4 Jul 2015

Najib Di Ambang Kejatuhan, WSJ Pertahankan Laporannya

WSJ: Kami amat berhati-hati, percaya

Wall Street Journal (WSJ) hari ini mempertahankan laporan siasatannya berhubung dakwaan penyelewengan dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malah agensi berita itu juga berkata, artikel berkenaan dibuat berdasarkan siasatan oleh pegawai kerajaan dan laporan tersebut telah dilihat oleh Najib.

Dalam laporannya semalam WSJ mendedahkan bahawa hampir AS$700 juta dana dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah didepositkan ke dalam akaun bank perseorangan atas nama "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak" melalui proksi.

"Ia adalah satu siasatan yang serius. Dokumen yang kami lihat telah diberi juga kepada Peguam Negara Malaysia dan pihak lain di dalam kerajaan.

"Mereka sudah melihatnya dan ia juga telah dilihat oleh perdana menteri," kata Ketua Biro WSJ Hong Kong, Ken Brown dalam wawancara bersama CNBC.

Selain itu, Najib melalui setiausaha politiknya semalam telah mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ.

Sehubungan itu, Brown berkata WSJ tetap mempertahankan laporan mereka.

"Kami amat berhati-hati dan kami percaya siasatan dan dokumen yang kami perolehi adalah benar dan datang dari siasatan yang boleh dipercayai dan bukan siasatan politik.

"Ia adalah satu berita yang penting dan kami mengambil perkara ini dengan serius. -mk

"Setiap kali anda melihat pemimpin negara yang telah [...] sekurang-kurangnya bukti itu menunjukkan aliran wang ke akaun peribadi beliau dan ia melibatkan urusan kerajaan, ia sangat dramatik," katanya lagi.


Berapa banyak cukai Najib, 1MDB, Jho Low bayar, soal Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan sekiranya Lembaga Hasil Dalam Negeri menyiasat cukai yang dibayar individu berprofil tinggi tertentu, termasuk perdana menteri, eksekutif di 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan ahli perniagaan Low Taek Jho.

Dalam posting terbaru di blog popularnya chedet.cc, bekas perdana menteri itu berkata, kebelakangan ini, wujud elemen selektiviti dalam tumpuan "orang lembaga cukai."

Katanya, manakala eksekutif dalam syarikat pelaburan strategik negara 1MDB dibayar gaji yang tinggi, Datuk Seri Najib Razak tidak dibayar apa-apa sebagai penasihat kepada 1MDB.

Tetapi menegaskan, kerajaan membayar elaun, termasuk bagi bil utiliti dan pengangkutan, kepada perdana menteri.

Beliau berkata dengan cara ini, semua gaji perdana menteri, walaupun lebih rendah daripada eksekutif perniagaan, boleh jadi disimpan dan dibelanjakan.

"Tetapi, gaya hidup mewah mesti besar belanjanya. Ia tentunya lebih daripada apa yang saya simpan selepas 29 tahun dalam kerajaan.

"Memanglah, ia rahsia. Tetapi saya ingin bertanya, adakah orang lembaga cukai menyiasat sumber wang dan cukai yang dibayar?" soalnya.

Beliau berkata, setiap orang yang perlu disiasat mesti disiasat dan menurutnya, di Malaysia, Raja-Raja pun tertakluk kepada undang-undang tertentu.

"Kita mesti sama rata di sisi undang-undang dan kita perlu dilihat sama rata. Setiap orang yang perlu disiasat oleh agensi kerajaan perlu disiasat.

"Tidak boleh ada diskriminasi," katanya.

Dr Mahathir berkata, Low juga membeli rumah pangsa mewah di New York dan Hollywood, dan mempersoalkan dari mana beliau dapat wang beratus juta untuk membeli hartanah itu.

"Adakah dia membayar cukainya?

"Dia juga membeli sebuah bank pada harga AS$260 juta. Dari mana dia dapat wang itu? Adakah ia dipinjam? Adakah dia jual bank itu dan bayar cukai atas keuntungan yang diperolehi?" soalnya.

Posting Dr Mahathir dibuat beberapa jam selepas timbul dakwaan oleh akhbar perniagaan Wall Street Journal (WSJ) yang berbilion ringgit disalurkan ke akaun peribadi Najib.

