22 Nov 2015

Siapa Buang Masa Dan Meroyan, Husam Atau Din Ayam?

'Layan Husam buang masa, biar meroyan'

"Layan Husam buang masa. Tunggu sahaja beliau serah bukti kepada Dewan Harian PAS Pusat. Kalau biar dia meroyan sorang-sorang," kata Zaharudin Muhammad dalam posting di Facebook beliau hari ini.

Sambil memuat naik beberapa keping gambar, Zaharudin berkata, disebeabkan Datuk Husam Musa tidak muncul seperti dirancangnya pada hari ini, dia menganggap kenyataan bekas exco kanan Kelantan itu mengenai "penyelewengan" sebagai "fitnah".


"Oleh kerana Husam tak dapat bawa bukti (hingga) hari ini maka saya anggap itu adalah fitnah dan karenah Husam tak perlu dilayan lagi," tulis beliau.

Sebelum ini media sosial menjadi medan kedua-dua tokoh itu berbalas hujah secara terbuka mengenai isu pembalakan di Kelantan.

Husam yang juga ADUN Salor pernah mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang daripada konsep ketelusan.

Zaharudin pula melalui posting Facebook menuduh anak didik bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat itu cuba menjatuhkan kerajaan Kelantan.

“Demi Allah! Saya akan lawan Husam selepas ini demi selamatkan Kelantan. Cukup saya melihat Kedah dijatuhkan oleh puak-puak Phahrolrazi dengan fitnahnya.

“Saya menyeru rakyat Kelantan bersama-sama mempertahankan Kelantan,” tulisnya.

Bye bye Husam

Tarikh hari ini kemudian ditetapkan untuk Zaharudin bersemuka dengan Husam bagi membentangkan hujah mengenai isu berkenaan.

Bagaimanapun Husam pada semalam memaklumkan dia sedang berada di China dan meminta semua pertemuan membabitkan dirinya ditangguhkan.

Zaharudin yang juga menantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata beliau sudah memaafkan Husam walaupun dia dianggap "lebih teruk daripada Firaun".

"Yang penting saya sayangkan Kelantan seperti saya sayangkan negeri saya sendiri. Justeru apabila Husam seolah-olah mendakwa adanya berlaku penyelewengan, maka saya minta bukti. Jika ada saya bersama Husam (akan) menentang penyelewengan tersebut. Kalau tidak Husam kena hentikannya.

"Apabila saya minta Husam buktikan berlakunya penyelewengan, dia ajak dialog isu Kedah dan Terengganu. Bila saya bagi tarikh 21 (November), dia kata tak ajak (secara) rasmi dan label saya lebih teruk daripada Firaun.

"Bila saya buktikan ada surat yang telah dihantar nanti dia kata tak terima pulak. Bila dialog berlaku tanpa Husam, maka penyokong Husam terutama (kumpulan) pro-AMANAH spin kata program tak berlangsung dan tunjuk bilik kosong.

"Padahal dia (datang) lewat dan dapati bilik kosong kerana bilik dikemaskan sejurus siap program atas arahan pengurusan KUISM (mungkin merujuk kepada Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad - KUIZM).

"Bye bye Hussam. Ini mungkin posting akhir saya tentang Husam yang banyak membuang masa saya," katanya.

Zaharudin juga memaklumkan, disebabkan sesi dialog dengan Husam itu tidak berlangsung dia kemudian menukar majlis itu kepada sesi penerangan "bajet alternatif".-mk

ULASAN GB

Rasa nak tergelak pun ada baca kenyataan Zaharuddin Muhammad yng dikenali sebagai "Din Ayam".

Beliau mengaturkan sendiri jadual tarikh dan tempat untuk berdebat. Sendiri atur meja, sendiri duduk lepas tu ambil gambar yang kononnya Husam tak datang, hanya dia saja yang ada.

Bila disiasat, rupa-rupanya memang tidak ada lansung "persiapan" debat yang dikatakan itu. Ia hanya dirancang oleh Din Ayam bersama seorang rakannya yang bertindak kononnya sebagai "penyambut tetamu" dan sebagai "moderator".

Bilik yang dikatakan debat itu adakan kelihatan lengang dan kosong, hanya ada 2-3 buah kerusi kuliah. Pihak KUIZM pun tak tahu ada majlis debat berkenaan.

Ada satu majlis lain di bilik kuliah 3 iaitu Majlis TAKRIM anjuran kakitangan KUIZM,tapi ia tiada kena mengena dengan debat berkenaan.

