18 Mei 2015

Selepas Serang LKS, Pro-UMNO Dalam PAS Serang Ust. Ahmad Awang


Setelah menyerang Penasihat DAP, Lim Kit Siang, yang memberikan ceramahnya di Kota Bharu beberapa hari lepas, kini golongan pro-UMNO di dalam PAS melakukan serangannya ke atas calon Presiden Ustaz Ahmad Awang yang mencabar Haji Abd Hadi Awang.

Berikut disertakan beberapa printscreen terhadap penhinaan golongan pro-UMNO terhadap Ustaz Ahmad Awang, sehingga ada yang menggelarnya "syaitan", "syiah", malah ada seorang Peserujaya PAS Negeri "berharap" agar Ustaz Ahmad Awang tidak mati di dalam "suul-khatimah".


Selain dari itu, keluar pula kenyataan Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Ulama Pas Kelantan, Mohd Asri Daud berkata, yang menyatakan jawatan Presiden tidak boleh dicabar.

Beliau meletakkan Haji Hadi di "peringkat yang tidak melakukan dosa dengan sengaja", dalam istilah lain - "maksum".

"dalam ilmu Harakah Islamiyyah (HI) terdapat susunan dan tertib anggota yang diambil kira dalam pelantikan kepimpinan tertinggi di mana hanya Ustaz Mursyid yang sewajibnya memegang amanah sebagai khalifah."

Tambahnya, sebagai contoh Syeikh Said Hawwa yang menamakannya dengan Wali Mursyid mempunyai pandangan dan gerak kerjanya diterima di peringkat dunia dan dia turut memimpin HI di peringkat dunia.

“Dari sudut amalan dan rohani pula, dia telah mencapai tahap tidak melakukan dosa dengan sengaja, ternyata muwasofat ini ada pada Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memimpin Pas sebagai HI di Malaysia ketika ini,”

Serangan ke atas Ustaz Ahmad Awang kemudiannya diteruskan oleh calon Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengkritik tindakan Ustaz Ahmad Awang menerima pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden sebagai "seolah-olah melanggar tradisi PAS". Peliknya beliau sendiri sebelum ini "menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden sebelum menerima sebarang pencalonan lagi". Itu tradisi PASkah? Itu tradisi orang beragamakah?

Apa yang ditulis oleh Mohd Asri Daud dan apa yang dinyatakan oleh Tuan Ibrahim nampaknya telah melampaui Perlembagaan PAS sendiri.

Fasal 25(2) Perlembagaan PAS menyatakan :

Presiden, Timbalan Presiden dan tiga orang Naib Presiden hendaklah dipilih dan dilantik akan dia oleh Muktamar Tahunan PAS pada tiap-tiap dua tahun daripada ahli-ahli PAS atau dengan apa-apa cara jua yang dipersetujui oleh Muktamar Tahunan PAS itu.

Oleh itu tidak sepatutnya timbul sebarang pertikaian dan halangan untuk Ustaz Ahmad Awang bertanding jawatan Presiden.

Jika ada mana-mana pemimpin atau ahli PAS yang mempertikaikan keputusan Ustaz Ahmad Awang menerima pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden maka ternyata suara-suara itulah yang bertentangan dengan Perlembagaan PAS dan sepatutnya dikenakan tindakan disiplin..

Nampaknya golongan pro-UMNO dalam PAS terus meroyan apabila seorang yang berstatus "ulama" memwakili golongan progresif tampil menawar diri bertanding jawatan Presiden. Seolah-olah mereka tidak mengakui Ahmad Awang seorang ulama, hanya mereka saja yang layak bergelar ulama.

Golongan pro-UMNO ini juga mendapat sokongan padu dari dua akhbar UMNO yang terkemuka, Utusan Malaysia dan Berita Harian yang turut menyerang dan memfitnah Ustaz Ahmad Awang kononnya dikatakan ada pihak luar yang mendalangi Ustaz Ahmad Awang.



Teringat kita kata-kata Allahyarham TG Fadzil Mohd Noor ynag menyatakan bahawa "apabila musuh menyokong kita, ada sesuatu yang tak kena!".

