12 Jul 2015

PAS Hipokrit & Tak Bermaruah Jika Kekal Dalam K'jaan Selangor

PAS hipokrit jika kekal dalam kerajaan Selangor, Pulau Pinang, kata Mahfuz

Datuk Mahfuz Omar menyifatkan PAS akan dilihat hipokrit jika masih kekal dalam kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang pada ketika parti itu sudah memutuskan hubungan dengan DAP, sekutu mereka sebelum ini dalam Pakatan Rakyat (PR).

Bekas ketua penerangan PAS itu mengulas mengenai keputusan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS yang memuktamadkan untuk memutuskan kerjasamanya dengan DAP pada satu mesyuarat kelmarin.

"Apabila PAS sudah mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan DAP, maka PAS seharusnya tidak bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan Pulau Pinang dan Selangor.

"Jika tidak, rakyat akan melihat PAS sebagai hipokrit kerana masih terus dilihat mempunyai hubungan dalam pemerintahan Selangor dan Pulau Pinang,"
kata Mahfuz yang dipetik dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Kontroversi isu putus hubungan PAS dan DAP tercetus sejak muktamar tahunan parti itu menerima tanpa bahas usul Dewan Ulama tersebut awal bulan lalu.

Susulan keputusan itu, kerajaan DAP Pulau Pinang menyatakan beliau menerima tanpa soal sekiranya ahli PAS dalam kerajaannya mahu meletak jawatan, tetapi mereka enggan atas alasan pelantikan dibuat parti.

Malah, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga sudah memberi kata dua kepada ahli PAS yang enggan berganjak daripada kerajaan negeri.

Sementara itu di Selangor, PAS masih lagi berada dalam pentadbirannya walaupun sudah menamatkan kerjasamanya dengan DAP di negeri tersebut.

Mahfuz berkata, langkah seterusnya kini bergantung kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang perlu mengambilkira keputusan yang dibuat Majlis Syura itu untuk menentukan hala tuju di Selangor dan Pulau Pinang.

"Jawatankuasa Kerja PAS Pusat perlu menentukan dengan bijaksana apa yang perlu dilakukan dengan ahli PAS dalam kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang," katanya.

Mahfuz juga mengulangi pendirian PAS perlu berundur daripada kerajaan negeri.

"Saya hanya memberikan pandangan ahli PAS perlu berundur daripada kerajaan.

"Terpulang kepada mereka," katanya.

Dewan Ulama PAS pada muktamar tahunan ke-61 mengusulkan parti Islam itu memutuskan hubungan dengan DAP selepas Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat kecaman hebat daripada parti sekular itu.


Pas dinasihat keluar dari kerajaan Selangor

PAS diminta menjelaskan pendirian mereka berhubung penglibatan dalam kerajaan Selangor selepas parti itu memutuskan hubungan tahaluf siyasinya dengan DAP.

Perkara itu dibangkitkan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), yang berpendapat ia perlu dilakukan bagi mengelakan penduduk negeri itu keliru.

“PAS harus jelaskan kenapa mereka masih duduk bersama dengan DAP dalam kerajaan negeri sedangkan mereka sudah memutuskan hubungan dengan DAP.

“Penjelasan ini perlu kerana kita tidak mahu rakyat terus keliru,” kata Timbalan Presidennya, Haji Aminuddin Yahaya.

Katanya, adalah lebih baik sekiranya PAS bersedia untuk meninggalkan Kerajaan Selangor jika DAP masih wujud dalam kelompok itu.

“Jika PAS boleh berbuat demikian, barulah nampak kejantanan PAS,” tegasnya yang dipetik daripada Ismaweb. Ulasnya lagi, PAS membuat keputusan yang tepat erana Isma sudah lama melihat tahaluf antara PAS dan DAP akan mendatangkan mudarat kepada Islam dan Pas sendiri.
-FMT


ULASAN GB

Perangai PAS semakin lama semakin memalukan. Atas apa juga alasan, pengekalan PAS di dalam Kerajaan Selangor adalah amat memalukan tidak bermaruah dan hipokrit.

