27 Dis 2015

Musuh, Bila Dia Sokong Kita, Mesti Ada Yang Tak Kena..

Presiden PAS dapat layanan istimewa Utusan

Di tengah-tengah kehangatan isu kerjasama Umno-PAS, Utusan Malaysia tampil memberi layanan istimewa kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Akhbar milik Umno itu hari ini menyiarkan kenyataan penuh Hadi, yang antara lain mempertahankan peranan parti itu sebagai pembangkang yang menasihati kerajaan.

Malah, kenyataan anggota Parlimen Marang itu turut diketengah di muka depan akhbar itu.


Manakala kenyataan penuh Hadi dimuatkan di halaman ke-12 dengan tajuk "Fahami konsep Nasihat PAS"

Jarang Utusan memberi ruang sebegitu kepada pemimpin pembangkang selama ini.

Akhbar web PAS Haakahdaily turut memuatkan kenyataan penuh Hadi semalam.

Masih tidak jelas sama ada layanan istimewa Utusan itu akan menjadi isyarat bahawa Umno terus berusaha untuk 'melamar' PAS, yang kini bersendirian selepas perpecahan gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.

Dalam artikel itu, Hadi antaranya berkata kesediaan PAS itu untuk menjadi penasihat kerajaan bukan kerana pangkat tetapi untuk menjadi penyelamat.

Malah, katanya, konsep nasihat sangat penting untuk umat Islam dan termaktub dalam al-Quran dan sunah yang menjadi dasar tertinggi PAS.

Beliau pada masa yang sama menyelar pihak yang “lemah iman” dan tidak istiqamah dengan “mahu menjadi pembangkang semata-mata atau terpengaruh dengan musuh Islam yang mencipta provokasi”.

Isu kerjasama kedua-dua parti terbesar di Malaysia itu kembali disemarakkan selepas perkongsian pentas Hadi dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dalam sebuah acara alumni Universiti al-Azhar, Mesir baru-baru ini.

Kemesraan mereka, selain pakaian sedondon merah jambu, mereka juga menjadi perhatian lensa jurugambar, yang terus mencetuskan perbahasan awam.


BILA UTUSAN TIBA2 JADI BAIK...

Semua orang tahu akhbar Utusan sentiasa memusuhi Pas, perjuangan dan para pemimpinnya sejak dulu. Disebabkan itu, Pas pernah melancarkan kempen agar ahli-ahlinya jangan membeli dan membaca akhbar tersebut yang didakwa hanya menyebarkan propaganda, laporan tidak tepat dan memburukkan parti itu sahaja.

Lantaran itu, masih ramai yang kekal memboikot Utusan sekarang. Salah satu sebab merosotnya jualan akhbar Utusan juga adalah dipercayai kerana berkesannya pemboikotan itu kerana ia bukan saja dilakukan oleh ahli Pas, malah juga oleh penyokong dan mereka yang condong kepada perjuangan parti itu.

Tetapi, sejak timbulnya cadangan Najib Razak mahu mengajak Pas bekerjasama dengan UMNO dan kerajaan yang dipimpinnya, kecondongan akhbar itu juga dapat dilihat dengan nyata.

Tiba-tiba saja Pas disanjung, pemimpinnya diberi muka untuk siaran berita dan seolah-seolah parti itu sahabat yang setia.

Apabila musuh tiba-tiba jadi baik, selain harus bersangka baik, tetapi janganlah sesekali dilupa pesanan bekas Presiden Pas, Fadzil Noor yang pernah dibuatnya sebelum ini.

"Musuh, bila dia sokong kita, mesti ada yang tak kena."

Insya Allah, pesanan beliau itu sentiasa relevan sampai bila-bila.
-shahbudindotcom


ULASAN GB

GB tak payah ulas panjang-panjang tentang laporan Utusan itu, Shahbudin dah pun mengulas sama dengan apa yang GB hendak perkatakan.

