11 Jul 2015

Perlantikan AJK Badan Perhubungan PAS Melaka Tidak Sah - Sofi

Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil yang juga mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Mohd Sofi Wahab hari ini mempersoalkan tindakan Pesuruhjaya PAS yang baru, Kamaruddin Sidek yang membuat perlantikan jawatankuasa Perhubungan PAS dengan tidak mengikut Perlembagaan.

Di dalam satu kenyataan medianya, Sofi Wahab menyatakan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil beliau ingin menegaskan bahawa perlantikan AJK Badan Perhubungan Negeri Melaka yang disiarkan dalam media beberapa hari lepas adalah tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan PAS sendiri.

Menurutnya di dalam perlembagaan PAS dengan jelas dinyatakan iaitu Fasal 40 ceraian (5) iaitu :

"Pesuruhjaya PAS Negeri di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Perhubungan PAS Negeri hendaklah melantik Timbalan-timbalannya, Setiausaha, Penolong-penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihan Raya dan tujuh orang Ahli Perhubungan PAS Negeri menurut Ceraian (3)(b), (c), (d), (e), (f), (g) dan (m) dalam Fasal ini daripada ahli-ahli PAS dalam negeri itu."

"Untuk makluman sehingga saya sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil dan Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat Perhubungan Negeri sebelum ini," tambah kenyataan itu.

Sepatutnya Pesuruhjaya PAS Negeri mesti memanggil mesyuarat pertama perhubungan dengan kehadiran semua Yang Dipertua dan Setiausaha PAS Kawasan-kawasan serta Ketua dan Setiausaha Dewan-Dewan bagi membincang perlantikan AJK seperti dalam Fasal 40 ceraian 5 tersebut, kata Sofi.

Setelah dibincang dan dipersetujui oleh semua Ahli Badan Perhubungan Negeri barulah perlantikan itu sah dan boleh diumumkan.

Apa yang menghairankan bagaimana Pesuruhjaya PAS Negeri boleh membelakangkan Yang Dipertua PAS Kawasan, Ketua-Ketua Dewan dan Setiausaha masing-masing dalam hal perlantikan ini, soalnya.

Malah sehingga hari ini beliia menyatakan beliau dan Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil tidak pernah dijemput secara rasmi untuk menghadiri mesyuarat perhubungan sedangkan di dalam perlembagaan PAS Fasal 40 ceraian 3 dengan jelas dinyatakan bahawa Yang Dipertua PAS Kawasan dan Setiausaha PAS Kawasan adalah ahli badan perhubungan negeri.

Sofi juga menyatakan bahawa beliau telah menghubungi Kamaruddin beberapa hari lalu dengan menyatakan isu ini tetapi sehingga hari ini Kamaruddin tidak membuat sebarang tindakan untuk menyelesaikannya.

Oleh itu Sofi mencadangkan kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka supaya menarik balik kenyataan akhbar tentang perlantikan tersebut serta memohon maaf kepada semua Yang Dipertua PAS dan Setiausaha PAS Kawasan serta Ketua dan Setiausaha Dewan-dewan yang dibelakangkan.

Kamaruddin telah dinamakan oleh Pas Pusat sebagai Pesuruhjaya menggantikan Sdra Adly Zahari yang telah tewas sebagai YDP PAS Alor Gajah di dalam pemilihan muktamar yang lepas. -Kelab GB


PAS Melaka selesai bentuk kabinet

MELAKA: Badan Perhubungan PAS Melaka telah mengumumkan senarai ahli jawatankuasa yang baru dibentuk dengan menampilkan ramai muka baru bagi sesi 2015/2017 di sini, barubaru ini.

Berikut adalah senarai ahli jawatankuasanya:

