12 Apr 2015

Bersyukur & Menafaatkan Pakatan Sebagai Pertolongan Allah - Ahmad Awang


Ramai sahabat-sahabat yang menyatakan perasaan kecewa dan sedih mereka kepada saya, melihat gelagat beberapa pimpinan PAS yang menunjukkan sikap tidak menghargai dan bersyukur atas kewujudan Pakatan Rakyat. Samaada mereka mempunyai wawasan masa depan politik yang begitu terbantut atau agenda tersendiri yang masih belum didedahkan hanya Allah yang Mengentahui.

Kata-kata seperti “PAS mampu bersendirian”, “Putrajaya bukan matlamat kami”, “Sokongan bukan Islam tak penting” dan sebagainya adalah sangat-sangat bercanggah dengan wawasan pimpinan terdahulu.

KENANGAN ZAMAN DAHULU

Saya masih ingat pada tahun-tahun 80an semasa PAS mempunyai kekuatan hanya di pantai Timur, khususnya di Kelantan dan Terengganu, pada ketika itu, semua pimpinan berusaha memikirkan kaedah untuk memperluaskan pengaruh PAS supaya melangkaui kawasan pantai timur ini.

Pada ketika itu PAS sebagai parti yang tersisih dari politik arus perdana negara dan dianggap parti yang mempunyai sokongan hanya di kawasan Pantai Timur dan kawasan terhad di Kedah dan Perak. Maka pimpinan dan keseluruhan ahli-ahli PAS berusaha sambil berdoa agar ruang pengaruh PAS dapat diperluaskan.

Didoakan semoga Allah bantu PAS supaya dapat maju ke depan, memperluaskan ruang pengaruh dan sokongannya, bukan sekadar di Pantai Timur sahaja tetapi juga di Pantai Barat. Begitu juga, bukan sekdar di kampung-kampung tetapi juga di bandar raya dan bukan sekadar di kalangan orang Islam sahaja tetapi juga di kalangan yang bukan Islam.

Pada ketika itu, pimpinan di semua peringkat bertungkus lumus berusaha mengatasi prejudis dan gambaran negatif yang tersebar luas terhadap PAS di kalangan masyarakat, khususnya yang bukan Islam. Maka diusahakan pembentukan "Chinese Consultative Council" atau "CCC".

Nak cari orang Cina yang sanggup hadir program PAS pada ketika itu cukup sukar walau pun bersama CCC. Pada masa itu beberapa orang suadara baru dari kaum Cina ikut mendekatkan PAS dengan masyarakat Cina. Di antara mereka yang saya masih ingat ialah Kamal Koh, Ridzuan Daniel Onn dan Ali Abdullah.

Kemudian semasa PAS menubuhkan lajnah antara kaum pada tahun 90an seorang saudara baru yang sangat kuat membantu saya di Perak semasa menjadi PJ ialah Faizal Tan(Allahyarham) dan kemudian datang lagi seorang saudara baru membantu saya di pusat semasa saya menjadi ketua penerangan ialah saudara Ann Wang Seng Abdullah.

DATANGNYA PERTOLONGAN ALLAH?

Saya yakin, dengan doa dan usaha ahli dan pimpinan, yang merupakan gandingan ulama, profesional dan aktivis, Allah hasilkan perpecahan Umno pada 1987 dan Semangat 46 terbentuk. Pimpinan PAS bertindak bijaksana, menyedari ianya bantuan dari Allah, mengadakan Tahaluf dengan S46 dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan pada pilihan raya 1990, Kelantan dimenangi kembali selepas 14 tahun di bawah Barisan Nasional.

Sepuluh tahun kemudian, pada 1998 Allah memberi pertolongan kepada PAS sekali lagi dengan perpecahan Umno buat kali kedua. Barisan Alternatif (BA ) terbentuk dan Terengganu pula dimenangi PAS sambil Kelantan tetap berjaya dipertahankan pada PRU 1999. Pada ketika itu, imej PAS yang bekerjasama rapat dengan DAP dan Keadilan mula berjaya diperbaiki di kalangan "mayarakat selain dari ahli PAS". PAS dilihat adil membela semua golongan yang dizalimi.

Malangnya pada 2004, atas sebab Umno/BN bersatu kembali melalui kepimpinan barunya ia itu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan DAP meninggalkan BA maka Terengganu terlepas kembali kepada BN dan PAS hilang kembali kerusi-kerusi yang dimenangi di Selangor dan Perak. PAS pun dapat bertahan di Kelantan dengan majoriti kerusi yang minima. Namun, kemenangan cemerlang Umno/BN yang dicapai pada 2004 hanya sementara.

