21 Okt 2015

Lagi Ajakan UMNO Supaya PAS Bekerjasama Dengannya..

UMNO Pulau Pinang sedia bekerjasama dengan Pas

Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang yakin kerjasama politik dengan Pas akan membawa kepada kejayaan kedua-dua pihak.

Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, UMNO negeri itu bersedia untuk menjalin kerjasama berdasarkan pendirian UMNO yang enggan melihat Melayu berpecah kepada puak-puak kecil kerana berbeza pandangan.



“Kita sedia untuk jalin kerjasama dengan PAS mahu pun mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berlandaskan Islam.

“Namun keputusan itu hanya boleh dimuktamadkan oleh pemimpin tertinggi kedua-dua parti,” katanya yang dipetik daripada Bernama.

ULASAN GB

Apa lagi yang PAS tunggu.... Perangai semua dah sama macam UMNO. Memaki-hamun, bersifat perkauman Melayu, mengherdik bangsa lain, bersekongkol dengan kezaliman dan seumpamanya.   Elok sahut YA sahaja kepada ajakan UMNO itu. GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

PAS sepatutnya tidak tersipu-sipu malu untuk menyahut ajakannya. PAS tak perlu angkuh dan sombong menyatakan ia mampu bergerak sendirian.

Jika PAS sudah boleh bekerjasama (oops.. silap.. bersetuju... oooops silap lagi... dah tak ada di lamanweb PAS) dengan PERKASA yang selama ini terkenal dengan sikap rasis dan perkaumannya, maka tiada sebab untuk PAS menolak pelawaan UMNO itu. Tak tahu malu ker bekerjasama/bersetuju dengan "anak" UMNO, tapi tak bekerjasama/bersetuju dengan "bapak"nya?

Lagi pun sebelum ini PAS memang ada menjalinkan hubungan dengan UMNO, jika tidak masakan Presiden PAS sendiri membuat kenyataan kononnya ada pihak yang cemburu hubungan PAS-UMNO... INI BUKAN FITNAH, JIKA FITNAH PRESIDEN PAS DAH LAMA NAFI ATAU SAMAN AKHBAR INI...


14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Huh....ambik kau sebijik..

Abdul Said berkata...

Eloklah Hadi ooi kau ambik peluang ini. Inilah peluang yang ada untuk kau anak beranak menjadi menteri atau timbalan menteri, setiausaha parlimen atau setiausaha politik dan pengarah-pengarah di agensi-agensi dan glc. Peluang lain takde nampaknya. Kau lupakanlah tentang pengorbanan ahli-ahli PAS sama ada wang ringgit, emas perak, darah dan airmata. Nasib merekalah yang kena bunuh, kena penjara, kena pukul, kena berhenti kerja, kena buang kerja dan sebagainya. Lupakanlah apa-apa keperitan dan penderitaan yang dirasai oleh ahli-ahli kau yang bingai, bodoh dan lurus bendul. Rugi kalau kau tidak ambil peluang ini. PAS adalah milik kau. Lupakan jasa-jasa dan pengorbanan Almarhum Ustaz Fadil Noor, jangan diingat pesan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz, apa sangatlah jasa Almarhum Datuk Ishak Baharum dan peduli apa Almarhum Samad Gul mati dibunuh!! Lupakanlah mereka. Mereka sudah mati. Mereka tak perlu rumah besar, kereta besar, duit banyak dan bini ramai. Selamat bergabung untuk selama-lamanya!!

Tanpa Nama berkata...

Apa lagi PAS! Dengan Perkasa sudah berpeluk, sambutlah salam yang dihulurkan tu... jangan malu2 kuching pula...

Tanpa Nama berkata...

aku rasa pas patut ambil peluang keemasan ini kerana setelah yg dikatakan jebon dan pencinta dap anti hudud, cuma kita lihat bagaimana pas kelantan mentarbiyahkan umno kelantan sehingga ketua pembangkangnya menitis airmata menyokong hudud.

Tanpa Nama berkata...

Pas tak rugi masuk umno. Pas dapat memantapkan lagi undi melayu yang makin merosot di kampung2. Undi inilah yang memberi kemenangan kepada umno bn selama ini. Bodohlah pas kalau tak kuatkan undi melayu. Takut nanti negara ini jatuh ke tangan cina dap pulak. Sungguh seram kan, tuan presedeng?

Jadi apa tunggu lagi. Lompat masuklah dengan segera demi melayu. Demi negara. Mintalah lebih sikit pada umno bn. Pasti dia bagi. Nak apa pun dia bagi sekarang ini demi bani melayu kekal memerintah. Walau jahat macam mana pun umno bn tetap melayu. Dah pencen nanti pergilah haji. Balik nanti pegi masjid jadi ajk. Jaga speaker pun elok juga. Pulas kuat2 volume pagi2 buta sebelum subuh dan bagi tahu semua manusia. Allah itu hebat. Dengar sini, betapa aku sayang Allah. Aku kasi dengar nama Dia pagi2 buta.

