21 Okt 2015

Pakatan Harapan Bentang Belanjawan Alternatif 2016

Bajet Pakatan Harapan Sokong Zeti Sambung Khidmat Dua Tahun

KUALA LUMPUR: Pembentangan belanjawan alternatif Pakatan Harapan 2016 menyaksikan 10 perkara dasar digariskan bagi mengelakkan krisis ekonomi terus berlaku di negara ini.

Salah daripada perkara yang telah disenaraikan adalah menyokong pelanjutan tempoh perkhidmatan Gabenor Bank Negara (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz untuk dua tahun lagi.


Pelancaran belanjawan ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen, Selasa.

Selain itu, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga akan dimansuhkan dengan mengumpulkan semua pembekalan bawah senarai kadar sifar bagi mengurangkan inflasi.

1Malaysia Development Berhad (1MDB) juga akan diletakkan dalam pentadbiran dan pesalah-pesalah berkaitan akan didakwa ke muka pengadilan.

"Kami akan mengambil tindakan tegas dan segera terhadap 1MDB untuk mendapatkan kembali keyakinan pasaran," menurut ringkasan eksekutif yang terkandung dalam buku Belanjawan Alternatif Malaysia 2016 oleh Pakatan Harapan.

Tujuh lagi perkara dasar yang digariskan adalah seperti berikut:-

- Memisahkan portfolio perdana menteri dan menteri kewangan

- Menubuhkan tabung pembiayaan petroleum untuk penduduk Sabah dan Sarawak

- Peruntukan kepada perbelanjaan pembinaan kereta api laju KL-Singapura akan diagihkan semula kepada pembinaan landasan kereta api di Sabah dan Sarawak.

- penjimatan RM30 bilion daripada langkah-langkah pencegahan rasuah.

- Mengurangkan dividen Petronas kepada RM20 bilion.

- Penyusunan semula pembayaran bantuan kewangan seCara bersyarat berdasarkan pekerjaan dan kehadiran sekolah

- Menyusun semula subsidi padi dan meningkatkan hasil pengeluaran pertanian. -mstar


Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan saran letak 1MDB dalam pentadbiran

Pakatan Harapan menyarankan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diletakkan dalam pentadbiran sebagai langkah memulihkan keyakinan pasaran.

Cadangan pelaksanaan itu merupakan beberapa langkah yang digariskan pakatan pembangkang baharu dalam Belanjawan Alternatif 2016.

"1MDB harus diletakkan dalam pentadbiran.

"1MDB kekurangan tujuan strategik untuk kewujudannya memandangkan Malaysia sudah memiliki dana kekayaan negara yang cukup," kata pakatan pembangkang itu, dipetik daripada buku Belanjawan Alternatif 2016 Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan berkata, tindakan itu atas alasan 1MDB selama ini memburukkan imej antarabangsa Malaysia menyebabkan pelabur menganggap syarikat tersebut mewakili negara.

Malah pelan rasionalisasi hutang Barisan Nasional (BN) untuk 1MDB juga gagal menangani isu penting seperti kehilangan berbilion ringgit, kegagalan pemantauan, urus tadbir korporat yang gagal, rasuah dan salah guna kuasa, kata Pakatan Harapan.
–TMI

Bajet alternatif Pakatan bakal hapuskan GST

Pakatan Harapan mendakwa bajet alternatif gabungan itu mampu menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) secara berkesan.

Katanya, ini akan dapat dicapai dengan penarafan sifar bagi semua barangan dan perkhidmatan.

"Kami jangkakan kadar inflasi yang lebih tinggi tahun depan berikutan GST dan kejatuhan ringgit.

"Oleh itu, kami mencadangkan tindakan segera dengan memberi penarafan sifar bagi semua barangan GST bagi menstabilkan inflasi,” kata petikan buku bajet alternatif.

Buku ini dilancarkan oleh kepimpinan Pakatan di luar Parlimen hari ini. -mk


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...




AMANAH itu...Paksi "JAMAAH"
Di Dalam "JAMAAH"...Makhluk Ber SATU
Langit & BUMI...Malaikat pon PASRAH
The Highest INTEGRITY...Kaseh Ber PADU


The Highest INTEGRITY...Ber Kaseh Me RINDU
Saling Per CAYA...Saling Mem BERI
SuJujur7-AMANAH...Ummat Ber SATU
Ber SATU..Ber"JAMAAH".."SYSTEM"-Yg SUCI


SYSTEM-Yg SUCI...SYSTEM Mem BERI
SYSTEM di Langit...SYSTEM Di BUMI
"SYSTEM-Yg'SATU"..."SYSTEM-AZALI"
"JAMAAH" Warisan...Nabi dan WALI



Adam Idris Noh Hud SOLEH..
Utusan AZALI...Universe-Nya-TUHAN
Pasrah-AMANAH...Insan yg FAKEH
SeKudus7-AMANAH...Me Mancarkan IMAN


"JAMAAH" itu...Universal AZALI
"JAMAAH" Makhluk...Langit & BUMI
"JAMAAH" Nabi2...Malaikat2 yg SUCI
"JAMAAH" yg Ber Tasbih...Ber Tahmid Me MUJI


"JAMAAH" itu...Ber Mula di HATI
"JAMAAH" itu...Ber "SATU" Ber KONGSI
"JAMAAH" itu...Ber KONGSI-Mem BERI
"JAMAAH" Bukan nya...SONGLAP-Men CURI


"JAMAAH" Bukan...SONGLAP-Men CURI
"JAMAAH" Bukan...FITNAH dan PONTENG
"JAMAAH-Universe"...d Highest INTEGRITY
SeJujur7-AMANAH...Yg Tidak Ter BANDING!?



SeJujur7-AMANAH...Yg Tidak Ter BANDING
Itu lah "JAMAAH"...Nabi dan WALI
"JAMAAH" Malaikat...Langit dan BUMI
"JAMAAH" yg Saling...Mem BERI Ber BAKTI..






Tanpa Nama berkata...

suka tgk cover buku tu tanpa logo penipu rakyat warna hijau

Tanpa Nama berkata...

budget pas mana

tktau apa pun pas ni...berlagak islam sgt je

pas ingat nk memerintah cukup dgn cermah kosong je ke

suruh nik beduh n hj hadi buat bajet hudud pun tktau

Tanpa Nama berkata...


PAS mana guna-pakai bajet-bajet ini..
PAS main tebang je .

Tanpa Nama berkata...

Habis tebang pas nk buat apa pulak..
Korek pulak kot...koreklah apa2 yg patut..kalu takda apa2 nk korek mari korek tahi hidung aku ni...

Tanpa Nama berkata...

Kemungkinan besar PRU14 akan diadakan tahun depan. Kini BN tengah tangkap, gantung Jawatan MP pembangkan - operasi Lalang 2 le.

Harap ramai anak2 mudah dan mrk yg profesional akan sertai DAP dan Amanah. Rakyat Bersih perlu mula setiap bulan kat ATM bank masuk derma kpd DAP & Amanah rm10 tiap satu.

Dari skrng mula kerjakan manifesto PRU14 saperti PRU13. Satu2 nya ialah gantung bubar GST.Hapuskan hutang PTPTN. Caj UEM cukai tanah tahunan atas binaan lebuhraya yg menerima bayaran & keuntungan dari penguna, Kurangkan tol 50%, hanya benarkan satu lesen 4-ekor (toto,magnum,1+3,big sweep), Hentikan AP kereta buka industi pemasangan kenderaan, dll.