17 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

RM1BILLION MENANTI PUAK UG JIKA DAP HANCUR DAN PAKATAN RAKYAT AMNYA HANCUR

TUGAS MUNAFIK DI SERAH KPD NIK ABUDOH DIN AYAM DAN TONTONTVI

'arwah nik ajis tak pernah suruh kita membenci umno' nik abduh nik Aziz

'ularmak dan penyamun' berkerjasama untuk sebuah negara 'malaysiabaru'

Tanpa Nama berkata...

Geng ug mana sedar... Depa tu wala kpd ulamak maksum depa.., ulamak depa lo ni dok sokong najib... Sy cadangkan lepas ni pas xpyh bertanding dah,... Sbb pas dah boleh serah negra kpd anjib... Sbb najib kan adil sebagaiman yg hadi ckp ari tu... Xpyh abis pitih ... Semua geng pas boleh balik tido... Negara dah selamat utk amno dan anjib rompak duit rakya... Pas yg ku sangka akan bela rakyat rupanya pengkhianat bersama adi awe,..

Tanpa Nama berkata...

Masih Ada yg tak sedar lgi didlm pemimpin pas.pesanan al mar ufn d al mar tgna.

Tanpa Nama berkata...

Hj Hadi kalau menang sekalipun imej PAS sudah tercemar buruk kerana ber "Presiden" ulamak pemfitnah dan pembohong.

Cara golongan pro ulamak ini berkempen utk pemilihan muktamar kali ini sgt memualkan. Suka label melabel org yg tak sependapat, caci mencaci sesama jemaah dan memfitnah sesama ahli. Akhlak serupa dajjal begini tak mengambarkan akhlak ulamak yg sebenar.

Hakikatnya, rakyat melihat Hj Hadi = Najib. Dua2 pemimpin ini mmg takde harga diri. Gila kuasa!

otoote berkata...

masa PKR nak buang TSKI...TGHA bermatian sokong Khalid....mssa UMNO mula pertikai Najib...Hadi pi sokong Najib...Haron Din lg seconded....
errrr.....hebat tactical moves 'ulamak2 Pas'...
adakah anak menantu dibelai musoh menyebabkan serban2 terburai??...

Tanpa Nama berkata...

Bukan sahaja serbanya terburai tapi dalam jubah penuh dengan najis,keluar baunya tetapi golongan wala kata itu bau pewangi.keliaru habis penyokong bawahan mengenai peminpin tertinggi dalamk Pas./pegi mampus dengan pas,aku dah benci peminpin Pas,

Anti Fitnah berkata...

Apabila kita mengangkat seseorang itu menjadi maksum terutama pada waktu muktakhir, sudah pasti kita wajib berhati-hati kerana khuatir kita akan tersesat dan akhirnya akan menyesal di akhirat nanti.
Maksum hanya untuk para anbia sahaja. Yang ada kini bukan maksum dari konteks Islam tapi maksum dari konteks Melayunya. Pemimpin Melayu tak boleh ditegur termasuk para Sultan. Nanti akan dikenakan akta zalim. Apabila Melayu sendiri dah tak boleh membezakan antara Melayu dan Islam? Mungkinkah kita nak berharap orang bukan Islam boleh membezakannya.
Apabila kita menegur pemimpin Melayu, depa akan kata kita menghina Melayu dan yang paling merbahaya, depa akan kata kita menghina Islam. Tuan Guru Haji Hadi adalah manusia biasa yang masih perlu makan minum dan beraknya pun busuk juga. Bezanya antara kita dengan dia ialah mungkin ilmu agamanya tinggi.
Tapi ... Tapi ... Tapi ... adakah tindakan dan pertuturannya mencerminkan kehebatan yang ada pada dirinya? Mungkinkah TGHH patut bertugas sebagai seorang guru agama sahaja daripada menjadi seorang politik? Jangan mengkhianati amanah dan janji seandainya kita benar-benar seorang yang tinggi ilmu agamanya.

Unknown berkata...

