15 Jun 2015

Guan Eng Sahut Cabaran Ulama PAS, Pecat SU PAS Pulau Pinang


Setiausaha PAS Pulau Pinang dihenti kerja kerajaan DAP

Kemelut DAP-PAS semakin meruncing apabila Setiausaha PAS Pulau Pinang yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan gred S41 dalam kerajaan negeri diberhentikan kerja, berkuatkuasa Jumaat lepas.

Notis bertarikh 12 Jun dari Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri itu dihantar dengan tangan kepada Mohd Fadzil Kemi yang memegang jawatan sebagai Pegawai Penerangan kepada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus yang mengesahkan notis tersebut berkata beliau yakin notis itu diterima Mohd Fadzil pada Jumaat lepas kerana dihantar dengan tangan.

"Notis pemberhentian perkhidmatan itu berkuat kuasa pada 12 Jun 2015 dengan bayaran satu bulan gaji menggantikan notis selaras dengan fasal 9, perjanjian kontrak dihantar kepada Mohd Fadzil," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Katanya, dalam tempoh perjanjian kontrak setahun yang ditandatangani pada 12 Disember tahun lepas, mana-mana pihak boleh menghentikan kontrak tersebut tanpa sebarang alasan.

Sementara itu usaha untuk mendapat maklum balas daripada Mohd Fadzil yang juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang, gagal kerana beliau tidak dapat dihubungi.

Semalam, Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan mendesak kepimpinan baharu PAS untuk mengarahkan wakil- wakilnya untuk mengundur diri.

Beliau berkata adalah tidak logik kepimpinan baharu PAS masih cuba berbelit-belit yang mereka masih membincangkan usul memutuskan hubungan dengan DAP, bila usul itu "diterima" tanpa bahas dan "bukan dirujuk" oleh Muktamar PAS.

Lim berkata tiga wakil PAS dalam kerajaan PAS, iaitu Mohamad Sabu, Ustaz Mujahid Yusof Rawa dan Ustaz Rosidi Hussain meletakkan semua jawatan mereka dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kemelut DAP-PAS berlaku selepas Dewan Ulama PAS sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang. – Bernama


'Lebih senang, cepat LGE sendiri pecat ahli PAS'

Dewan Ulama PAS Selangor mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memecat ahli PAS yang memegang jawatan dalam kerajaan di negeri itu.

"Sekiranya DAP benar-benar ingin melihat PAS tiada dalam kerajaan Pulau Pinang, lebih senang, cepat dan lebih profesional Lim Guan Eng sendiri sebagai ketua menteri memecat semua ahli PAS dalam jawatan lantikan kerajaan," kata setiausaha Dewan Ulama Selangor, Muhammad Najhan Halim.

Mengenai tuntutan Lim supaya ahli PAS meletak jawatan mereka, Muhammad Najhan berkata apakah ketua menteri itu lupa bahawa kerajaan Pulau Pinang dimenangi secara bersama dalam Pakatan Rakyat dan kerajaan itu adalah kerajaan bersama.

"Jangan bertindak seperti Umno-BN yang tidak mampu membezakan antara kerajaan dan parti politik," katanya dalam satu kenyataan malam tadi..

"Adakah DAP sudah lupa indentiti dirinya sendiri yang pernah mendakwa diri mereka sebagai perjuang demokrasi dalam negara ini?" kata Muhammad Najhan.

Pada hujung minggu lalu, badan tertinggi dalam membuat keputusan dalam parti Islam - muktamar atau perhimpunan agung - meluluskan resolusi menggesa majlis syura parti dan jawatankuasa pusat untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Memandangkan ini, Lim berkata dari segi politik PAS tidak kekal dalam kerajaan Pulau Pinang yang dipimpinnya, kerana beliau juga merupakan setiausaha agung DAP.

Ahli PAS menyandang lebih 1,000 jawatan dalam majlis dan agensi kerajaan Pulau Pinang.

