5 Jul 2015

Pimpinan PAS & G18 Buat Himpunan Berasingan Tarik Penyokong

Setelah terkejut dengan Majlis "Perjuangan Baru Bermula" oleh kumpulan profesyenal G-18 di Bakri Muar Johor pada pertengahan bulan lalu untuk persediaan kpeada penubuhan Pakatan 2.0, kumpulan ulama PAS pula cuba membuat perhimpunan "Istiqamah Hingga Kemenangan 2.0" atau ringkasnya PIHAK 2.0.

PIHAK 2.0 dilaporkan akan berlansung pada 11 Julai 2015 di Ayer Hitam.

Tak disebutkan apa tujuan diadakan PIHAK 2.0, mungkin untuk memperkenalkan barisan pimpinan PAS yang baharu. Yang pasti tiada ada apa-apa tema yang signifikan untuk perhimpunan itu. Mungkin akan keluar surat pekeliling untuk sekalian AJK PAS KAwasan Johor mmewajibkan mereka hadir seperti yang dilakukan di Pulau Pinang minggu lalu.

Beberapa portal sebelum ini melaporkan ahli-ahli PAS di Johor sudah muak dengan grup ulama malah ramai yang sedang menunggu kewujudan parti baharu Syawal ini untuk keluar beramai-ramai dari PAS.

Mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS Johor sebekum ini hanya berjalan dengan dihadiri 11 ahli daripada 52 AJK yang hadir itu hanya sekitar 20% yang hadir.

Mesyuarat pertama itu sepatutnya dihadiri 52 ahli dari 26 kawasan, iaitu yang dipertua dan setiausaha kawasan di samping Pesuruhjaya Johor Datuk Dr Mahfudz Mohamad yang dilantik PAS Pusat.

Mesyuarat pada 13 Jun itu diteruskan dengan melantik dua timbalan pesuruhjaya sahaja daripada tiga yang diperuntukkan manakala pengarah pilihan raya masih belum dilantik.

Jadi ada kemungkinan Pesuruhjaya PAS Johor memohon bantuan AJK PAS Pusat untuk "beri taklimat" dan akan mengeluarkan pekeliling "memaksa" AJK Kawasan dan cawangan untuk hadir supaya Badan perhubungan PAS Negeri Johor dapat berfungsi. Dah cukup tenant PAS Johor sekarang ni.

Yang GB rasa agak sedikit lucu, di poster PIHAK 2.0 itu tertulis perkataan "Mempersembahkan". Ertinya perhimpunan itu hanya satu "persembahan" - mungkin persembahan drama atau persemhahan sandiwara oleh grup ulama. Atau satu perhimpunan yang "mempersembahkan" beberapa "pelakon" seperti selebriti wayang opera (?)


Demikian berjalannya hukum kebenaran dan keadilan.... apabila golongan profesional disingkirkan. Sampaikan buat poster pun sudah tidak profesional dan melakukan kesilapan yang memalukan.

Sekadar makluman, pada 5hb Jul 2015 (malam esok) ada dua program dari kumpulan progresif G-18 diadakan. Satu di selatan tanahair di Tongkang Pecah batu Pahat dinamakan Himpunan Badar Kubro dan satu lagi di utara, iaitu di Tapah Perak, iaitu Himpunan Nuzul Quran.

Sila rujuk iklan di bawah:






26 ulasan:

Unknown berkata...

Salam semua:

Terima kasih GB, info terkini:


Bermulalah PAS, cuba mencari pengaruh di peringkat grass-root, biarkanlah mereka dgn kerja mereka, usaha kita mesti diteruskan:

(Continution):
Kedua: Kita hendaklah melipat gandakan usaha kita, untuk mendapatkan ahli,seramai mungkin
a/ Untuk bekas-bekas ahli PAS, pastikan pakcik,makcik,paklong,maklong,abang,adik,kakak,Ipar/duai,diberi penerangan yg sebnarnya, dan membawa mereka mengisi borang parti baru.
b/bekas2 ahli-ahli umno,PKR , anda pun berbuat sama.
c/Bagi orang2 yg tak berparti macam kami, sedaya upaya,akan usahakan kempen penerangan pada rakyat2 yg atas pagar.