Perkara sama turut dilaporkan Sarawak Report, yang dikatakan dapatan dari siasatan ke atas 1MDB yang dijalankan kerajaan.

Dr Mahathir juga mempersoalkan perbelanjaan anak tiri Najib, Riza Aziz yang dilaporkan membelanjakan ratusan juta dolar membeli kediaman mewah di London, New York dan Hollywood.

Katanya, Riza juga membelanjakan berjuta-juta membiayai filem Hollywood "The Wolf of Wall Street".

Dr Mahathir berkata, apabila Jabatan Perdana Menteri berkata kekayaan Najib itu diwarisi dari keluarganya, ia dibantah adik-adik Najib.

Katanya, Tun Abdul Razak bukan seorang yang kaya dan tidak meninggalkan ratusan juta ringgit untuk keluarganya.

"Jadi, dari mana datangnya wang itu?" soal Dr Mahathir.

Katanya, ia kemudian didakwa diperolehi dari perniagaan.

"Jika dia buat begitu banyak duit dari perniagaan, tentu dia bayar cukai pendapatan. Adakah orang lembaga cukai datang menyiasatnya berhubung keuntungan perniagaannya?

"Berapa banyak cukai dia bayar? Memanglah ia rahsia. Tetapi saya harap ia bukan hendak melindungi sesuatu," tulis Dr Mahathir.

1MDB kini menjadi subjek inkuiri beberapa pihak berkuasa, termasuk Ketua Audit Negara, Bank Negara, polis dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Najib yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB, dikritik teruk beberapa bulan kebelakangan ini kerana beberapa isu, termasuk 1MDB yang mengumpulkan hutang RM42 bilion selepas hanya enam tahun beroperasi.
-TMI


ULASAN GB

Sesiapa pun tidak mampu melawan hukum kebenaran dan keadilan.

Kamu mungkin mempunyai kuasa terhebat di dalam negara. Sepertimana Firaun yang mempunyai kuasa terhebat di zamannya. "Ana Rabbukumul a'la" katanya... akulah Tuhan Yang Paling Tinggi (An-Naziat:24) ...

Tetapi hukum kebenaran dan keadilan berjalan di mana Allah menghantar Musa a.s. bersama saudaranya Harun untuk memberitahu bahawa kamu Firaun telah melampaui batas... "izhabaa ilaa Firauna innahuu thaghaa (TaHa:43)

Kemudian Allah swt menyatakan: "Wa aghraqnaa aala firaun wakullun kaanuu zaliimiin..." Kami tenggelamkan Firaun serta pengikut-pengikutnya (di laut), kerana kesemuanya adalah orang-orang yang zalim" (Al-Anfaal:54)

Terbanyak skandal sudah pun terdedah, lepas satu satu sehingga rakyat sengsara dan menderita. Sekarang tidak mungkin lagi Najib mampu untuk mempertahan diri. Atau jika mampu sekalipun, hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan mendedahkan lebih terang dan jelas siapa Najib sebenarnya... mana Najib mahu lari?

Selagi Najib cuba pertahankan dirinya (seperti kisah Firaun yang tercatat di dalam Al-Quran itu) maka lebih cepat beliau akan dimusnahkan.

p/s tapi ada orang kata .... dia kata UMNO (maksudnya Najib) tak seburuk Firaun...

29 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TANGKAP NAJIB.....!

Satu penghinaan buat Rakyat

Tankap Najib

Pengkhianat Negara

Tangkap Najib...!

Bapa Bala Alaf ini...!

Bapa Rasuah Alaf ini

Bapa Pemusnah Rakyat dan Negara



Tanpa Nama berkata...

Adakah ulama pas akan cakap>> jangan percaya laporan kafir ???????????????

Tanpa Nama berkata...

Kita tidak siapa yang lena tidur dan dapat membuat iabdah dengan tenang,yang ada meringkok di penjara atau yang sedang memerintah negara,bagaiman pula dengan ulamak,yangmana bolih membezakan ada kezalaiman atau keadilan,dimana suara ulamak? tunggu balasan alalh di dunia sahaja .Mengapa sekumpulan ulamak dihina ,dicaci,dimakihamun sekarang ini,bukan shaja dari bangsa kafir tetapi dari pengikut sendiri.apakan ini musibah yang diturunkan allah,jawablah wahai ulamak.

Tanpa Nama berkata...

