22 Jul 2015

Anwar Umum Gabungan Baharu Bakal Ditubuhkan

Anwar umum gabungan baharu pembangkang

Sebuah pakatan baharu pembangkang yang termasuk kumpulan progresif akan ditubuhkan tidak lama lagi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa rakyat Malaysia menyertainya dalam menyelamatkan negara.

Dalam perutusan dikeluarkan melalui peguamnya semalam, ketua umum PKR yang dipenjarakan itu menyuarakan kebimbangan mengenai situasi negara yang disifatkannya sedang melalui "krisis semakin teruk" akibat skandal rasuah dan kewangan, juga kejatuhan nilai ringgit.

Malaysia dicengkam skandal dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, serta memberi kesan ke atas nilai ringgit yang ketika ini mencecah paras terendah dalam tempoh 16 tahun.

"Kami sedang berusaha ke arah mengukuhkan pakatan yang akan merangkumi semua kumpulan progresif, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti gabungan Bersih, Abim, Ikram dan Gerakan Harapan Baru yang baru ditubuhkan.

"Tindakan bersama pelbagai kumpulan ini, yang komited terhadap pembaharuan dan perubahan, akan menawarkan demokrasi tulen dan satu alternatif yang adil kepada rakyat.

"Marilah kita mengenepikan segala pertimbangan dan perbezaan lain, dan memberi tumpuan kepada perjuangan yang hebat ini untuk menyelamatkan Malaysia," kata Anwar dalam perutusan itu.

Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PKR dan sekutunya DAP serta PAS, tidak lagi wujud apabila parti Islam itu membuat keputusan pada muktamar bulan lepas memutuskan hubungan dengan DAP.

Bekas timbalan presiden PAS, Mohammad Sabu, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, sebelum ini berkata pakatan pembangkang baharu akan diumumkan selepas Hari Raya.

Bulan lepas, ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui PR tidak lagi wujud, susulan usul PAS pada muktamarnya memutuskan hubungan dan kerjasama dengan DAP kerana perbalahan mereka dalam isu hudud yang menjadi agenda parti Islam itu.

Gerakan Harapan Baru (GHB) dilancarkan minggu lalu oleh sekumpulan pemimpin progresif PAS yang tersingkir pada pemilihan awal Jun lalu, termasuk Mat Sabu dan bekas pemimpin kanan seperti Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa. -TMI

ULASAN GB

Sebuah gabungan baharu bakal ditubuhkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang sudah berkubur.

Menurut Anwar, gabungan itu akan turut dianggotai semua kumpulan progresif termasuk Gerakan Harapan Baru yang baru ditubuhkan.

"Kami sedang berusaha ke arah mengukuhkan pakatan yang akan merangkumi semua kumpulan progresif, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti gabungan Bersih, Abim, Ikram dan Gerakan Harapan Baru yang baru ditubuhkan.

Samada PAS diterima untuk menyertai gabungan yang baharu nanti, adalah bergantung kepada keputusan gabungan parti-parti baharu yang menyertainya. Dan sepastinya pembentukan gabungan yang baharu akan mempunyai struktur kepimpinan yang lebih teratur, lebih progresif dan lebih berdisiplin, tidak seperti Pakatan Rakyat dahulu dimana "ada ketua parti yang sentiasa ponteng" dan membelakangkan suara bersama di dalam Majlis Presiden.

Dan inilah juga bahananya apabila PAS membuat keputusan memutuskan kerjasama dengan DAP dan PAS perlu terima hakikat penubuhan gabungan yang baharu mengggantikan Pakatan Rakyat.

PAS juga sepatutnya sudah mengetahui "risiko" itu, dan sepatutnya juga sudah bersiap sedia untuk keluar dari kerajaan Selangor dan Pulau Pinang.

InsyaAllah, dengan pelbagai skandal yang terdedah di dalam kerajaan kerajaan UMNO BN, akan memudahkan laluan gabungan baharu ini untuk menang cemerlang di dalam pilihanraya yang akan datang seterusnya menguasai parlimen dan Putrajay.





IKLAN BERBAYAR







30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...


Kenapa nama Pas tak di sebut ?

Kan Pas masih tahaluf siyasi dgn PKR ?

Malaysiabaru berkata...

Tahniah yab bakal perdana menteri

Itulah yg kami nanti nantikan

Pakatan 2.0 yg lebih mantap dan kuat

A.b.u !

Tanpa Nama berkata...

