10 Sep 2015

[VIDEO] ADUN PAS Kuala Semantan Keluar Parti Sertai AMANAH

Gambar: Adun Kuala Semantan keluar Pas Syed Hamid (kiri) menyerahkan borang keahlian menyertai Parti Pekerja Malaysia kepada Dr Hamzah

Adun Kuala Semantan keluar Pas

TEMERLOH - Bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang yang juga Adun Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamed secara rasmi mengumumkan keluar dari Pas untuk menyertai Parti Pekerja Malaysia selepas melihat hala tuju Pas semakin bercelaru.



Syed Hamid 63, berkata, keputusan dibuat selepas merasakan Pas kini bukan lagi sebuah parti yang kondusif dan eksklusif buat semua peringkat masyarakat seperti yang berlaku pada muktamar Pas yang lalu.

Menurutnya, hala tuju politik Pas dilihat semakin bercelaru dan banyak kenyataan dibuat seolah-olah tidak lagi mengutarakan kepentingan pemerintah di peringkat nasional.

“Keadaan ini sudah tentu menyebabkan rakyat semakin keliru dengan objektif sebenar Pas untuk melaksanakan Islam secara syumul.


“Dengan mengambil kira kehendak rakyat yang mahukan perubahan politik yang menyeluruh melalui PR, Pas pula semakin memencilkan diri telah menyebabkan pelbagai isu kepentingan rakyat seperti GST, rasuah, 1MDB, kejatuhan nilai ringgit dan lain-lain isu.

“Saya tidak sesekali menentang apa jua dasar Islam yang dibawa oleh Pas tetapi keadaan menuntut kepada ihtihad baru bagi meneruskan perjuangan Islam melalui wadah yang baru,” katanya pada sidang media khas, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Parti Pekerja Malaysia negeri Pahang Dr Hamzah Jaafar.

Syed Hamid yang telah dua penggal menjawat jawatan sebagai Adun Kuala Semantan berkata, walaupun keputusan itu amat sedih untuk dibuat, namun bagi melihat amalan Islam yang lebih menyeluruh dapat dilaksanakan serta berusaha menyatukan negara ini.

Beliau berkata, dari segi bai’ah negeri Pahang yang dibuat semasa menjadi calon PRU lalu, beliau berkata telah merujuk perkara berkenaan kepada ramai ulama termasuk anaknya yang belajar di Yaman.

“Dari segi bai’ah tidak ada masalah, saya telah rujuk dengan ramai ulama, dalam bai’ah negeri Pahang ada menyatakan elaun yang diterima sebagai wakil rakyat menjadi haram kalau keluar parti.

“Tetapi selepas rujuk perkara ini saya yakin keputusan saya keluar betul, dari sudut fekah boleh bayar denda, saya sedia bayar denda,” katanya.

Syed Hamid berkata, beliau sekarang tidak memegang apa-apa jawatan lagi dalam Pas dan yang terakhir sebelum mengisytiharkan keluar parti adalah ketua cawangan Pas Setia Jasa.

Menurutnya, keputusannya keluar parti juga tidak menjejaskan moralnya kerana dia menyertai parti baharu yang juga pembangkang dan bukannya menyertai Umno.

Beliau menyertai Pas ketika berusia 40 tahun dan pernah menjadi ahli Umno selama lima tahun sebelum parit itu diharamkan dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Lipis.

Keputusan keluar dari Pas menyaksikan beliau adalah Adun Pas pertama keluar parti itu di Pahang. Pas Pahang menguasai Dun Tanjung Lumpur, Beserah dan Kuala Semantan dalam pilihan raya umum yang lalu. -SH









IKLAN BERBAYAR




13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Utk pru akan dtg minta maaflah buat ustaz rosli jabar yea...undi saya bukan utk kamu lagi...pas kini tidak lagi spt zaman tuan guru nik aziz...
Harap ada calon baru drp Parti Amanah Negara di dun tanjung lumpur pada pru 14 nanti...

Tanpa Nama berkata...

Hadi3......
Apa nak jadi dgn parti kamu neh?
Mintak la ko jgn buat lagi hadi hoiiii...
Buat la sesuatu....

Tanpa Nama berkata...

Gumbira gumbira
Aku ingin bersendirian

Unknown berkata...

Salam:

Tahniah, Tn syed, Diam-diam Ubi,makin lama makin berisi,kami tak tahu pun dekat semantan ada calon PAS,di Pahang cuma yg kami nampak Tn Ibrahim tn Man dan Mokhtar senik aje.Bagus juga strategy mengekalkan Hadi dlm PAS dan Najib dlm umno ni.Kurang sikit belanja nak menyakinkan orng tentang parti baru PAN ini.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga pada Hadi,kerana kawan saya 5 orng yg totok PAS, hari ini dah ambil keputusan meninggalkan PAS,terkejut "beruk" saya speechlees,selepas isyak tadi pekena teh tarik dgn mereka, dia orng kata PAS ,sekarang dah melalut sangat, issue Baiah yg paling mereka TAK boleh terima dan issue PAS sudah tak ada hala-tuju lagi.