GB nak sentuh sedikit mengenai "nasihat". Presiden PAS kata bukan kerana pangkat tetapi kerana nak selamatkan negara.

Memang betul pun addinu nasihah, agama itu nasihat. Tetapi kita tidak boleh mengabaikan untuk "menasihati diri sendiri" sebelum menasihati pihak lain.

Nak selamatkan negara macamana jika tugas penting diabaikan? Nak selamat negara macamana jika kerap ponteng parlimen? Nak selamatkan negara macamana jika asyik tuduh orang tidak istiqamah kepada orang yang tak setuju dengan beliau dan menghalau orang dari partinya? Nak selamatkan negara macamana jika boleh bersama dengan pihak yang selama ini menjadi musuh parti dan rakyat dengan pelbagai isu dan skandal? Nak selamat negara macamana jika selama ini lebih mengutamakan pergi memancing di laut?

Subky Latif, seorang wartawan veteran pernah menulis untuk membela Presiden PAS. Katanya ada perkara yang dibuat oleh Presiden PAS itu melangkaui akal manusia biasa, lalu beliau memetik kisah Nabi Allah Khidir yang mempunyai ilmu yang luas yang disuruh oleh Allah swt Nabi Musa untuk belajar daripadanya. Nabi Khaidir adalah "tuanguru" yang serba berilmu tetapi yang memimpin umat ialah Nabi Musa a.s.

GB ingin menjawab, Nabi Khidir mengajar hakikat, bukan syariat. Nabi Musa a.s. yang diutuskan Allah membawa syariat untuk kaum dan umatnya. Nabi Khaidir tetap Nabi Khidir dan Musa menemuinya di laut untuk belajar "hakikat setiap kejadian dan perbuatan" - itu pengajaran dari surah Al-Kahfi.

Itu perbezaan peranan kedua-dua nabi Allah, Musa dan Khidir.

Jika terus-terusan ingin menjadi "tuanguru" seperti Khidir dan bukan pemimpin umat seperti Musa, maka sewajarnyalah Presiden PAS itu duduk di laut bukan di bumi. Yang duduk di daratan ialah Musa manakala yang ditemui di bibir laut ialah Khidir.

Itulah pelajaran yang kita alami dari kisah kedua-dua Nabi berkenaan. Lagipun Musa adalah salah seorang dari lima orang rasul yang memiliki gelaran Ulul Azmi selain dari Nuh, Ibrahim, Isa dan Muhammad.

Ramai yang menganggap Haji Hadi yang ada sekarang tidak sama dengan Haji Hadi sebelum menjadi wakil rakyat. Dahulu Haji Hadi adalah seorang yang vokal menentang segala kekejaman dna kezaliman. Ramai yang mengkagumi kelantangannya. Tetapi apabila sudah berjawatan dan sudah "kaya raya" (dilaporkan kini pendapatanya dari hasil menjadi wakil rakyat termasuk elaun dan pencen ialah hampir RM100,000 sebulan dan lebih sejuta untuk setahun) rentak perjuangannya sudah berubah.

Malah amanah dan tanggungjawabnya kini sentiasa diabaikan. Ada yang membela kononnya beliau berjawatan tinggi di peringkat dunia - sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, mempunyai jadual yang padat sehingga menyebabkan beliau tidak dapat hadir ke parlimen dan DUN.

Jika demikian, lebih elok beliau letak jawatan sebagai wakil rakyat dan tumpukan perhatian kepada jawatan "sedunianya" itu. Kerana tindakan beliau sekarang akan menyebabkan lebih ramai mempersoalkan siapa yang sebenarnya membayar gaji dan elaun beliau dan akan ramailah wakil-wakil rakyat PAS akan berani ponteng parlimen dan DUN, kerana mengikut jejak langkah Presiden itu.

Itulah "nasihat" dan muhasabah yang lebih utama untuk dilakukan terhadap dirinya jika bertujuan untuk selamatkan negara.

22 ulasan:

Unknown berkata...

ulasan yg menarik...

nick berkata...

