12 Jul 2015

PAS Gagal istiqamah, "GAHARU" Teruskan Perjuangan Islam Yang Syumul

Matlamat parti Islam baharu lebih besar daripada hudud, kata Mujahid

Parti politik baharu yang sedang dipertimbangkan untuk ditubuhkan sekumpulan pemimpin progresif PAS yang "disingkirkan" akan membuat pendirian Islam lebih besar daripada sekadar kanun keseksaan Islam atau hudud.

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Islam mengajar umatnya mengekalkan keamanan, dan bukannya memaksa pelaksanaan undang-undang.

"Inilah sebabnya bekas Muryidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menangguhkan hudud. Beliau faham sangat. Beliau tahu isunya belum selesai.

"Apakah hudud segala-galanya? Ia hanya undang-undang jenayah,"
katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual di pejabatnya di Parit Buntar.

Ketika ditanya mengenai pendirian parti baharu itu mengenai hudud, beliau berkata, terdapat perkara lebih besar dalam Islam selain hudud, seperti mewujudkan kehidupan lebih baik dan selesa untuk rakyat.

"Untuk melakukannya bukan dengan memperkenalkan undang-undang jenayah Islam untuk membendung jenayah. Anda berjuang umpamanya untuk gaji minimum dan mengurangkan kadar jenayah.

"Semua itu perlu dijadikan sebahagian daripada agenda. Itu pendirian kami apabila berbicara mengenai hudud... sebab itu mereka anggap saya sebagai anti-hudud,"
katanya.

Mujahid, yang juga salah seorang pemimpin PAS paling dikenali dan terlibat dalam usaha antara agama yang menggalakkan perpaduan serta keharmonian antara orang Islam dan bukan Islam berkata, isu hudud perlu dilihat dalam kerangka undang-undang negara.

"Anda perlu mengimbangi antara rangka kerja perundangan dan hudud sebagai keperluan dalam kanun jenayah syariah. Untuk melaksanakan hudud, anda mesti lihat rangka kerja undang-undang. Untuk berbuat demikian anda perlu melalui proses demokratik.

"Bercakap mengenai proses, anda perlu tahu apa kuasa dan bidang kuasa yang ada. Negeri mempunyai kuasa tetapi ia terhad kepada Akta Mahkamah Syariah, yang menyatakan hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah negeri ialah penjara 3 tahun, denda RM5,000 dan 6 kali sebatan," katanya.

"Melihat kepada perkara ini, kita perlu berlaku sangat praktikal dalam mengendalikannya. Kita perlu melalui proses demokrasi dan menerima keputusannya, sama ada ia (hudud) boleh dilaksanakan atau tidak.

"Bagi 'Gerakan Harapan Baharu', kami melihat hudud dalam konteks itu. Bukan hanya retorik, perkara yang emosi atau sensasi," kata ahli Parlimen Parit Buntar itu.

Dalam rang undang-undang hudud untuk meminda Enakmen Jenayah Syariah Kelantan II, antara hukuman yang dinyatakan adalah pemotongan anggota badan dan merejam sampai mati.

Bagaimanapun, baru-baru ini dilaporkan rang undang-undang persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Dewan Rakyat untuk meminda Akta Mahkamah Syariah tidak termasuk semua hukuman itu.

Isu hudud adalah punca yang membawa kepada keruntuhan Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP.

Pada Mac, kerajaan PAS di Kelantan membentang dan meluluskan rang undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri dan menimbulkan kemarahan DAP yang sentiasa menentang pelaksanaan hudud.

Selepas saling mengkritik, PAS ketika muktamar tahunannya “menyingkirkan” pemimpin progresif yang mesra PR, menggantikannya dengan kumpulan konservatif, sebelum memutuskan hubungan dengan DAP, yang seterusnya mengisytiharkan gabungan PR terkubur.