Presedeng amat gumbira makmum dia dah suci bersih lepas balik haji. Dah sayang Allah cukup2. Macam inilah islam yang benar. Tidak salah buat apa2 kejahatan dalam dunia asalkan selalu pegi umrah dan haji. Selalu buat amal kat mesjid.

Cepat2lah pas masuk umno bn. Peluang baik macam ini bukan selalu datang. Dari duduk sengkek sorang2, elok join sekarang. Nak menumpang kerajaan2 pakatan dah tak ada masa depan. Bila2 pun nanti mesti kena terajang.

Elok dan molek sangat2 pas masuk umno bn. Mereka ada dana. Dana adalah petrol. Tak jalan motokar besar kalau tak ada petrol. Sebab itu sambutlah peluang ini untuk ambil dana umno bn yang teramat2 banyak itu untuk gerakkan kerja perkuatkan melayu yang memang tak sokong najib lagi sekarang ini. Semoga pertolongan presedeng kepada najib ini menjadi amal jariah yang sebesar2nya di sana nanti. Selamat berjihad akbar tuan presedeng. Jangan nanti kau sembelih kami sudah le. Ye le. Takut jugak le kami. Mana tahum, umno bn jadikan kau tukang semelih pulak. Kau mana reti buat kerja. Tengok le sekarang ni, merapu2 saja kerja kau. Last2 kucar kacir pembangkang di parlimen pada hari pertama lagi. Cuba kau mantapkan betul2 pakatan rakyat dari dulu lagi. Dah lama najib tumbang barangkali.

Sudah le tu. Pegi cepat join umno bn.

Unknown berkata...

Cepatlah join tuan presiden... kiraan aku pas join umno... undi AMANAH... akan naik tertinggi nanti

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Sekarang ini Pas sudah tidak punya kekuatan. Taring Pas sudah hilang. Kekuatan Pas ditunjangi oleh kumpulan progesif. Kumpulan progesif telah berjaya disingkirkan dari Pas oleh golongan yang pro ulama. Golongan progesif telah berjaya menubuhkan Parti Amanah Negara. Parti ini dilaporkan sangat laris keahliannya seperti goreng pisang panas. Pas mendakwa parti mereka pun mendapat ahli baharu yang ramai, tetapi mereka tidak sedar hampir 80% keahlian Amanah adalah terdiri dari mantan ahli-ahli Pas.

Pimpinan tertinggi Pas mula melatah dengana kemaraan Amanah. Pemerhati melihat Pas akan menemui jalan penamatnya jika bersendirian menghadapi PRU 14. Sejarah membuktikan Pas akan menjadi terlalu lemah jika bersendirian. Pas hanya kuat bila bergabung dengana Barisan Nasional (1974), Angkatan Perpaduan Umah (1999) dan Pakatan Rakyat (2008 dan 2013). Lantaran Presiden yang terlalu autokratik, Pas tidak mahu menyertai Pakatan Harapan. Lantaran itu, sekarang ini adalah masa yang paling sesuai Pas menyertai Barisan Nasional. Dengan menyertai BN, Pas laksana parti yang "untung batu timbul dan untung sabut tenggelam". Jika kekal bersendirian, Pas dinyakini oleh para penyelidik sebagai telefon bimbit Nokia, namanya hebat pada suatu ketika dahulu, tetapi tidak signifikan lagi untuk masa kini dan masa hadapan.

Dengan menyertai BN, dan jika BN menang pada PRU 14, ada kebarangkalian pimpinan tertinggi Pas akan memegang jawatan menteri pusat. Hata termakbullah cita-cita Hadi Awang dan Harun Din menjadi menteri kabinet. Kalah bertanding dalam PRU 14, tidak menjadi halangan untuk mereka memegang jawatan kabinet, kerana mereka boleh dilantik sebagai senator terlebih dahulu. Jika BN kalah, maka nasib kamulah Labu.......

Tanpa Nama berkata...

Aku peduli apa asalkan perut aku dan keluarga aku buncit...eh silap...kenyang....pengorbanan tu adatlah dlm perjuangan tp aku berjuang jugak..utk perut dan nafsu aku,anak ,menantu serta keluarga...takbir...

Tanpa Nama berkata...

Kau orang memang cemburu. Manakan tidak, Janda Cun dan Cai bergincu merah Bergetah pulak di pinang Orang Kaya dari kampung seberang yang kaki menyamun.