PERPECAHAN UMNO DITERUSKAN

Hasil perpecahan Umno yang berterusan, dan pendekatan serta strategi bijaksana PAS, dengan diperkenalkan cogan-kata “PAS for all”, dan kegagalan Pak Lah untuk melaksanakan apa yang dijanjikannya melalui slogan Islam Hadharinya maka PAS, PKR dan DAP terus mara di arena politik tanah air. PR terbentuk selepas PRU 2008 hasil pencapaian cemerlang dalam pilihan raya tersebut dan Kedah, Selangor, Perak, Pulau Pinang dapat dirampas dari BN sambil Kelantan terus berjaya dipertahankan dengan cemerlangnya.

Kejayaan demi kejayaan yang diperolehi PAS, melalui pilihan raya yang disertainya selama ini, adalah hasil dari doa dan usaha gigih pimpinan dan ahlinya, serta kemampuan mereka untuk mengenali dan memanfaatkan bantuan yang Allah berikan sepanjang perjuangan mereka.

Maka PAS mencapai apa yang diinginkan dan diusahakan selama ini. PAS menjadi sebuah parti politik yang dilihat releven semua kaum, berada di tengah-tengah arus perdana politik negara, membicarakan masalah rakyat dan ummah sambil membela semua yang teraniaya, samada Islam atau bukan Islam.

PAS menjadi parti yang punyai daya penarik terhadap seluruh rakyat dan tidak lagi dilihat sebagai parti terpencil dan tidak releven. Kebersamaan PAS dengan rakyat dalam usaha menangani masalah rakyat semakin menonjol tanpa mengabaikan persoalan-persoalan Islam dan ummah yang menjadi dasar perjuangannya.

Justeru itu, bagi saya, pembentukan PR adalah sebenarnya satu pertolongan dari Allah yang jelas dan nyata. Ianya terhasil dari perpecahan yang Allah cetuskan di kalangan pimpinan Umno dan BN.
Ianya satu gabungan yang suatu ketika dahulu dianggap tidak masuk akal tetapi tetap dijayakan Allah juga hasil kebijaksanaan dan usaha gigih serta doa pimpinan dan ahli-ahli PAS. Ianya juga hasil dari doa rakyat jelata yang ingin terlepas dari kesempitan yang dihasilkan kezaliman Umno.

PERUBAHAN SIKAP SECARA MENGEJUT

Malangnya secara tiba-tiba saya dan ramai pendokong PAS melihat ada pihak yang tidak menghargai dan mensyukuri pertolongan yang Allah berikan ini walaupun kebaikannya dizahirkan Allah melalui keputusan PRU, penerimaan orang bukan Islam terhadap PAS, pembentukan dan pengukuhan DHPP, pembentukan kerajaan PR di beberapa negeri dan bermacam-macam lagi.

Mereka bagaikan tidak mengenalinya sebagai pertolongan dari Allah dan sebaliknya mendakwa ianya pengkhianatan terhadap perjuangan Islam! Segala pencapaian yang disasarkan dan dicapai melalui PR tiba-tiba dilihat sebagai tidak berharga dan bernilai dan dianggap sebagai kelemahan yang membawa kerosakan aqidah.

PERLU WAHYU MENGESAHKAN?

Tiada wahyu yang akan turun untuk menyelamatkan PAS dari kesimpulan yang negatif ini sepertimana turunnya wahyu membetulkan sikap beberapa sahabat selepas ditanda-tangani perjanjian Hudaibiyyah. Dan sebenarnya wahyu baru tidak diperlukan lagi kerana Al-Quran lengkap dan sempurna.

Hanya yang diperlukan adalah untuk dibuka mata untuk melihat dan dibuka minda untuk berfikir dan dibuka hati untuk bersikap adil dan ikhlas. Jangan ada di antara kita yang menjadi seperti golongan Bani Israel yang diturunkan Al-manna was-Salwa kepada mereka tetapi mereka meminta pula diberikan kepada mereka tumbuhan-tumbuhan dari bumi seperti bawang, gandum, sayur-sayuran dan sebagainya!

Jangan kita bersikap seperti kaum Bani Israel yang Allah kisahkan itu yang inginkan bantuan dalam bentuk yang mereka inginkan sahaja, sambil kufur dan engkar terhadap cara yang Allah berikan.