Ini termasuk jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), di majlis perbandaran dan bandaraya dan dalalm jawatankuasa keselamatan (JKKK).

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man kini merupakan pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP), pengerusi Zakat Pulau Pinang dan ahli lembaga pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang dan Hab Halal Pulau Pinang.

Setakat ini, dua bekas pemimpin PAS, Mohamad Sabu dan Datuk Mujahid Yusof Rawa, telah mengumumkan hasrat mereka untuk melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri itu sebagai menghormati keputusan muktamar itu.

Muhammad Najhan juga menggesa ahli PAS menunggu majlis syura dan jawatankuasa pusat baru untuk memperinci dan memperhalusi keputusan yang dibuat di muktamar itu.

Katanya, PAS masih bersama Pakatan Rakyat, dan segala urusan kerajaan di Selangor hendaklah diteruskan seperti biasa demi kepentingan dan kepercayaan rakyat yang memberi mandat kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Parti PAS seharusnya diberi hak laluannya sendiri dan dan bebas untuk menentukan halatujunya tanpa terikat dengan mana-mana pihak, katanya sambil menambah: "Jangan ada pihak yang cuba untuk mencucuk hidung PAS agar mengikut segala karenah dan kehendak pihak lain khususnya DAP."
-mk


ULASAN GB

Keceluparan Dewan Ulama PAS Selangor memakan diri. Kini betul-belul Guan Eng sahut cabarannya supaya memecat ahli PAS yang memegang jawatan di dalam kerajaan Pulau Pinang.

Baru satu orang yang dipecat dari 1000 orang ahli PAS yang berkhidmat di bawah kerajaan Pulau Pinang, dan yang bermaruah sepatutnya meletakkan jawatannya secara sukarela.


Kata dah putus hubungan, tapi kenapa susah nak lepaskan jawatan?

Pada minggu lalu, Muktamar PAS kali ke-61 berlangsung dengan menyaksikan golongan pro Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang besar dalam pemilihan parti tersebut.

Kemenangan terbesar golongan yang dikenali sebagai pro ulama ini juga membuat satu resolusi mengatakan akan memutuskan hubungan mereka dengan DAP, tetapi kekal dalam Pakatan Rakyat (PR).

Ini macam sudah bercerai tapi masih hendak duduk serumah tidur sekatil.


Saya melihat hubungan “menage-a-trois” antara ketiga-tiga parti dalam PR ini sangat unik, memutuskan hubungan tetapi masih dalam satu kumpulan.

Beberapa ahli PAS yang tidak sebulu dengan golongan pro-ulama ini, seperti Mohamad Sabu, melepaskan jawatan sebagai seorang ahli lembaga pengarah di Perbadanan Air Pulau Pinang.

Pulau Pinang kini ditadbir oleh kerajaan yang diterajui oleh parti DAP, yang dipimpin sendiri oleh setiausaha agung parti itu sendiri, Lim Guan Eng.

Jika benarlah, begitu bencinya ahli PAS terhadap DAP, yang terus tegas dengan pendirian menolak undang-undang hudud, kenapa tidak reti-reti hendak letak jawatan secara terhormat?

Jika benar, resolusi memutuskan hubungan dengan DAP ini kerana parti DAP menolak dasar undang-undang hudud, kenapa demi lillahita'ala tak nak lepaskan jawatan?


Takkan hanya Mat Sabu sahaja yang berani buat macam tu?

Ada lebih 1,000 ahli PAS memegang jawatan dalam “payroll” kerajaan negeri Pulau Pinang.

Setakat ini, hanya 15 ahli jawatankuasa kampung tertentu mengemukakan surat peletakan jawatan mereka.

Kenapa yang lain tak nak lepaskan jawatan? Sebab seronok dapat kerusi empuk, pejabat mempunyai penyaman udara sambil main Facebook, hujung bulan dapat gaji, elaun itu dan ini?