Pahlawan bugis tumbang?

Ambik ko najib siksa anwar sehinga mati dlm penjara

Tanpa Nama berkata...

Najib PM......Penjahanam Malaysia

Tanpa Nama berkata...

Sebut Najib (Umno) dan Firaun tu... ada pihak yang terasa sebab ada ungkapan yang "Umno tak seburuk Firaun"... Rupanya kedua-dua mereka tu serupa... cuma yang mengungkapkan perkataan tu yang terlebih telan pil kuda...Siapa yang termakan cili dia yang terasa pedas!

Unknown berkata...

Tun M pun sama, apa no fail cukai pendapatan engkau? Tak bayar cukai ke? Kong kali kong....

Tanpa Nama berkata...

amboi banyaknya duit!

barulah paham kenapa Hj Hadi boleh jadi brokar, barua, tolol, jebon, serigala
dan jadi anjing pun xper sebab tuan ada 2,615,810,000.00

Kalau rampasan kuasa Selangor berjaya,
tolak 100 juta untuk anjing berkuasa veto
pun ada lagi baki 2,515,810,000.00 dalam kocek

Tanpa Nama berkata...

rakyat di kejar sampai ke lubang cacing. belum dapat lagi pendapatan tapi dah kena potong mengikut jadual. Mereka yang jadi ketua berlagak bila dengan orang biasa, Bertegas dan patuh pada peraturan, pandai cakap semua rakyat bertanggung jawab bayar cukai.

Peguam Negara dan pihak lain dalam kerajaan pantas siasat bila Anwar di tuduh mempunyai simpanan RM100 juta.

Habis rabak maruah dan integriti mereka yang diberi kuasa untuk menjalankan tugas dengan amanah. Lepas tu nak jadi ketam mengajar anak berjalan.

Bagus lah Najib akan mengambil tindakan undang-undang. Kita tenguk sejauh mana kehebatan peguam Shafie Abdullah yang pakar dalam serba-serbi termasuk zakat.

Tak guna lah solat tak tinggal tapi tidak amanah dan bersubahat dengan penipuan.

Najib, jangan pulak tak bayar cukai sampai zakat fitrah pun tak nak bayar.

Tanpa Nama berkata...

BEKU KAN SEMUA HARTA NAJIB DAN ROSMAH !!

JIKA BETUL PEGUAM NEGARA TELAH MELIHAT DOKUMEN YANG SAMA TAPI TAKUT AMBIL TINDAKAN SILA LETAK JAWATAN.

Kita baru tenguk rancangan History mengenai Special Force yang mengisahkan anak-anak muda yang di uji tahap maksima untuk menjadi komando elit. Menitis airmata geram bila mereka cakap untuk mempertahankan negara dan sanggup mati dari pecah rahsia mereka. Tapi pemimpin kita senang-senang hidup mewah dengan duit rakyat.

Apa tanggung-jawab kamu wahai pemimpin-pemimpin UMNO dan BN ??

Tanpa Nama berkata...

HAHAHA !! jangan buat lawak lah.

Ulamak tak tahu pun apa benda Wall Street, dia orang ingat sama macam Saseme Street.

Tapi yang AS$700 juta tu gerenti lah dia orang tahu. Pinjam lah kenyataan Abduh yang mengatakan kuasa asing cuba memburukkan Ulamak.

Pada rakyat Najib bagitahu pelarian Rohingya cium tanah bila sampai bumi Malaysia.Dalam pada tu 700 juta masuk dalam akaun sendiri. Tak ada salah dengan bumi Malaysia dan rakyat Malaysia.Yang salah Najib yang Perdana Menteri nya.

Unknown berkata...

Bila ditanya kenapa sekolah yg sebegitu teruk rosaknya tidak di perbaiki? Jawabnya TIADA bajet!! Bila ditanya pada Jabatan Laut kenapa muara sungai Mersing tidak didalamkan agar mudah nelayan keluar kelaut? Jawapan TIADA bajet!!! BaJET dan jadi JET. Terbang entah kemana2. Kesian pada rakyat negaraku. Yang sakit kena minta derma. Semoga cepatlah tumbang BN. Kita bina kemerdekaan baru!