Mereka menyatakan kononnya mereka menjaaga amanah rakyat yang mengundi PR, jika demikian maka mengapa MSU putuskan hubungan dengan DAP secara semborono? Bukankah sokongan rakyat kepada PAS di dalam pilihanraya sebelum ini adalah kerana rakyat memyokong dan mengundi kerana PR?

Keengganan dan kelengahan PAS Selangor berundur dari kerajaan negeri Selangor adalah jelas satu perlanggaran terhadap keputusan MSU.

Sepatutnya wakil-wakil rakyat PAS yang setuju memutuskan hubungan dengan DAP di seluruh negara perlu LETAK JAWATAN kerana mengkhianati amanah rakyat kerana rakyat telah mengundi berdasarkan mereka adalah komponen PR.

Malah kelmarin sewaktu kenyataan MSU dikeluarkan mengenai putus tahaluf siyasi dengan DAP GB tertanya-tanya mengapa PAS kekal bertahaluf siyasi dengan PKR sedangkan selama ini PAS sendiri menuduh punca segala masalah ialah Langkah Kajang yang dicetuskan oleh PKR?

Mengenai hudud, itu bukan masalahnya sebab DAP ialah parti bukan-Islam. Mereka berhak tolak hudud dimana dan dalam apa cara sekalipun. Kita yang bersalah jika kita yang memaksa pengenaan hukum berkenaan.

Sebenarnya PAS sudah terpengaruh dan diresapi dengan "assabiyah" UMNO. Membangkitkan sentimen membenci bangsa dan agama lain.

GB salin semula ulasan GB sebelum ini:

1) Akhirnya selesai sudah isu tahaluf siyasi dengan DAP. Keputusan MSU di atas memang ditunggu-tunggu. Dan yang pasti, keputusan itu "disambut baik" oleh UMNO yang memang mengharapkan PAS memutuskan hubungan dengan DAP.

2) Tiada nas, bukti atau dalil dikemukakan di dalam kenyataan MSU berkenaan mengenai dakwaan DAP telah "campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS". Justeru itu keputusan itu dilihat lebih kepada menjaga airmuka "beberapa ulama" yang telah membuat kenyataan-kenyataan melulu sebelum ini yang meminta tahaluf siyasi dengan DAP dibatalkan atau disemaksemula.

3) Tindakan MSU itu juga mengesahkan tindakan-tindakan DAP yang memecat ahli-ahli PAS yang berkhidmat di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang. Dan bererti PAS Pulau Pinang sudah tidak layak untuk membangkitkan isu pemecatan di mahkamah.

4) Keputusan MSU itu juga mengesahkan Pakatan Rakyat telah dikuburkan.

5) Pengekalan tahaluf siyasi bersama PKR hanyalah untuk menyelamatkan kepentingan ADUN-ADUN PAS yang menjadi exco dan menyelamatkan kedudukan 5,000 ahli PAS yang sedang berkhidmat dengan kerajaan negeri Selangor.

6) PAS juga dilihat sanggup untuk menerima kekalahan di dalam pilihanraya terutama di pantai barat dimana para pengundinya adalah multi-racial yang sebelum ini pengundi bukan-Islam telah mengundi PAS di atas dasar semangat setiakawan di dalam Pakatan Rakyat.

7) Tindakan MSU itu juga menyebabkan ahli-ahli akar umbi PAS akan terus bersemangat menyokong penubuhan parti Islam yang baharu bagi memperbaharui jalinan tahaluf siyasi bersama DAP dan PKR yang telah terjalin erat sebelum ini dan meneruskan kerja-kerja dakwah kepada rakan-rakan di dalam parti-parti yang ia bertahaluf siyasi dengannya.


33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apakah tindakan azmin dlm hal ini? kita lihat saja. adakah dia bersama dap atau pas?

adakah azmin berani pecat din ayam? atau menjadi duri dlm daging pkr dan dap?

Tanpa Nama berkata...