Amat meleset sekali kalau kita bersikap, PR adalah satu kesilapan dan penyelewengan dari dasar PAS. Ini membawa erti kita menafikan usaha-usaha serta ijtihad pimpinan terdahulu. Sambil itu kita tidak bersyukur ke atas pertolongan yang Allah berikan sehingga PAS mencapai status sepertimana yang tercapai hari ini. Sebaliknya kita wajar teruskan dan bina di atas apa yang dibina mereka yang terdahulu dari kita.

PAS mula diterima semua

Kepercayaan rakyat jelata termasuk yang bukan Islam terhadap PAS bertambah tahun demi tahun sejak 1998 dan memuncak pada 2012. Imej almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin untuk seluruh rakyat semakin kukuh dan beliau dipuji semua kecuali BN (yang hanya memberi pujian setelah beliau kembali mengadap Allah). Adakah ianya kerana TGNA "tunduk pada DAP"? Sudah pasti tidak!

Pada masa yang sama, hubungan di antara PAS dan DAP menjadi begitu rapat sehingga DAP sanggup menggunakan lambang PAS sekiranya perlu pada PRU 2013 ia itu sekiranya parti DAP digantung atau dibatalkan pendaftarannya sebelum PRU ke 13.

Ke mana perginya hubungan yang sebegitu rapat pada masa ini? Adakah PAS pernah menggugurkan dasar perjuangannya demi mencapai hubungan sebegitu akrab? Sudah pasti tidak pernah! Namun kepercayaan dan hubungan itu dibina dengan pendekatan yang berhemah dan bijaksana pimpinan terdahulu.

RETAK MENUNGGU BELAH

Tiada siapa yang menjangka, dalam tempoh hanya 2 tahun hubungan PAS dan DAP menjadi bagaikan "retak menunggu belah". Lebih-lebih lagi setelah mencapai keputusan yang agak cemerlang semasa PRU 13. Keputusan cemerlang ini sepatutnya mengukuhkan lagi hubungan ini dan bukan sebaliknya. Tetapi anehnya, sekarang PR seperti berada di ambang perpecahan dan berantakkan. Di mana silapnya?

Imej PAS turut tercalar, menyebabkan kepercayaan bukan Islam terhadapnya semakin terhakis. Dituduh khianat dan tidak amanah rakan segabungannya. Dilihat PAS membawa perjuangan yang eksklusif hanya untuk orang Islam sambil bagaikan kurang berminat terhadap penderitaan rakyat.

Isu 1MDB, GST dan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lain-lainnya seolah-olah tenggelam di bawah perbahasan mengenai perlaksanaan Enakman Kanun Jenayah Syariah II (EKJS) yang di kenal dengan Undang-Undang Hudud negeri Kelantan.


Saya melihat isu hudud ini menjadi besar setelah ianya diwar-warkan kerajaan pusat yang di ketuai Umno memberi sokongan untuk melaksanakan undang-undang hudud negeri Kelantan dengan syarat ianya dibawa ke Parlimen untuk di luluskan.

Namun apa yang sebenarnya yang terkandung dalam Rang Undang-undang Persendirian yang di bawa TGHH (MP Marang) adalah hanya mengenai Pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah(Bidangkuasa Jenayah 1965) yang dikenali dengan Akta 355 .

Pindaan itu bertujuan bagi menaikkan kadar hukuman yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah dalam kes-kes jenayah dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah iaitu kesalahan zina, minum arak, menuduh zina yang selama ini hukuman sebatan hanya boleh dilaksanakan sebanyak tidak lebih dari enam sebatan sahaja. Maka dengan kelulusan Rang Undang-undang Persendirian itu Mahkamah Syariah bolehlah melaksanakan hukuman sebatan mengikut yang dituntut syariah.

Ada pun hukuman rejam sampai mati, hukuman potong tangan, hukuman potong tangan dan kaki dan hukuman bunuh atas jenayah murtad dan jenayah qisas seperti yang terkandung dalam EKJS Kelantan itu tidak dapat dilaksanakan kerana tidak termasuk dalam Pindaan Akta 355.

Perkara seperti ini tidak difahami masyarakat umum termasuk sebahagian pimpinan PAS sendiri. Sebagai contoh ketika menulis artikel ini saya terbaca kenyataan PJ Perak yang dengan tegas menyebutkan, Private Bill yang dibawa PAS ke Parliman ialah EKJS yang diluluskan DUN Kelantan baru-baru ini. Hal ini bertambah menjadi perbahasan apabila digambarkan, PAS amat bergatung dengan pihak Umno yang diwar-warkan bersetuju dengan perlaksanaan undang-undang hudud Kelantan.