Tanpa Nama berkata...

tangkap hadi kerana kata
umno (maksudnya najib)
tidak seteruk firaun, dan
campakkan dia ke laut merah.
kah... kah... kah...

zamani berkata...

kalau tanya hadi jawapan nya tetap sama umnu tidak sejahat firaun.ulamak sesat lagi menyesatkan.

Unknown berkata...

pahlawan darah kobis !

Tanpa Nama berkata...

najib tidak seteruk firaun

mungkin level najib hamman saja kot

firaun atau hamman dua2 nk kena tenggelam dlm laut

kalau aku mcm najib aku marah kt hadi dok kata tk seteruk firaun
maknanya bawah sikit dr firaun la .... firaun kecil hahahahhaa

dulu hassan ali dok gelar progresif dlm PAS (terutama khalid samad sebb dendam hassan ali) sebagai firaun kecil

sekarang hadi disedari mengelar najib firaun kecil

antara sifat firaun ialah menyeru mempertuhankan dia. sapa tk mengaku dia tuhan org itu tak wala'

eeehh mcm samala pulak firaun dgn presideng laa

dok gitu tuang presideng?

Tanpa Nama berkata...

Hahahahahaha.... Ini le makhluk yg mursyidul am PAS kata berkebolehan dan HH pula nak bawa masuk bilik tidur PAS. Hairan sungguh aku dgn manusia2 yg tinggi ilmu agamanya tapi memilih utk menganiaya rakan2 sendiri. Musuh yg nyata pula dibela. Pada aku perkataan yg sesuai utk pemimpin PAS yg berniat nak berbaik dgn UMNO yg bukan sedikit merosakkan negara hanya satu sahaja - BENGONG.

Tanpa Nama berkata...

Aku ni tk la sokong najib sgt
tapi. . Amik duit masuk akaun peribadi?
Karut gilos.. Transaction 7 ringgit pun menjawab tk habis . Masa aku keja bank dulu

Tanpa Nama berkata...

WALL STREET JOURNAL ini Akhbar Dunia

Nama Baik dan Kredibility WSJ amat penting

WSJ bukan baru lagi dan cari makan Global

Kalau keluar WSJ bukan main main

Mat Mongol mana ada Kredibility dan Penipu Tegar pulak tu....

Kalau WSJ kata ada USD 700 MILION maka ada lah duit tu dalam akaun Najib Razak

WSJ bukan orang orang BODOH

Kalau takat Mat Mongol tahap Otak Kerani saja kot di pejabat WSJ NEW YORK

Mana ada sama Orang Orang Bahalol dengan Orang Orang Bijak Ber FIKIR

Tak sama

Kalau dudah bahalol dan penipu dari Kechik sampai KIOK pon penipu gaya nya

KESIAN ARWAH TUNKU

Tanpa Nama berkata...

Kalau Hj Najib nak transfer duit untuk sementara waktu siasatan sedang di jalankan, boleh lah tumpang kat akaun saya Meibank 02020339966.
Nanti bunga saya simpan, pokok nya saya pulangkan.

I luv PM !!

Tanpa Nama berkata...

Sebab bagi Hj Hadi Najib belum lagi sampai ke tahap mengaku dia Tuhan Yang Paling Tinggi.

Walaubagaimana pun tindak laku Najib yang mahu Paling Kaya dengan harta dan Paling Berkuasa sehingga tidak ada mana-mana undang-undang yang boleh di kenakan ke atas nya dan tidak ada mana-mana pihak yang boleh ambil tindakan ke atas nya menyerupai firaun.

Tidak mengejutkan jika WSJ tahu jumlah duit tersebut telah di masukkan ke akaun Najib jika mereka berani katakan yang dokumen tersebut telah di lihat oleh Najib. Tak mungkin wartawaan atau orang asing ada semasa dokumen tersebut di lihat oleh Najib?

Tanpa Nama berkata...

Anonymous1 July 2015 at 00:22

Ya Allah....zalimnya kerajaan Malaysia ini...harga petrol naik lagi....gst menekan...cukai pun kena...zakat pun kena...sedangkan mrk menteri2 kedua2 pihak bersenang lenang dgn duit cukai rakyat....ku mohon ya Allah...Kau berikanlah sesuatu sebagai ibrah buat mereka ini semua yg telah menzalimi diriku ini....aku amat tertekan dgn kos sara hidup yg semakin tinggi ini....