PRU14 PAS akan akan jadi PARTI PENGACAU,PAS tahu dia tidak menang bertanding sasuatu tempat tetapi PAS bertanding juga.PAS tidak takut rugi kerana ada yang sponsor.PAS mula jadi PARTI IBLIS.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa salahkan PAS? Kenapa tak persoal kit siang & guan eng yg sblum ni menyerang pribadi presiden pas dan mengisytihar putus hubungan dgn hj hadi menjelang pemilihan pas baru ni?
Pas bukan nak paksa kafir terima hudud. Pas nak laksana hudud d kelantan. Itu agenda ps sblum wujud pr lagi

Unknown berkata...

Salam:

Disinilah Ujian yg paling Getir pada Ahli-Ahli PAS, Pilihan di antara Aamalan ISLAM atau (Duniawi) DUIT.

Nampak gayanya, DUITlah pilihan utama.


Bila tuan Presdin memberi Takzirah tentang islam, memberi nasihat pada ahli-ahli jagalah Dasar Pas, jangan lari pada dasar islam:
Bila bertembung Amalan Islam dengan DUIT, Amalan itu sendiri mengajar ahli-ahli Pas memilih DUIT.

Berparti utk DUIT:
Takzirah utk DUIT:
islam untuk DUIT.
Nabi mengajar sahabat2nya bersusahpayah,sehingga sahabat2 tak makan beberapa hari, bulan,semata-mata kerana ALLah.Tidak menharap bantuan dari Makhluknya,semata-mata bantuan/nusrah allah.Nabi seumur hidupnya tak pernah kenyang dua hari berturut-turut.kadang-kadang rumah-rumah isterinya tak berasap.Bagaimana nak Compare yg so called ulama pewaris nabi,yg paling malang ulama2 ni yg paling deras berebut-rebut dpt harta dunia.
Atau mereka sedang tercari-cari Ayat al-quran dan hadith yg sesuai membenarkan mereka memilih duit dari amalan islam.

Wallahualam.

Malaysiabaru berkata...

Bila hakim nak haramkan pas

Haramkan al arqam boleh pulak

Mentality dan ajaran Pas dah jauh tersesat dan menyimpang

Ibn Sabil berkata...

Hello anon 1:15 PM

Memang patut pun Haji Hadi diserang sebab ponteng mesyuarat Majlis Presiden. Bukan saja Majlis presiden, parlimen pun ponteng, makan duit gaji dan elaun haram.

Kalau hudud agenda PAS sbelum PR lagi apasal masuk PR dulu dan terima Buku Jingga yang tak ada hudud? Apasal Haji hadi sendiri pernah buat statement Hudud Bukan Agenda Utama PAS?

Tanpa Nama berkata...

Kalau kira hipokrit dah lama dah PAS memang hipokrit. Bercakap berdolak-dalih. Buat keputusan U-turn. Berunding senyap-senyap. Tapi kesemua hipokrit-hipokrit ini masih dapat di selindungi dengan pertolongan media-media UMNO.

Tapi hipokrit yang ini lain. Perlukan action atau tindakan tak boleh hanya dengan menguna kan air liur.

Sekiranya PAS masih kekal dalam kerajaan Selangor dan PPinang, PAS bukan saja hipokrit tetapi maruah MSU pun tercemar bak pepatah 'biarkan anjing dan serigala menyalak, PAS tetap tidak lepas jawatan'

Bagi ahli PAS pula mereka telah di tanamkan doktrin yang sama dengan cara UMNO. Apa juga dalam kehidupan ini dan khusus nya apa jua tindakan dan perangai pemimpin tidak berangkai atau berantai dengan sesama kita atau antara ahli dengan pemimpin. Apa Najib buat itu kerja Najib dan apa Hj Hadi cakap itu Hj Hadi punya pasal lah. Jadi ahli PAS yang ada jawatan dalam kerajaan negeri boleh buat selamba je dengan hal-hal begini dan terus menjalankan kehidupan seperti biasa.

Buat apa pun sekarang ini, PAS dah berkecai.

Tanpa Nama berkata...

Begitulah mereka kerana
1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
3. dia cuba rasuah azmin dgn jawatan mb?
4. ahli pas buat solat hajat nak kekalkan kahild sbg mb walhal org tua tu sengaja tinggal solat? org yg istiqimah dlm solat mohon pd Allah swt supaya kekalkan org munafiq jd pemimpin dia?
5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran haram dan tak Islam?
10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
12. dia selalu ponteng sidang parlimen?
13. dia mencanangkan hudud Allaha swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg hadi ponteng?

dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

Tanpa Nama berkata...

