10 Sep 2015

PAS & PKR Hadapi Risiko Kehilangan Kerusi Di Pantai Barat

Pas dalam bahaya, menang kerana

SHAH ALAM - Hasrat Pas untuk meletakkan calonnya dalam kawasan diwakili DAP pada pilihan raya akan datang hanyalah satu tindakan yang sia-sia apabila parti Islam itu bakal berdepan dengan risiko kehilangan deposit.

Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, walaupun Pas meletakkan calon bukan Melayu, namun peluang itu tetap tipis susulan kemenangan Pas sejak PRU12 adalah disebabkan faktor PR dan bukannya parti itu sendiri.

“Pada pilihan raya lalu, sokongan kepada calon Pas bukan kerana Pas, tetapi kerana semangat PR.

“Mengikut kajian saya, jelas bahawa Cina menyokong Pas bukan kerana dasar Pas, mereka sokong Pas kerana semangat Pakatan Rakyat,”
katanya kepada Sinar Online.

Beliau mengulas tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mempelawa Pas bertanding di kerusi yang diwakilinya di Dun Air Putih di Pulau Pinang, kelmarin.

Guan Eng berkata, beliau tidak terkejut dengan hasrat Pas itu kerana pandangan tersebut seolah-olah selaras dengan dasar baharu Pas terhadap DAP.

Terdahulu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu bercadang meletakkan ahli bukan Melayu dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di kerusi yang ditandingi DAP dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengulas lanjut, Mohammad Redzuan juga berkeyakinan, pimpinan tertinggi Pas itu tidak akan meletakkan calon di kerusi yang ditandingi DAP susulan parti Islam itu tidak suka pembaziran kerana kehilangan deposit pilihan raya.

“Ia lebih kepada persaingan politik, saya tidak fikir Pas akan meletak calon di kawasan Cina...walaupun calon itu Cina, tapi bukan orang DAP, tapi masih tak dapat (menang). Kalau MCA yang Cina pun mereka tak terima, apatah lagi Cina yang mereka tengok tak tau nak ke mana.

“Ini lebih kepada latihan politik yang realistik, saya tidak fikir Pas akan mengambil risiko pembaziran,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata lagi, Pas dalam bahaya apabila kebanyakan kerusi yang dimenanginya khususnya di Selangor, Perak, Melaka dan Johor sejak PRU12 lalu merupakan kawasan campuran di mana 40 peratus daripadanya adalah pengundi Cina.

“Saya fikir kalau Pas letak calon di kawasan DAP, saya yakin tiada banyak masalah, tapi kalau DAP letak calon dalam kawasan Pas, itu masalah.

“Sebagai contoh Dun Chempaka, kawasan Pas, Datuk Iskandar Abd Samad, kalau DAP letak calon, ada masalah, sebab kawasan itu 53 peratus saja Melayu dan 40 peratus adalah Cina,” katanya lagi. -SH

DAP tuntut penjelasan PKR mahu bersama PAS

DAP nampaknya tidak senang dengan pendirian PKR yang mahukan PAS bersama dalam gabungan baru pembangkang yang sedang dirancang.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng hari ini menuntut PKR menjelaskan perkara itu ketika dasar-dasar PAS didakwa sudah berubah.

Lim merujuk kepada kemungkinan anggota PAS menyertai perhimpunan anti-BERSIH di Kuala Lumpur pada 16 September ini.

“Pendirian DAP jelas bahawa parti ini tidak boleh bekerjasama dengan PAS kerana parti Islam itu telah memutuskan hubungan dengan DAP pada Jun,” kata ketua menteri Pulau Pinang itu.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali semalam menegaskan pendirian mereka bahawa PAS sepatutnya berada dalam gabungan pembangkang baru.

Azmin ditanya mengenai kenyataan Lim yang menolak PAS menyertai gabungan itu susulan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan merancang meletakkan calon di kerusi DAP.

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebelum ini berkata pembangkang sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, termasuk PAS atau mana-mana individu.

Parti serpihan PAS yang dipimpin bekas timbalan presidennya Mohamad Sabu, Parti Amanah Nasional (AMANAH) juga mungkin turut serta dalam gabungan itu.

Kegagalan membentuk gabungan bersama DAP dan PAS di Selangor boleh membawa ke arah keadaan tidak stabil dalam kerajaan pimpinan Azmin di Selangor.