Ketika kumpulan progresif menuju ke arah cita-cita parti baharu mereka, Mujahid berkata perlembagaan parti baharu ini dengan jelas akan menentukan asas dan dasar Islamnya.

Mereka juga akan menghormati Perlembagaan Persekutuan, identiti kaum dan pelbagai budaya serta kepentingan bersama rakyat.

Beliau berkata, walaupun parti itu akan menggunakan Islam sebagai panduan ke arah pembangunan negara, ia akan menjadi lebih inklusif, seperti ditetapkan Islam. "Kami mahu menunjukkan Islam yang berbeza daripada PAS. Isunya sekarang ialah orang melihat PAS dan berasa parti itu tidak lagi mempromosikan aspirasi Islam,"
katanya. –TMI


Hadi: Hudud hanya dilaksana jika cukup syarat


HULU TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Menurutnya, hudud akan dilaksanakan terlebih dahulu kepada umat Islam sementara bukan Islam diberi pilihan (untuk menerimanya atau tidak).

"Bagaimanapun, ia mesti dilaksanakan mengikut proses demokrasi. Kita dahulukan yang mana dahulu, kita selesaikan masalah, atasi kemiskinan dahulu.

"Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan, hukum mencuri tidak boleh dijatuhkan sekiranya gaji minimum tidak dilaksanakan.

"Sebagai contoh, gaji minimum kena ada, kalau dia mencuri sebab gaji tak cukup, ia (hudud) tak boleh dilaksanakan sebab tak cukup syarat nak laksana hukum ini, itu kena faham.

"Masalah pengangguran diselesaikan dulu baru (hudud) dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan ceramah Pra-Bubar Parlimen di Kuala Berang, di sini, semalam.
- Bernama


ULASAN GB

Amat jelas sekali bahawa PAS tidak istiqamah. Dahulu Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa Hudud Bukan Agenda Utama. Tetapi kini PAS memperjuangkan hudud seolah-olah perjuangan Islam itu hanya hudud semata-mata sehingga sanggup memutuskan tahaluf siyasi bersama DAP.

Gerakan Harapan Baharu (GAHARU), akan meneruskan perjuangan Islam yang syumul. Bukan bererti GAHARU menolak hudud, tetapi berpegang kepada prinsip bahawa "Islam itu lebih besar daripada sekadar kanun keseksaan Islam atau hudud.".

Hal ini bertepatan dengan "fatwa" Ketua Ulama Sedunia, Sheikh Yusuf al-Qaradhawi, yang menyatkan 'sebelum Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Baginda terlebih dahulu menegakkan Islam secara keseluruhannya, yakni menegakkan kehidupan Islam’.

Jelas tersurat, fakta ini bermakna, perlaksanaan hukum hudud adalah peringkat atau ‘projek’ terakhir dalam agenda perlaksanaan Islam.

Dalam ungkapan yang lebih jelas-seperti yang dinyatakan Qaradhawi- “dasar [berkenaan perlaksanaan hudud ialah] tidak dilaksanakan [hukum] hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan-seperti yang telah saya katakan-ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai [murni], kita bangunkan masyarakat Islam, dalam keadaan ini, kita laksanakan [hukum] hudud”.


Kenyataan Qaradhawi ini secara tidak langsung menidakkan pandangan yang melihat 'perlaksanaan hudud' sebagai 'agenda teratas' dalam sesebuah negara Islam.

Sila rujuk: [VIDEO] Al-Qardhawi: Tegakkan Kehidupan Islam Dahulu, Bukan Hudud

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

GAHARU BOLEH MAJU DAN BER KEMBANG LUAS DI KAWASAN MELAYU DAN BUKAN MELAYU SELAGI IANYA FOKUS TUK PEMBANGUNAN NEGARA DAN RAKYAT , SERTA BER FIKIR SENANTIASA TANPA EMOSI

Gaharu perlu Cipta Nilai Ekonomi nya sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Biasa la cakap berbelit. Temberang pak lebai kampung yang tak reti boleh la. Masaalahnya pak lebai kampung pun lagi cerdik pada haji hadi. Harun jin macam menikus aje. Menunggu peluang mengampu najib. Aku dah tak percaya dengan pas. Hati aku sangat luka. Selamat tinggal pas.