Hello Lebai 1 15 PM

Berfikiran ke hadapan lah. Ini cerita pasal hipokrit jika tak letak jawatan dalam kerajaan negeri. MSU dah buat keputusan, bukan salah ke tak salah.

Apa punya cakap masih terus kekal bersama PKR macam lah PKR tak buat perkara yang sama (salah) macam DAP buat. Sebangsat-bangsat DAP bahasa orang tersebut masih lagi menguna bahasa UMNO menuduh orang lain. Tapi dengan Anwar yang ketua bagi parti PKR, kena aib dan dengan bahasa kasar. Hanya orang yang sangat benci pada seseorang yang boleh buat macam itu. Tapi boleh putus dengan DAP tapi tidak dengan PKR.

Kau tulis dulu senarai salah PKR dan apa salah DAP. Nanti kita bagi kat Lebai senarai salah laku ulamak PAS pulak ?

Tanpa Nama berkata...

Benar ke ruu yg dibawa hadi itu hudud kudus dari allah swt...??

Jika benar bagai dikata..

kenapa hadi tergesa gesa bawa ruu tu sehinggakan ketua whip mahfuz omar pun x tau isi kandungan ruu..

ajkpp pun tidak tahu menahu isi kandungan ruu yg di bawa hadi..

Knp hadi x bentang dulu ruu pada mppr sbg mghormati dasar bersama pr..

mana hadi disaat akhir dewan bersidang hjg mei lepas..kat jepun??apa ke jadah kat jepun??nk bentang ruu kt sana ke??

Mcm ni ke cara parti islam berjuang utk hudud??mcm ni ke akhlak???

Fikir la brader...

Tanpa Nama berkata...

aku tunggu parti Islam yg baharu utk pr baharu demi malaysia baharu!

Tanpa Nama berkata...

BILA OTAK OTAK ORANG SUDAH GAGAL , TAHAP TIADA NILAI EKONOMI MANA ADA KESAH HIPOKRIT KE TAK HIPOKRIT

YANG PENTING DAPAT DUIT PENUH KAN PERUT TU.

KALAU ADA MARUAH DAN ASAS PENDIDIKAN AGAMA , SUDAH LAMA PENCEN DARI MEMTEDARAH HARAM GAJI DARI CUKAI CUKAI RAKYAT.

HIDUP DENGAN JAJA JAJA AYAT AYAT AGAMA TIDAK HALAL KAN.

INI COMMON SENSE SAJA.

Tanpa Nama berkata...

bukan sahaja hipokrit tetapi buntut takda maruah.MUKA ? tak payah cakaplah ,bulan ramadhan ni,cuma pendam dalam hati je.yang paling penting aku dan keluarga tobat lahom tak bagi undi pada Pas lagi.Mneyesal sungguh bagi undi kemangan Pas di Selangor baru2 ni.puiiiiiiiiiii

Tanpa Nama berkata...

Woi anon 1.15,kau tak sedar ke yang menjadika Dap naik biul sebab hadi kau tu mulut macam bangkai.ini semua disebabkan hadi menjadikan Pas terus di tinggal oleh penikut,penyokong bodoh macam ni lah yanh hadi suka sangat.

Tanpa Nama berkata...

Klu ikut kronologi pas kena keluar pr. Kat perak mahu tanding sume kerusi pd pru 14. Sama juga di sabah. Jd maksudmya kerusi pkr pun mahu langgar. Apa erti nak bersama pr tapi mahu langgar kerusi pkr. Sblm ni pun pru13 dah langgar kerusi pkr. Belah ajelah dah nampak nk makan kawan. Aku rasa betul kata mat sabu hangpa x pandai berkawan last jadi kera sumbang.

Anti ulama su' berkata...

Memang pas dah tak ada maruah. Sudah2 la pas. Balik la ke kelantan, itu pun kalau rakyat kelantan nak terima pas lagi

Tanpa Nama berkata...

