16 Mei 2015

Najib Semakin Sugul, Isu 1MDB Bakal Menjatuhkannya...


Kenapa Najib Semakin Tak Ceria?

Beberapa rakan menyampaikan perkhabaran bahawa Perdana Menteri, Najib Razak seperti tidak ceria lagi sejak kebelakangan ini. Wajahnya dikatakan nampak kusut, keruh dan seolah-olah tidak gembira seperti selalunya.

Pada majlis makan malam bersama media semalam, Najib dilihat jelas tidak gembira sedangkan di keraian seumpama itu beliau sepatutnya berwajah ceria kerana semua penyokong dan pengampunya berkumpul sebagai tanda setia dan ingin terus bersamanya.

Tetapi ramai yang membawa berita di majlis itu Najib tidak segembira seperti biasa.

Begitu juga pada sebelah siangnya, ketika melancarkan Institut Wasatiyah di Putrajaya, Najib turut dikesan tidak mempamerkan wajah ceria dan gembiranya.

Ada tetamu yang biasa bersama dan berbual dengannya sebelum ini jelas dapat merasakan ada perubahan pada wajah dan air muka Najib di majlis itu. Walaupun beliau cuba melayan dan berbual dengan tetamu sebagaimana biasa, namun kelainan pada wajahnya tidak dapat disembunyikan.

Beberapa tetamu kemudian berbual sesama sendiri dan meluahkan kehairanan dengan perubahan pada Perdana Menteri sejak kebelakangan ini.

Ada juga yang melihat Najib sekarang ini turut kelihatan agak cengkung, sedikit kurus dan seolah-olah sudah hilang semangat.

Kenapakah semua ini terjadi? Apakah yang merunsing dan membebankan Najib sebenarnya?

Adakah ia berkaitan 1MDB yang tidak habis-habis terdedah kepada umum mengenai caca-marbanya? Apakah beliau kini sudah mulai bosan dengan masalah yang timbul dalam syarikat itu yang dikaitkan dengan Jho Low dan ahli keluarganya tetapi beliau yang terpaksa menanggung bebannya?

Adakah kerunsingan dan wajah tidak ceria itu kerana sedang menunggu apakah lagi serangan dan kritikan daripada Tun Mahathir kepadanya selepas ini?

Tetapi jika beban serangan Tun Mahathir yang dirunsing dan dirisaukannya, bukankah beliau sudah berikrar tidak akan menyerah dan akan terus melawan?

Lebih dari itu, bukankah baru-baru ini juga Najib sudah turun ke Tawau dengan disambut meriah kira-kira 40 ribu akar umbi keturunannya kerana di daerah itulah sebetulnya warga Bugis paling ramai menetap di negara ini?

Tidakkah sepatutnya, selepas bertemu dengan mereka yang sejenis darah dengannya dan kemudian menyatakan tidak akan menyerah serta akan terus melawan bagi mengekalkan jawatannya, Najib seharusnya berwajah lebih ceria dan bersemangat kerana sudah mendapat sokongan moral yang sangat bermakna?

Apakah keceriaan yang sudah hilang itu kerana Najib kini semakin menyedari hayat politiknya kian pendek berikutan serangan berterusan daripada Tun Mahathir ini bukan saja membuatkan rakyat semakin menjauhinya, bahkan sudah ada pemimpin UMNO sendiri yang goyang pendiriannya?

Apakah juga Najib kini semakin menginsafi bahawa kerana karenah sesetengah ahli keluarganya dalam isu 1MDB yang terus berlarutan ini turut membuatkan hubungannnya mulai renggang dengan adik-beradiknya sendiri?

Setelah adik-beradiknya sebelum ini membantah kaitan perbelanjaan mewah keluarga Najib dengan kekayaan warisan Tun Razak, semalam adik bongsunya, Nazir bersuara lagi dengan menyarankan Lembaga Pengarah 1MDB sepatutnya meletakkan jawatan kerana sering berdiam diri di sebalik kemelut yang berterusan.

Tidak dinafikan ia adalah sindiran kepada Najib yang menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat syarikat pelaburan yang sedang bermasalah dan dikritik rakyat itu.

