12 Ogo 2015

Selepas ARIF, Harapan Baru Akan Punyai Sayap Perundangannya, ProGuam...

Selepas ARIF (Unit Amal versi GHB) berjaya diwujudkan, Harapan Baru bakal mempunyai sayap perundangannya sendiri apabila sebuah NGO bernama ProGuam telah berjaya ditubuhkan dan diluluskan pendaftarannya pada 9 Julai 2015 yang lalu.

Demikian dinyatakan oleh Dato Tarmizi Mohd Jam, timbalan pengerusi GHB Wilayah Persekutuan. beliau menyatakan bahawa mengikut perancangan, ProGuam akan menjadi sayap perundangan Harapan Baru sebaik saja parti baru itu diluluskan nanti.

Nombor pendaftarn ProGuam ialah PPM-004-10-09082015.

Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden ProGuam, Noorazmin Zakaria, yang juga mantan Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pemuda PAS Malaysia, 9 Julai, 2015 merupakan suatu tarikh keramat lahirnya sebuah Ngo baru yang terdiri daripada barisan Peguam Hak Asasi Manusia.

Menurutunya, ProGuam, yang merupakan singkatan kepada Pertubuhan Pengamal Undang-undang & Hak Asasi Manusia Malaysia telah ditubuhkan melalui cetusan idea para Peguam yang cintakan undang-undang dan keadilan, lahir di saat masyarakat Malaysia inginkan harapan baru dan sinar baru kepada badan-badan perundangan di Malaysia yang terdiri daripada Badan Kehakiman, PDRM, SPRM dan lain-lain badan yang berlatar belakangkan perundangan agar bukan sahaja dilihat adil, malah dilihat berlaku adil.

ProGuam meneliti pelbagai isu negara yang berlaku mutakhir ini, daripada isu penyiasatan 1MDB, isu wang tunai berbilion ringgit yang dipindahkan ke akaun Perdana Menteri sehinggalah kepada isu saman AES yang dikatakan bakal "hidup" semula, tambah kenyataan itu lagi.

"Sebagai komitmen awal kami, ProGuam melalui barisan Peguamnya yang terdiri daripada individu-individu dari seluruh negara akan menyediakan khidmat guaman percuma dalam himpunan Bersih 4.0 yang bakal diadakan pada 29 dan 30 Ogos kelak," demikian menurut kenyataan itu lagi.

Sehubungan dengan itu, ProGuam dengan berbesar hati ingin menjemput mana-mana pengamal undang-undang termasuk pensyarah dan mahasiswa undang-undang baik lelaki mahupun wanita untuk bersama-sama menyertai kami demi melihat masa depan yang adil, bersih dan sejahtera.







IKLAN BERBAYAR







9 ulasan:

aku berkata...

Terus Maju Kehadapan jangan mundur, Ayuh!!!!!!

Unknown berkata...

Cayok2...

Unknown berkata...

Moving forward!

Tanpa Nama berkata...

Hadi kata 2 tahun je paling lama.kita tgk nt sapa yg jatuh 2 tahun nt.ulamakcai atau ghb

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah .syukur pada Allah yang memberi kemudahan pada peminpin GHB.Insyallah segal kerja kita dengan niat yang baik akan mendapat ganjaran,Semoga peminpin GHB bekerja dengan hati yang ikhlas untuk menunjukan bahawa ISLAM adalah agama yang benar dan lurus serta agama yang memberi perlindungan kepada semua rakyat tanpa mengira agama

Abdul Said berkata...

Semoga pemimpi-pemimpin GHB meraikan kelainan dan pembaharuan yang memberi manafaat. Idea-idea orang muda jangan diketepikan begitu sahaja. Orang muda akan mewarisi perjuangan dan menyambung kerja-kerja pemimpin-pemimpin. Mereka perlu galakan, tunjuk ajar dan perhatian. Jangan jumudkan Islam. Islam itu progresif. Islam bukan untuk ulamak sahaja. Islam bukan untuk Melayu sahaja. Untuk jadi Islam tidak perlu belajar bahasa Melayu!!

Unknown berkata...

Saya mencadangkan sekretariat khas GHB utk siswa IPTA & IPTS . Di sana byk masalah juga banyak tenaga dan bakat.mereka pelapis yg perlu dididik dan dibinbing.

Tanpa Nama berkata...

Antara Dewan Ulamak dengan ProGuam, yang pasti memberi lebih kesan kepada masyarakat ialah ProGuam. ProGuam juga akan memastikan pemilihan dalam parti baharu akan berjalan dengan menghormati peraturan parti. ProGuam akan menjadikan ahli-ahli GHB lebih berdisiplin dan ada nilai-nilai untuk menghormati undang-undang. Maaf, jika boleh lampu isyarat merah pun ahli GHB tidak akan melanggarnya. Begitulah penting nya kita perlu mendaulatkan undang-undang, kanun dan peraturan.

Tidak kah ini ada kaitan dengan ajaran Islam yang di bawa oleh Rasulullah saw?

siti harapan berkata...

Alhamdulillah!
Moving forward.