15 Sep 2015

Menjelang Pelancaran Parti Amanah Negara Esok...

Amanah’ mendukung gagasan politik Islam Oleh A Shukur Harun

Pelancaran rasmi parti politik baharu bernuansa Islam – Parti Amanah Negara atau singkatnya Amanah – esok, 16 September, mempunyai makna penting dan tersendiri bukan saja dalam sejarah politik tanah air, tetapi juga apa yang dinamakan politik Islam.

Parti Amanah ini sedang dalam proses untuk didaftarkan.

Selepas menekuni dari dekat kemunculan parti baharu ini, saya menyimpulkan beberapa hal.

Pertama, walaupun ia tidak mendakwa sebagai Harakatul Islam atau gerakan Islam, tetapi misi dan visi parti baharu ini menampilkan sebuah cita-cita besar untuk menjadi bukan saja sebagai parti Islam yang inklusif, tetapi juga sebagai sebuah pertubuhan Islam moden yang memenuhi citarasa masyarakat majmuk negara ini.

Kedua, jika wawasan Amanah ini berhasil, maka ia akan mengukir sejarah umah, sekurang-kurangnya di rantau ini, ia akan menjadi parti politik Islam dan dakwah yang merentasi bukan saja batas kaum dan agama tetapi juga batas geografi.

Ketiga, parti baharu ini hadir di tengah-tengah kegawatan bukan saja krisis ekonomi dan politik serta tajamnya perkauman yang semuanya meranapkan kemanusiaan dan harga diri.

Lebih malang pabila pemimpin politik negara dan mereka yang mendukung mereka kehilangan integriti dan rasa malu.

Keempat, semua ini menjadi cabaran yang sangat besar kepada parti Amanah untuk menyelesaikan masalah ini bukan secara bersendirian tetapi bersama gabungan baharu pembangkang – DAP dan PKR. Dengan gabungan baharu ini kiranya masalah negara ini akan dapat diselesaikan, walaupun secara bertahap.

Kerana itu, menjadi harapan pelbagai pihak yang mendukung cita-cita besar ini supaya Amanah dan gabungannya benar-benar menjadi alternatif kepada parti yang memerintah sekarang ini.

Kelahiran Parti Amanah di tengah membaranya suasana di dunia Islam dengan sebuah fenomena kebejatan akibat ideologi takfiriyah atau gerakan Takfiri. Manusia kaget dan tersentap dengan kekejaman yang tidak ada tolok bandingnya dengan kemunculan “Islamic State in Iraq and Syria’ (Isis) atau “Islamic State of Iraq and Levant” (Isil). Rentetan genesis atau susur-galur pembentukannya tidak perlu disebut di sini.

Fenomena ini pernah disebut oleh Dr Dzulkefly Ahmad dan Dr Mujahid Yusuf Rawa, tokoh pemikir dan kepimpinan Amanah ini dalam beberapa wacana sebelum ini.

Peristiwa kekejaman yang berlaku di Iraq, Syria dan Lubnan, menurut keduanya, adalah akibat bencana tragis terburuk fahaman takfiri atau takfiriyah. Tegasnya, gejala takfiriyah ini sangat mudah menghukum individu lain yang tidak sehaluan dengan mereka sebagai kafir dan munafik, di mana kesan buruknya pada akhirnya membawa kepada pertumpahan darah. Inilah yang perlu dielakkan.

Menurut 2 tokoh pemikir ini, fenomena mengkafirkan sesama Islam serta mengeluarkan fatwa tanpa menurut panduan sehingga menghalalkan perbuatan membunuh dan memerangi orang Islam yang lain adalah satu bencana besar membawa masyarakat kita menanggung kesangsaraan hidup yang amat pahit.

Memang sangat sedih apabila semua jenayah tersebut dilakukan kononnya di atas nama agama Islam dan syariatnya, sementara hakikatnya, Islam bersifat tasaamuh atau toleransi. Paling jelek, operasi keganasan pula dilaksanakan diiringi laungan “La-ilaha ilallah” dan suara takbir “Allahu al-akbar” dengan alasan tindakan itu sebagai menunaikan kewajipan berjihad dan mati syahid di jalan Allah.

Jelaslah gerakan takfiri ini, menyebabkan pentihgnya kemunculan sebuah parti politik sederhana dan terbuka, tetapi tidak berkompromi dengan asas-asas Islam. Inilah, antara lain, yang menyebabkan kehadiran Amanah.

Amanah ini komited untuk meneruskan legasi perjuangan politik Islam yang ditampilkan oleh Almarhum Tuan Guru Yusuf Rawa, Almarhum Ustaz Fadhil Noor dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menerokai ruang politik Islam yang “Amanah, Progresif dan Peduli”.