Akhirnya, mungkinkah keceriaan yang hilang ini merupakan tanda-tanda Najib semakin tak tertanggung dengan beban yang dipikulnya sekarang dan bakal membuat pilihan tidak lama lagi kerana sedar mengharapkan Tun Mahathir berhenti daripada menyerang dan mengkritiknya adalah mustahil sama sekali? -shahbudindotcom


'Kami tolong PM, tapi dia kena perbetul 1MDB'

Seorang pemimpin Umno mendedahkan bahawa anggota Majlis Tertingi (MT) semalam menyatakan kebimbangan terhadap kontroversi 1MDB dan isu pembelian tanah syarikat itu oleh Tabung Haji.

“Kami sokong perdana menteri, tetapi kami juga mahu beliau menyelesaikan masalah dalam 1MDB,” kata Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

“Kami beri pandangan kepada bos supaya dana awam tidak digunakan untuk 1MDB.

“Kebanyakan kami juga tidak setuju Tabung Haji beli tanah (daripada 1MDB) kerana ia dorong tanggapan buruk terhadap kerajaan dan wang haji.

“Bagaimanapun oleh kerana Tabung Haji setuju jual tanah itu, isunya telah selesai,” katanya kepada Malaysiakini.

Anggota MT dan timbalan menteri itu juga berkata tiada pertengkaran dan perbincangan berjalan dengan baik.

“Suasananya bagus. Kamu tidak bolehlah harap kami diam membisu sepanjang mesyuarat, kamu suarakan pandangan dan cadangan,” tambahnya.

Tajuddin juga melihat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menentang 1MDB.

“Muhyiddin juga mahu 1MDB berjaya,” katanya.

“Tiada siapa tentang 1MDB, kami tidak tolak 1MDB. Kami mahu GLC (syarikat berkaitan kerajaan) cemerlang.

”Kami mahu perkara ini selesai segera,tetapi kami tidak beri tarikh akhir,” katanya.
-mk


ULASAN GB

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

GB dapat merasakan ada semacam satu "deal" yang berlaku di antara Najib-Muhyiddin apabila ada pihak sebelum ini mendakwa ada pertemuan sulit di Milan yang merancang untuk menggulingkan Najib. Terdapat penafian oleh Menteri Peancongan mengenainya tetapi penafiannya macam tidak terlalu kukoh. Yang turut serta di dalam pertemuan itu ialah Daim Zainuddin. Dan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang rapat dengan Daim Zainuddin telah membuat spekulasi di dalam blognya bahawa Majlis Tertinggi UMNO akan menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Apakah agaknya "deal" diantara Najib-Muhyiddin? Apakah Najib meminta sepenggal lagi sepertimana Pak Lah dulu meminta kepada Najib sewaktu kumpulan Najib mengasak Pak Lah untuk turun?

GB bersetuju dengan pandangan Timbalan Presiden PAS, Hj Mohammad Sabu bahawa Najib sepatutnya membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum dijalankan dan perdana menteri itu mendapatkan mandat baru daripada rakyat. Ini kerana Najib menyatakan beliau mendapat sokongan dari rakyat dan ahli UMNO untuk terus menjadi Perdana Menteri. Beranikah Najib bubarkan parlimen lebih awal? Takkan berlaku begitu kerana masing-masing sudah sedia maklum siapa Najib...

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Najib akan terus pertahankan GST - Gemok Serta Takbur. Tanpa watak seperti rosmah, dgn serangan spt yg dilakukan mahathir, sudah lama Najib angkat bungkus. To me it's good to have him the PM until GE 14. We will have rounds and rounds of bullets.

Tanpa Nama berkata...

Mengharapkan DSAI yg kini di penjara mendoakan agar Najib selamat...
Tapi Najib yg bebas kena juga doakan DSAI yg terpenjara.... baru adil..

Tanpa Nama berkata...

Sendiri Buat sendiri tanggung le.berani Bersumpah Laknat dh nampak Allah swt tunjukan.Makan diri nampaknye

Ridd berkata...