Aku rakyat kelantan..mengundi di dun kota lama parlimen kota bharu..

terus terang ckp..org kg aku rata2 da meluat dgn pas..

pru 14 kami satu kg da sepakat nk pereboh kerajaan negeri kelantan bwh mat yaakob dgn nik amar..

no more votes for pas..

DinSerati berkata...

dulu pun tak pernah sokong dan undi PAS, bukankah kau dan keluarga kau pangkah BN.
orang kelantan tahu antara nak undi ustaz mat dengan nak undi PAS. Ustaz mat akan undur diri pada bika-bila masa, tapi PAS akan dikekalkan oleh orang kelantan.
orang kelantan tahu, kalu mereka undi UMNO maknanya menarik bala dan bencana kepada mereka.
Tak masuk akal nak jemput perompak dan penyamun masuk dalam rumah kita, kerana hanya bencikan tukang masak. Kalau tak mahu tukang masak lama, kita akan tukar tukang madak baru bila-bila masa saja.

z berkata...

Aku setuju bro!!!.
Ini parti pak lebai hanya mencari keuntungan duniawi untuk puak2 lebai yang duduk ranking kepimpinan.
Berapa ribu kekosongan jawatan kalau parti pak lebai keluar dari kerajaan negeri Selangor dan cara bagaimana pula kepimpinan pak lebai nak mengurus lebai2 yang menganggor tersebut.
Sebab itu guna kematangan politik jangan guna helah politik.

Malaysiabaru berkata...

Masalahnya pas tak nak Malaysia baru

Pas mahu Malaysia lama di zaman 70 an

Cuba bayangkan menantu dan anak presideng baru umur 20an 30an

Makna budaya 'tolol' pas ni akan berterusan 30,tahun lagi sehingga ding ayamg jd President dan Anak jadi timb presideng...

Kalau nak Malaysia baru kena aada party baru!!!

Tanpa Nama berkata...

mana pegi maruah YDP Selangor da.muka tak malu ,nak kekalkan jawatan Exco macam2 alasan kau bagi,kau ni dah tak wala' ke denagan MSU.letak je jawatan exco tu,Azimin perlu hati2 dengan mamat ni ,.dia ni akan jadi tahi dalam nasi.kalau duri dalam daging kita buang duri kita makan daging tapi kalau tahi dalam nasi semua jadi busuk.inagt Azmin pada Iskandar ni sejak isu Khaldi ibrahim lagi

Unknown berkata...

Anon 1.15 PM.
Tahu kah kamu bahawa "HUDUD" sudah lama di lulus kan di DUN Kelantan. Ia nya tidak di laksanakan kerana di gertak oleh P.M ketika itu dan dia masih bernyawa. Mengapa mesti takut dengan manusia!!! Di Terengganu pun sama, "HUDUD" telah pun di luluskan.Malang nya enekman undang undang tersebut hanya terperap di dalam laci sahaja. Akhir nya kerajaan Terengganu bertukar tangan dan saya pasti ia nya akan berterusan sampai bila bila selagi peranggai para pemimpin PAS tidak kembali kepada MOTO perlembagaan nya.

Kini PAS sudah pun dengan sombong dan angkuh memutuskan perhubungan dengan DAP. Tetapi mengapa ada sesetengah ahli PAS yang memegang jawatan "ANUGRAH" kerajaan Negeri baik di Pulau Pinang atau pun Selangor masih bergaut dengan jawatan yang di anugrah kan. Apa kah itu merupakan ajaran "ISLAM"?

Buat Anon 1.15 P.M rajin rajin lah melayari internet dan buat perbandingan setiap N3 baru nanti kamu boleh mendapat jawapan mengapa ada yang mencerca Tuan Presiden dan para pemimpin yang di lantik melalui "CHAI" dan saya merupakan salah seorang dari nya.

Dengan berada nya, taukey Pil Kuda, siku dan lutut dan cakar harimau percaya lah PAS akan menjadi parti "DAGANG" saperti mana "ISLAM" yang akan menjadi "DAGANG" setelah umat nya tidak mengikut Al-Qur'an dan Al-Sunnah di dalam kehidupan mereka seharian.

Tanpa Nama berkata...