Saya kira pembudayaan politik baharu Amanah ini akan terus berpaksi kepada politik yang berteraskan prinsip, ilmu pengetahuan dan akhlak.

Ia juga bersedia mewujudkan budaya mampu mengurus perbezaan dalam perlaksanaan prinsip hak bersuara dan tuntutan kesaksamaan seperti dianjurkan oleh Islam dan syariatnya bagi melahirkan sebuah masyarakat dan negara madani.


Saya yakin, Amanah juga sangat peduli akan perlunya membangunkan pemikiran umat, khususnya generasi penerus di kalangan golongan muda supaya memiliki ilmu yang mantap, akhlak serta moral yang utuh-kukuh dan daya-saing serta kreativiti yang tinggi.

Menerusi Gerakan Harapan Baru, yang menganjurkan Nadwah Ulama lilL Nahdah Al-Jadidah atau NUNJI’15, sebagai isyarat jelas komitmen para asatizah dan golongan ilmuan Islam yang bersama Amanah untuk benar-benar mengangkat agenda Islam supaya berperanan secara releven dan berkesan.

Kesyumulan Islam ini menuntut aspek perlaksanaan Islam dengan mengambil kira perundangan negara, kerangka sistem politik tempatan dan suasan politik antrabangsa.

Kerana itu, perlunya melahirkan fiqh siyasah yang pada prinsipnya adalah untuk mencapai maksud Islam sebagai rahmat seluruh alam. Inilah tugas berat yang sedang menanti untuk dilaksanakan oleh Amanah.

Sementara itu sambutan terhadap parti baharu ini sangat luar biasa. Ia datang daripada pelbagai pihak. Sebahagiannya dari parti lama mereka, di samping daripada masyarakat madani, golongan muda dan terpelajar serta para veteran yang berfikiran progresif.

Beberapa orang kenalan saya terdiri daripada bukan Islam bertanyakan kepada saya mengenai parti baharu ini dan mereka mengalu-ngalukannya sambil berharap Amanah akan mendukung konsep keterbukaan dan tanpa perkauman. Mereka kebanyakannya tahu para tokoh pemimpin Amanah ini dan yakin kepimpiunan mereka akan mengamalkan sikap keterbukaan dan toleransi.

Kesimpulan daripada semuanya ini menunjukan masyarakat sangat memerlukan perubahan. Maka mereka melihat dengan penuh yakin, parti baharu ini akan memenuhi cita-cita untuk membina sebuah masyarakat Malaysia yang adil, tanpa perkauman dan sejahtera.

Di sinilah, saya kira Amanah akan berdiri gagah dan mampu untuk melaksanakan cita-citanya.











IKLAN BERBAYAR






21 ulasan:

Unknown berkata...

Salam


Insyallah, I'll be there, with 10 new members.

no matter how difficult it is,negative perception from PAS,whatever!! the life goes on!!!

Appreciate for the hardwork,dedication of the undisputed leaders and team members.

go AMANAH go.

May ALLAH bless U ALL
Wassalam.

Unknown berkata...

Didoakan Amanah muncul dgn serba kecemerlangan membawa cahaya kemuliaan akhlaq yg mempedulikan setiap insan. Sopan dan menyantuni setiap kepelbagaian dengan jujur dan tabah. Bersatu , ramah dan rendah diri. In sya Allah jadilah bunga ros di mana2 jgn jadi duri.

Tanpa Nama berkata...

Hebat !!!! Kagum dgn kehebatan pemimpin2 amanah yg mampu tubuhkanp parti baru dgn bergaya dan dlm tempoh singkat mampu ada wisma sendiri....semua ini tidak mampu dilakukan hadi..hadi hanya mampu usung perutnya kehulu ke hilir dgn amanat songsang dan sesat.hadi ternyata tidak mampu pikul apa2 tugas seperti yg dibuat oleh mohamad sabu dan kumpulan pro.

Tanpa Nama berkata...

Semua senjata umno/bn dihalakan kepada AMANAH sekarang!! Dari peringkat awal lagi parti kerdil ini jadi sasaran umno/bn.

Persoalannya kenapa?? Kenapa PAS tidak jadi sasaran umno?? Malah sentiasa dibackup oleh media dan pemimpin umno!

Ini jelas menunjukkan bahawa AMANAH bakal menjadi sebuah parti yg mengerunkan umno/bn sikit masa lagi. PAS seharusnya sedar dan berpijak di bumi nyata. Sesungguhnya...isu2 KAUM dan AGAMA tidak menarik minat rakyat ketika ini!! Mempermainkan isu kaum dan agama adalah politik bankrap dan sia2...!!