Ingin membaikpulih negara dengan menasihati UMNO yang memerintah negara? Negeri sendiri yang mereka perintah pun tunggang terbalik, ini nak nasihatkan orang lain? Nak nasihat apa? Bagaimana nak merembat balak? Bagaimana nak menangani bencana banjir denga cara "berselfie" dan post message kat facebook seolah2 itu adalah usaha yang paling terbaik dapat diberikan kepada mangsa banjir? Nak nasihat bagaimana melanggar amanah seperti yang dilakukan kepada potongan gaji guru2 YIK? Nak nasihat cara nak naikkan elaun adun serta gaji MB2 n gang tanpa rasa malu pada rakyat yang ditimpa musibah? Kalau nak nasihat perkara2 tu, UMNO lagi hebat dan tak perlukan nasihat dari PAS!

Mungkin PAS yang sebenarnya teruja nak belajar macamana boleh kaut gaji dan elaun banyak2 dari jawatan2 serta kedudukan sebagai ahli politik tanpa ada buat kerja ataupun kelayakan akademik. Rasanya2 ramai pak2 lebai yang cemburu dengan "ketokohan" ketua wanita UMNO yang dapat "jackpot" membalun duit anak2 yatim dan fakir miskin sampai beratus ribu setahun! Kerja tak perlu, idea2 yang bernas pun tak perlu difikirkan malah anak beranak pun senang je boleh diberikan jawatan yang bergaji lumayan. Semuanya jadi rezeki yang halal asalkan ada tok guru dan lebai yang kuar fatwa bagitau gaji buta yang dimakan tu rezeki dari Allah dan "halalan toyiban". Ponteng Parlimen pun sah walaupun berdosa, ikut hukum lebai "songkok tinggi tapi akal seciput" yang duduk kat pusat zakat tu!

Nick.
Cape Tiger.

zarra berkata...

Sangat setuju dgn tulisan sdr shahbuddin dan ulasan GB menarik dan wajar dimuhasabah presiden parti Islam itu... Hadamilah wahai HH sebaiknya supaya kapal parti sucimu itu tak cepat tenggelam!

Tanpa Nama berkata...

Tidakkah selama ini peranan pembangkang sentiasa menasihati & menegur kerajaan, samada di Parlimen mahupun di pentas2 forum dan ceramah...?? Dan dakwah & nasihat yg paling berkesan ialah melalui perbuatan & apa yg kita lakukan. TGNA di Kelantan telah membuktikan bgmn dakwah & nasihat yg berkesan...kerja 5 hari dimulakan oleh beliau di Kelantan..diikuti k'jaan BN.
Cuti bersalin,etika kerja & pentadbiran dan byk lg...itulah contoh yg hebat ditunjukkan oleh Allahyarham TGNA sebagai pendakwah & penasihat...

Tanpa Nama berkata...

Tidakkah selama ini peranan pembangkang sentiasa menasihati & menegur kerajaan, samada di Parlimen mahupun di pentas2 forum dan ceramah...?? Dan dakwah & nasihat yg paling berkesan ialah melalui perbuatan & apa yg kita lakukan. TGNA di Kelantan telah membuktikan bgmn dakwah & nasihat yg berkesan...kerja 5 hari dimulakan oleh beliau di Kelantan..diikuti k'jaan BN.
Cuti bersalin,etika kerja & pentadbiran dan byk lg...itulah contoh yg hebat ditunjukkan oleh Allahyarham TGNA sebagai pendakwah & penasihat...

Tanpa Nama berkata...

definisi sahabat diperlukan

apabila musuh sedaya upaya kekuatan , perisikan, aparatus keamanan melawan satu organisasi dengan tuduhan jahat media atau pun ancaman ,ugutan atau pembunuhan maka tuan tuan fikir organisasi itu sahabat tuan tuan

bolehkah?

maka dalam semalam ,hari ini ia berubah menjadi kawan akrab seolah olah tiada apa yang berlaku--mari kita lupakan semua masa lalu

pemimpin jenis apa mereka ini

mereka ialah pemimpin palsu yang tidak mengenal erti penjara

mereka berpura pura

hari ini kesyaitanan mereka teserlah

abrarmujahideen berkata...