Tanpa Nama berkata...

semoga parti islam baru ini tidak melupakan ekonomi umat islam. bayangkan merdeka sudah berpuluh tahun, isu sembelih ayam masih tak selesai. umat islam hanya menjadi masyarakat pengguna.

Unknown berkata...

Salam semua:

Teruskan pantang kita berundur, memang di perengkat permulaan,banyak dugaannya.

Berita baik untuk memanangi pilihanraya PR14, Dimana calon parti Baru bertanding,kita perlukan minima 30% pengundi melayu menyokong kita.Dgr cerita PAS nak bertanding semua kawasan, Kita kena pro-active dan one-step ahead, pastikan kawasan yg kita bertanding memepunyai pengundi2 melayu >30%.walaupun pertandingan 3 penjuru.umno/pas/parti baru.Insyallah gerakkan kita akan lakukan di tempat2 target kita.


Saya berdoa agar pemimpin-pemimpin GUHARU kita sekata,dapat mengujudkan jawatankuasa secepat mungkin.parti lambat sedikit taapa,asal selamat,tapi gerak-kerja kena lakukan sekarang.Daripada keadaan Negara yg tak berapa menentu ini,dijangkakan Najib akan bubar parlimen lebih awal pda sepatutnya 2018,mungkin 2017.

GUHARU RAKYAT UTK MALAYSIA

WASSALAM.

Tanpa Nama berkata...

Nabi di Mekah tegakkan hudud dulu ka atau akidah dan akhlak. Tapi kita suka nak buat yang payah dulu atas nama akidah konon. Kemudian cakap berbelit belit menuduh orang tolak hudud. Oi pak lebai pas, bukan orang tolak hudud, orang nak tolak umno dulu yang dulu hampa dok kata macam macam. Fadil Nor dah plan elok dah Nik aziz dah himpit karpal singh cantik punya, bukan hampa nak cantikkan lagi tapi hampa pi pelingkup. Hai malang....malang. Pak lebai yang cerdik lari habis habis dah. Tinggal lebai malang yang berjuang bukan untuk kemenangan. Baca Quran bab hudud saja kot. Inilah akibatnya kalau ularrmak cai muda yang masih berhingus nak berlagak pandai. Labu labu. Kau hentam sajalah labu. Orang kampung pun dah semakin tahu yang kamu sedang merosakkan parti kamu dan saangat sukarrr untuk di perrrbeetulkan. .....setelah 40 tahun kini aku dan kawan kawan nak ucapkan seelamaat tinggal laaabuuu.

Abdul Said berkata...

Tak kisahlah sama ada parti baru cepat atau lambat ditubuh. Halatujunya sudah semakin jelas dan sudah tentu ramai yang menyokong. Walau apa-apa pun yang sudah pasti ramai dan bertambah ramai yang tidak akan mengundi UMNO dan PAS!!

Tanpa Nama berkata...

Islam d Malaysia dh berabad lamanya.. bknnya melayu tu mualaf lg. Wajib org islam tegakkan hudud spt mana ia pernah d jalankan pd zaman rasulullah n kerajaan islam melaka. Sudah d katakan hudud utk org islam sahaja. Org bkn islam x perlu. tp kenapa ada pemimpin melayu islam sentap plak?? Sbb blaku ketirisan, rasuah, zina, maksiat, monopoli ekonomi dll boleh d perbaiki dgn mnjalankan syariat Allah. Bila tegaknya hukum Allah, maka peratusan kadar jenayah, rasuah, masalah ekonomi akn menurun.....

Tanpa Nama berkata...