Rakyat lebih fokus kepada masalah EKONOMI KEADILAN.... RASUAH...SALAH GUNA KUASA....URUS TADBIR YG BAIK...PERPADUAN....HAL2 JENAYAH dan KETELUSAN.

Tidak ada tempat utk politik adu domba dan politik fitnah. Isu2 remeh melambangkan sikap tidak matang para pemimpin politik tidak kira dari parti mana sekalipun...!!

Silapnya PAS telah menghalau pemimpin2 HARDCORE yg telah terbukti dekat di hati rakyat. Pemimpin2 yg sengaja disingkirkan Iini....walau dihina oleh bekas parti sendiri...tapi tetap disanjung tinggi oleh rakyat. Mereka telah membuktikan sifat2 kepimpinan ketika masih dalam PAS lagi....!

Banyak keputusan dan tindakan pemimpin PAS seperti menongkah arus!! Mereka seperti tidak faham inspirasi rakyat!! Perjuangan yg dilaungkan oleh pemimpin AMANAH DAP dan PKR lebih dekat dengan kehidupan rakyat.

Manakala PAS sibuk dengan isu BAIAH TALAK 3....dan ugutan demi ugutan. Isu BAIAH TALAK 3 ini sebenarnya isu BUNUH DIRI oleh PAS. Mereka bukan sahaja menakutkan bukan Islam malah menjauhkan sejauh jauhnya pengundi wanita!!

Bukan sahaja menjerut diri, isu BAIAH ini menampak wajah HODOH parti PAS. Seolah olahPAS tidak yakin dan percaya kepada ahli sendiri sehingga terpaksa menggunakan BAIAH TALAK utk menambat kesetiaan dan keikhlasan ahli parti!!!

Bukankah mereka telah cukup diTARBIAH dan diterapkan nilai2 islam oleh para ULAMAK sendiri??? Tidak memadaikah SUMPAH BAIAH biasa...sehingga menambah klausa TALAK 3???

Dapat disimpulkan parti AMANAH bakal menjadi parti pilihan rakyat dari pelbagai kaum dan agama tidak lama lagi. Sebab itu pelbagai halangan dikenakan oleh pihak umno/bn utk melambatkan proses pendaftaran parti ini.

Pas telah tersilap perhitungan dengan langkah sumbang serta berkhayal mendabik dada kata diri kuat. Kekuatan sebenar sesebuah parti politik bukan diukur melalui cakap berdegar degar pemimpin tetapi sokongan rakyat dari pelbagai lapisan!!

Aznan berkata...

Sampaikan kepada pemimpin2 PAN...masih banyak usaha diperlukan. Ada seseorang buat bancian di Facebook dikalangan org melayu. Parti apa yang mereka sokong.
Kebanyakannya masih sokong PAS.. sedikit sahaja PKR dan UMNO. Bancian di buat oleh kumpulan satu bandar di KEDAH.

Saiful berkata...

Tahniah Amanah.. Tk Dr saya

Tanpa Nama berkata...

Reefoormaasii
Takbiiirrrrr

Tanpa Nama berkata...




JANGAN lah ber Juang...Kerana BANGSA
JANGAN lah Buta..."ASAL" Usul "KITA"
Kita "SEMUA"...Bangsa yg "SAMA"
ADAM dan Hawa...INDUK Kita "SEMUA"


Jadi kan lah AMANAH...Perjuangan "KITA"
"Bangsa" yg AMANAH...Di Sukai ALLAH
"Bangsa" yg AMANAH...MENYATU Kaseh"NYA
"Bangsa"..AMANAH..di Limpahi..BERKAH


BANGSA dan Kaum..Untuk ber'TA'ARUF
Kenal MENGENAL...Mencari PUNCA
Puncak AMANAH...Amal yg MAKRUF
FITNAH dan Rasuah...Musuh "UTAMA"nya


FITNAH dan Rasuah..Ber Tuhan kan HARTA
Mnjd SYIRIK...Murtad lah MINDA
Tunggang TERBALIK...Hilang lah PUNCA
GELAP dan Buntu...Porak PERANDA


"Bangsa" AMANAH...Di Puji ALLAH
Di Puji MALAIKAT...Langit dan BUMI
Menyerah-PASRAH..Se Mulia7"AKIDAH
"AUDIT-Hisab"..TRANSPARENCY Ter'Tinggi..




Abdul Said berkata...

Wanita yang menjadi ahli atau penyokong PAs eloklah keluar secepat mungkin dan memasuki mana-mana parti lain (tidak termasuk UMNO!!!). Kalau tinggal dalam PAS bererti cik dan puan redha diturun nilai dan boleh digadaikan kepada parti!!!

