20 Ogo 2015

Lagi Keluar PAS Sertai GHB Di Selangor, PAS Selangor Bakal Lumpuh...

18 lagi AJK PAS Shah Alam letak jawatan

Shah Alam: Selepas 183 ahli dan pimpinan PAS kawasan Kota Raja, Klang meletakkan jawatan di dalam parti itu petang semalam, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Shah Alam turut berbuat demikian beberapa jam kemudian.

Seramai 18 AJK PAS Shah Alam sesi 2015-2017 diketuai Yang Dipertuanya Azli Yusof mengumumkan peletakan jawatan mereka.

Selain itu AJK PAS kawasan, pemimpin PAS bagi Dewan Muslimat, Pemuda dan Himpunan Penyokong PAS turut mengumumkan tindakan sama.

Azli berkata, peletakan jawatan itu sudah dimaklumkan secara rasmi dalam Mesyuarat PAS Kawasan Shah Alam Kali Kelima sesi 2015-2017 yang berlangsung petang semalam.

"Selain saya, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam turut berbuat demikian.

"Penyerahan tugas sudah dilakukan kepada Setiausaha PAS Kawasan Shah Alam dalam suasana penuh persefahaman dan kasih sayang," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, peletakan jawatan itu bukan bertujuan untuk melemahkan jentera PAS di Shah Alam tetapi kerana ingin bersama usaha perjuangan Islam melalui wadah yang lebih diyakini mereka.



Kami selaku Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam mengumumkan perletakan jawatan berkuatkuasa Rabu 19 Ogos 2015, bersama-sama dengan 18 orang lagi AJK PAS Kawasan Shah Alam sessi 2015-2017.

Selain itu, Ketua Muslimat, Timbalan Ketua Muslimat dan Naib Ketua Muslimat turut meletakkan jawatan bersama-sama 11 orang AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam.

Keseluruhan AJK Dewan Himpunan Penyokong PAS, DHPP Kawasan Shah Alam juga meletakkan jawatan mereka.

Terdahulu, Ketua Pemuda, Timbalan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda telah meletakkan jawatan mereka bersama-sama dengan 10 orang AJK Dewan Pemuda PAS Shah Alam.

Perletakan jawatan-jawatan ini telah dimaklumkan secara rasmi di dalam Mesyuarat PAS Kawasan Shah Alam Kali Ke-5 sessi 2015-2017 yang berlangsung pada Selasa, 19 Ogos 2015, di mana penyerahan tugas telah dilakukan kepada Setiausaha PAS Kawasan Shah Alam dalam suasana penuh persefahaman dan kasih-sayang.

Perletakan jawatan ini bukan bertujuan untuk melemahkan jentera PAS di Shah Alam, tetapi kerana ingin bersama usaha perjuangan Islam melalui wadah yang lebih kami yakini.

Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua AJK PAS Kawasan dan Dewan-dewan, Ketua dan Setiausaha PAS Cawangan serta seluruh ahli-ahli PAS Kawasan Shah Alam yang telah memberikan sokongan dan kerjasama sepanjang kami diamanahkan memimpin PAS Kawasan Shah Alam.

Kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada PAS Kawasan Shah Alam di bawah kepimpinan yang baru nanti.

Mudah-mudahan semua akan terus istiqamah dengan perjuangan Islam.

Azli Bin Yusof
Yang Dipertua

Zulkifli Mohd Nani
Timbalan Yang Dipertua

Mohamad Jamil Abd Rahim
Naib Yang Dipertua

19 Ogos 2015 / 4 Zulkaedah 1436H



PAS Selangor bakal lumpuh – Mohd Sayuti Omar

Dari segi politik tindakan ahli Parlimen Kota Raja yang juga naib ketua PAS Kawasan itu Dr Mariah Mahmud mengumumkan keluar daripada PAS bersama beberapa ahli jawatankuasa PAS kawasan itu merupakan satu tindakan memberi bekas kepada PAS Selangor.

Mariah dan pimpinan PAS Kota Raja umum lepas jawatan.

Ia adalah permulaan tindakan ekoran rasa tidak puas hati kepada kepimpinan PAS yang baru dipilih pada muktamar beberapa bulan lalu. Walaupun tindakan Mariah dan beberapa yang lain tidak melumpuhkan PAS Selangor tetapi tindakan itu memberi moral yang buruk kepada PAS Selangor.

Tindakan dan keputusan Mariah dan yang lain-lain merupakan satu "hentakkan" yang kuat kepada PAS Selangor yang cuba mempamerkan mereka sebagai golongan agamawan, ad-Din.