Semuanya bermula apabila Hj Hadi tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Presiden. Kemudian menukar keputusan mesyuarat dengan pendapat sendiri. Kemudian berlakunya perbalahan secara lisan antara beliau dengan Anwar dan Lim Guan Eng. Kemuncak, beliau secara terus terang menyerang Wan Azizah dalam isu MB Selangor. Mengatakan Wan Azizah tidak layak dan sebagainya. Kata-kata yang menguris hati.

Namun, tindakan tidak datang dr PKR, tapi dari DAP. DAP putuskan hubungan dgn Hadi tetapi masih kerjasama dengan PAS dan PKR. Tindakan ini seolah-olah memperkecilkan Hadi. Mungkin kerana itu Hadi marah. Kemarahan Hadi ini kemudian merebak kepada ahli-ahli Dewan Ulamak. Akhirnya, kemarahan kepada DAP ini menjalar kepada marah kepada AJK PAS Pusat dan Ketua Pemuda PAS. Pemimpin PAS terutama daripada Terengganu dan Geng Ulamak menyalahkan AJK PAS, Pusat Ketua Pemuda, Naib Presiden dan Timbalan Presiden kerana tidak mempertahankan Hj Hadi. Kemarahan ini kemudian diterjemahkan kepada usaha untuk membersihkan PAS daripada Kepimpinan Bukan Penyokong Hadi.

Sekarang yang dipilih adalah senarai 'chai' penyokong mutlak Hadi. Mereka sedia menggunakan lutut dan siku bagi mempertahankan Hadi. Mereka sanggup korbankan semua ahli PAS (termasuk pemegang jawatan di Pulau Pinang, dan Selangor). Bahkan mereka juga sanggup lupakan segala janji-janji yang dilafaz dalam memperolehi undi rakyat semasa PRU13, harapan golongan marhaen untuk melihat PR menjadi pejuang yang memperjuangkan keadilan, untung nasib rakyat yang dibebankan dengan GST,kenaikan tol dan lain-lain. Ini berbeza dengan golongan yang dibuang dalam muktamar baru-baru ini. Mereka memilih untuk tidak bersetuju sekiranya ada tindakan / percakapan Hj Hadi yang tidak betul. Mereka berhujah dengan fakta dan tidak emosi. Mereka berdiplomasi demi memastikan PR sentiasa utuh.Teguran kepada DAP dan PKR dibuat secara berhemah dan dengan prinsip tiada membawa keburukan yang lebih besar.

Namun, kerana tidak mempertahankan Hj Hadi, atau mempertahankan prinsip mereka di buang oleh perwakilan. Pemilihan dengan menggunakan senarai 'chai'. Permainan yang berlaku ini menjadikan PAS umpama parti politik sepenuhnya yang tiada ciri-ciri Jamaah Islamiah.

Pemilihan kepimpinan tidak diukur berdasarkan kepada neraca Islam tetapi gunakan senarai Chai. Kita musykil, adalah pemilihan ini menepati syariat atau tidak. Jika tidak, kemungkinan pemimpin yang terpilih tidak perlu ditaati.

Semoga Allah SWT memberikan jalan keluar kepada arah yang lebih baik dan sejahtera untuk kita semua.

Tanpa Nama berkata...

Trik ni rakyat kelantan undi parti baru...bukan pas bukan amno..reti bahaso ko dop..

stakat mat yaakob dgn nik amar tu aku anak beranok sikit habuk x heran..agah nk mapuh...

cikmatgelap berkata...

letak semua jawatan dlm kerajaan selangor dan pulau pinang,nak takut apa klu tak keje lagi pun,apa nak risau.....pimpinan pas boleh mulakan satu industri mengeluarkan air jampi dan di komersialkan seperti air mineral,tentu maju dan akan laku di pasaran tempatan dan antarabangsa....selamat maju ahli2 pas....ahli pas patut bersyukur krn mempunyai sorang alim yg muktabar yg air jampi nya sangat2 mujarab......tyak le nanti org2 pas takut mati kebulor

Tanpa Nama berkata...