Perkara ini bertambah merancakkan perbahasan apabila ada beberapa pemimpin PAS Kelantan membangkitkan kononya TGNA (Allahyarham) memberi amanat supaya berbaik-baik dengan Umno bagi melaksanakan undang-undang hudud.

CAMPUR TANGAN UMNO?

Sedih, namun itulah keadaan yang berjaya diwujudkan sekarang ini. Semestinya mereka yang terlibat dalam merencanakan perkembangan ini amat di sukai Umno/BN. Sudah pasti ini semua terhasil bukan secara kebetulan tetapi diusahakan pihak-pihak tertentu mengikut perancangan mereka.

Melalui berbagai usaha, termasuk permainan Umno yang menggunakan isu hudud sebagai wasilah mereka yang berjaya menghasilkan suasana ini. PAS dan DAP lebih sibuk bergaduh sesama sendiri dari menyentuh Umno. Malahan ada di kalangan ahli PAS yang beranggapan, menyerang DAP dan PKR adalah “lebih afdhal” dari menyerang Umno. Dan itulah yang golongan ini lakukan sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

KESIMPULAN

Keadaan ini semua adalah hasil kepimpinan yang dilihat kurang berkesan dengan wawasan yang bercelaru. Sebelah kakinya di dalam perahu PR dan sebelah lagi bagaikan di luar perahu . Walaupun disebut berkali-kali “kukuhkan PR”, “PAS terus bersama PR”, “PAS tidak akan keluar PR”, namun tindakan bercanggah dengan kata-kata. Tambahan pula terdapat golongan ulama pelapis muda yang baru dapat amanat kepimpinan sering membuat kenyataan, PAS lebih senang berjuang bersendirian.

Sudah tiba masanya kita kembalikan PAS kepada landasan yang dipersetujui dan diputuskan bersama, dengan kepimpinan yang jelas wawasan serta manhaj dan uslubnya. Sama sama kita kembalikan keyakinan rakyat, yang Islam dan bukan Islam, terhadap PAS.

Kita ingin ke Putrajaya dengan PR dan tidak redha Umno/BN terus bertakhta lebih lama. PRU 14 tumpuan kita, dengan gandingan yang kukuh dan mantap bersama PR. PAS sebagai rakan setia yang jujur dan boleh diyakini kata-kata dan janji nya. – TMI

ULASAN GB

Baru beberapa hari Ustaz Ahmad Awang mengeluarkan kenyataan di atas GB sudah menulis di blog ini. Petikan:

Sepatutnya pimpinan PAS yang ada perlu bersyukur kepada Allah kerana dengan kewujudan Pakatan Rakyat, PAS telah mendapat tempat di hati rakyat termasuk yang bukan Islam. Malah PAS memenangi banyak kerusi samada di peringkat DUN ataupun parlimen hasil dari kerjasama erat parti-parti pembangkang ini. Tetapi mereka tidak bersyukur dengan pemberian Tuhan itu, sebaliknya mencari jalan untuk menghapuskan PR dengan "membarua" mana-mana pimpinan yang berhasrat untuk memperkukuhkan PR.

Dan sebelumnya GB pernah menyatakan bahawa ungkapan BARUA itu akan kembali kepada penuturnya... dan sememangnya demikianlah hukum alamiah, hukum kebenaran dan keadilan....

26 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Hudhud hanya alat untuk perpecahan pakatan sehingga jadi debu

Pas tidak serius untuk 'hudhud' ... Hanya mainan di antara jamil khir dan amar.

Mempermainkan jiwa dan perasan melayu untuk memuaskan nafsu ahli politik.

Hudhud pas bukan hudhud alquranil karem
Mainan wayang ahli politik

Tanpa Nama berkata...

Sudah tiba masa ust ahmad awang declare utk tanding presiden

UG smakin celaru

Tanpa Nama berkata...

Salam...
teruskanlah berpolitilk...
jgn sampai terbenam dalam politik...
politik islam harus ada sempadan, matlamat dan keberkesanan....
yg pasti graf ekonomi negara makin tak cantik...
paham2 siapa yang kena..
pru 15 pun bole aku bgtau mcm mana keadaan umat islam kat malaysia...
bukan sombong cuma prihatin...
nak tau ker?

Tanpa Nama berkata...