Yg penting pada rakan-rakan sekelian,cari ahli tetap diteruskan,membantu parti sekadar yg termampu, jika kita ada ramai kenalan yg masih totok jgn dipaksa mereka,kita tetap berkawan dgn mereka,jika mereka susah tetap kita beri pertolongan,selalu communicate dgn mereka,walaupun pernah dulu memaki hamun pada orng sokong GHB,tetapi cara kita tak respon secara maki hamun,mebuatkan kemesraan tetap terjalin, bila Hadi/pas buat mistake after mistake ultimately orng yg boleh berfikir tetap akan berfikir utk mebuat keputusan terbaik.

Sekali lagi TAHNIAH tn syed, jika tn saorang aDUN,saya percaya tn akan bawa ramai pengikut bersama.

Teruskan maju,insyallah saya akan bersama tuan-tuan di shah alam nanti.
Bila kita bekerja secara ikhlas,hati tak terasa sakit.
BERSAMA PAN

wASSALAm.

Tanpa Nama berkata...

Presiden PAS sibuk nak letak calon lawan DAP..... isu negara tak pernah sentuh. Entah apa jenis celaru presiden ini? Presiden macam inilah yang merosakkan parti. Hancur PAS kerana Presidennya yang tak tahu halatuju politik. Dua tiga pemimpin dalam PAS menjadi perosak parti....

Md Tanjong berkata...

masa belajar dulu..
aku teringat kisah pemimpin kecil kuala semantan bro !
Pahang cukup liat nk berubah !
Ini mungkin petanda yg baik !
Pas dah gelong teruk sangat !

kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Aku anak Pahang berbangga denga adanya seoang anak pahang yang bijak menggunakan ilmu yang dianugerah Allah untuk memilih jalan yang tidak bercelaru,Memang dasar Pas tidak rosak tetapi telah dirosak oleh segelintir peminpin yang kita tidak tahu mnegapa terjadi sedemikan rupa.Teruskan berjuanag di jalan yang benar yang betul membantu rakyat marhein.Kuasa Allah tentukan dan rezeki Allah yang beri.

Tanpa Nama berkata...

bila pula ahli2 pkr nak join Amanah? sikap pkr nak berselingkuh dgn pas walaupun dah kena tikam byk kali memang sengaja nak cari nahas. takkan agenda melayu punya pasal sanggup jadi mangsa tegar pas?

kbykn pemimpin pkr adalah sama spt pemimpin Amanah - bukan golongan pendidikan agama. kalau masuk pas pakat jadi balaci ajelah. kalau lawan hadi kena terajang dan dicaikan.

Malaysiabaru berkata...

Umno dan pas party pecah belah

Mereka maki DAP sudahnya Allah uturn balik kenakan kununya party melayu dan islam nih (kunun)

Hanya zaman Najib sing Dollar 3.10 !!! Dalam sejarah pm keturunan melayu islam jahanamkan ekonomi malaysia

Malaysiabaru berkata...

Ya tuan omar

First time kami dgr semantan...

Ingatkan jalan semantan atau bukit semantan

Rupernyer di Pahang Darul 1mdobi.

Amboi.... Hebat Amanah !

Tanpa Nama berkata...

Orang kalau berilmu, sikit pun jadi lah, dan pandai mengunakan nya akan menjadikan nya berubah dari buruk kepada yang baik.

Kita bangga dengan Saudara kita ini Syed Hamid bukan sahaja kerana telah keluar dari PAScai tetapi sanggup bertanya kepada anak nya sendiri walaupun telah merujuk kepada pendapat ramai ulama.

Ada orang yang bertanya pada anak nya tetapi tidak berani mengaku secara terang. Seolah-olah dia pun sama pandai macam orang lain.

Ada orang yang rasa ilmu nya dan amalan nya hebat dan apabila jadi ketua atau di kalangan yang di tuakan, memandang rendah pada orang lain terutama yang lebih muda dari nya.

Jika saudara masih dalam UMNO mungkin saudara dapat tempias RM2.6 billion tetapi saudara telah memilih ilmu dan Islam.

Tanpa Nama berkata...

Kita mengikuti perkembangan presiden PAS kebanyakan kenyataannya berbentuk ugutan dan tekanan ...yang akhirnya dia sendiri buat U TURN.. apa jenis ulama ini

Tanpa Nama berkata...

Gumbira gumbira
Hadi3x
Kamu ini kenapa