Apa nak susah susah. Kan haron jin ada.Dia kan ularmak tersohor. Dia jampi saja selesai. Nanti berduyun duyun orang masuk pas. Mana kita tau kot kot dia mimpi nabi bagitau macam dia buat sekarang. Orang lain pun mimpi nabi juga tak adalah kecoh macam dia. Maklumlah ularmak tersohor. Jangan pertikaikan dia mimpi nabi....nanti rosak akidah. Kata pak lebai pas yang mengaji tak habis. Jangan lari dari perjuangan bersama pas kerana orang lain tak reti perjuangan islam. Hampa walak la walaupun akhirnya balak. Hampa tunggu la, aku nak lari. Lari dari yang konservatif kepada yang progressif demi Allah dan Rasul. Allahuakbar.

Aznan berkata...

Macam mana nak tegakkan hudud jika pas yg mengaku perjuangkan hudud membiarkan fitnah bermaharajalela dlm pas, tak mahu membela atau dibicarakan segala tuduhan, tak mahu menggunakan dialog utk menyelesaikan salah faham, adakah hudud ditegakkan tanpa perlu keadilan, adakah kita lupa nabi marah hudud hanya ditegakkan utk orang tertentu dan membebaskan orang bangsawan? Kalau begitu bentuk hudud yg diperjuangkan pas, sudah tentu nabi akan melaknat bentuk hudud seperti INI

Unknown berkata...

nak minta kompomkan ni.... GAHARU atau HARAPAN....lebih selesa HARAPAN sebenarnya....

Tanpa Nama berkata...

Pagi ini, taskirah TITM sangat menyentuh hati. Beliau bercerita masalah fitnah akhir zaman. He is a good man unfortunately, TITM seolah-olah memeberi jawapan kepada masalahahnya sendiri. Read between the line, saya fikir dia memberi jawapan kepada dirinya dan kumpulannya sendiri, < kumpulan menyebar fitnah ketika pemilhan muktamar tempuh hari dengan cara memfitnah lawan dan memenangi barisan CAI> Semoga beliau sedar yang gerakannya itu yang memecah-belahkan jemaah. I'm not trying to slander but it just cross my mind.

Last but not least, ada sorang ustaz CAI nak sambung belajar bersama anak-isterinya tapi minta sumbangan orang ramai. Yang sya musykil, pakaian anak2 nya cantik dan hebat. Mana korban jihadnya? Morally, it is unethical when you asked people to sponsor you when you doesn't look poor. Bila dikata ustaz sampul, marah. In the nutshell, you are perceived to use religious ground for you owned benefit and not to ummah as you preached. Another thought, not trying to slander but it just cross my mind. Maaf kalau pendapat ini menganggu. Agreed to disagreed.

Ardena berkata...

"GAHARU" -- ini panggilan sementara kot. Tolong jangan guna nama ni. Hodoh sangat, nanti puak2 yang nak perli senang. Depa kita inilah parti dok bakar gaharu DAP. Cari nama Melayu berbunyi Islamic atau nama Islamic yang Melayu faham. Contoh: WADAH. Ini paling sedap tetapi difahamkan ai digunakan oleh rakan senior dalam ABIM. Another acronym please.

Tanpa Nama berkata...




Bagi anon - 06 56 AM - Malaysia telah Islam berabad lamanya tetapi setiap khutbah jumaat dan dalam ceramah mengeluh dan terpekik mengatakan akidah orang Islam kita semakin lemah dan teruk. Macamana dah Islam berabad lamanya, tetapi dari berpakaian yang sopan dan malu-malu, anak-anak gadis berpakaian terdedah. Bagaimana anak-anak gadis tanpa segan silu naik motor bersama dengan kawan lelakinya dan sanggup bergaduh berebut se orang jantan. Dan si lelaki pula mengabaikan tanggung-jawab sebagai suami dan solat pun tidak. Pernah satu kajian menunjukkan peratus anak-anak remaja yang tidak mengerja kan solat begitu menakutkan. Dan ini lah generasi yang akan mengundi pada PRU yang akan datang.