Malaysiabaru,
boleh aku tau tang mana yg hudud pas tu? pahtu kalu tu hudud pas, hudud yg dlm alquran tu mcm mana? aku pun nak tau gak

Tanpa Nama berkata...

Saya berharap Husam akan tarik diri dan Usta Ahmad Awang bertanding melawan Hj Hadi. PAS akan terus maju dipimpin oleh ulamak progresif.

Tanpa Nama berkata...

Ustaz Ahmad Awang mantap tuk jawatan Mursyidul Am PAS

Husam sesuai ganti Hadi.

Mat Sabu duduk Timb Preaoden

Bebudak muda bodoh dalam ke pimpinan PAS se baik nya masok UMNO sebab nak kaya cepat.

Tanpa Nama berkata...

Saya mengenali PAS selepas kejatuhan DSAI dan terus berpaut dgn kuat di bawah pimpinan arwah TGNA. Rakan2 saya yg non muslim turut dilihat berbangga melilit bandana PAS di dahi masing2 dgn hebat sekali kerana beranggapan PAS adalah berbeza dgn parti rasis UMNO. Tetapi pautan saya mula longgar akibat tindakan TGHA bersama budak2 lebai dlm parti tersebut.Bukan membenci ttp meluat atas perlakuan mrk yg tidak menghargai jasa serta penat-lelah kawan seangkatan. Kami benar2 berharap akan adanya perubahan pimpinan dlm parti PAS. PRU dulu kita hampir sampai ke putra jaya tetapi diharapkan PRU 2018 nanti kita dpt mengubah negara ini kepada Malaysia baru!

Malaysiabaru berkata...

Hudud sebenar melibatkan qisas dan hukuman rejam serta pemotongan anggota dari badan.
Hudhud pas hanya melibatkan sebat dan penjara.
Knp jd begini. Sebab hudhud pas boleh main pinda pinda siap negotiate lg dgn umno brp biji sebatan nk kenalan
Hudud Quran is non negotiable! No pinda pinda!
Pas main akidah umat islam untuk memuaskan nafsu politik sesat mereka!

Tanpa Nama berkata...

Hadi tak boleh lagi memimpin PAS. Berilah sokongan kepada HUSAM. PAS di bawah Hadi akan tergolek.

Dengarlah keluhan ahli-ahli PAS yang progresif. Sistem apa pun yang negara guna pakai harus berlandaskan KEADILAN.

Perkataan KEADILAN di temui 46 kali dalam Quran. Ini yang kita fokus dalam agama bukan benda-benda yang boleh memecah belahkan manusia.

Tanpa Nama berkata...

Kita amat yakin bahawa PAS, PKR dll akan mengalahkan UMNO dan BN dalam PRU ke14 kerana rakyat sedang menderita kerana mereka ditindas dengan GST, POTA, Akta Hasutan, pelbagai skandal BN dll.

Yang penting ialah PR mesti bersatu-padu. Hudud adalah hukum Allah dan perlaksanaan Hudud ke atas orang Islam sahaja maka tidak ada sebab untuk orang bukan Islam menolak Hudud !

Tanpa Nama berkata...

Saya pun Muslim. Isu hudud tu biarlah ditangguh dahulu. Utamakan isu ekonomi.

Ada golongan yang sengaja mahu melambat-lambatkan isu hudud ini dibentangkan. kenapa? Tentu ada sebab.

INI ADALAH MAINAN POLITIK.Orang PAS sudah terperangkap.

Apakah Tuan Hadi dan orang PAS tak faham taktik politik ini?

Tanpa Nama berkata...

Letih tgk PAS, dah nak menang nampak melepas, jasa marhaein yg ditabur UG dah rampas, wala kat hadi ekor serban dilepas, penyokong bingung undi terlepas..apa la nak jadi dengan pas...

Tanpa Nama berkata...

Apa yangdiluahkan oleh Anon 6.56 adalah bertetapan dengan jiwa saya sekeluarga.kami menyokong pas sepenuhnya sehingga layu selepas kejadian Hj Hadi menggunakan bahasa lidah yang tercemar sebagi seorang ulamak.teruskan Tuan Usataz Ahmad agar tuan membimbing kami ,teruskan perjuang dan terimalah pencalunan untuk jawatan Presiden.sekarang tidak nampak seseorang pun ulamk dalam Pas yang bolih menggantikan Almarhum TGNA.

Tanpa Nama berkata...

Kalau seorang "ulamak" boleh menggunakan perkataan "barua" terhadap orang lain.... ini bukan ulama lagi.