Apa yang berlaku di Kota Raja hari ini adalah permulaan, dijangka lebih ramai lagi ahli PAS dan pemegang jawatan akan mengumumkan melepas jawatan. Tindakan Mariah itu sedikit sebanyak akan mempengaruhi mereka yang lain untuk berbuat demikian.

Saya percaya tindakan itu menjadi momentum untuk diikuti PAS di beberapa kawan lain, termasuk juga Gombak yang dilihat kuat mendokong kepimpinan agamawan.

Apa lagi seperti mana jelasnya selepas beberapa orang wakil rakyat PAS akan mengambil tindakan sama, mengumum keluar PAS atau pun melepaskan jawatan yang dipegangnya. Tindakan seperti itu boleh menganggu stabiliti PAS dan menyebabkan rasa hormat kepada PAS dari kalangan orang ramai terhakis.

Sudah tentu berita perletakan jawatan ramai-ramai di Kota Raja itu menganggu konsentrasi orang ramai kepada PAS yang diharap menjadi parti pengganti Umno sebelum ini. Beberapa lagi tindakan sama diambil tokoh PPAS dalam GHB, akan menghakiskan kepercayaan umum kepada PAS.

Dari konteks lain, apa yang berlaku itu ia menggambarkan kegagalan pimpinan PAS Selangor membendung gegajala keluar parti beramai-ramai. Mungkin juga tindakan itu menjadi cepat apabila ada sesetengah pimpinan kecil PAS di Selangor lantang mengkritik golongan itu, GHB dengan tindakan mereka.

Tiada ada usaha untuk merapatkan saf atau mengemaskan barisan dalam PAS sejak muktamar dahulu di Selangor, sebaliknya kesan muktamar itu menjadi jurang perbezaan lebih luas. Paling mendukacitakan tidak ada usaha langsung daripada pimpinan tertinggi PAS sebalinya mereka hanya jaminan-jaminan bersifat sinikal bersifat sombong yang penyedap rasa sahaja.

Di Selangor sendiri tidak ada tokoh yang bersifat orang tua yang boleh mempersatukan PAS. Selepas ketiadaan Hassan Shukri, Selangor seakan-akan kekeringan pemimpin yang tulus dalam perjuangan. Walaupun satu masa PAS Selangor memiliki Adun Meru, Dr Rani Osman sebagai pesuruhjaya tetapi kehadirannya sekejap sahaja.

Walaupun Dr Rani tidak sehebat Hassan Shukeri tetapi penampilan dan semangat ukhwah yang dibentuknya sangat menarik dan ia mencerminkan PAS Selangor semasa bawah pimpinannya dapat mempersatukan semula keretakan yang dicaingkan Hassan Ali. Sayang Ibu Pejabat PAS tidak dapat melihat kelunakan dan semangat setia kawan yang ada kepada Dr Rani.

Melihat kepada sambutan terhadap GHB dan penubuhan parti baharu yang semakin hangat di Selangor tidak mustahil kalau PAS Selangor berada dalam keadaan sengit sebelah. Walaupun ada jaminan daripada seorang pemimpin PAS, kononnya apa yang berlaku di Selangor itu umpama gelora ombak dilautan dimana ia boleh ditenangkan, tetapi kerja untuk menenangkan ombak itu sesuatu yang melelahkan.

Politik bukan boleh diselesaikan atas kertas tetapi harus kena buat (praktis) dan turun ke bawah. Pemimpin yang seorang ini saya lihat lebih lunak bercakap atas kertas daripada turun menjajahi ke segenap ceruk dan lorong untuk membendung masalah dalam PAS.

Apa yang terjadi itu ialah, wujud kerana kedegilan dan ego pimpinan PAS. Mereka silap dalam membuat perhitungan dengan merendah-rendahkan keupayaan golongan GHB. Dengan tindakan Mariah dan beberapa pemimpin lain itu membuktikan mereka GHB, bukan bergurau untuk menjadi alternatif kepada Pas, tetapi ia sesuatu yang serius.

Mungkin golongan lama dalam PAS, mereka berusia 60 tahun ke atas serta anak-anak atau cucu cicit mereka yang obses kepada agama, tidak terliur kepada PAS, tetapi anak-anak muda yang bebas, berfikiran terbuka akan menyokong GHB. Indikator sejauh mana sambutan kepada GHB nanti ialah pada himpunan Bersih hujung bulan ini dan juga selepas terbentuknya parti dokongan mereka.