Sejak dari dulu ag...hati kecil ak nie meletak martabat tinggi utk almarhum fadzil noor, almarhum nik aziz dan ustaz ahmad awang shj..betul lah firasat yg ALLAH kurnia kab ...ameen

Unknown berkata...

Salam:


Saya cadangkan Hadi dan kawan2ya tubuhkan satu consultancy firm seperti Hadi/ Zuhdi and partners.Tugasnya semata-mata menjadi penasihat politik orang2 yg berkuasa.Senang orangpun tak sakit hati,bermula hari ini,Hadi kena lucutkan semua jawatan yg ia pegang samada dlm PAS ataupun ahli parlimen ataupun dun.

Jika tidak Hadi,akan merosakkan perjuangan PAS dan agama islam itu sendiri.Dalam politik mana boleh sekejap jadi kawan sekejap jadi lawan,sekejap nak sorang2,lepastu berpatah balik.Dalam ajaran islam mana boleh mengambil FAEDAH daripada orang yg kita dakwahkan.Bukan sahaja jawatan,harta benda,kesenangan,bersubahat dgn penzalim,tetapi mendapatkan kemuliaan yg dibuat-buat dan dipertontonkan dimedia perdana dan elektronik.

wallah'ualam.

Anti Fitnah berkata...

Penasihat kepada BN dalam memerintah negara??? Satu lagi hujah yang cuba memperBODOHkan rakyat Malaysia. BN terutama UMNO nak dengar dan akur dengan nasihat daripada PAS terutama PRESIDENnya. Apalah yang hebatnya Presiden PAS ni? Pernahkah dia memerintah Malaysia? Memerintah sepenggal di Terengganu ... apa yang telah beliau sumbang kepada negeri itu? Dr Mahathir yang memerintah Malaysia selama 22 tahun dan ahli UMNO pulak tu ... nasihatnya dibakul sampahkan.
Awat PAS ingat UMNO nak laksanakan HUDUDkah? Dah dekat 60 tahun depa dok perintah, masa bilanya yang depa tu setuju dengan HUDUD? Kalau banding dengan DAP, siapa lebih jahat? DAP tak pernah memerintah Malaysia tapi didakwa sebagai halangan dalam melaksanakan HUDUD sedangkan UMNO tidak pernah sekalipun terlintas di dalam hati depa akan perlaksanaan hukum ini. DAP juga yang menjadi kambing biri-biri hitam.
Kenapa DAP dipersalahkan? Senang saja jawapannya sebab DAP ialah "Cina" walaupun ahlinya bersifat 1 Malaysia. Teringat aku akan Menteri UMNO berkata semasa pelancaran "LOW YAT 2". Janganlah pertikaikan harga barangan yang dijual oleh peniaga Melayu. Sokonglah Melayu ni. Inilah hujah yang akan membuat Melayu papa kedana. Melayu buat jahat macam mana pun, tak pa walaupun menipu Melayu sendiri. Janji Melayu.
Rezeki adalah pemberian Allah swt. Persaingan yang sihat memang menjanjikan pulangan yang lumayan. Memang dianjurkan bahawa 9 daripada 10 pintu rezeki adalah melalui berniaga. Jangan ada hasad dengki tetapi sentiasa berusaha dan berfikir cara serta kaedah dalam memajukan perniagaan diri sendiri. Orang Cina yang kaya raya pada hari ini bukan menjadi kaya sekelip mata. Cuba tanya Bukhary atau Tony Fernadaz.
Melayu yang berniaga harus ingat bahawa hak istimewa tidak membantu dalam memajukan perniagaan. Berniaga secara halal dan lurus akan membawa pulangan yang baik dan berpanjangan. Jangan sekali menjadi Ali Baba.