Zaharuddin berkata: "Yang penting saya sayangkan Kelantan seperti saya sayangkan negeri saya sendiri. Justeru apabila Husam seolah-olah mendakwa adanya berlaku penyelewengan, maka saya minta bukti. Jika ada saya bersama Husam (akan) menentang penyelewengan tersebut...."

Oh kerana sayangkan Kelantan sanggup bertindak lebih buruk dari Firaun? Siapa Zaharuddin yang nak minta bukti, sedangkan PAS Pusat sudahpun berurusan dengan Husam, meminta Husam hadir di hadapan Dewan Harian untuk mengemukakan bukti.

Katanya lagi: "Bila saya buktikan ada surat yang telah dihantar nanti dia kata tak terima pulak..."

Ternyata surat tak dihantar, tetapi sengaja mengandai dan mereaka-reka kenyataan "nanti dia kata tak terima pulak..."

Terdedahkan hal semalam mendedahkan lagi mengenai banyak hal tentang "wayang" permainan Din Ayam ini. Ramai berpendapat kenyataan-kenyataan orang-orang yang menyokong Din Ayam sebelum ini kononnya Din Ayam seorang ulamak disegani sehingga pernah terlantik menjadi ahli majlis syura PAS dan kononnya Zaharuddin merupakan orang yang sering dirujuki oleh rakan-rakannya semasa di universiti dahulu hanyalah "tulisan" yang direka oleh beliau sendiri.

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Tidak semua orang boleh diperbodohkan. Hukum kebenaran juga telah mencampakkan Din Ayam keluar dari ahli majlis syura.

Jadi yang sebenarnya meroyan, siapa sebenarnya yang tidak perlu dilayan, Husam atau Din Ayam? Masing-masing boleh beri jawapannya.



48 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Org dulu2 tidak mengelarkan diri mrk sebgai ulamak... tapi kita yg menamakan mrk sbg ulamak... tapi skg org tu sndiri yg memanggil diri ulamak.... sebab jauh perangai dlu dan skg

Tanpa Nama berkata...

Penin.

dia ni ada penyakit ka? gila glamour ka, gila nk buktikan dia betul ka, apa kena mengena dia dgn negeri kelantan sedangkan kelantan ada MB, tim MB dan Adun2nya.. mereka tak lah nak lawan husan mcm dia ni, kan pelik.

Husam dah sah2 ada di cina pd tarikh yg dia sendiri tetapkan, memang sah2 x dpt hadirkan diri, macamana boleh istihar husan x hadir???

Saya rasa amat pelik, macamana perasaan org lain?

Nasib baik aku bukan lagi penyokong pas, lantak laa apa nk jadi dgn pas.

sizzly7761 berkata...

Semalam sorang anak pemimpin PAS Terengganu dikatakan 'mental' kerana cuba menyerang Timbalan Pemuda PAN Negeri...yang sorang ni pulak mungkinkah 'mental' jugak bila duduk sorang2 dalam bilik kuliah dan perasan nak berdebat..sedangkan dia tahu YB Husam ada di China utk rawatan kesihatan! Beghak Nanangg doh puok2 perasan syumul lagi maksum nih!!

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin2 pas ni dah go mental. Yang nak serang org, serang. Yang nak bg info bajet, brcakap sorg2. Apala nak jadi.

Tanpa Nama berkata...

Gambar encik ding duduk sorang2 tanpa kehadiran husam dan sekerat pun penyokong itu dengan ini dinobatkan sebagai gambar terbaik dari babak pilem 'Ayang Lawang Musang, Agak2 Sape Menang? 'Aha. Gelak le. Tunggu apalagi?

Kah kah kah. Puas dah gelak? Tak kan tak nak ulas. Boleh.

Adapun dalam sejarah penubuhan universiti islam bagdad dan gordoba belum sekali pun berlaku majlis bahas seperti ini. Seorang pakar rujuk 88 buah kitab besar menyusup ke universiti subuh2 buta dan menyusun sorang2 dua buah kerusi dan meja kemudian sorang2 pulak menunggu lawan bahasnya sampai tengah hari. Selepas itu mengamok pulak kerana sorang pun tak datang. Padahal dia tahu lawannya ada di china. Inilah cendiakawan paling gila pernah dilahirkan dari madrasah al fassun wal haddi al malizia.

Unknown berkata...