Tak tercapai oleh akal ku...ini pas kah...atau penganti pada al-arqam...org bawahan hidup sederhana tapi pemimpin berkereta mewah,,,jangan terlampau taksub pada pemimpin, jangan di julang terlalu tinggi nanti tergelincir, akan turut menghempap orang yang menjulang,,sokong gunakan akal bukan main sondol,, ilmu dan sijil yang tinggi tiada nilainya berbanding akhlak yang terpuji,,,

Tanpa Nama berkata...

Ulamak yg sabenar nya x jual air jampi.....x buat keset ambil royalti......

sb dehlawi berkata...

hancur pas dpt kepada ulama yg perangai macam setan

air gunung berkata...

Bro gb.
adoiiiiiiiiiiiii..
aku doh tak reti nak ckp ape..
kah kah kah kah kah kah.
apa dah jadi dgn ahli PAS sekarang?
mana ilmu ustz2nya...

Tanpa Nama berkata...

Guna undang2 mana ni presiden tak boleh dicabar? Undang2 negara zimbabwae ker?

Kes fitnah pil kuda dah settle ker belum?

Tanpa Nama berkata...

Melihat ustaz AA, aku rasa lebih konfiden dan lebih dipercayai. Tgk HA.. Ermpp.. Tak konfiden langsung.. Nak percaya? Jauhh bohhh...tp. Tu ler..geng2 UG ni berselirat kat PAS skang..aku berdoa malaun2 ni kalah!

Tanpa Nama berkata...

Orang yg mngaku punya ilmu agama tp tak mnghayati dan amalkan ilmunya itulah mudah terjerumus kepada talbis iblis...mereka ni bkn proulama..tp prohadi

Tanpa Nama berkata...

Walaupun Pas mahu bersama dgn UMNO utk wujudkan Hudud "but it will be without a soul". To police the followers lives, more religions "little Napoleans", a religious society of distrust amongst themselves, sagregating people of other faiths & less progressive, in the Name of God...

Tanpa Nama berkata...

.

Ha Ha Ha.

Mereka pro ulamak ala ala umno telah berkerja keras untuk mendapatkan pencalunan yang banyak. Dan dengan pertolongan dan dengan izin Allah jumlah yang banyak tersebut akan berkurangan dan baki nya cukup cukup untuk Hj Hadi di lantik menjadi Presiden. ini lah yang di gerun
oleh pro ulamak ala ala umno.

Kalau tidak masakan sampai tahap itu pro ulamak ala ala umno mengeluarkan rasa takut pada Ahmad Awang.

Round 2
Hj Hadi kalah! Ahmad Awang menang! Hooorey !

Masa pencalunan kenapa tak bagi tahu PAS Kawasan tak boleh calunkan nama lain selain Hj Hadi. Taaakut lah tu! Di ingat kan ini jawatan Presiden tidak perlukan darah dan keturunan seperti Raja untuk di lantik menjadi Sultan.

Belajar lah dari Ibrahim Pendek dalam filem Ali Baba. Pro Ulamak ala ala umno kena buat buah dadu angka 'satu' tak ada. Ganti dengan 'ehhem!'

Apa lah nak di heran sekira nya pro Ulamak tidak ikut Perlembangaan PAS, Al Quran pun tah mana pergi nya. Sebenci benci kita pada Hj Hadi Hassan Ali Nasharudin Rosmah Najib Ahmad Maslan tak pernah kita secara sengaja atau tak sengaja harapkan dia orang mati dalam keadaan aib atau ngeri.

Kalau dah dosa, apa lagi dosa sesama manusia samada sengaja atau tak sengaja, dosa adalah dosa. Kalau ada tafsiran 'tidak melakukan dosa dengan sengaja' bererti orang yang melakukannya dalam keadaan 'tidak sedar' Siapakah orang yang 'tidak sedar' ini? Dalam berdoa 'Ya Allah Kau ampun kan lah dosa dosa dan kesalahan ku samada yang sengaja atau tak sengaja' Makna nya tak terlepas jugak!

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

selamat tinggal PAS

PAS bukan islam dan islam bukan PAS

PAS hanyalah sebuah kapal yg sedang dikemudi oleh nakhoda yg mabuk cinta dgn lanun di laut, dgn awak2 yg buta tuli pekak.

selamatkan diri anda dpd karam.

yg pro syiah iran laknat ialah hadi.