1. Pesuruhjaya, Ustaz Kamarudin Sidek merangkap Pengerusi Lajnah Politik dan Pilihan Raya.

2. Timbalan Pesuruhjaya I, Ustaz Wan Zahidi Ismail merangkap Pengerusi Lajnah Pemerkasaan Parti.

3. Timbalan Pesuruhjaya II, Dr Md Khalid Kassim merangkap Pengerusi Lajnah Alam Sekitar.

4. Timbalan Pesuruhjaya III, Ustaz Abd Halim Maidin merangkap Pengerusi Lajnah Dakwah.

5. Setiausaha, Asri Shaik Abdul Aziz merangkap Timbalan Ketua Penerangan dan Media.

6. Ketua Penerangan dan Media, Azizan Nordin.

7. Ketua Dewan Ulama, Ustaz Zulkifli Ismail merangkap Timbalan Pengerusi Lajnah Politik dan Pilihan Raya.

8. Ketua Muslimat, Kintan Man merangkap Timbalan Pengerusi Lajnah Pemerkasaan Parti.

9. Pengarah Jabatan Pilihan Raya, Baihaki Ismail.

Ahli Jawatankuasa yang lain terdiri daripada Ustaz Shabudin Senin, Saharudin Yusof, Abd Kader Dewa, Ramli Dalip, Ustaz Julasapiyah Kasim, Ustaz Imran Abd Rahman, Ghafar Abd Wahab, Zainuddin Abd Latif dan Muhd Puhat Bedul.
-pas.org.my


ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Inilah akibat apabila si kaduk ..... Apabila mereka yang tak ikut perlembagaan dan tidak professional diletakkan mengetuai organisasi, hancurlah organisasi itu.

Keseluruhan jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka 2015-2017 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi perlembagaan. Kita hairan bagaimana perlantikan jawatankuasa boleh dilakukan tanpa memanggil mesyuarat jawatankuasa pertama yang memerlyukan kehadiran semua Yang Dipertua dan setiausaha kawasan.

Soal samada YDP atau Setiausaha kawasan menolak jawatan itu adalah soal lain, tetapi fasal-fasal dalam Perlembagaan PAS perlu dipatuhi.

Ada yang menuduh Sofi sengaja hendak aibkan Kamaruddin. Walhal sebelum kenyataan media dibuat, Sofi sudah pun menghubungi PJ bertanyakan mengenai isu berkenaan tetapi PJ berkenaan TIDAK mengambil apa-apa langkah untuk membetulkan keadaan.

Kes di Johor tidak dijadikan pedoman. Di Johpr, Pesuruhjayanya, Dr.Mahfodz Mohamed gagal membentuk jawatankuasa perhubungan PAS Negeri Johor dimana hanya 11 hadir daripada 52 ahli (26 kawasan).

Sekurang-kurangnya PAS Johor mematuhi Perlembagaan, tetapi Pesuruhjaya PAS negeri Melaka terus langgar Perlembagaan

Jadi jawatankuasa Badan Pehubungan PAS Negeri Melaka dah sama macam jawatankuasa MIC. Cacamarba.



9 ulasan:

Unknown berkata...

Salam semua:

Kejadian-kejadian begini adalah sebagai CATALYST,penghijerahan ramai-ramai ahli Parti ka parti baru.

Kepada rakan-rakan sekalian,cybertroopers umno,tak duduk diam sekarang,klu tak silap mereka masuk dlm malaysiakini/malaysian insider dgn cara terancang,mengunakan pelbagai account, berhati-hati "Tujuannya nak "provokasi" agar nampak kita bergaduh sesama-sendiri,G-18 dgn Pasma,G-18 Dgn G-18,parti baru tiada sambutan, Baru-baru ini Sallehudin terpaksa menulis surat terbuka,kita kena berthati-hati.UMNO mesti nak PASTIKAN parti baru tak wujud,KERANA tak guna mereka berkawan PAS sebab PAS, tak boleh bawa orng-orng Cina.Umno/BN kemaruk hendak undi orng2 cina balik,MCA/Gerakkan dah Karput.PAS sengaja di kekalkan dgn PKR supaya undi orng CINA balik kepada MCA.Sekarang undi orng2 Cina bersama parti baru.DAP/Parti baru..akan di SPIN..semahu-mahu.nya..

berhati-hati:

Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Lebai lebai kampong yang cerdik sudah meninggalkan pas. Tinggallah lebai lebai malang dalam yang bagaikan silunCAI terjun dengan labu labunya. Biiaaarrkan.

air gunung berkata...

Sebenarnya kita dpt kesan cara cybertrooper ni menyelusup.cara hujjah dan penulisan mereka boleh dibaca arahtujunya.yg jd masalah adalah org kita mdh sgt emosi tak tentuhala.ini menyusahkan penggerak utama kerana terpaksa tekan brake utk selesaikan mender2 titik bengit.focusnya hilang..ketinggalan la dgn bender yg dikejar.so perangai sikap tu kena buang.jgn jd mcm PAS skrg.suka sgt tekan brake time memecut.sampai ley gelar PARTI AL SAKTAH.