Salam:

Lawak antarabangsa PAS, Bapa Mertua BOREK,Menantu rintik,ciri-ciri keADILan Islam PAS ajaran cara baru.

a.Hadi ajak Husam BERSUMPAH..Tapi hanya Husam sahaja kena BERSUMPAH,Hadi tak payah.
b.Dinpfc ajak Husam BERDEBAT...Tapi hanya Dinpfc sahaja boleh bersuara, menetapkan,tarikh,tempat tajuk,memilih pengadil/pengacara yg dia suka.

sekarang dikira Husam bersalah kerana tidak mengikut kehendak mereka.bagaimana agaknya jika hudud dilaksanakan.

wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Alahaaai lah Din... Bapak Mentua kamu tebal muka, malu tak hilang lagi dek penangan Husam, engko buat hal macam ni!!!

Unknown berkata...

Woiiitt!!! Ding Ayang..!! Kite orang tengok props pong dah boleh agak! Kalau pihak KUIZM terlibat menyediakang gelanggang untuk Husam dengang engko berdebat, takkanlah cekai camtu sekali. Macam meja budak sekolah rendah buat rehersal untuk pertandingan Bahas.. nak pilih jadi wakil sekolah!!! Takpe le Ding.. ngko menang laaa... hihihi

Tanpa Nama berkata...

ini adalah contoh cara penipuan dinayang selama ini

bermakna byk lagi penipuan dibuat dgn cara bodoh mcm ni

apa yg dia tipu pakmentua cr begini pun mesti ada hingga pakmentua jadi bodoh ikut saja

dinayang ingat foto cukup utk membuktikan segala2nya

video pun org boleh manipulasi seperti video fitnah anwar.
apabila berita dtg dr org fasik (dinayang) maka hendaklah kamu periksa dulu

setelah diperiksa ternyata memang dinayang buat kerja fasik menipu

husam pun boleh buat benda yg sama...

husam blh set debat dinippon.. tempat kegemaran pakmentua dinayang

husam pun blh jemput ramai org kt nippon, letak kerusi dan buat2 tunggu dinayang... gerenti dinayang tk sempat nk dtg,, maka husam blh kata dinayang menipu sebb tk hadir

wahai dinayang,

kami peduli apa kau ust atau apa. ini akhirzaman serban jubah itu lebih kpd pakaian dajjal. jgn perbodohkan org beriman.

yg kami percaya sesungguhnya adalah Allah dan Rasul saw saja. adapun ulamak ada 2 jenis yg baik dn ygjahat. umat bebas menilai siapa ulamak baik dan siapa ulamak jahat.

sementara husam belum balik nippon ni, buat lg lah susun kerusi meja dan duduk ambik gambar kt kerusi sorang2 tiap2 hari... dan istiharlah husam tk berani

selepas seminggu husam balik.. jgn buat lakunan lagi... sebb husam pasti dtg utk ajar golongan munafik ust2 pas ni.

munafik adalah org yg luarannya nampak sgt islamik tp perangainya menepati ciri2 munafik.

Amanah bukan munafik kerana mereka terus terang tk setuju dan keluar pas.

yg munafik adalah mereka yg dlm pas, membodek hj hadi berlebih2an yg mereka tahu akibatnya pas akan dibenci. mereka itu umpama seeokr snake dan boleh jadi seseorg yg berkelulusan dr.

hati2 dgn mereka itu dalam pasug... merekalah munafik sebenar

Tanpa Nama berkata...

Din Ayam seorang hipokrit melantik dirinya sendiri menjadi ulamak.
Hanya orang yang mengenali ko saja yang tahu perangai ko yang "PAKAR MAIN WAYANG" untuk menipu ahli PAS.

IrWrWs berkata...

Husam x berani buat report polis kerana bukti2 yg beliau ada hanya ditokok tambah bg nampak real..

Terkini pkr nak bergabung dgn umno di penang.... pukul air di dulang..

Unknown berkata...

Wan Rosli, apa mcm..Hadi Awang dan Din Ayam?

Nak gelakkan ke atau nak beri simpati..?

So pity..

Tanpa Nama berkata...

Menantu dan bapa mertua sama saja perangai...jenis tak boleh pakai...nak tunjuk eksyen laa tuh, baru setahun jagung dlm politik

Tanpa Nama berkata...

Ostad Zaharuddin @ Din ayam, memang sesuailah dengan namanya. Sekadar mempunyai otak sebesar otak ayam. Padan lah pak mertuanya mendidik beliau dengan perkataan tolol, bahlol, barua, broker yang sesuai dengan mereka yang masih mempertahan ulamak cap sendiri dalam PAS auta ni

Tanpa Nama berkata...