Pemimpin sebelum ini memperjuangkan kemerdekaan tanpa hudud tanpa rasuah tanpa kroni dan mereka terus membela nasib rakyat. Bila negara dah kaya-raya dan melayu dah selesa duduk bandar pemimpin-pemimpin yang berkuasa berebut-rebut kan kuasa dan bermula lah rasuah dan demi kuasa sanggup buat fitnah bermula dengan pembunuhan yang melibatkan Mona Affendy.

Islam telah berabad di Malaysia, nak bezakan dengan zaman Nabi, mampukah kita bertahan dengan siksaan yang menimpa keatas para sahabat termasuk bilal yang di letakkan batu ke atas nya di tengah panas terik matahari? Kita tidak di uji sampai begitu sekali tetapi kita hanya baru di uji oleh Allah dengan dunia yang tak seberapa pun.

Apa jadi dengan akidah kita sekarang? Bila orang yang sama menderma adalah orang yang banyak merembat duit rakyat dan bercakap tak serupa bikin. Bila orang yang sama bercakap tentang hukum adalah orang yang di persoalkan kewarasan nya.

Umat Islam terkeliru. Demi politik, pemimpin berkuasa menghalalkan yang haram dan kemudian boleh pergi kerja kan umrah serta mengusap kepala anak yatim. Pemimpin yang sama mempunyai harta yang luar-biasa boleh dengan selamba mengacau bubur lambuk. Kita boleh kata tak ada bukti tapi kalau akidah kita kuat, percaya lah kita akan kata banyak yang tak betulnya.

Kita mendapat kejutan budaya apabila ramai anak-anak muda berhijrah ke bandar untuk berkerja di kilang seperti Motorolla. Satu kertas kerja telah di bentang oleh seorang wanita yang bergelar doktor ketika itu mencadangkan di adakan satu program penyesuaian diri dengan budaya baru tetapi di tolak begitu sahaja. Ini lah akibatnya masalah sosial dikalangan anak-anak melayu kampung yang datang ke bandar. Untung nya ialah anak gadis terus dinikahi apabila tahu mereka terlanjur.

PAS telah berjaya masuk ke bandar-bandar disebabkan undi orang cina dan peluang untuk PAS memperbaiki keadaan dan mendekati orang-orang ini di sia-siakan oleh mereka yang bergelar ulamak !!

Jadi nak ikut Nabi saw kena ikut betul-betul sebab Nabi tanamkan akidah dahulu bukan hudud dulu. Bila akidah kuat terutama kepada pemimpin nya jangan kan nak ambil rasuah nak sebut rasuah pun jijik. Bukan hudud semata-mata yang menurunkan kadar jenayah, rasuah dan ekonomi tetapi akidah (bagi kita umat Islam). Kerana tanpa menekan akidah pun Singapore tak seteruk Malaysia dalam hal rasuah dan ketirisan. Malu lah.

Boleh jika nak buat juga hudud dulu tetapi tidak menjaminkan akidah kita kuat.


Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Anon tak salah anak-anak isteri dia berpakaian cantik yang salah dia minta sumbangan.

Yang betulnya dia kena kata dia nak belajar dengan anak-isterinya dan berkongsi pahala. Jadi dia memberi peluang kepada yang lain untuk memberi wang ringgit untuk mendapatkan pahala dari Ilmu yang dia dapat sebagai jariah. Tapi jarang yang betul-betul berniat begitu sebab siapa lagi nak percaya ustad 100 % +GST ? Tak ada GST boleh lah, orang tak berkira sangat.

Tujuan nya pula ialah supaya dia sentiasa merendahkan diri kerana perbelanjaan dia kesana di kongsi bersama dengan orang lain.

Kepada Allah kita kembalikan.