Tanpa Nama berkata...

Moga Hadi dan Pas terus lingkup. Kita menang semua kerusi. Paling bagus kita gabung dengan DAP rampas Kelantan dan dapatkan Terengganu dan Kelantan. Biar kita tak laksana Hudud sebab ia bukan keutamaan kita. Jangan layan puak Pas lepas ni sebab mereka lebih 'holier than thou'. Kita utamakan DAP sebab mereka lebih memahami aspirasi negara kebajikan dan amanah dalam kepimpinan. DAP tidak pernah buat rasuah dan sentiasa ikut acuan Khalifah Abdul Aziz. Amanah juga perlu pastikan pusat judi dan pelacuran berkembang sebab ia menjana pendapatan orang bukan Islam...

Hidup Amanah!!!

Tanpa Nama berkata...

Parti Amanah Negara Tanah Airku Tercinta
Parti Amanah Negara - Tetap Aku Tahan
Parti Amanah Negara - Tetap Aku Tabah
Parti Amanah Negara - Tetap Akanku Teruskan
Parti Amanah Negara - Takkan Aku Tunduk
Parti Amanah Negara - Takkan Aku Terduduk
Parti Amanah Negara - Takkan Aku Terlupa
Parti Amanah Negara - Tak Amanah, Tolak

Tanpa Nama berkata...

Anon 3:41,

Kenapa nak hadi lingkop? aku bersetuju dengan hadi utk bertanding kt semua kerusi. pru dulu kan dah buat.. mcm x biase. blh kasi can kat umno menang.

Unknown berkata...

anon 3:41, China pun haramkan judi/pelacuran.. apa kena ko ni

Tanpa Nama berkata...

Bagaimanapun, kesemua perancangan dan matlamat untuk berubah akan melalui jalan sukar selagi PAScai tidak berubah. Pemimpin PAScai perlu melihat dan membezakan cara dan hala tuju PAS dengan Amanah.

Amanah memperjelaskan secara jelas perlunya wujud satu wadah baru sedangkan PAScai hanya berulang-ulang kali membuat kenyataaan 'perjuangan PAS adalah perjuangan Islam' dan mereka yang hanya dengar perkataan Islam tersebut dengan begitu sahaja menerima kenyataan tersebut.

Sama lah juga seperti mengatakan 'kafir' Fullstop! 'Munafik' Fullstop! 'Tidak walak' Fullstop. Dalam hal ini orang yang kurang faham tidak boleh bertanya kerana si pentutur merujuk kepada Al-Quran sedangkan semasa Nabi saw semua perkara boleh tanya asalkan jangan tanya pasal 'roh'.

Tanpa mengambil kira perundangan negara, kerangka sistem politik tempatan dan suasan politik antrabangsa tetapi sekadar melihat pada sesebuah negeri sahaja menyebabkan usul rang undang-undang Islam telah gagal.

Amanah seperti yang dijelaskan menuntut semua aspek perundangan negara, kerangka sistem politik tempatan dan suasana politik antarabangsa untuk perlaksanaan Islam yang syumul. Dan untuk itu pula, pemimpin Amanah perlu berserdahana dan tidak gila kuasa sehingga takut pada bayang-bayang sendiri lalu menjadi bongkak dan mudah menghukum.

Dalam usaha mengujudkan kebimbangan dan ketakutan dikalangan rakyat oleh Baju Merah pada 16 September, kita bersyukur dan dapat menarik nafas lega kerana di beri Amanah pada hari yang sama.

Kepada Allah kita kembalikan.

Unknown berkata...

Tidak mustahil. Dan tidak mustahil jika puak2 malas membaca, malas berfikir di beri maklumat dan usaha yg gigih. Mereka akan berpaling kpd Amanah. Promosi dan penerangan door to door perlu dibuat berbekalkan hujah yang berkesan. Jangan berkonfrontasi dengan sesiapa. Promosi misi dan misi dgn terang. Ya sama2 kita berjuang!

Tanpa Nama berkata...

Tabek Spring!

Tanpa Nama berkata...

Tengok pada ayat ko ni ko ni macai belah sinun....bukan penyokong Amanah......

Tanpa Nama berkata...

JAZAKALLAH

Tanpa Nama berkata...

Anon 3:41.....kuat ko provokasi ye.....konon2 ko penyokong Amanah.....

Tanpa Nama berkata...

Bahhhh.....

Tanpa Nama berkata...

orang keris tumpul tu...
atau pun keris tumpang lepak kat bulan...
hehe