Wan rosli...
Di manakah terletaknya kekuatan PAS??

Di siku CAInya kah...?

Atau

Di lutut CAInya...??

kuang kuang kuang...

Tanpa Nama berkata...

petikan dr blog sysss...

Jika dia buat sessi penerangan tanpa susun meja letak nama husam tu aku akan puji akhlak dia... sebab itulah keindahan islam yg di bawa oleh seorang pemimpin islam... tapi tengok kelaku macam budak2 sahaja sedangkan beliau merupakan org tertinggi dalam PAS... buat malu sahaja kelaku sedemikian...

mamat nie berani berdebat ke... komen yg kat fb dia pun dok block tak bagi komen... tetiba dok tunjuk jaguh kata nak berdebat...

Macam nie punya perangai boleh jadi ajk pas pusat dan dulu ajk majlis syura ulamak.

p/s- utk makluman aku sudah kena block dari komen fb dia mcm sahabat kita katakan tu.. pemimpin tak berani berhadapan.. itupun jangan tunjuk kemas nak debat.. aku takut bila dah susun semua nanti tetiba tepon pak mentua suruh batalkan mcm kes mustafa ali vs husam tuuu...

Tanpa Nama berkata...

Wan Rosli ,mana kau tahu Husam tokok tambah.lagi pun kau fikir polis yang buat siasatan sekiranya ada laporan tu bodoh macam kau ke/ orang macam kau ni tak lama akan kena langgar oleh babi sesat.tunggu aje le.

Tanpa Nama berkata...

Malu la din.. ko guna nama nick name wan rosli bakpe.. org ganu sume x de telo mace mu ke? huse x report ore laing dh report.. sakit mental mu ding aye..

Tanpa Nama berkata...

Rupanya seekor lagi sakil mental ,dai ni ialah Wan Rosli.tak payah kesian kan dia /kita doakan agar wan Rosli saki jiwa bila lihat amanah makin maju.kau tak percya lepas ni mesti ada jawapan komen balas dari Wan rosli ,kita tunggu ,kalau dia jawab ,komfom dia gila.

Tanpa Nama berkata...

ko biar betol wan rosli, hal dalaman parti mana org x lapor polis dah.. kecuali jika ada kes jenayah.

pkr nak bergabung dgn umno? pkr cuma x setuju dgn dap dalam 1-2 perkara.... bukan nak bergabung dengan umno mcm pas...



Tanpa Nama berkata...

wang rosling

kau ingat husam tu rani kulop ke nk buat polis repot

din ayam penipu besar...

kau ni moktar snake atau dr zohid atau nik beduh

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, akhirnya kebusukan yang cuba ditutup oleh Pas mula tersebar.
Begitulah sikap kalangan kebanyakan yang berada (yang tinggal) dalam Pas sekarang.
Sikap yang dipamerkan oleh JKPP dan MSU pun sudah banyak membawa ke arah kecelaruan fikrah dan perjuangan Pas. Sikap begitulah yang menunjukkan bahawa apa yang dilakukan oleh kalangan ustaz/ulama Pas menunjukkan bahawa usaha terancang untuk menyingkirkan kumpulan profesional sudah lama berlaku. Hakikatnya walaupun kumpulan tersebut sudah meninggalkan Pas dan menjelmakan Amanah, namun hati pimpinan Pas masih dibelenggu haad dan dengki yang tidak berkesudahan.
Alhamdulillah, apa yang berlaku dapat membuka mata dan hati untuk rakyat menilai keikhlasan dan keupayaan Pas atau Amanah untuk meneruskan legasi cita-cita perjuangan Islam yang diteraskan oleh pimpinan Pas sebelum Hadi Awang.

Unknown berkata...

Aku tak kesah lah apa din ayam ckp dan buat.nak susun meja dan kerusi kat stadium ke..?. begitu juga husam..yg kita tahu berada di cina.. itu pun sbb debat dgn mustafa dia arah batalkan..masaalah pekerja kolej yang jaga dewan2 kuliah tu..TIDAK DI MAKLUMKAN.. org yg jaga dewan tu pun tak tahu apa2.. bererti DIN AYAM ni menceroboh dewan kuliah utk memalukan husam..patut husam panggil DIN AYAM lagi teruk dr firaun..teruk betul din ayam ni... kita semua di bodoh2kan..

Benbrahem berkata...

Bapak mertua perangai semacam, manantu din ayam.perangai juga semacam. Perangai cucu nanti macam mana pulak ye?

