaan penang beroperasi atas bajet defisit. Sedangkan isu-isu ini langsung tidak di bangkitkan oleh pembangkang di Pulau Pinang iaitu UMNO !

Tanpa Nama berkata...

Mengarut!!!

Unknown berkata...

Orang, golongan mcm ini kah..yang kita akan pilih, mengundi..untuk menguruskan hal negara?

Naya..naya..

Tanpa Nama berkata...

sejak bila tuhan tidak menggalakkn org bersalah minta maaf?

tuhan sudah bg akal dn bg kitab sebagai panduan. ini bukan nk pilih satu dpd byk perkara baik yg perlu sgt istiharah

yg betul dh jelas yg salah dah jelas.

semakin kerap pas kini salahguna nama tuhan dn agama utk tutup kejahatan mereka

hari tu senik nk tunjuk dia wali... memgaku jumpa saidina omar rdh byk kali semasa dlm lokap.

mana dia tau flm mimpi tu saidina omar rdh? entah2 setan gondol menyamar

inilah doktrin syiah yg menggunakn alasan ghaib utk tunjuk mereka sgt beriman.

agaknya pas dapat petunjuk juga utk jilat najib yg menzalimi rakyat.

prngikut bawahan dh percaya ulamak mcm hadi dpt ainulbasirah dll. sedap sungguh guna alasan ghaib utk bodohkn prngikut

tk lama jadi ayahpin la yg turun naik ke langit.... ada jg yg percaya tu.

bila nk sapu duit dn jawatan dpt alamat boleh kot walaupun terpaksa buat baik dgn pkr dn dap

sudahlah pas jgn bodohkn umat lagi. taubat lah.

Koperasi Prihatin Kedah Berhad berkata...

Kena belajar undang-undang lagi ni. Yang saman pula dituduh minta selesai luar mahkamah? Jika nak selesai luar mahkamah tak perlu saman di mahkamah atau batal sahaja saman. Cerita mengarut pula konon pihak yang menyaman minta selesai luar mahkamah tapi pihak disaman kena bayar kos mahkamah. Mungkin kat sini orang-orang bodoh dan bahalul sahaja percaya dengan cerita donggeng.

Koperasi Prihatin Kedah Berhad berkata...

Bab kes SUA PKR dengan TSKI telah dinyatakan tiada sebarang pembayaran dikenakan kerana kes tersebut diselesaikan dengan baik apabila TSKI tarik balik saman. Kenapa menipu untuk mengiyakan pembohongan?

Tanpa Nama berkata...

Pada PRU yg lepas semua katak2 politik telah dinyahkan oleh para pengundi spt brahim ali, hasan ali, zul nordin dan yg sewaktu dgnnya...
Pada PRU kali ini in shaa Allah sekali lagi para pengundi akan nyahkan pula ahli politik yg mpergunakan agama demi kepentingan tembolok mereka...

abrarmujahideen berkata...

Setaraf saiful bukhari shj...laknat Allah kepada pendusta apatah lagi parti agama allah.

Tanpa Nama berkata...

Ini parti beragama ? Agama apa? Ajaran apa?

Tanpa Nama berkata...

Mungkin inilah puncanya Allah tidak memenangkan parti tu...pemimpin berakhlak buruk.
Ahli bawahan disuruh beristiqamah dan setia pada parti, yg di atas mabuk kuasa sehingga adab dan kelakuan serta tuturkata amat bercanggah dgn amalan yg sepatutnya.

Tanpa Nama berkata...

Tengok gambaq...tengok tangan tontowi...pun dah faham...buatlah kesimpulan sendiri...

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak mampu jadi ostad, jadilah org biasa saja..tak byk buat dosa fitnah..dosa besar tu, taubat tuan.

Tanpa Nama berkata...

saudara omar daud.

Memang betul tulisan tuan.
LGE dah banyak menang saman dan boleh goger berapa guni dia dah dapat.

Pada pemertian ambe, LGE bertindak amat bijak untuk berundur.
Gantirugi pun tiada, ustaz celupar hanya bayar 10k itupun untuk mahkamah.
Ambe amat pasti LGE berundur kerana menghormati Agama Islam, Ulama dan Ustaz.


Tanpa Nama berkata...

Kalau ada undi CAI di mahkamah tentu Din menang besar mcm di Muktamar PAS, hi3.

Unknown berkata...

Tak sangka pulak ada loya burok pas disini nk pertahan yg taik totokwi adalah wangi semerbak walaupun baunya Allah sj yg tau betapa busuk dan tengiknya taik totokwi bukan setakat isu ini shj malah belambak isu mulut busuk totomwi kalau nk senarai disini.Baghal unta punya loya burok paspispus !!!!!

Unknown berkata...

Ahli pas semuanya ostat2.Kalo buh serban dgn jubah jadi ulama pulak.Kalo diangkat sebagai presiden maka setaraflah dgn nabi2..

Ibnu Saad berkata...

Islam itu indah dan damai...yg menjadi islam itu dipandang hodoh adlh penganutnya yg bebal dan jahat..utk menutup kejahatan yg dilakukannya maka Tuhan manjadi sasaran manusia durjana ini..mcm2 helah atas nama Tuhan..