Manusia jangan ingat yang kita beri label "ulama" itu hebat sangat. Mereka pun manusia sperti orang lain juga.

Jangan kita taksub..... salah.

Tanpa Nama berkata...

PAS di bawah Hadi akan kalah teruk dalam PU nanti.

Hadi tidak lagi dilihat sebagai pemimpin yang boleh diketengahkan.

Hadi harus dikalahkan oleh HUSAM....

Tanpa Nama berkata...

Beribu ribu umat hadir HINDAR semalam...sbg tanda sokongan kpd golongan ulama....tandanya mrk akan menang mudah dlm muktamar jun nnt....amacam greenboc?...KELIBAT PKR...DAP...X KELIHATAN PULA....ANAK TANYA SMLM...AYAH MRK BUAT APA KAT PADANG TU...JAWAB AYAH...BERKELAH BERSANTAI....TAPI DI JOHOR SMPI KENA TANGKAP POLIS....BEZANYA...DI PADANG MUDAH2 SHJ...RAKYAT YG BERJUANG BETUL MESTI KENA ANCAMAN DAN TANGKAP...LIHATLAH DUNIA....

Jeman berkata...

Calonkn lebih byk Ust Ahmad Awang..

Tanpa Nama berkata...

Ramai dari kita yang memberi pandangan dan kritikan melalui apa yang kita baca dari ilmu politik kita yang sedikit atas tindak tanduk Hj Hadi Kita juga mengambil pandangan dari sumber sumber lain untuk menyimpulkan kata kata Hj Hadi

Tapi kali ini orang yang memberi pandangan dan kritikan ialah orang yang melalui phasa phasa tersebut Orang yang bukan berkata dari apa yang orang lain katakan Orang ini ialah Ahmad Awang yang bersama sama pemimpin PAS lain untuk memperluaskan ruang pengaruh dan sokongan PAS, bukan sekadar di Pantai Timur sahaja tetapi juga di Pantai Barat. Begitu juga, bukan sekdar di kampung-kampung tetapi juga di bandar raya dan bukan sekadar di kalangan orang Islam sahaja tetapi juga di kalangan yang bukan Islam.

Membaca tulisan Ahmad Awang ini seperti mendengar suara hati TGNA

Tanpa Nama berkata...

PERLU WAHYU MENGESAHKAN?

Mereka kan guna fatwa AL-WALA' !

Tanpa Nama berkata...

Dalam bab pertolongan Allah ini dengan memberi sokongan menyokong hudud juga adalah pertolongan Allah bagi yang lain

Macamana kita nak kata itu pertolongan Allah sebab rakyat jelata masih 'dalam kesempitan yang dihasilkan kezaliman UMNO' Tapi ini sudah terbalik seolah olah pro UG redha dengan UMNO terus berkuasa




Tanpa Nama berkata...

pas geng ustaz (pgu,) mesra umno. itu sbb tak ada tangkapan. maknanya pgu ni bukan lg pembangkang!

Tanpa Nama berkata...

SETUJU sangat dengan tulisan Ustaz Ahmad Awang !
" KALAU SAYANGKAN PAS...HAJI HADI MESTI STEP DOWN..TAPI KALAU SAYANGKAN HAJI HADI...PAS YANG AKAN TERKORBAN !"

Tanpa Nama berkata...

mcm pemimpin2 arab yg bukan betul2 menentang Israil. israil pun tak ancam mrk. tp hamas yg betul2 tentang israil, sekatan dan pengeboman hingga ke hari ini

Tanpa Nama berkata...

Saya tidaklah menjadi ahli mana2 parti politik, ttapi sejak DSAI dipecat, saya sangat benci pada Umno, saya berjinak2 dengan PAS, undi saya tetap untuk pas sejak itu. Tapi setelah hj hadi membuat brbagai kenyataan, buat u turndlm kes langkah kajang, tuduh org barua, UG dngn UMNO, dll lg saya terus hilang kepercayaan pada PAS. Jika hj hadi terus menjadi presiden pas hingga pru 14, saya tidak teragak lg tidak akn pilih pas, bahkan jika DAP letak calon lawan PAS, saya akan pilih DAP...sekarang kebebcian saya meluap2 pada hj hadi...ptuiiiii

Tanpa Nama berkata...

Hadi dan Ulama Pas patut bubar Pas dan berdakwah melalui UMNO

Tanpa Nama berkata...

Jawapan yg tidak meyakinkan kami....kami harap huraian yg jebih jelas berdasarkan imu tuan. Rupanya...losing..hanya sentiment semata..