Presiden Pro-M UKM didakwa dipukul, disimbah cat
Seorang pemimpin pelajar yang mewakili pro-Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) didakwa dipukul serta disimbah cat di badannya oleh individu yang tidak dikenali awal pagi ini.
Berikutan itu, rakannya, Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan ketika dihubungi, mengesahkan satu laporan polis telah dibuat pagi ini berhubung kejadian itu.
Presiden Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM), Muhammad Syahir Rahimi Sukri, 22 yang merupakan pelajar tahun tiga Fakulti Pengajian Islam didakwa dipukul pada kira-kira jam 4 pagi ini.
Sementara itu, menurut Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tan Kar Hing, selain dipukul dan simbah cat, Muhammad Syahir juga didakwa ditoreh di bahagian kepala dan badan.
Tan menceritakan, Muhammad Syahir diserang di dalam kampus berhampiran kolej kediamannya di Kolej Ibrahim Yaakub.
Katanya, ketika itu, pemimpin pelajar berkenaan mengambil giliran untuk menjaga poster-poster yang ditampal sempena pilihan raya kampus.
Selepas diserang, pelajar itu kemudiannya di bawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan, kata Tan lagi.
Difahamkan beliau dibenarkan keluar daripada hospital setelah mendapat tujuh jahitan.
Ketika berita ini ditulis, Syahir sedang membuat laporan polis di Bangi bersama beberapa rakannya.
ULASAN GB
Budaya apakah yang sedang melanda kampus dan negara sekarang ini sehingga seorang Presiden Persatuan Mahasiswa sebuah universiti dipukul dan simbah cat serta ditoreh di bahagian kepala dan badan?
Ini merupakan satu perulangan kejadian di dalam tahun 2012 dimana Presiden Pro-Mahasiswa Nasional waktu itu, Edikoup Lakip Sediyanto telah diserang oleh lima lelaki tidak dikenali di awal pagi.
Modus operandinya sama, berlaku di awal pagi dan ia ada kaitan dengan kempen pilihanraya kampus dimana mahasiswa-mahasiwa akan memilih "pemimpin" di kalangan mereka.
Budaya samseng yang menular di menara gading ini sepastinya membimbangkan para ibu-bapa yang mempunyai anak yang menuntut di ipt. Dan budaya ini juga mengekang tradisi pembinaan pemimpin di kalangan para pelajar untuk menjadi pelapis kepimpinan negara di masa akan datang.
Anehnya yang kerap menjadi mangsa ialah hanya pemimpin ppelajar dari satu pihak - iaitu pro-mahasiswa.
Polis dan pihak universiti terlibat perlu bersungguh-sungguh mengatasi gejala tidak sihat ini sebelum lebih banyak peristiwa yang sama berulang lagi yang akhirnya imej polis dan pihak universiti terjejas lantarannya.
Soalnya, siapa sebenarnya melakukan kerja samseng itu? Ia belum terjawab sekalipun sudah banyak insiden yang sama berlaku!

Serangan Presiden GMUKM Disyaki Kait Rapat Pilihan Raya Kampus, AMK Desak Siasat dan Hukum Penyerang
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, YB Tan Kar Hing mengecam sekeras-kerasnya kes serang ke atas Presiden Gerakan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Saudara Shahir Rahimi, yang telah menyebabkan beliau mengalami cedera parah akibat mendapat 5 torehan di bahagian kepala dan badan serta dilempar cat pewarna. Kes ini berlaku di dalam kawasan kampus UKM iaitu berdekatan kolej kediaman pada subuh 14hb September.
Kar Hing mendesak pihak berkuasa universiti dan polis supaya memberi penjelasan serta menjalankan penyiasatan serta-merta bagi mengenalpasti pihak penyerang dan menghadapkannya ke muka pengadilan. Beliau menegaskan bahawa tiada sebarang toleransi dalam isu budaya kekerasan dalam kampus ini.
“Didapati tiada kehilangan harta benda yang berlaku, tetapi kereta yang digunakan oleh Shahir Rahimi pula turut disimbah cat. Ini jelas menunjukkan bahawa serangan tersebut bermotifkan ugutan serta gertakan dan bukan rompakan.”
Kejadian ini disyaki berkait rapat dengan pilihan raya kampus UKM yang sedang berlangsung. Kar Hing mengulas, ini adalah kerana serangan berlaku sewaktu Saudara Shahir “bertugas” secara bergilir untuk menjaga poster-poster kempen pilihan raya di dalam kampus bagi memastikan ianya tidak disabotaj.
“Kalau tahun 2014 kita kedengaran kes cermin kereta pengerusi kumpulan Pro-Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dipecahkan oleh penyerang, tahun ini pula kes kekerasan telah semakin berleluasa dan menggugat keselamatan dan nyawa mahasiswa”
Kar Hing yang juga merupakan ADUN Simpang Pulai Perak berkata, aktivis mahasiswa dan calon pro-mahasiswa seringkali menjadi mangsa penindasan dan serangan menjelang musim pilihan raya kampus. Ini merupakan tamparan kepada demokrasi kampus serta menunjukkan bahawa pihak berkuasa gagal mengambil tindakan
sewajarnya untuk memastikan pilihan raya kampus dijalankan dalam keadaan adil dan telus. Menurut makluman anggota Gerakan Mahasiswa UKM, Shahir yang merupakan mahasiswa Fakulti Pengajian Islam tahun ketiga ini kini masih dirawat di Hospital Serdang.
YB Tan Kar Hing
Naib Ketua AMK Malaysia
ADUN Simpang Pulai
ULASAN GB
Budaya apakah yang sedang melanda kampus dan negara sekarang ini sehingga seorang Presiden Persatuan Mahasiswa sebuah universiti dipukul dan simbah cat serta ditoreh di bahagian kepala dan badan?