Anom July 12, 2015 at 8:00 PM:



Saya setuju 100% peratus pendapat tuan, TEPAT sekali ianya berpunca dari Hj. Hadi yg selalu PONTENG Mesyuarat President PR,dia selalu ketingalan keretapi,dan selalu PONTENG Parlimen, jadi bagaimana dia nak menghadapi issue semasa parti,Pakatan Rakyat,Negara dan yg penting issue-issue Rakyat, segala keBEJATan ini dilindungi oleh MSU,DUPP, bila ditegur dan dinasihati,Hj.hadi dan pengikut2nya berangapan si penegurnya melawan dasar parti.INILAH PUNCANYA.

Tanpa Nama berkata...

Ikut logik ulama pas suci mulia, dap kena keluar daripada kerajaan Penang dan selangor untuk diambil oleh pas. Termasuk LGE kena cepat Letak jawatan KM Penang bagi ulama pas.

Tanpa Nama berkata...



Yang untung ialah DAP. DAP dalam diam-diam mungkin suka PAS tidak letak jawatan walaupun pada prinsipnya setelah putus hubungan dengan DAP, PAS perlu letak jawatan. DAP akan hanya memberi tekanan sekadar nak memberitahu orang ramai yang parti PAS tidak ada maruah.

Mahfuz sendiri kata PAS dilihat hipokrit. Kalau yang rosak PAS sahaja tak apa lah jugak tapi nama Islam sekali yang rosak .

Jangan pulak salah kan DAP bila sampai masanya PAS pulak di cela dan di hina.

Kepada Allah kita kembalikan.

Nostalgia abkk berkata...

Kerja tak nak buat nak ponteg aje....gaji tiap2 bulan tak miss.Hukum Islam mana yang di guna pakai ni.

lagu tu laa berkata...

pas perak lagi power oo,depa akan bertanding semua kerusi,sebab paskan kuat.biar kalah asalkan mendapat redho ALLAH swt.lepas ni kera jaan kelantan akan laksanakan undang2 hudud tanpa halangan dari dap lagi.mesti kera jaan pusat akan sokong 110% punya.su yang baru jadi mangsa kena 'spin' apa haji hadi ucapkan tu.mesti cikgu pa tengah ketawa berdekah2.

Tanpa Nama berkata...

Dari ulasan2 diatas aku dapati teruk betul perangai puak2 lebai dlm pas ni..hancur...aku ingatkan semuanya zuhud2 belaka...buang je lah guna perkataan islam dari parti
..baik umno lagi lah kalau mcm tu..

Abdul Said berkata...

Kalaulah macam itu tingkah laku pemimpin-pemimpin PAS semasa janganlah dilayan terus. Halatuju dah diketahui umum. Ibaratkan PAS seperti orang jual aiskrim bermotorsikal lalu didepan kita. Kita buat tak tau saja. Biarlah dia dengan halnya sendiri. Biarla encik-encik. tuan-tuan dan guru-guru ugama berkumpul sesama mereka sendiri. Jangan kita ganggu. Mana-mana yang ada kemahiran-kemahiran berorganisasi, kepimpinan, menganalisa pelbagai sektor, undang-undang pentadbiran atau perlembagaan dan pelbagai ilmu terkini TETAPI tiada kelulusan bidang ugama Islam eloklah mengundur diri. Tuan-tuan tidak dikehendaki menjadi pemimpin walau pun diperingkat pertengahan. Kalau anda dipilih juga bukanlah kerana tuan ada ijazah kejuruteraan atau multimedia TETAPI anda dipilih kerana anda adalah jutawan dan tidak lokek berbelanja untuk PAS Itu saja!!Kita tidak kisah sama ada parti baru lambat atau cepat ditubuh yang pasti UMNO dan PAS adalah dua buah parti yang perlu dihindari kecuali dengan izin Allah s.w.t. UMNO bertukar corak menjadi parti Islam dengan hilangnya beberapa perasuah dan PAS balik kezaman Almarhum Ustaz Fadil Noor dengan beberapa lebai mercun mengundurkan diri dan balik ke masjid-masjid atau pondok-pondok masing-masing. Semuanya adalah dalam ilmu Allah s.w.t. Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Brother kalau haji hadi pendek ilmu yg kit siang boleh bercakap begini kalau ilmu dia tinggi sudah tentu tak usah kan kit siang awan boleh melindungi beliau