KEMPEN PENERANGAN DAN PUBLICITY HANDAKLAH DILAKUKAN DIMANA2, Disurau,disteyen bus,di tempat kerja, ditempat2 awam.
Saya akan usahakan membuat sticker kereta,pabila parti baru siap, dan pastikan sticker ini diberi pada ahli-ahli dan sesiapa yg inginkan tumbangnya umno/BN.


permulaan step, saya mencadangkan sesiapa berminat, kita akan berjumpa selepas hariraya, Permulaan langkah pertama, mungkin kita adakan "high tea"
Boleh contact saya melalui broomm53@gmail.com.(insyallah, jika dizinkan allah)


utk KEMRDEKAAN kali ka-2
HARAPAN& IMPIAN BARU:RAKYAT MALAYSIA.
SALAM RAMADHAN
WASSALM.

Malaysiabaru berkata...

Pas sudah tidak relevan...

harun din tak percaya najib rompak duit ... tak masuk akal..
,macam uga nabi musa belah laut merah tak masuk akal...

Haram djin takut projek bangsar tak jalam ker

siap kata tuduhan tak masuk akal rosak ekonomi...fulus lg penting ker

tuan admin tak tahu lg nk ckp apa... tersedak dgn haram djin...

cepatlah G18... rakyat ex pas tak sabor lagi dah...

Tanpa Nama berkata...

paksa hadir ke sesuatu majlis ialah mod oper umno ketuanan melayu. pas dah nak jd umno.....

Unknown berkata...

kami sedang menanti pelancaran parti baru. inshaalah kami dar DUN DEMIT KUBANG KERIAN

Unknown berkata...

kami dari dun demit akan bersama parti baru

Saiful berkata...

Penang bila nak buat? Tu gambar yg atas tu backgriund langit..mcm org2 dr langit..harap2 hiasan saja..

Saiful berkata...

Kat tapah ni..full..husam..mshfuz..semua ada..ñi jeles..ni..

Saiful berkata...

La baru baca kat bawah tu..ngo semua ada..mahasiswa pun ada..ajak lg ..mou lg dgn ngo ni..macam tu baru betui.. ajak aja..asal nak lwn umno,...ajak sekali gwng environmentalist..gwng lwn gst..gwng lwn tol..semua ..join..

Tanpa Nama berkata...

gb ketinggalan. Abduh dah masuk bilik rekoding.

penyanyi utama Abduh. yang lain tu back-up singer.

Tanpa Nama berkata...

Hahaha

Sejak bila ada PIHAK 2.0 kalau PIHAK 1.0 pun tak pernah di lancarkan.

Dah tukar kemenangan? Kata nak kan keredhaan Allah, menang tak penting?

Tanpa Nama berkata...

Sekadar Sekupang. Kita mesti melihat kepempinan melalui merit. kekalahan Pas di Tranung & Kedah menunjukkan Presideng nya sangat lemah. Kalau di negara barat, lama doh letak jawatang. Kesedian setengah jemaah masih menerima Presideng jelas mununjukkan pemikiran taksub atas dasar Ugama. Tidak ada beza dengan golongang2 yang setia membabi buta kepada Abu Ya, dll. Mungkin kita harus tanya diri kita kenapa Rasullullah hanya 10 tahun di Madinah? Kalau seseorang itu terlalu lama memimpin, kemungkinan perasaang EGO, TAKSUB pada diri sendiri itu tinggi. Tidak ramai yang dapat muhasabah diri seperti TGNA, tiada perubahan pada dirinya. Kehadiran Jemaah baru dialu-alukan. Sirah Islam banyak bercerita tentang Ulamak2 asli yang sanggup memperjuangkan Islam di landasan yang betul bukannya Ulamak yang duduk diatas kerusi yang empuk dan menadah ketaksuban ahli kepadanya. Sesiapa yang tak mendapat ilham lagi tu, tak tahu lah.

Tanpa Nama berkata...

Mempersembahkan.... mcm ada wayang panggung la pulak pas ni.. atau mereka ni memang watak2... watak2?

Unknown berkata...

Saudara Omar fikirksn dari sekarang satu laman khas utk rujukan kami bg mengetahui program dan agenda agar mudah utk kami plan utk hadir. Namun hati2 laman web boleh di hack utk mengelirukan dan memporakporandakan kita. Perjuangan saudara Omar dan rakan2 kami ikuti dgn teliti. Tk banyak2

Unknown berkata...

Anok poksoh, hubungi saudara Omar dan buat kerja yg sama ditempat tuan. Oghe Kelate memang hebat. Parti PAS boleh tumbang bila2 masa. Meke memang bersatu. Satukan mereka kearah PR2.0

Unknown berkata...