Memanglah bukan DAP memiliki Pulau Pinang, tapi rakyat Pulau Pinang memilih PR sebagai pentadbir negeri tersebut, dengan DAP sebagai pemegang kerusi terbanyak.

Dalam kerajaan negeri yang ditadbir PAS sekarang ini, Kelantan, saya nak tanya, ada tak orang DAP pegang apa-apa jawatan dalam pentadbiran negeri?


Kalau ada, sepatutnya ahli itu melepaskan jawatannya sebagai satu bukti pendirian dalam berpolitik.

Kenapa bila main isu hudud sikit, semua jadi hilang akal, jadi gila, kemudian bila fikir bab pangkat, tak pula berfikir macam tu?

Macam ni ke parti Islam nak dijadikan sebagai contoh dalam berpolitik? –Mormy Nozwir/TMI




15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Lim Guan Eng !!!!!!

DAP tidak salah se sen pon.

PAS yang salah besar.

PAS ingat politik boleh di beri pada Orang Orang BODOH yang Hidup TIDAK BER FIKIR dan hanya BER HARAP....

Lebih baik PAS tutup se penuh nya , paling tidak buka kepada orang orang ROHINGYA yang lebih berani dan yakin masok jadi ahli PAS

Hadi Al Tolol sudah chabut senyap bagai BACUL

Serban saja besar tapi Otak Bahalol macam BIAWAK

Teringat pulak pada Mat Mongol , macam Abang Adik pulak

Tanpa Nama berkata...

Keluar DAP. berdiri atas kaki sendiri. Sebelum ni pun PAS bergerak solo.

http://bankami.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Pas da tinggal ASAP..

ASALKAN BUKAN PAS...

Abootarbus berkata...

Inilah parti jing kampong islang, patut pun tak nak menang pilehan raya..........nak enjoy gaji dan elaun je! Kita lihat pula diselangor......ding ayang nok letak jawatan tak? PR dah mati!

Malaysiabaru berkata...

Tahniah LGE we all salute you

Nampak gaya Lim dan azmin Ali adalah anak jantan!!!

Tinggal Nik abudoh yg kekal bodoh bersama mazlam gst di dunia ini

Kalau lim adalah jantan maka Abudoh adalah PONDAN !

Nik abudoh anak Nik ajis BAPOK ...
P.s letak jawatang laaa baru cool...

Anti Fitnah berkata...

Aku lebih suka kalau PAS jangan mengeluarkan hujah. Ini kerana hujah depa lagi nampak kurang cerdik, berpusing2 dan menegakkan benang yang basah.
Sekali lagi aku ingin ingatkan PAS bahawa yang menghulurkan tangan perpisahan ialah PAS sendiri. Cadangan ... apa itu cadangan kalau dah diluluskan tanpa bahas di dalam muktamar. Cadangan selepas diluluskan bukan lagi cadangan tapi ialah perlaksanaan.
Benar kata penulis. Adakah PAS Kelantan melantik ahli DAP dalam kerajaan PAS di Kelantan? Cuba jelaskan. Kalau ada, adakah depa dah letak jawatan? Kalau belum, barulah PAS hentam DAP. sambung ...

Unknown berkata...

Kah kah kah padan muka...kah kah kah

Tanpa Nama berkata...


Apa sudah jd

Sudah masuk bulan puasa mau sambut eidulFitri

Gara2 kakiFITNAH sibapakFITNAH..sgl2nya kinipunah ranah!

FITNAH..rosak..bodoh..tolol..gelap..RASUAH-songlap..walaon2 yg mampos2!!

..last2 masok jerat-LOBANG-semilu nak jerat Khinzir terTIKAM-sula diri sendiri!?



Mat Sabu tolong..

..tolong2 highlight kan bnyak2 kali lg..


Mat Sabu wajib slalu bangkitkan jenis2 "AKIDAN" ini..