Satu sifat yang perlu disedari, anak muda dalam bermain politik mereka tidak sangat memikirkan soal prinsip dan asas perjuangan sesebuah parti, jauh sekali menghayati ideologi dan akidah, tetapi apa yang ada kepada mereka ialah trend semasa.

Mereka akan mengikut trend semasa. Kewujudan GHB atau parti baharu bagi mereka ada kesenimbungan harapan mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Kerja menumbangkan kerajaan bagi mereka adalah sebagai trend semasa yang sedang berlaku di seluruh dunia.

Bertolak dari hakikat itu GHB bakal mendapat sambutan dan berada di hati anak-anak muda. Kekuatan sambutan ini bukan sahaja setakat di Pantai Barat, bahkan mungkin boleh merebakkan negeri-negeri di Pantai Timur juga, walaupun masa ini ia dilihat sebagai sukar. Yang perlu difikirkan pimpinan PAS, politik itu sesuatu yang hidup dan berkembangkan.

Langkah-langkah lebih ketat, tersusun dan berhemah adalah wajar dilakukan pimpinan baharu PAS kini untuk membendung atau pun menganjatkan perjalanan GHB.

Akhirnya syabas kepada Mariah atas keputusan yang dibuat. Apa dilakukan sikap terpuji dan berani sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Ketua Wanita GHB.

Nampaknya Dr Mariah bakal menjadi pimpinan wanita baharu menerusi parti baharu selepas beliau selama ini hanya berada di belakang Siti Zailah Mat Yusuf menjadi orang dibalik tabir jarang. msomelayu.blogspot.com








IKLAN BERBAYAR







23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syabas GHB.teruskan usaha murni anda

Tanpa Nama berkata...

Akhir zaman macam 2 boleh jdi

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Pimpinan tertinggi Pas menyatakan bahawa seseorang yang keluar dari Pas dianggap gugur dalam perjuangan Islam. Kenyataan ini sangat berat untuk diterima. Seakan-akan Pas satu-satunya parti yang mendapat tauliah dari Allah. Apakah dengan menggunakan nama parti Islam, parti-parti lain tidak berhak dan tidak boleh memperjuaangkaan Islam. Islam milik sejagat dan bukan untuk sekolompok manusia sahaja.

Berkali-kali dinyatakan Pas bukanlah agama. Pas hanya sekadar parti politik. Pas mengunakan wahana politik Islam untuk merealisasikan perjuangannya. Tidak dapat dinafikan bahawa kekuatan Pas adalah pada dasar Islam yang dipegang serta rujukan al-Quran, al-Hadis, qias dan ijma. Namun begitu, dalam masa yang sama Pas tidak dapat mengurus perbezaan pendapat. Mereka menyatakan hanya pendapat mereka sahaja yang benar, dan pendapat golongan progesif sebaliknya pula. Sememangnya pendapat yang berbeza akan melahirkan pendekatan yang berbeza namun masih ke arah matlamat sama. Selagi perbezaan itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam, selagi itulah Pas seharusnya menerima perbezaan pendapat.

Seharusnya Pas tidak terlalu celupar menghamburkan tuduhan keluar dari Pas menyebabkan seseorang ahli itu gugur dalam perjuangan. Berfikirlah secara demokrasi bahawa seseorang itu bebas memilih parti yang lebih diyakini untuk memperjuangkan Islam. Pahala dan dosa, syurga dan neraka bukan ditentukan oleh pemimpin Pas. Inkatornya Islam dan bukannya dari tafsiran dan persepsi pemimpin-pemimpin Pas. Jika undang-undang tubuh Parti Amanah Rakyat yang bakal ditubuhkan oleh penggerak-penggerak GHB kelak lebih Islamik dan realistik, apakah pula hujah Pas untuk menidakkannya?

Pas menemui jalan buntu kerana keceluparan mulut pimpinan mereka. Pemimpin seharusnya memperbanyakkan ahli dan bukannya menghalau ahli. Pemimpin seharusnya melayan ahli dan bukannya melebel ahli dengan gelaran-gelaran yang negatif. Ahli-ahli ada maruah diri dan pendirian. Dengan perletakan jawatan secara beramai-ramai pimpinan Pas Selangor, diharapkan pimpinan Pas pusat tidak mengkafirkan mereka. Mereka memilih parti yang diyakini lebih baik dari Pas. Harap-harap tindakan mereka ini merealisasikan program pembersihan parti seperti yang diwar-warkan oleh Presiden Pas. Seandainya salah menanganinya, program ini akan menjadikan Pas "bersih" keahlian.