Segala pujian bagi Allah swt.

akhirnya apa yg perlu dikatakan telah pun diluahkan. satu pakatan yg baru bagi menggantikan pakatan yg telah berkubur.

pastinya ini merupakan kenyataan yg sukar bagi pihak anwar ttp perlu bg memastikan kesinambungan perjuangan menentang kezaliman.

aku sokong sepenuhnya dlm hal ini krn pas dibwh pemimpin baru tidak boleh dipercayai langsung!!!

1. hadi biadap pd anwar spt yg dilaporkan.
2. hadi mungkir janji dlm kes ruu.
3. hadi khianat krn hantar calon sendiri; cuba rasuah azming; hina kak wan; letak calon bertindih; fitnah calon pkr.
4. pas perak nak letak calon dikerusi pkr;
5. hadi sokong halidk yg dipecat pkr.

dll.

kejadian di atas sudah cukup utk membenarkan pkr menafikan pas dlm pakatan baru.

lebih2 lg kedengaran ucapan2 pemimpin pas yg menyokong najib.

TETAPI adakah azmin akan menjadi batu penghalang atau gunting dlm lipatan atau api dlm sekam atau udang disebalik batu?

Tanpa Nama berkata...


Lepas ni tuang presideng tak payah datanglah mesyuarat pakatan 2.0.

Suka hati kita orang lah nak jemput ke tak nak jemput.

Ketua penerangan pas kan ada, boleh guna siku dan lutut.

Boleh gi jepung selalu makan sushi, bawa gang ostad siapa nak ikut.

Tanpa Nama berkata...

Tak ada satu perjuangan yang sentiasa melalui jalan mudah. Mesti ada musuh, mesti ada gunting dalam lipatan, mesti ada batu api dan mesti ada pembelot. Pendukung dan penyokong perlu berhati-hati. Kalau ulamak pun gila dunia apa pula orang lain. Semoga tabah melalui penat dan jerih. Rakyat yang tertindas dan sedar akan menyokong . Rakyat yang bodoh macam ayam daging seperti biasa akan disembelih dan dikendurikan. Kemenangan tidak mudah dicapai. Kita tidak tahu kegawatan sekarang mungkin isyarat dari Allah s.w.t. yang kita akan menanggung nasib macam Iraq atau Somalia atau Pakistan atau Yemen atau Sudan atau pun kesemuanya dicampur sekali. Apabila ayat-ayat Allah s.w.t sudah boleh digunakan untuk menipu dan melindungi orang zalim jadi tidak hairan kalau kemurkaan Allah s.w.t. diluar jangkaan kita!!! Selamat berjuang!!

Malaysiabaru berkata...

Maklumat terbaru kami terima

Umno dah reject pas kerana pas semakin lemah .... Rm1billion yg di janjikan terpaksa tunda.. Begitu juga hudud...

Skrg ularmak pas nak kembali kpd pakatan?

Nak terima balik tak mereka ni wahai pembaca?

Tanpa Nama berkata...

Pastikan PAScai yang lagak tak tumpah macam talibarut amno tidak diterima menyertai PAKATAN baru.

Tanpa Nama berkata...

jgn bergabung dgn kumpulan berpenyakit... PAS

dlm PR2.0 hanya kumpulan yg sihat2 saja yg ada

biarkan PAS dikuarantin sorang2 dalam PR(lama)
doklah sorang2 dn kempenlah mereka mengetuai
Pakatan Rakyat.

buatlah apa saja keputusan sendiri2, blh ponteng
ikut suka dan yg penting tiada anwar dlm PR(lama)
hadi jadi ketua PR sekali gus perdana menteri bayangan
PR. harun din jd timbalan perdana menteri bayangan
... untuk negara pasir dua butir.

kami rakyat malaysia mahu bergerak terus melenyapkan
umnu BN dan membina negara malaysia yg sejahtera.
DS Anwar adalah idola kami, beliau pemimpin membela rakyat
yg terbukti sanggup tanggung semua risiko.

so hadi jgn jelos, hadi tk layak nk jadi PM, jauh panggang
dari api nk banding dgn anwar.

busuk tk busuknya PAS, semasa anwar dizalimi kali ke 2, PAS
seolah2 gembira. sebb anggap anwar pesaing yg wajar dihapuskan
bg memberi peluang hadi utk jd PM... nafsu dunia yg tinggi,
sanggup redho dgn kezaliman. tunggulah sentuhan api neraka nanti.

so sesapa nk pi zoo tk perlu pi ulu kelang lagi, cukup pi tengok
dlm PR(lama), sapa yg ada kt situ.