Tanpa Nama berkata...

DIN ayam ni dapat jadi JKPP pun pasal undi cai. Kalau tidak jangan haraplah. Sama juga dengan pemimpin2 PAS yang lain tu, kalau bukan undi cai jang mimpi dapat duduk kat situ. Tapi ada hikmatnya undi cai tu, sekarang dah nampak belang sebenar pemimpin 2 PAS. SELAMAT TINGGAL PAS.... BYE..BYE..BYE

Tanpa Nama berkata...

Assalam semua
Saudara Wan Rosli ni siapa ye..dia dah tengok ke bukti2 yang ada kat Husam Musa...Lawyer dia ke atau PA dia..kononnya Husam x berani buat report polis kerana bukti2 yg beliau ada hanya ditokok tambah bg nampak real..
Bro..lu jgn main reka cerita je..jangam main hentam je..nak sedapkan hati aji sotong ke?klu takde maklumat sahih..jgn komen..baca je..dok diam-diam.Bukan marah,nasihat...
hehehe

Unknown berkata...

Jangan marah.... Wan rosli ialah macai penjilat tegar din ayam

Koperasi Prihatin Kedah Berhad berkata...

Semakin dangkal tanpa fakta cuma fitnah sebagai sandaran. Husam tak lapurkan pada polis kerana ini kes parti, kes balak sudah pun dilaporkan pada SPRM dan 3 orang pegawai kerajaan negeri telah disiasat. Untuk PKR berkerjasama dengan Umno mungkin satu ilusi yabg diwujudkan bagi mengaburi apa yang yang berlaku dalam PAS yang mana ramai ahli-ahkinya semakin keliru dan hilang hal tuju. Umno juga semakin terhakis kepercayaan rakyat dan ahli-ahlinya. Adakah Wan Rosli ini merupakan barua-barua yang dicipta oleh Umno?

Tanpa Nama berkata...

Oiii! Oiiiiiii! Menantu Presideng tuuuu.. jgn komen lebih lebih, satgi tak masuk sorga, nayaaaaa!
Hahaha

Tanpa Nama berkata...

Terbaik Din Ayam..buat lawak siap dengan prop sekali...mintak Din Ayam jgn buat mcm ni lagi..gua gelak sampai terkencing dlm seluar. Dah Lima kali tukar seluar dalam bila tengok gambor Din Ayam duduk sorang-sorang..ampun Din sekarang ni musim ujan..seluar dalam payah nak kering nnt takde stok..jangan buat lagi ye Din

Unknown berkata...

Yg best tu nak bg nampak alim kat walaun,kopiah tak penah miss..
Menyerlahkan chap ayam sungguh la din ayam ni..
Aku pun rasa sbnrnya wan rosli ni adalah din ayam yg menyamar

Tanpa Nama berkata...

Dah serupa macam perangai pemimpin UMNO. Kalau macam inilah, eloklah bergabung saja (PAS+UMNO). Lepas itu, bolehlah dapat laba yang besar daripada gabungan itu. Boleh jadi orang kaya baru (jutawan songlap duit rakyat).

Tanpa Nama berkata...

NAK BUAT DEBAT, BUKAN BUAT DI TEMPAT U SENDIRI, IKUT TARIKH U SENDIRI BEB. NAK BERDEBAT, BLH LET US TETAPKAN MANA TEMPAT DAN BILA TARIKH SBB TEMPAT YG U BUAT TAK BETUL. IF WE YG JADI MODERATOR OF CAUSE WE WILL CHOOSE PUBLIC AREA SUPAYA SEMUA ORG DPT NILAI, DPT TAHU ISU SEMASA DAN DPT U TAHU LAYAK JADI PEMIMPIN ATAU KULI SHJ (SBB WE TAHU U DPT JAWATAN SBB STATUS MENANTU PRESIDEN PAS). IF U NAK DEBAT LET US YG TAK KENA-KENA DLM POLITIK JADI MODERATOR, ATAU LU TAKUT RAKYAT KELANTAN TAHU U TAK LAYAK JADI PEMIMPIN. THIS IS CHALLENGE FOR YOUR DIN AYAM OR FOREVAR WE CALL U PRNAKUT, TAK ADA TELOR, PUSSY AND MANY MORE.

Abdul Said berkata...