Unknown berkata...


Gelombang Orange perlu nampak dalam Ombak Kuning dalam perhimpunan BERSIH nanti. Ianya akan otomatik menjadi promosi kemunculan AMANAH
dibulan Kemerdekaan ini.

Tanpa Nama berkata...

AYUH... AYUH... AYUH... Jangan pandang belakang joom kita naiki bahtera baru, tinggalkan nakhoda lama...

Tanpa Nama berkata...

korg sepatutnya buat kerja ini selepas 11 sept. wow another 9/11???

ini sah konspirasi yahudi!!! tarikh sama. kerja ulamark mana nih?

apa2 pong. aku ucapkan tahniah sbb menggunakan akal anugerah Allah swt. tinggalkan kepimpinan yg sombong bongkak angkuh.

aku nak tengok betapa gembiranya hadi selepas 'sekular' meninggalkan pas. adakah akan diadakan majlis potong kek mcm yg musyidtool buat?

DinSikuLutut. berkata...

jika haji hadi dan haron din gagal mengawal PAS, mereka mesti meletak jawatan secara terhormat.

Tanpa Nama berkata...

Ketika ramai ahli dan pemimpin pas berduyun duyun meninggalkan pas...kena SIKU dan LUTUT bersama CAKAR HARIMAU tidak digunakan untuk menghalang mereka pergi???

Bukan ke hari tu presideng kata KALAU TAK SETUJU BUAT LE PARTI SENDIRI...!!! Apa nak susah segala JEBON BARUA TOLOL BROKER dah blah dari parti suci pas!! Bukankah pas dipimpin oleh para ulamakcai yg maksum dan bijaksana...??? Kah kah kah

Jgn risau kalau bertanding 3 penjuru antara PAS UMNO dan PR dlm pru14 nnt...sebab rakyat benci UMNO dan PAS sekaligus..!! Tak berlaku pecah undi sebab PASCAI dan UMNGOK sekapal sehati sejiwa. Satu pakai topeng bangsa dan parti satu lagi pakai topeng agama...

Tanpa Nama berkata...

Cat warna hijau dinding rumah aku dah pudar lah. Ingat raya Haji ini nak tukar cat. Tak nak hijau lagi. Nak tukar warna lain, warna yang lebih terang dan cerah.

Tanpa Nama berkata...

PAScai bakal berkecai !!!

Main cai sekarang berkecai !!!


Entahlah PAS, apa nak jadi? AJK keluar PAS tapi yang di dedahkan Ku Li nak keluar UMNO. Tak kena pada masa dan tempat langsung.


Abdul Said berkata...

Sebelum PAS bertambah teruk pentadbirannya maka dicadangkan mana-mana pemegang jawatan yang selalu memaki hamun, selalu keluar kenyataan tidak berfikir dahulu, selalu cakap besar dan sombong, eloklah letak jawatan. Nak lebih jelas lagi Haji Hadi, Harun Din dan kumpulan cai eloklah letak jawatan beramai-ramai. Takut-takut sejarah akan mencatatkan bahawa kerana sikap keras kepala dan sombong tuan-tuanlah membuatkan PAS ditinggalkan oleh ahli-ahli!!!

Tanpa Nama berkata...

Yang penting sekarang sokong Pakatan Rakyat, bersama Pakatan Rakyat kami sokong.

Tanpa Nama berkata...

Aku teringat kat 'doa K.O BN' kat Stadium Sutan Mohd. IV satu ketika dulu... Aku pun turut meng'amin'kan doa itu bersama isteri dan anak aku kat stadium.

Tak sangka pulak doa tu terpelanting kat parti aku sendiri. Setelah dengan angkuhnya PAS membuang pimpinan yang benar2 berkesan, aku dan keluarga aku sudah tidak sabar lagi untuk mengikuti pemimpin2 sebenar; idola aku untuk bersama2 mereka dalam wadah perjuangan yang baru.

IM4U, GHB.. !!

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kepada abdul hadi yang bersusah payah, tanpa jemu dan penat membuat kerja2 menaik taraf rumah pas untuk didiami oleh spesisnya sahaja. Abdul hadi bukan main2. Dia betul2 buang semua penghuni2 yang tidak sebulu dengannya. Cara dia buat lebih teruk dari yahudi. Itu kata kita. Tapi bagi dia, tersangat2 islamik.