Tanpa Nama berkata...

Baguslah tapi perlu terima juga yang Pakatan Rakyat menjadi Pakatan ber-4 apabila tertubuhanya parti baru kelak. Terang-terang PKR dan DAP setuju untuk membawa masuk parti baru dlm PR. Pas setuju atau tidak terpaksa menerima idea tersebut kecuali PAS keluar dari pakatan tersebut.
Pas paling akan terkesan jika kekal bersama kerana Parti Baru akan menuntut hak di kawasan DUN dan Parlimen yg mereka menangi sebagai menegkalkan status Quo.

Selangor juga akan berubah kerana Parti Baru akan mengambil 1/3 hak Pas dlm kerajaan Negeri ( 1 exco dan jawatan dlm GLC ) Ini berlaku jika 2 adun yg di BARUA dan digantung menyertai Parti Baru.

Pas keluar PR dan sendiri lg parah, pasti sekadar sedikit utuh di Pantai Timur sahaja kerana pola politik pantai barat berbeza. Jika sertai UMNO pasti grass-root Pas tak akan dapat terima kecuali kabilah Walaun sahaja lah. Pantai Timur juga tiada jaminan dan lihat Terengganu dapat sepenggal sahaja kerana Hadi tidak wujud di hati rakyat Terengganu seperti Arwah Tuan Guru di hati rakyat Kelantan, maka Terengganu kekallah jika ceramah di Rusila berkilometer kena jalan kaki kerana ramai datang tp bila PRU tetap BUNGKUS juga.
Jadi diseur seluruh warga PAS yg berjawatan di Pulau Pinang diarah letak jawatan seandainya Muktamar/Dewan Ulama/ MSU lebih mulia dari DUIT. Berambus lah dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai bukti masih bermaruah dan bertelur.

Teruskan lah maju jaya pd Barisan Kepimpinan Cai yg ada antaranya suka MENJEBON, MEMBARUA dan MENTOLOL kan orang lain.

Harapan Baru

Tanpa Nama berkata...

yg buat tu tak tau atau tak pernah baca perlembagaan pas. sama ler cam presideng dia yg nak pecat ahli pas yg jadi ahli parti lain.

Tanpa Nama berkata...

Terbukti PAS gagal berpegang teguh pada dasar-dasar Islam atau prinsip-prinsip Islam ketika berhubung dengan semua pihak. Sesama sendiri pun tak di amalkan, apa citer?

Nak kata macamana ya? Bila Pimpinan yang baru tidak ikut perlembangaan dengan membuat perlantikan sesuka hati. Tak tahu kah atau selama ini PAS memang tidak ikut perlembangaan.

Tentu sebelum sebelum ini PJ Melaka pernah hadir atau mempunyai pegalaman dalam proses perlantikan jawatankuasa. Jadi macamana kali ini tidak ikut cara yang betul. Kalau tak tahu, rujuk lah pada orang yang tahu atau pada PJ Negeri lain melainkan PJ Negeri lain pun sama jugak tak?

Kenapa PAS tak cerdik? PAS sekarang tak boleh buat sesuka hati seperti dulu. Sekarang ini PAS kena hati-hati dengan setiap langkah sebab PAS dah tak macam dulu sejak selepas muktamar.

Serupa dengan masalah Najib, kita tidak boleh letak kesalahan dan ketidak kemampuan individu tersebut hanya ke atas bahu PJ Melaka sebab dalam AJK yang dibentuk ada 18 kepala dan setiap kepala ada otak dan fikiran ?

Unknown berkata...


Mudah2an . Walaupun kita bukan ahli politik tetapi kita mampu menghidu
usaha trancang "musuh" yang seperti jerat. Kita jadilah pelanduk yg berhati-hati.

Hj Aduka berkata...

PAS hanya layak bertanding di bulan sahaja.

Abdul Said berkata...

Satu lagi tanda yang ditunjuk oleh Allah s.w.t kenapa kita mesti berhati-hati terhadap PAS. Bayangkan kalau PAS berkuasa di Melaka. Hancus. Ikut suka hati ostadla. Buat macam negeri mak bapak dia samala dengan kekasih gelap parti tu!!