Tanpa Nama berkata...

malaysia baru,

i memang percaya beritu u tu. hanya org bodoh je yg percaya dgn penyamun mcm umnu.

takde sebb umnu nk bela sarkis2 dlm PAS tu. buat masalah je. PAS nk masuk BN pun bawa reban kosong, yg ada tantawi n geng saja... lagi masalah kt umnu

kita ni, kalau jenis buat taik, kat mana pergi pun org tk suka. kalau sanggup khianat kawan sendiri lagi org tk suka. sebb boleh jadi dia akan khianat juga kawan baru satu masa nnti.

pengkhianat tkkan ada tempat dlm kelompok org baik mahupun org jahat. semua tk suka pengkhianat.

so lepas ni kalau PASUG nk hegeh2 dtg jengguk PR2.0... kita hambat dgn senapang gajah.

JANGAN TERIMA SEMULA PENGKHIANAT PAKATAN RAKYAT. DH GADAI MARUAH DGN JANTAN LAIN, SEKARANG NK BALIK JADI ISTERI SEMULA..... PI KAU KPD JANTAN BANGLA KAU TU!

Tanpa Nama berkata...

Kes 1MDB dan macam2 hal ketirisan akibat salah urus, sekarang ini menunggu masa sahaja akan terdedah. Selama lebih setengah abad bn memerintah, rakyat tidak pernah tahu berapa nilai sebenarnya ketirisan tersebut. Sekarang dumbu bom jangka ini sudah membakar. Tunggu sahaja. Sumbu itu pasti sampai keterasnya dan bakal meledak sedahsyat2nya. Akhirnya terburai habis kerja2 jahat pemimpin yang selama ini jadi pojaan hatiko.

Ledakan tersebut didengar sampai hujung dunia. Ledakan itu sangat2 memberi kesan hingga menggoncang mental sihat seluruh rakyat malaysia. Pasti rakyat bingkas bangun dan berbondong2 menyertai GERAKAN HARAPAN BAHARU. Mereka akan melawan sehabis2 tenaga untuk menumbangkan bn nanti.

Saksikan nanti. Tiada rakyat mahu menyertai bn lagi. Bn pasti lenyap dan bakal tertulis segelap2nya dalam sejarah dunia. Bn dikenang sebagai sebuah parti yang memberi sedikit untuk rakyat tapi banyak untuk kroni tanpa rasa bersalah. Bn tidak mampu memberi makan 28 juta penduduk yang seramai kota jakarta sahaja. Malah tanpa sebab munasabah, berhutang pula sampai 700 billion. Padahal tuhan memberi semua kekayaan yang tiada di negara lain ada di bumi malaysia. Arab hanya ada minyak petrol. Malaysia ada minyak sawit dan minyak petrol. Malaysia ada gas asli, getah, timah, emas, tembaga, boksit, balak, permata, walit, cendana dan banyak lagi. Cukup untuk memakmurkan 28 juta rakyat.

Hari ini sebenarnya kerja2 GHB sangat mudah. Hanya sediakan ruang tamu seluas2nya. Rakyat dari semua kaum akan datang bertamu menderu2 bagai air terjun niagara. Usah GHB buang masa melayan isu2 yang tidak penting. Usah membuat apa2 aksi atau tindakan tidak cerdik.

Sekarang ini siapa jangan hairan kalau pas yang jelas2 membuang kawannya sendiri, tiba2 jadi pelik. Sepatutnya mereka sangat2 selesa bila kawan2 ini tidak lagi mengacau pas. Wujud pula orang2 yang seolah2 diupah. Mereka membawa isu, " takutilah dap, takutilah dap, takutilah dap" Tidak habis2 diwiridnya. Seolah2 dap itu penyamun negara. Seolah2 dap adalah punca segala kebinasaan ke atas negara ini.

Wahai ustaz2 yang diupah, bertaubatlah. Berdosa kamu menghukum atau bersangka buruk kepada manusia yang belum berbuat salah. Jangan rendahkan martabat ilmu kamu.

Hanya yang ditakuti sekarang adalah atas titah perintah pemimpin tertinggi dajjal dunia, maka isis diperkenalkan di malaysia. Ciri2 pembentukan isis adalah baiah sumpah setia tidak berbelah bagi kepada ketua. Kapirkan semua orang yang tidak mahu baiah. Halalkan darah mereka di bunuh. Minta sangat2 seluruh rakyat memerhatikan tingkah laku pas sekarang. Semenjak geng hadi bebas berbuat apa saja tanpa teguran hadi, nampak seperti seorang khalifah isis sedang ditabalkan.

Tanpa Nama berkata...