Unknown berkata...

Hadi Awang adalah seorang Presiden yang gagal!

Gagal, dari segi memimpin, mengajar non muslim menganuti ajaran Islam. Sebagaimana Tuan Guru Nik Aziz, setiap kuliah agamanya akan didatangi dan didengari oleh non muslim.

Berundurlah..Tuan Guru Hadi Awang. Tumpukan kepada kerja-kerja dakwah, Ulama sedunia. Ramaikanlah non muslim supaya mereka mencintai dan memeluk agama Islam. agama yang benar di dunia dan di akhirat.

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn GB. Kalau sebab jawatan naib presiden kesatuan ulama sedunia tu menyebabkan beliau terpaksa ponteng dlm parlimen dan gagal melaksanakan amanah sbg wakil rakyat dlm negara, lebih baik letak jwtn.jwtn itu amanah.rasa2 dh xboleh, letak jwtn.jgn dipikul.berat nak jawab kt akhirat sok. Kalau nak dibanggakan dgn hj hadi sbb jwtn naib kesatuan ulama tu, rasa2 tgna dulu lebih layak lagi lah.byk faktornya.tersenarai dlm 100 org paling berpengaruh didunia.dan sbb kezuhudan beliau jelas. Pemikiran beliau dlm keluasan kerangka islam itu sendiri mencerminkan beliau pemikir yg bukan calang calang org.semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama para syuhada dan org yg soleh.

Tanpa Nama berkata...

Kalau di ambil kisah seperti mana kisah dalam perjalanan Nabi Musa mengikut Nabi Khidir, pertama sekali Nabi Khidir bertemu dengan seorang budak lalu di pancung dan yang kedua kapal-kapal telah di bakar.

Nabi Khidir tidak langsung memberi nasihat.

Oleh itu jika terus-terusan ingin menjadi "tuanguru" seperti Khidir bukan kapal Najib yang belayar dengan menurunkan sauhnya sahaja yang di bakar dengan nasib Najib sekali sama dengan budak tersebut kerana menderhaka dan merosakkan agama.

Sedangkan bila ditanya beberapa hal tentang akibat dan kesan tindakan Hj Hadi serta pemimpin PAS yang lain, mereka hanya mampu menjawab 'Ini semua dalam Ilmu Allah'

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Hj Hadi telah gagal dan sudah tidak layak berdakwah lagi. Dalam hal agama pun tutur-katanya dan perbuatannya tidak seiring dengan agama. Belajar dengan Hadi, jangan banyak menyoal, boleh mengurangkan iman.

Ramai yang macam Hj Hadi. Mereka lah yang menjadikan politik, politik. Agama, agama. Mereka telah mengasingkan agama dari politik.

Mereka tidak patuh pada Allah dalam hal-hal politik. Mereka tidak menyerah seluruh kehidupan ini kepada Allah.

Tanpa Nama berkata...

Kalau jumpa ular dan Najib, Kotok Hadi Awang dulu.

libas berkata...

memang benar lah di akhir zaman ini akan berlaku nya berbagai2 fitnah. PAS juga tidak terlepas bilamana ia melihat non Muslim itu sebagai orang yg patut di jauhi berbeza dgn pendekatan TG Nik Aziz dulu. Di mana Hassan Ali yg di lihat amat pro UMNO dulu. Berbahagia lah, cita2 anda sudah tercapai..tetapi jika selepas ini PAS menemui bencana, anda lah yg akan mula2 di tanya..puas hati kah tuan ketuanan melayu??

Tanpa Nama berkata...