Apa punya pemimpin..... kau nak tolong orang yang dah menyamun. Agak2 lah nak bodek pun. Macam ni punya pemimpin kayu pun wujud. Kau tak faham ke duit dah lebur.

sebagai srorang pemimpin sepatutnya nasihatkan Memanda Menteri letak jawatan bukannya nak tolong dia perbetulkan nampak sangat kau tak kisah dengan Sengsara Rakyat. Macam mana orang bokeh undi orang macam kau ni.

Tanpa Nama berkata...

Dah lama PR cakap isu tapi tak jadi apa. Kenapa dr. M cakap baru ada sokongan dalam umnu. Nampak sangat perebutan kuasa itu jer.

Tanpa Nama berkata...

Bodek Najib untuk dapat kelulusan pembentangan hukum hudud dalam Parlimen, itu saja.

Tapi pemimpin UMNO Baru lebih bijak dan cekap dari Hadi Awang. Mereka peralatkan kelemahan PAS itu dengan mendesak agar Hadi menghuru-harakan Pakatan Rakyat.

Tindakan itu sudah pun bermula dan kita telah saksikan bagaimana sikap Hadi dalam Pakatan Rakyat. Cakap tak serupa bikin. U-turn dan berbohong.

Sebenarnya PKR dan DAP juga bukan buta dan pekak untuk menilai perangai Hadi Awang sebagai talam dua muka.... Ketika ini kedua-dua parti itu bersikap sederhana dan separuh mengalah dalam menangani setiap tindakan Hadi dan kuncu-kuncunya.

Mungkn kerana sikap itu segelintir peimpin PAS berasa mereka adalah dominan. Lain-lain parti mesti dengar dan ikut apa yang PAS mahu....?

Harus diingat, jika perwakilan PAS yang akan hadir dalam muktamar PAS ke 61 di Kuala Selangor tidak peduli akan mufakat dalam Pakatan Rakyat maka perubahan yang yang bakal berlaku dalam pemilihan parti pada Jun nanti, akan menjadikan parti PAS sebagai parti lebai malang.

Segala keburukan kumpulan pro ulamak sudah diketahui umum. Tambahan pula jika Hadi Awang kekal sebagai presiden parti.

Pengundi diseluruh negara akan ketawa besar jika ada ahli PAS mengatakan tanpa PAS dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP akan kalah....

Dalam fikiran pengundi....lebai dalam PAS telah dikesan sememangnya bodoh dalam urusan ekonomi kerana keutamaan hukum hudud yang dibawa oleh PAS tidak boleh beli barang keperluan dan membayar GST.

Tanpa Nama berkata...

PM....Pembohong Malaysia
PM.....Penipu Malaysia
PM.....Penyangak Malaysia
PM.....Pembelit Malaysia
PM.....PEMIUTANG MALAYSIA

Tanpa Nama berkata...

.

Jika Najib nak hilangkan sugul dan gembira sesekali main lah game.

Sekarang ada game terbaru. Tembak Maslan 3.85 memang berkesan untuk lepaskan geram.

Tanpa Nama berkata...

:


Apa khabar PM pagi ahad ini?

Masih sugul lagi kah?

Sebenarnya kalau nak tumbang kan Najib atau mengharapkan Najib letak jawatan, PR dan Tun Mahathir tak perlu buat apa-apa pun sebab masalah hutang dan 1MDB ini dengan sendiri dah cukup berat untuk Najib untuk menanggungnya.

Najib tak penting sepertimana pentingnya masa depan negara. Kerana itu pemimpin politik dan agama kena desak Najib berundur.

Tanpa Nama berkata...

Mulut kita blh katakan seribu - satu macam tetapi riak muka akan mengatakan kebenaran. Apabila di alam kubur kelak semua anggota badan akn jadi saksi kecuali mulut. Sebab itulah apabila nak menentukan seseorg kita blh lihat dari rupa luaran kerana sesungguhnya rupa luaran seseorg tidak akn sesekali berbohong seperti mana mulut kita blh berbohong. Inilah hebatnya ciptaan allah swt. Wallahualam