Keadaan ini berbeza sama sekali dengan Kelantan dan Pulau Pinang.
-mk


ULASAN GB

Tetapi PAS tetap angkuh dan sombong, mendakwa kemenangan mereka dulu adalah hasil usaha sendiri. Oleh itu mereka enggan meletakkan jawatan sekalipun Pakatan Rakyat sudah tiada lagi.

Di Selangor, talian hayat PAS kini bergantung kepada PKR. Mereka agak lega apabila MB Selangor telah membuat kenyataan bahawa PKR masih mahu bersama PAS di selangor.

PAS kini dilihat telah memencilkan TS Khalid Ibrahim yang didokongnya dahulu, dan menghampirkan diri dengan Azmin demi survival 5000 ahli PAS yang menjawat jawatan di dalam kerajaan negeri Selangor.

Senario terkini, dengan sokongan PKR terhadap PAS, PKR juga berhadapan dengan risiko ditolak oleh rakyat di dalam pilihanraya akan datang.

Di kerusi campuran, di mana 30-40 peratus daripadanya adalah pengundi Cina, dimana banyak terdapat di negeri-negeri pantai barat, PAS dan PKR dijangka akan tewas.

Malah diramalkan PKR akan kehilangan negeri Selangor jika mereka terus dengan PAS dan tidak memperdulikan "nasihat" DAP dan Amanah. Azmin sendiri di Bukit Antarabangsa dilihat goyah dimana 42 peratus pengundi adalah bukan Melayu. Hubaya-hubaya.


<




IKLAN BERBAYAR




20 ulasan:

Unknown berkata...

Kenapa Anwar Ibrahim dan Azmin Ali Sayang kepada PAS? Apakah mainan politik mereka ni..hmmmm

Negara sudah ke tahap kesusahan..Najib,Umno/BN tidak layak lagi memerintah Malaysia. Kenapa PAS pilihan mereka?

Tanpa Nama berkata...

dimana maruah pkr kalau masih lagi nak bersama pas?

1. hadi kata kak wan tak layak jadi mb.
2. hadi herdik anwar.
3. hadi fitnah calon2 pkr.
4. pas letak calon dikerusi2 pkr.
5. pas tolak anwar sbg pm.
6. pas khianat hantar ahli pas sbg calon mb.
7. pas khianat bila sokong kalhid yg tlh dipecat oleh pkr.
8. hadi tak sokong kak wan di permatang pauh.
9. pas tipu pkr dan dap pasal ruu hudud.
10. hadi barua dan brokerkan ahli pas yg sokong pkr.

takkan nak tunggu hadi ludah kak wan baru pkr nak sedar!?

jom ramai2 tinggalkan pkr...

Unknown berkata...

Kekuasaan politik melalui peti undi memang kena bersekutu dengan sesiapa walaupun prinsip berbeza.

Tanpa Nama berkata...

Anwar / wan Azizah x beria2 cuma Azmin yg beria2 nak pas nampaknya

Tanpa Nama berkata...

Macai umnooooo.... 10.36 am

mati syahid cita-cita berkata...

Salam,PAS parti ISLAM,tak kan khianat,kecuali ada oarang yang khianat ISLAM,Khianat ALLAH...PKR faham PAS jujur...sebab PAS pegang prinsip...MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN cara.....PKR sedar..selama ni memang orang PAS tunggang terbalik buat kerja.....saya dekat PARLIMEN PARIT,Boleh tengok siapa buat kerja...

PRU bukan sekadar duduk depan internet layan blog....kalau itu jer yang hang pandai....susahlah..

siapa nk basuh pinggan lepas makan?kemas markaz?banyak kerja kecik-kecik...DAP dan PKR nak buat?

Mari turun ke kawasan kampung lihat PAS kerja macam mana?

Tanpa Nama berkata...

Jangan-lah berpisang dua kali.Memang gabungan yang tak boleh di percaya masih tak serik2 lagi ke atau buat2 tak paham? atau nak selamatkan melayu yang munafik.

Unknown berkata...