USTAZ FADLI NOOR ALSO OTHER PERSON WILL BE REMEMBER ASSIDE THAN TGNA DAN KARPAL. NASIHAT USTAZ JANGAN SESEKALI TERPEDAYA DENGAN SOKONGAN PIHAK MUSUH WILL BE BIND TO OUR DNA SAMPAI KE HARI KIAMAT, BUKAN POLITIK SHJ JUGA UTK KEHIDUPAN SEHARIAN SERTA AKN DIAJAR KE ANAK KITA UTK KEBAIKKAN MEREKA DI MASA AKN DTG. WE WILL NOT BERN TRAP DGN TIPU HELAH UMNO BECAUSE THIS PART OF POLITCAL STRATEGY. ORG YG BELAJAR SAINS POLITIK KNW VERY WELL ON THIS. LEARN FRM THEM DAN COMBINE YOUR KNOWLEDGE DENGAN ILMU AGAMA. EVAN ZAMAN RASULULAH SAW, WHEN YAHUDI BETRAY PEFJANJIAN DAMAI SUATU KETIKA DAHULU DI MADINAH, NO MORE SECOND CHANGE TO THE ENEMY EXCEPT PERJANJIAN DAMAI PERSEORANGAN SHJ WILL BE ATTEND (IN OTHER TO GAIN INFO DARI PIHAK MUSUH SEMASA PERANG). WALLLAHUALAM.

Tanpa Nama berkata...

Tugas dakwah tugas kita semua & sunnah nabi bkn tugas Hadi sorang.

Tanpa Nama berkata...

Betul la tu. Dajwah tugas semua orang Islam... masalahnya platform dakwah yg TGNA wariskan dolu dah di'kucai-hanyai'kan oleh Hadi AlMarangi yg salahguna politik untuk kepentingan diri,keluarga dan kroni (perangai dah mcm ketua kaum UMNO)

Tanpa Nama berkata...

Ini berkerjasama dengan UMNO. Yang Hj Hadi cakap, menjadi pertikaian ramai, di perkukuhkan oleh Utusan.

Tapi bila PAS sokong Anwar dan berkerjasama dengan PR, yang di siarkan ialah komen dari orang lain yang memutar belit cerita sebenar.

Kali ini Utusan bulat-bulat keluar kan kenyataan Hj Hadi. Itulah keistimewaan yang Utusan berikan pada Hj Hadi setelah berpuluh tahun pemimpin PAS di fitnah.

Bukan UMNO sahaja yang perlu di maafkan tapi Hj Hadi perlu lah menyatakan kekesalan nya kerana tersilap bersama PR dan kerana menolak fitnah Anwar yang pertama.

Tanpa Nama berkata...

Sejak menjadi barua ameno ni boleh la masuk utusan muka depan. Barua pun barulah.

Tanpa Nama berkata...

Nasihat rakyat pula jangan ponteng sidang parlimen.kalau hadir jangan pula banggang tapi terus bangkang.Inilah akibatnya bila selalu ponteng dan tidak menghayati perjuangan ke putrajaya.akhirnya melantik diri sebagai penasihat dan melupakan amanat sushi.

Tanpa Nama berkata...

SEJAHTERA.

MUSUH SOKONG MEMBAWA REBAH.

KONGSEP INI DAH TAK PAKAI LAGI SEKARANG.
LEBIH LEBIH LAGI BAGI ORANG YG TIADA BERPENDIRIAN.
TIDAK ADA KETETAPAN DALAM HIDUP.
TAMPA PRINSIP YANG JELAS.
MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH..

ASAL JADI DUIT.
ASAL ADA DUIT.

APA APA PUN... PUNYA ADA DUIT.

HIDUP MISTI BERDUIT.
HALAL HARAM SOAL LAIN.

INI KONSEP KITA DALAM PAS.
PEDULI DGN ORANG LAIN.
BILA LAGI NAK SENANG.
KALU MINTAK DERMA IKLAS.. YG AHLI KASI ,
BANYAK DUIT BIRU JEE..

KITA KENA CARI CARA LAIN.

BIAR ORANG KUTUK..TAK APA.
KITA TETAP PAS.
PERESIDENG TERUSKAN.
BODEK ABG JIB BETUL BETUL..

TAK DAPAT 2B TAK APA..
DAPAT .6B PUN MAKAN TAK ABIH....UHHH..