Ini merupakan satu perulangan kejadian di dalam tahun 2012 dimana Presiden Pro-Mahasiswa Nasional waktu itu, Edikoup Lakip Sediyanto telah diserang oleh lima lelaki tidak dikenali di awal pagi.
Modus operandinya sama, berlaku di awal pagi dan ia ada kaitan dengan kempen pilihanraya kampus dimana mahasiswa-mahasiwa akan memilih "pemimpin" di kalangan mereka.
Budaya samseng yang menular di menara gading ini sepastinya membimbangkan para ibu-bapa yang mempunyai anak yang menuntut di ipt. Dan budaya ini juga mengekang tradisi pembinaan pemimpin di kalangan para pelajar untuk menjadi pelapis kepimpinan negara di masa akan datang.
Anehnya yang kerap menjadi mangsa ialah hanya pemimpin ppelajar dari satu pihak - iaitu pro-mahasiswa.
Polis dan pihak universiti terlibat perlu bersungguh-sungguh mengatasi gejala tidak sihat ini sebelum lebih banyak peristiwa yang sama berulang lagi yang akhirnya imej polis dan pihak universiti terjejas lantarannya.
Soalnya, siapa sebenarnya melakukan kerja samseng itu? Ia belum terjawab sekalipun sudah banyak insiden yang sama berlaku!
|
15 ulasan:
Izinkan saya
CELAKA LAKNAT BB PKMAK PENGECUT BARUAH ANAK MELAYU
Malaysia adalah syria
Syria adalah malaysia
Pelabur antarabangsa tunggu sahaja 13mei berulang.... bye bye malaysiaL
ini sebahagian dari budaya derma yang bukan derma.
Budaya samseng pengecut!!!
Kena ada kankonvo untuk Mahasamseng !!
Atau pihak pihak Keselamatan tutup sebelah mata sehingga samseng dibenarkan masuk tanpa pemeriksaan?
Masalahnya ramai kalangan pemimpin pun macam samseng !
Tukar nama ukm - universiti kesamsengan malaysia.
Kasihan dia, semoga beliau tabah. Sungguh kejam orang yang melakukan perkara ini! Pelaku akan mendapat balasan setimpal! In sya Allah.
Kena pukul 'dalam' kawasan universiti! ermmm...
Kerja.orang dalam universiti dan parti haram jadah songlab 2.6b
KESUDAHANYA MELAYU BANGSAT VS MELAYU TAK BANGSAT.MELAYU BANGSAT NI BERKOKOK SAJA LEBIH.MELAYU MUNAFIK .BUKAN UNTUK BELA UGAMA DAN BANGSA TAPI BERJUANG UNTUK PERUT PEDAL SENDIRI DENGAN PERALATKAN MELAYU JENIS BODO NGOR.BANGSA LAIN TEPUK TANGAN.JENIS MENATE MELAYU NI BUKE BERJUANG UNTUK ISU ISU YANG MEMBEBANKAN RAKYAT.BASO JENIS CELAKO.
Magasiswa/wi gegar sampai yg bertanggungjwb kat Univ. resign.kena bertanggungjwb.ini psl nyawa.kalo di biar makin teruk lg lps neh.terutama aktivis mahasiswi.bkn itu shj.ibubapa penjaga kena bg tekanan giler2 kat NC.kalo tak akn berulang
Tak mungkin samseng yang buat berumur 22 tahun Dari kecederaan, suspek berpengalaman dan berumur lebih dari 25 tahun dan sudah tentu mempunyai rekod jenayah.
Mana mungkin budak baru berumur 22-25 tahun yang masih belajar sanggup mencederakan orang seperti ini. Mat rempit yang tak sekolah pun kalau buat kerja macam ini setakat memukul je.
Tapi kalau melibat kan pelajar adalah amat malang sekali negara mempunyai sistem pendidikan yang lemah. Negara jiran baru saja selesai mengundi dan tidak dengar satu kerusi pun di baling atau saling mencaci.
Berubah lah Melayu jadi Bangsa yang bermaruah.
PUNAH HARAPAN JIKA DARI UNIVERSITI LAGI SUDAH BUAT PERANGAI MACAM MAFIA.
WE ALL NAK PELAPIS NEGARA DARI KALANGAN PROFESIONAL DAN FASIH DLM ILMU AGAMA 2 IN 1. BUKAN MAFIA. WHERE KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI,? U JANGAN BUAT TAK TAHU PULA SAMPAI TAHAP BUAT RALLY. REMEMBER BUDAYA RALLY BUKAN BUDAYA KITA BUT U ALL YG FORCE US TO CHOOSE THIS AS OPTION. DON FORCE US UNIVERSITY STUDENT CHOOSE THIS AS AN OPTION. U RESPACT OUR RIGHT WE WILL RESPACT YOUR RIGHT. IF U DON RESPACT OUR RIGHT WHY MUST WE RESPACT U? OF CAUSE WE NOT RESPACT U. THIS AN NATURAL LAW REMEMBER THAT.
pilihanraya kampus aje pun dah buat macam nie. bukan bleh ubah negara pun pilihanraya kampus
Budaya samseng dah menjadi amalan sebahgian menteri2 kabinet malaysia...x hairan lah kalau org2 bawahaan mengikut nya
Bang, rasanya yang pukul2 ni bukan budak U tu sendiri...kemenangan calon yg pro UMNO tu penting untuk pihak kerajaan sekarang sebab calon2 ni akan mempengaruhi semangat dan kesedaran pelajar terhadap kebangkitan rakyat melawan korupsi atau sebaliknya...so saya rasa, yg buat ni orang tua yg berkepentingan...or at least diorang yg upah budak samseng untuk buat dajal camni
Catat Ulasan