Salam:tq Tn GB ISSUE YG MENARIK

Kita bersangka baik,mungkin anwar dan azmin mempelawa PAS takut undi berpecah,mungkin juga perangkap untuk PAS,sebab syarat dikenakan jika nak joinPR2.0 kena buat perjanjian ,Mungkin PKR nak tunjuk kat ahli-ahlinya PKR boss,bukan DAP,atau mungkin Azmin itu sendiri ada rahsia hanya PAS selangor shaja yg tahu rahsia azmin.atau mungkin PKR takut dgn GHB mengambil peranan PKR yg sedang stagnant ahlinya yg tak bertambah-tambah sekitar 500k sebab polisi PKR/GHB sama ahli2 berbilang kaum cuma perbezaannya ketahanan/kekuatan pemimpin GHB teruji dan pertugas-pertugas tersususn disamping mendapat backup cukup kuat dari NGO-NGO islam dan bukan islam.PAS diajak bersama supaya balance tentang kekuatan PKR.atau mungkin. Non of the above.

Walaubagaimanapun biarlah benda ini berlalu,ini adalah biasa bila berpolitik:yg penting PAN bergerak di atas kekuatannya sendiri,seprti ditegaskan oleh tuan presiden PAN aKIDAH DAN aHKLAK SERIRING.

kITA TAK GOYANG,samada bersama PKR/DAP/PAS atau PKR/DAP atau DAP sahaja.Jika kekuatan dibina tanpa penat lelah dgn segala perancangan yg sitematic,seperti kita belajar management muda-muda dulu,(Plan,Action,correction,improvement) sehingga target tercapai.Jika gagal dibuat lagi dan lagi.Insyallah akan succeed.

In between issue semasa biarlah berlalu,tidak terkesan langsung.Jika setiap orng buat kerja mengikut apa yg termampu,di ulang-ulang dan pembaikkan.Insyallah berjaya. Alexander graham bell semasa nak mencipta fix line telephone dulu terpaksa buat trial an error >1000 kali..lagi dan lagi akhirnya dari ideanya tuhan memberi nikmat pada manusia hingga tercipta communikasi tanpa wire dan sempadan.

Wassalam

Tanpa Nama berkata...

Kalau orang tak sudi kenapa nak dipaksa..cuba fikirkan kehendak rakyat..kamu tu dipilih oleh rakyat..masa depan negara ditangan rakyat..

Tanpa Nama berkata...

Pas meletak semua calun ditempat DAP adalah semata2 melepaskan dendam ,dengki.hasad,dan lebih relah Pas kalah asalakan BN menang.Kita tidak tahu apa yng terjadi pada Hadi.

air gunung berkata...

Benar.semuanya tak smdh sifir 1.yg penting focus gerakerja bersepadu atas dasar aqidah&akhlaq seperti bro OD katakan.pendapat sy biar ambil masa sedikit tp keputusan dan kejayaan solid.perlu dikaji minda sedar politic org kita agak terkebelakang.bkn tak ada tp sekadar bongsai.mungkin percubaan pertama kita gagal.so dr situ kita boleh bergerak kembali setelah nampak dgn lbh jelas dr segi praktiknya plan,action,correction,improvement.tak salah letak target yg perlu dicapai utk focus dlm tindakan.ia perlu.sekiranya berjaya awal dr jangkaan syukur dan pertahan serta elokkan lagi.Apa2 hal elakkan berkepala hangin.tak salah kepala hangin dgn kluk klek pongpang berpolitik nih.tp jgn la sampai action pon dgn kepala angin...marah tu biasa sbgai sifat kejadian....apa pon go PAN go....

Tanpa Nama berkata...

Pas xnk join tu sudahla. Jgn pkr plak beria2 nk pas dh tau pas tu pengkhianat tp masih beria2 nk pas...nt rakyat pengundi2 makin meluat sama mcm hamno nk kuasa sanggup apa saja

Tanpa Nama berkata...

Kita positive thinking aje la maybe pkr xnk melukakan pas,biar pkr nampak mcm org tengah diantara pas dan dap
Jika tidak nt dilabel barua dap pula.Tapi sudah amat baik hadi kata xnk join pr 2.0. Dikira berjalan lancar process gabungan baru ni.teruskan maju ke depan..Pas biarkan die jadi jaguh kampung aje.Mungkin ada hikmahnya nanti..

Tanpa Nama berkata...

Almarhum UFN kan dah nukilkan hadith Nabi SAW " Jangan dipatuk ular yang sama dalam lubang yang sama dua kali!". Ingat itu PKR. Buat bacaan politik betul2. Kalau TKO masih boleh bangun lagi. Tapi kalau KO boleh "Innalillahi wainna ilaihi rojiun".

Tanpa Nama berkata...

pas nk perkuda org cina lwn dap. pas tolong sedia jela hangus deposit proxy pas cina tu.

blh rupanya letak calon kapir wakil parti islam. sudah tentu calon tu sgt kemaruk nk hudud kan..