Senang-senagn saja buat persiapan di KUIZM. Macam kolej bapak dia. oh ye memang kolej bapak dia. Bapak bini dia. Bayangkan kalau bapak mentua dia jadi menteri dalam kerajaan UMNO. Din Ayam mesti berlagak punya, boleh arah kakitang kerajaan. Polis ke sekolah ke, majlis bandaran ke atau pun RELA!! Sekarang penyakit bapak mertua dah menjangkit kat Din Ayam. Sesiapa nak tolong bolehlah berhubung dengan 04 734 1622 - Pengarah Hospital Bahagia!!

IrWrWs berkata...

Terbaeklah.. kita tunggu perkembangan selanjutnya.. sekarang ni kalau x ikut cakap abang besar akan dianggap nak bergabung dgn umno.. hanya pan shj yg masih belum dianggap nak bergabung dgn umno lantaran masih setia bertugas sbg barua atau macai dap..

Tanpa Nama berkata...

Tak sabar weii nok jupo nate ni
Lamo doh tak napa ustaz jenis bengong lagu ni
Baso kakah ngor
Jago ganu mu la weii beruk!

Tanpa Nama berkata...

Terok ding ayang kena bedal wehh...
Kesiang dia
Mental kang budak turrr

Unknown berkata...

Menate mamat tganung bengong nak ajar org kelate.
Kalu jumpa pakat tipas palo.Budak mereng punahsehat hj hadi gong.

Tanpa Nama berkata...


contoh jelas kepada masyarkat:

PENGARUH PIL KUDA

merapu sorang2, susun meja sorang2 susun kerusi sorang2, buat nama sorang2
salahkan orang tak datang

tgk jadual Ayam ni, sibuk manjang
utk maintain , pekena pil kuda

kalau nak pekena pil kuda, ajak sekali pak mertua

otaiblues.blogspot berkata...

nasib engkao la labu..kesian kat dia..dape yg malu dia dan keluarga dia juga..
kehilangan aruah TGNA menampak kan perangai sebenar pemimpin pas.

Tanpa Nama berkata...

WANG ROSLI....
ENGKO TUKAR NAMA LAIN LEEE..
SEMPENA PROGRAM TUKAR KEDAI RUNCIT NAJIB
IAITU...
DARI NAMA...
WANG ROSLI @ $$$$ ROSLI
KEPADA...
ROSLI $$$$

SEBAB...
KASI KOMEN UTK $$$$$$$$$$$$

abrarmujahideen berkata...

Nasihat kan lah pak mentua sendiri dlu takot dtg parlimen utk mengundi pun.....yg laen xde pendirian sokong atau bantah belanjawan najib 2015

Tanpa Nama berkata...

Din ayam ...din ayam???!!!!!..menantu dgn mertua sama saja 2x5,5x2...kaki auta dan putar belit..agama apa yg korang anuti ni..kalau islam,islam tak aharan perangai buruk mcm ni..nampak mcm dan sesat dan terdesak sgt..malanglah sesiapa yg masih jd pengikut dan penyokong pas sekarang ni..kesiannn

Tanpa Nama berkata...

Din ayam ni jenis ulamak chap ayam..mulut terkemut kemut mcm jubor ayam dan setiap perkataan yg keluar dari mulutnya pasti tak ada nilai mcm tahi ayam yg terkeluar dari mulut jubo ayam.

Tanpa Nama berkata...

Tolongle tulis elok2 bahasa melayu kita ni ye kawan2. Bukan soal tata bahasa tapi soal menaip huruf2 tu. Biar betul. Ajar bukan aharan. Siapa bukan dape. Selalu kita jumpa kesalahan macam ni.

Tak usahlah kalang kabut nak send. Tolonglah baca balik dan betulkan kalau silap. Maaflah kalau kawan2 terasa.

Kita ni hanya ambil berat 10% saja bab tulisan ni. Kalau omputih dan bangsa2 lain, mereka ambil berat sungguh2. Mungkin sampai tahap 100% kerana ia lambang ketinggian bangsa dan tamaddun mereka. Pegi bacalah dalam mana2 blog berbahasa inggeris. Kawan2 tak akan jumpa satu huruf pun salah taip biar pun ayatnya lintang pukang.

AyahDi berkata...

Tepuk dahi aku Din dgn fiil kamu ni.
Faraj bonda tuan hamba la din.... makian paling sopan la ni.

Unknown berkata...

Laaa..org jenis ni pun ada no...kesian..mcm geng ngampu cikgu sekolah aku dulu ja

Unknown berkata...

Laaa..org jenis ni pun ada no...kesian..mcm geng ngampu cikgu sekolah aku dulu ja