Selagi ada bulan dan matahari, jangan terima pas balik ke pakatan rakyat. Dalam pas penuh ejen2 bn dan tentera2 hadi. Pakatan tidak mampu melawan mereka. Pakatan tidak boleh mengawal tentera hadi yang telah memberi baiah. Pakatan hanya menghabiskan masa menyelesaikan masalah yang bakal ditimbulkan pas. Matlamat mereka bukan putra jaya. Kemungkinan besar pas dilepaskan masuk pakatan semula oleh bn sendiri. Jangan berpolitik secara bodoh. Ada seribu muslihat dalam politik. Jangan sekali2 terima pas masuk pakatan. Tersangat2 bahaya!

Unknown berkata...

PR2.0 , PAS main jauh2. PAS tidak layak berkawan dgn geng Jebon, geng Chauvanis dan geng liwat. PAS parti suci. PAS ada kekuatan sendiri. PAS ada siku dan lutut. PAS ada 1 juta ahli. PAS ada ulamak. PAS berjuang bukan untuk menang. PAS tak setaraf dgn mana2 parti cikai. PAS lebih bijak berpolitik .PAS lebih selesa utk bertahaluf siyasi dgn geng wasatiyah.

Tanpa Nama berkata...

PAS nk join PR2.0 ?

kirim salam je la

PAS sekarang dh suci dpd jebon, so PAS hanya ada satu matlamat perjuangan saja iaitu HUDUD.

kalau itupun PAS tk boleh laksanakan, memang lemah syahwat sungguh geng2 UG.

jebon dan DAP dah dipisahkan, umnu katanya dh setuju hudud.. bila lagi PAS nk kerah semua kekuatan utk laksana hudud?

hanya itu perjuangan PAS, itu pun tkleh nk buat? sampah betul la

menipu rakyat dan Tuhan

Tanpa Nama berkata...



Ketua penerangan pas tak buat kerja kah ?

Tiada buat kenyataan atau penerangan berkenaan isu-isu semasa dan berbangkit ?

Pas parti politik. Ahli-ahli pas dan rakyat biasa menanti penjelasan dan penerangan.

Takkan malu nak beri penerangan. Tunjukkanlah awak tu ketua penerangan. Sesekali tunjukkanlah kecerdikan awak. Jangan nak tunjuk siku dan lutut sahaja. Baru kita boleh menilai prestasi gang ostad.

Your honeymoon is over. You understand ?

Tanpa Nama berkata...

hadi pro syiah iran hezbosyaitan

ust2 muda yg suka melabel org dlm PAS berdoktrin khawarij IS

bygkan mereka ini memerintah negara... binasa negara ini

hadi akan baik dgn iran dan membiar syiah melebar pengaruh kt malaysia

yg pro IS akan bersikap keras dan ganas dan suka mengkafirkan dan menumpah
kan darah org yg berlainan dgn mereka.

kita berdoa kpd Allah supaya binasakanlah 2 tanduk syaitan iaitu syiah dan khawarij dari bumi Malaysia ini. jika PAS itu perlu binasa kerana 2 penyakit ini, maka teruskanlah Ya Allah

Tanpa Nama berkata...

Lupakan pas.biar pas jadi sejarah hitam pengajaran pemimpin islam yg bodoh sombong

Tanpa Nama berkata...

GhB tubuh parti bln sept?knp lmbt sgt,dh xsbr nk masuk parti baru.elok2 tgh semangat2 membara ni pah ghb tubuhkan parti baru,nt kalau dh sejuk xsemangat pulak. Apapun tahniah krn mewujudkan harapan baru utk rakyat.rakyat benar2 berharap pada gabungan baru ini.pas sila berambos...jgn nk gila talak pulak nanti

Tanpa Nama berkata...

Tak payah terima la
Nanti besok dia besar kepala balik

Sekarang suda ada 3 kumpulan
BN, PR dan PAS
Kita tengok sapa mampoooss dulu

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya harapan tuang presdeng dan wala"on2 utk melihat GBH pupus dlm tempoh 2 tahun tidak akan kesampaian. Kemasukan GBH dlm PR akan menjadikannya lebih kuat apabila mendapat sokongan drp pelbagai segi oleh sekutu PR. Malangnya Pas pula dlm kedudukan bahaya spt telur di hujung tanduk apabila tidak diindahkan lagi oleh sekutu dlm PR. Buat masa ini, bayang2 kepupusan Pas lebih terserlah.

Untuk menyelamatkan keadaan, Pas boleh sahaja meneruskan program UG yg sudah sedia ada. Cumanya, Pas hanya perlu menambah usaha menjilat kaki pemimpin BN dan memohon sedekah dan simpati supaya diterima masuk ke dalam kumpulan BN. Pas boleh mula dari bawah sebagai pencacai atau tukang basuh lampin pakai buang geng BN. 60 tahun akan datang, Pas mungkin akan dapat tempat dlm 1 atau 2 kawasan mengundi milik sekutu BN.