Istiqamah? Istiqamah dengan UMNO ha ha ha mana tau kot Najib boleh kasi wang Ambank Private Banking tu sikit....Tau tak, PAS sekarang hanya tinggal lambang sahaja....

Unknown berkata...

Saudara Omar dan rakan2 yg dihormati. Saya ada satu cadangan. Apakata dianjurkan IFTAR PERDANA di KL. Dihadiri oleh heavyweight G18,PKR, DAP,PASMA dan semua NGO seangkatan dan wakil2 IPTA dan IPTS. Impaknya ialah aura dan berita ini akan dibawa pulang sebagai ole ole hari raya. Semangat ini akan dibawa pulang kesegenap ceruk tanahair. Biar semua orang alert. Ternanti2 " gergasi" yang bakal lahir. Pada malam tu sediakan risalah kecil penyelewengan BN. mDIB, MARA, FGV dan serba msk nenek kebejatan BN UMNO merembat harta negara. Bekalkan anak muda generasi Wassap selengkapnya utk pulang beraya.

Unknown berkata...

Saudara Omar dan rskan2 yg dihormati tahukah tuan2 antara kumpulan yg beroperasi dgn cekap islah tabligh? Base mereka surau dan mesjid. Dibawah Sri Petaling ada markas negeri . Dibawah markas negeri ada halkah. Dibawah halkah ada subhalkah. Dibawah subhalkah ada mesjid. Dibawah mesjid ada surau. Satu2 arahan akan sampai ke SELURUH negara hanya dalam 1-3 hari sahaja. Mereka bergerak mcm anai2. Tau2 kumpul 100,000 org. Tanpa akhbar tanpa media. Dalam era kalau konsep tu wujud in sya Allah kita berjaya. Apalagi kalau dapat dibentuk Wassap Warrior disegenap ceruk dan rantau.

Tanpa Nama berkata...

PERHATIAN UNTUK EN. OMAR DAUD : Tuan harus berhati hati kerana sudah pasti akan ada musuh dalam selimut menyusup masuk dan menyertai 'HIGH TEA' nanti. BERhati hati Tuan.

Tanpa Nama berkata...

Excellent idea. Saya pasti akan hadir.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Omar. Create whatsaap group nanti berita tentang g18 cepat tersebar

Unknown berkata...

Ya Anon 6:56 Dalam borang pendaftaran mesti ada kol Whatsaap. Nanti boleh di susun grup whatasaap peringkat taman, peringkat kampung dan daerah. Berita dan maklumat akan sampai Serentak. Obama telah memenangi pilihanraya presiden kerana kumpulan nya berjaya menggunakan email dgn berkesan. Skrg era Whatsaap. Kita gunakan dgn tersusun dan cekap. Selamat berjuang!

Tanpa Nama berkata...

Tumpang tanya.....malam ini ada live ke...

Unknown berkata...

Saudara Omar, saya dan rakan2 kini sering berhubung bertukar idea dan berfikir serta berdoa agar PR2.0 lahir dan membesar sebagai wira. In sya Allah kami akan emailkan kepada tuan beberapa cadangan utk tuan panjangkan kpd pemimpin atasan. Kami tidak mahu dikenali tetapi kami akan menjadi penyokong kuat memberi pengorbanan apa yg terdaya demi Malaysia yg tercinta. Go saudara omar dan rakan2. Go!

Tanpa Nama berkata...

G-cai ada masa untuk berhimpun buat persembahan tetapi tidak ada masa untuk bermesyuarat menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP ! Selesaikan yang ini dulu.

Satu yang significant, kerana pilih di ayer hitam masa depan G-cai pun jadi hitam !

zamani berkata...

kami mahu parti baru,tolonglah cepatkan sikit.sekarang pun boleh.

Tanpa Nama berkata...

Sy berumur awal 5series dan fmly adalah pnyokong dn pngundi PAS selama ini, apa yg brlaku dlm PAS skrg ni sngt2 menyesakkn dada kami, sy bergaul dgn rapat dlm komuniti bisnes Cina dn India, kita mngharapkn satu Good Governance yg di terajui oleh PR, PAS wlupn acapkali brkata NO to UG tpi steering ke arah itu, so G18..plz make it reality..for the sake of Bangsa Malaysia yg betul2 merdeka.