Ini janda bukan sebarang janda lah ! Kalau jalan berpayung depan kedai kopi Pak Ali Juling, semua berhenti minum dengan mulut terngaga dan ada yang kena pulas telinga.

PAS bukan tersipu-sipu malu daaa.. tapi menjeling manja.. hehe

Mereka cuba untuk mempengaruhi ahli PAS supaya bersedia menerimakerjasama dengan UMNO secara perlahan-lahan. Sedangkan UMNO sekarang lagi teruk dari UMNO yang di kafirkan oleh Hj Hadi. UMNO sekarang juga yang tahan royalti minyak sehingga rakyat Kelantan tersisih dari kemajuan. UMNO sekarang lagi kuat menipu dan berpura-pura dari UMNO dulu kerana kekalutan yang di buat oleh Najib.

Jika dengan Perkasa lantas pantas di jawab oleh pemimpin PAS Selangor, apakah dengan UMNO yang menjadikan Perkasa sebagai perkakas menimbulkan ketengangan kaum tidak dibantah?

Mari kita lihat apa berlaku masa hadapan antara PAS dengan UMNO. Ya, 90% mereka akan bermadu-kasih dan berpeluk cium. PAS tidak lagi menyerang UMNO sejak isu MB Selangor.

Ahli PAS tidak perlu khuatirkan samada PAS akan kena tipu lagi atau tidak sebab bila PAS kena tipu, Hj Hadi, Harun Din dan tuan-tuan semua sudah tidak menjadi ahli PAS.

Pada masa itu, kita semua sudah jadi ahli kubur !!

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

pas sanggup tak nak kawan dgn umno walaupun itu akan menguntungkan mereka kerana situasi itu akan menguntungkan amanah

dengan kata lain, biar kami derita asal amanah turut sama derita

pas sekarang banyak berfikir tentang amanah
amanah menghantui mereka

Tanpa Nama berkata...

Kat penang skrg umno dah nyawa2 ikan...sebab tu dia perlukan bantuan pas...tunggu sat nanti dia dah kuat semula, dia akan sepak pas sampai tertonggeng...ingatlah pesan Nik Aziz...

Tanpa Nama berkata...

Bila pemimpin PKR atau pemimpin Amanah yang pelawa, kejap-kejap itu Pemimpin Tertinggi PAS tolak secara halus dengan menyerang DAP.

Jangan ingat, PAS senyap dengan pelawaan UMNO berkali-kali sebagai cakap kosong.

Zaman PAS sebelum Hj Hadi, tidak pulak UMNO berani terang-terang pelawa PAS bekerjasama. Teringat kata Almarhum TGNA, kelat nya masih terasa di hujung lidah dan tidak pernah lupa bagaimana UMNO permainkan PAS satu ketika dulu.

Cara UMNO sama. Samada pelawa atau menolak (kasi kencing) PAS ialah dengan cara yang sangat licik. Bagaimana UMNO pelawa sekarang iaitu se orang demi se orang yang buat pelawaan begitu lah nanti bila UMNO 'kasi kencing' kan PAS.

Pesan TGNA, jangan di patuk oleh ular yang sama di lubang yang sama sudah hilang dari ingatan PAS.

Tanpa Nama berkata...

Bagus Umno ulang tawaran itu pada masa dan ketika yang tepat.

Mujur juga usul undi tidak percaya kepada najib 99% tidak akan dibawa pada persidangan parlimen kali ini. Maknanya tak jadilah tu...

Jadi Pas pun tidaklah dalam keadaan serba salah nak timbang tawaran Umno ka nak sokong undi tak percaya kepada najib.

Eloklah Pas gabung saja dengan Umno.

Buat h60k ingatkan nak kritik hal-hal salahlaku kerajaan, rupanya buat bising pasal Amanah. Tak berbaloi langsung.

Masa himpunan h60k presiden kata Amanah tu isu kecik saja tapi bila tahu Amanah ada jumpa bos dia Yusof Qordawi, tiba-tiba keluarlah pulak fatwa kata haram tubuh parti Islam lain selain dari Pas.

Baguslah Pas di luar Pakatan. Jika masih di dalam tak tahulah berapa pening kawan-kawan lain nak kowtim kepada presiden Pas ni.

bat8 berkata...

Dalam PH, berkongsi dgn 3 rakan. Kalau masuk BN kena kongsi dgn 13 rakan lain. Mana seronok?

PAS xakan masuk BN. PAS hanya akan menjalin kerjasama dgn UMNO secara sulit bagi menghadapi PRU 14. Sulit maknanya tidak akan diumum secara rasmi dan tanoa pengefahuan ahli akar umbi. Kerjasama sulit ini sedang betjalan di kelantan.