Kemungkinan besar, selepas ketiadaan presiden dan mursidul am nanti, Pas akan dibubarkan oleh pengikutnya sendiri.......semuanya bokeh berlaku jika keadaan parti itu tidak menentu.

In Sha Allah.
Tiada parti politik yg kekal di dunia ini walaupun para wala" sekarang mendakwa partinya ialah parti Islam.......n

Tanpa Nama berkata...

Lucu rasanya bila ulamak2 Pas yg bijak laksana senang sangat ditipu oleh umnos pasal hudud di parlimen. Apalah gunanya ada wala"un klu senang sangat kena kelentong.......

Tanpa Nama berkata...

Cadangan agar blog gb siarkan serba sedikit komen2 walaon2 pas nk tgk jgn mentaliti diorg mcmne dan mcmne diorg meroyan.hahahahaha

Tanpa Nama berkata...

Tak guna terima kaki fitnah masuk geng PR. Bior derang join MIC aje la

Tanpa Nama berkata...




PAS sekarang akan di kenali dengan PAS - 3.0.



Tanpa Nama berkata...

Nama parti sangat penting untuk perjuangan. Gerakan Harapan Baru (GHB), Pakatan Harapan Rakyat 2.0 (PH2.0) dan Parti Islam Progresif (PIP), rasanya tidak begitu sesuai. Ada baiknya, Mat Sabut (atau sesiapa saja pemimpin yang bakal menubuhkan parti baru), mencari nama yang benar-benar solid sebagai menggantikan Pas dalam Pakatan Rakyat. Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) sudah cukup kuat. Justeru itu parti baru nama harus juga kuat. GHB, tidak selama-lamanya baru. PH2.0, macam parti berdemotrasi dan PIP, mungkin nama islam itu tidak sesuai untuk non-muslim menyertainya. Pakatan Rakyat = PKR DAP dan ??? Memang benar, apa ada pada nama, tapi nama yang baik itu akan menentukan kehebatan dan popularitinya.

Tanpa Nama berkata...




PAS bukan sahaja tidak boleh di selamatkan tetapi PAS sudah tidak releven lagi.

Bukan senang untuk orang-orang seperti Anwar yang ada hubungan baik dengan pemimpin PAS dahulu membiarkan PAS hanyut dan tenggelam. Jika kita balik kepada penubuhan parti PAS rasa sayang dan terkilan kita melihat PAS boleh jadi begini membuatkan hati kita menangis.

Maklumat Anwar bukan sahaja dari PAS tetapi dari UMNO juga. Gerak dan kerja pro UG sudah tentu dalam pengetahuan Anwar. Anwar boleh kerjakan PAS semasa Harun Din minta beri kan jawatan PM kepada Ku Li. Tetapi sehingga Kajang Move dan MB Selangor, Anwar tidak berbuat apa-apa. Jika kekalahan G18 bukan di sebabkan oleh cai, rasanya sampai sekarang si Anwar ini kan bersama PAS.

Tetapi sayang kita pada PAS hilang bila cahaya Islam nya pudar. Kita terpaksa korban kan PAS sekarang untuk menyelamatkan Islam sebagai rahmat untuk semua.

Jika PAS ingin kembali kepada pakatan, PAS perlu bersalin kulit sebanyak 10 kali. PAS perlu tukar sisik baru. Bahkan jika PAS ikhlas kembali kepada pakatan, PAS perlu di masukkan dalam kepompong dan bila keluar menjadi rama-rama yang berwarna-warni lagi menarik.

Kepada Allah kita kembalikan.

Unknown berkata...

Benar dan setuju. Juga warna an logo. Mesti teliti dan hati2. Profesional jgn syok sendiri.

Unknown berkata...

Sabar tuan, jgn tergopoh2. Bnyk sudut perlu diperhalusi. Ramuan siapkan dulu. Pastu masak. Last kita mkn ramai2

Tanpa Nama berkata...

Setuju2 100%

Tanpa Nama berkata...

Siapa nak bersama parti munafik tipu rakyat Tikam rakan presideng mulut busuk fitnah barua jual pill kuda?

Umno pun Tak nak!

Tanpa Nama berkata...

Aku tolak PAS bergabung dlm pakatan baru. PAS biar dia gerak solo...kita tengok jajahan PAS di Kelantan ditakluk BN spt negeri2 lainnya.