Sekarang abdul hadi gembira bukan kepalang. Cita2 telah berjaya. Dia sebenarnya sangat bangga dapat menikmati saat2 indah dalam hidupnya yakni pas betul2 sebuah parti ulamak yang diperkuatkan dengan ahli2 taat setia tidak berbelah bagi. Ini parti benar2 di bawah kawalannya. Sepenuh2 hak miliknya. Sebab itu jangan harap dia akan letak jawatan. Jangan kacau daun.

Jangan tuan2 fikir abdul hadi sedang gelabah. Tidak sama sekali. Hanya tuan ibrahim menampakkan ciri2 susah hati. Tapi abdul hadi selalu perbetulkan salah tingkah tuan ibrahim yang bodoh itu setiap kali iramanya tidak senada dengannya.

Sebab itu jangan sekali2 rakyat fikir abdul hadi sedang risau dan bengang separuh gila kerana ramai ahli2 pas menyertai ghb.

Maka, lupakan pas. Jangan ingat apa2 lagi tentang pas atau memandai2 beri macam2 idea untuk kononnya nak betulkan pas. Anda manusia paling bongok dan najis jangan nak lawan kepandaian ulamak terengganu ini. Ya terengganu atau ganu..

Jalankan terus kerja2 membangunkan rumah baru. Biar apa namanya sekalipun, rumah itu mesti nyaman dan ramah tamah. Bukan marah2 macam abdul hadi ganu.

Unknown berkata...


JOM KITA GEMBIRAKAN HAJI HADI

“Itu (tindakan keluar parti) adalah pembersihan parti yang berlaku dengan sendiri, bila berlaku banjir … bah, pasir pun berubah.

“Kita tak risau, tak risau … gembira, gembira.." - Haji Hadi

Unknown berkata...

Tak tahu bila keadaan mcm ini apa didlm pemikiran pengarah strategi pas...sbb segala percaturan parti pas di atur oleh zuhdi... sedangkan penganalisa2 politik veteran ckp tindakkan parti pas undur kebelakang.. apa kah zuhdi tu tak menyedari...

azren berkata...

Diaorg nak org yg 'bersih' je bro....yg kotor x maw.....hai tghh ape mende punye politian person la ko ni....

Ahli pas johor

Tanpa Nama berkata...

Presideng tuang kata kalau tak suka buatlah parti baru. Kita mesti walak. Jom pakat pakat pakat pi kat parti baru. Yang mental problem dok tunggu lagi tu tak walak dengan presideng tuang.

Tanpa Nama berkata...


Sebenarnya PAS bukan dedah Ku Li sedia keluar UMNO tetapiPAS mendedahkan Ku Li sedia jadi Perdana Menteri. Sebab sampai sekarang Ku Li tak keluar UMNO lagi.

Mari lah mari, Mari beramai-ramai tinggalkan PAScai.

Tanpa Nama berkata...



Dalam UMNO tidak terjadi seperti keadaan ini kerana bila-bila masa ada penganti nya dan UMNO bersedia mendermakan wang sumbangan kepada ahli yang ingin meninggalkan parti untuk terus berjasa kepada orang melayu. PAS, apa ada?

Dalam tidak suka dengan Mahathir, ada baiknya juga orang tua ini jika di bezakan dengan Hj Hadi dan Najib. Mahathir tahu rakyat tidak suka dengan nya malahan termasuk ahli-ahli UMNO sendiri dan Mahathir sanggup berundur walaupun di pujuk oleh Majlis Tertinggi. Mahathir berundur dengan penuh kekesalan. Mahathir tahu tanggung-jawabnya demi parti dan negara.

Najib tidak. Hj Hadi seorang Ulamak pun tidak.

Najib masih boleh lagi sebab belum ada ahli yang keluar beramai-ramai. Tapi Hj Hadi, apa yang di tunggu lagi ??

Jeman berkata...

Aku dh penah komen dlm GB ni psl perangai org ganu.. maaf ckplah majoriti org ganu yg aku kenal ego n keras kepala.. x seswai jd pemimpin kt mana2

Tanpa Nama berkata...

Najib dan Hadi mengambil contoh Presiden Assad sebagai idolanya. Biar negara hancur namun turun tidak sekali............

Tanpa Nama berkata...

Pas mungkin lumpuh di selangor ,terjejas di seluruh pantai barat ,tetapi tidak di pantai timur.pas lebih kuat dari ghb di kelantan tetapi akan tewas kepada umno