Reply

Replies

Anonymous1 July 2015 at 01:36

amln ya Allah........perkenankan doa kami ini

Anonymous1 July 2015 at 06:28

Kita gunting rambut RM6 saja. Ada orang sampai minta sebutharga untuk buat rambut

Tanpa Nama berkata...

heran aku. dan tersangat heran.
malaysia ada hampir, 30 juta rakyatnya.
tapi takutkan seorang najib, pasal apa?
apa, semua kita ni tak ada teloq ke?
kah... kah... kah...

Tanpa Nama berkata...

Tambahan
BAPA PENYAMUN MALAYSIA
BAPA PEMBOHONG MALAYSIA
BAPA PENYANGAK MALAYSIA
BAPA PENYAPU(Duit Rakyat)MALAYSIA
BAPA PUTAR ALAM SHAH M'SIA

Tanpa Nama berkata...

Teringat: Apabila orang luar ( luar negara 'wsj' (USA)) tetiba memberi impak besar memalukan negara kita , dimana pemimpin tertinggi kita yang memalukan diri nya sendiri ibarat jatuh menunggu rebah. Itu tanda tanda kita sesama kita , mereka inginkan kita bergaduh dengan pemimpin yang tidak amanah serta jujur.Impak lebih besar akan berlaku tidak mustahil! Itu sebab semasa PRU 13 sudah dipesan supaya beralih arah ke PAKATAN RAKYAT (PR) tetapi ada pulak segelintir rakyat tidak mahu kerana ditakut takut kan nanti DAP ambil alih. Kena tipu begini pun percaya!. Sekarang lihat apa jadi dengan negara kita?? Rosak! Hancur! Dapat PM tak nak letak jawatan. Ini kerja APCO untuk memecahbelahkan negara ini, bersahabat dengan APCO yang kita semua dah tahu siapa dia, tunggulah bila tiba harinya! Tidak mustahil kita jadi seperti 'Middle East', kerana mereka memang tidak suka Islam. Mereka suka pecahbelahkan. Apco menyusun gerak kerja secara terperenci di setiap pelusuk negara kita bukan 'penasihat sebenarnya' tetapi menghancurkan negara ini.

Tanpa Nama berkata...

aku pun fikir jugak kenapa Najib sorang tapi tak ada sekor pun yang berani melawan atau mempersoalkan apa-apa pun tindakan Najib. Sebaliknya Mahathir pulak yang dia orang bantai. Walaupun rakyat berjumlah 30 juta, yang bekuasa besar cuma 1000 orang termasuk Ketua Bahagian UMNO. Mereka inilah yang pengecut, tahu cari makan untuk diri sendiri. Orang lain dia orang punya pasal. Kalau buat cara betul tak apalah jugak. aku agaklah dia orang ini kena manderem kot? Kalau setakat jampi serapah tabur duit tak mungkin sekuat macam ini.
Ini bukan soal tuduhan WSJ tetapi ekonomi teruk dari tahun ke tahun, hutang bukan sikit tapi makin bertambah, matawang jatuh dan kos hidup rakyat meningkat... Agaknya dah parah sangat dia orang pun takut kot. Jadi nak tak nak redah je lah. Berapa lama keamanan ini kan terjaga dan dapat kita nikmati sekiranya masalah menjadi bergunung-gunung !!

Tanpa Nama berkata...

Tak logik? Mana tak logik nya. Pasal jiwa hati Najib suci? Atau jumlah nya terlalu banyak? Kalau banyak berapakah jumlah sebenar yang masuk ke dalam akaun Najib?

Tak kan pasal AS$700 juta tidak benar maka Najib terlepas sedangkan duit yang sebenar masuk ialah AS$3 juta.

Paling selamat bagi Najib ialah istiharkan jumlah harta sebenar keluarga nya.

Tanpa Nama berkata...

Kata Muhyiddin, dakwaan yang dibuat media itu bersifat peribadi ke atas Datuk Seri Najib Razak. Habis tu apahal orang lain yang buat report?

Tanpa Nama berkata...

sehingga kini sudah SPRM atau Polis menahan Najib untuk disoal siasat. Kena lah ambil maklumat yang ada dalam otak Najib. Keterangan awal Najib ini penting untuk tahu kemana arah siasatan. apa maklumat yang perlu di cari. fail apa yang perlu di ambil. siapa lagi yang terlibat. tak cukup sekadar serbu pejabat.