--AKIDAH-auta
--AKIDAH-putar
--AKIDAH-gelap
--AKIDAH-U-turn
--AKIDAH-Esos-BALAK
--AKIDAH-LANGGARjanji
--AKIDAH-ponteng-engkar-AMANAH
--AKIDAH-kakiFITNAH

..kumpulkan semua ulamak donia trmasuk Qardhawi..Mat Sabu wajib tanya apa jenisnya mnusia kakiFITNAH ini?

++ Adakah AKIDAH-kakiFITNAH ini trgolong dlm kalangan org2 ygSESAT?

++ Dan..adakah AKIDAH-kakiFITNAH ini trgolong dikalangan org yg MURTAD??

++ ATAU..AKIDAH-kakiFITNAH trgolong dua2 skali sbg AKIDAH-ygSESAT & AKIDAH-ygMURTAD???


GB..
..tolong cari jwpan-Nas yg pasti, agar tak kliru dgn akidah ygSESAT MURTAD itu!

Tanpa Nama berkata...

Sangat memalukan.lepas fitnah dap masih gila jawatan lagi.sekarang geng ularmak ni nak saman pula.nampak sangat puak ni jenis muka tebal tiada maruah dan gila jawatan.masa merengek d muktamar puak ularmak angkuh dan ego.

Tanpa Nama berkata...

Memang padan dengan muka pimpinan PAS, bengongnya dalam berpolitik bukan kepalang. Amikkau!!!

Tanpa Nama berkata...

Biarlah puak sarban terjun dgn labu labu nyer..kalu bole jgn timbul smpi kiamat..

Tanpa Nama berkata...



.

Bila ketua kena pecat yang bawah apa lagi tunggu? Wala jangan tak wala. Sekurang-kurang nya letak jawatan lah sebagai protes.

PAS kata kerajaan bersama. Kat Selangor, PAS memandai-mandai tentukan sendiri siapa layak jadi MB. Berpakat lagi dengan UMNO.Adakah Kerajaan Kelantan Kerajaan PAS atau Kerajaan PR? Sebab masa Praya berkibar jugak bendera PKR dan DAP.

Yang kita kata UMNO BN tidak tahu membezakan antara parti dengan kerajaan ialah duit rakyat di guna untuk kempen pru dan untuk majlis yang di anjur oleh parti. Lagi terperangkap PAS kalau guna hujah parti dan kerajaan berbeza. Kerana ini memberi kuasa penuh kepada LGE untuk melantik dan memecat sesiapa saja. PAS dapat jawatan atas sebab parti. Jika LGE tidak lantik PAS memegang jawatan tersebut tentu mereka akan kaitkan dengan parti. Ini dah lain pulak kerajaan Pulau Pinang tak ada kena mengena dengan parti.

Semasa pemillihan Hj Hadi kata nak yang sokong DAP atau sokong ulamak. Bukan kah tidak memutus hubungan dan tidak meletak jawatan bererti sokong DAP? Pro profesional kalah kerana di katakan pro DAP tapi sekarang siapa yang terhegeh-hegeh dengan DAP? Jangan jadi munafik.

Pejuang demokrasi, tapi bila DAP tidak setuju bentang hudud tak pulak kata DAP pejuang demokrasi. Demokrasi ke Komunis ke penyamun ke tak kira apa lah kita sebut, yang penting ada kerjasama.

Selagi PAS menyerah diri pada DAP dan tidak berani memutuskan hubungan dengan DAP, bererti selama itu lah PAS kena cucuk hidung!


Kepada Allah kita kembalikan.


Tanpa Nama berkata...

Berita terbaru!!! Dah kena pecat dan skang tengah timbang nak saman kerajaan Penang. Hahaha.. apalah nak jadi geng ULARMAK neh.. lapor duit rupenya... kahkahkak

Tanpa Nama berkata...

presideng pas harus bertanggungjawab keatas kemelut ini. bila lg presideng nak melaksanakan amanah sbg ketua tertinggi. jawatan nak tp tanggung jawab tak nak pikul

Tanpa Nama berkata...

muka hadi dah macam cencorot apa nak dikata silap kita orang bawah yang merana.