21 Ogo 2015

[BERGAMBAR] King Of "Derma" Bakal Dilancarkan

Zunar keluarkan buku ‘King Of Derma’

Zunar bakal menerbitkan buku terbarunya yang bertajuk ‘King of Derma’ yang akan dikeluarkan pada pertengahan bulan September akan datang.

Perkara itu dinyatakannya dalam satu sidang media pengumuman anugerah Hellman Hemmet yang diterimanya di Hotel Shah Village, di sini semalam.

Zunar King DermaKatanya, buku yang dikeluarkan kali ini adalah berkonsepkan kartun untuk rakyat, tidak seperti buku-buku beliau yang lain mengenai kartun politik.

“Perbezaan politik kartun adalah kartun berkisarkan politik antara ahli politik tetapi kartun untuk rakyat ini adalah apa sahaja isu yang berkaitan dengan rakyat. Kita yang sengsara.

“Sebagai contoh duit RM2.6 billion itu adalah duit kita tetapi masuk ke dalam poket perdana menteri,” katanya.

Sebelum ini, lima daripada buku beliau diharamkan oleh kerajaan Malaysia kerana didakwa isi kandungannya tidak sesuai untuk orang awam dan boleh mempengaruhi pembaca untuk menggulingkan kerajaan.

Selain itu, Zunar juga berkata, beliau mendapati bahawa di Malaysia orang ketawa sebagai tanda protes, jadi beliau akan menghasikan buku untuk mereka yang cenderung ke arah cara itu.

“Di Malaysia saya dapati gelak adalah salah satu jenis protes. Ada orang yang tidak mahu pergi ke BERSIH, kerana ada perkara yang menghalang seperti pekerjaan, tetapi kalau sediakan bahan, mereka akan gelak.

“Saya nak sediakan ini kepada pembaca di Malaysia dan ia adalah satu cara yang selamat, efektif untuk protes,” katanya. -KD









IKLAN BERBAYAR







3 ulasan:

Awanama berkata...



Sesekali kita perlu kan masa untuk gelak.
Sebab hari-hari sakit hati dan berbulu dengan cerita dengan penipuan Najib dan pemimpin UMNO.


Awanama berkata...

Zunar, kartunis terbaik anugerah Allah untuk Malaysia dan insan sejagat. Beliau berada dalam kelas bertaraf dunia dan penerima anugerah kartunis bertemakan politik untuk kemanusiaan dan keadilan.

Malangnya bakat dan ide2 beliau yang hebat tidak sekali2 disokong oleh pemimpin2 bertaraf penyamun. Tidak hairanlah buku2 beliau diharamkan di tanah kelahirannya sendiri. Karya2 dan lakaran beliau sebenar2nya sangat istimewa. Ia bukan saja buku kartun tetapi merupakan buku2 sejarah yang paling tepat lagi mudah dibaca dan dihafal.

Andainya telah hilang catatan sejarah negara kita. Atau diubah lagi untuk menipu rakyat jelata. Kartun2 zunar inilah rujukan kita. Kerana beliau saksi mata. Mencatat sejarah secara jenaka. Namun tepat dan dalam maksudnya.

Semoga Allah memelihara dan memberi pahala serta rahmat kepada zunar, sahabat kita.

Awanama berkata...



Buat kartun yang memberi satu 'persoalan' kepada Najib.