Tanpa Nama berkata...

Prof, jangan silap. PAS bertanding pilihanraya bukan untuk menang. Kami bertanding untuk kalah lah.

cikmatgelap berkata...

pkr+pas+umno.......biarkan luncai terjun dgn labu labu nya

amanah+dap+sosialis........bergabung berjuang demi rakyat marhaen

Tanpa Nama berkata...

Anon 11:13 AM

Jangan berbangga dengan setakat basuh pinggan dan pasang bendera.

Perhatikan semasa pilihanraya dan makan malam. Parti DAP lah yang paling sikit letak bendera. Berbeza dengan orang melayu baik PAS baik PKR sepanjang jalan nak pasang bendera sedangkan DAP cuma letak disimpang-simpang dan tempat di adakan majlis.

Berapa DAP kutip derma untuk makan malam dengan harga satu meja RM 1000? Belum masuk derma secara persendirian lagi. Jika tak silap ada terbaca dalam blog, dua individu cina telah mendermakan beribu ringgit untuk PAS menang di kawasan Johor.

Berapa pinggan dan bendera yang di cuci dan di basuh oleh petugas PAS dengan kutipan RM 3000 ?


Abdul Said berkata...

Dinegeri-egeri pantai barat ramai yang boleh berfikir. Adalah jugaklah yang bingai-bingai yang duduk di estet-estet sawit dan kg-kg tradisional. Ramai yang tak mudah dikaburkan dengan cerita khayalan seperti ketuanan Melayu, hak-hak istimewa orang Melayu tanah rezab Melayu, kesucian ugama, perjuangan demi bangsa ugama dan negara dan berbagai-bagai slogan yang menghayalkan dan membuat kita kuat berangan-angan hingga lupa yang kos sara hidup makin meningkat, biasiswa dan pinjaman susah didapati untuk anak-anak, perbelanjaan pengangkutan sama ada dengan kereta, motorsikal atau bas dan teksi sentiasa meningkat, kejadisan jenayah bertambah-tambah, pemimpin-pemimpin hidup bersenang lenang (boleh beli kereta harga berjuta boleh bina istana, boleh beli perkhidmatan pergigian dan rawatan muka bini yang berkedut di London, Melbourne dan Paris)dan sudah ada orang Melayu yang tinggal dikolong-kolong, bawah tangga dan tepi-tepi bangunan di kota metropolitan Kuala Lumpur. Melayu nak harapkan pembelaan dari siapa? Dari UMNO? Lain tahun!!. Macam harapkan pagar, pagar makan padi. PAS? Lagi tak boleh pakai. Kalau UMNO guna ugama sekerat-sekerat takpe sebab pendokongnya ramai yang jahil muraqab, kaki betina, minum arak dan kuat rasuah. Ini PAS pun sama. Tak boleh pakai. Kuasa di Terengganu sepenggal, di Kedah pun sepenggal di Kelantan jangan cerita hal balak atau hudud, cuba cerita tentang rakyat yang masih duduk di khemah. Nak tunggu banjir yang baru ke, baru boleh bantu buat rumah!! Pilihan yang ada adalah PKR, DAP dan parti baru yang Haji Hadi kata boleh hidup 2 tahun!! Yang penting sesiapa boleh sediakan pekerjaan, kawal harga rumah supaya tidak melambung, kos sara hidup munasabah, keselamatan terjamin (bukan keselamatan bini menteri saja!!)perkhidmatan pendidikan dan kesihatan yang maju, orang itulah yang akan disokong dan diundi!!. Kita tidak mahu lelaki gila seks dan kuat nafsu menjadi warden asrama wanita atau asrama jururawat wanita dan kita juga tidak mahu seekor harimau Malaya menjaga sekandang kambing yang gemuk dan sihat. Itu cari nahas namanya seperti yang kita lakukan selama ini!! Oh ye kesian Melayu-Melayu Malaya yang pergi buat ibadat haji kat Mekah. Tak boleh berlagak dengan pak Arab sebab lu orang punya duit jadi POA. Lainlah Melayu Singapura atau Brunei. Itu pun kalau mereka mengaku Melayu!!!

Tanpa Nama berkata...

...tukang buat kerja tu dulu memanglah PAS tapi la ni banyak dah pi kat GHB@PAN sbb meluat dgn perangai 'ahCAI'. Tunggu ka PRU14 nanti... tengok sapa buat kerja...