11 Apr 2015

Tragedi Semenyih, Apakah Najib dan Pegawai Di PMO Ambil Iktibar Darinya?


Kematian tiga sahabat satu tragedi peribadi - Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kematian sahabat rapatnya Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan dua orang pegawai kanannya Datuk Seri Azlin Alias dan Datuk Mohd Po'ad Jelani, baru-baru ini sebagai satu tragedi peribadi.

Walaupun bersedih, perdana menteri berkata kematian mereka telah mendorongnya untuk menjalankan tugas dengan lebih baik.

"Kehilangan mereka itu menguatkan iltizam saya untuk menjalankan tugas-tugas saya memimpin negara dengan sebaik mungkin untuk mencapai segala impian, segala cita-cita dan wawasan negara," kata beliau semasa wawancara dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas, yang disiarkan malam tadi.

Beliau berkata ketiga-tiga arwah telah banyak memberi sumbangan serta telah menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik.

"Dalam konteks pentadbiran negara, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis telah memberi sumbangan yang besar dalam pelbagai kapasiti di dalam dan luar negara.

"Allahyarham Datuk Azlin dalam pentadbiran pejabat saya telah menjalankan tugasnya dengan efisien, dengan amanah. Begitu juga dengan Datuk Po'ad sebagai setiausaha sulit saya, telah jalankan tugasnya dengan baik.

Jamaluddin yang merupakan anggota Parlimen Rompin dan bekas Duta Khas ke Amerika Syarikat, serta Azlin, yang merupakan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, terkorban dalam satu nahas helikopter di Semenyih 4 April lepas.

Po'ad yang merupakan Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri pula meninggal dunia akibat kanser limfoma bulan lepas. -Bernama

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan...

Berlakulah apa yang dinamakan Tragedi Semenyih... yang mengorbankan 6 orang penumpangnya termasuk 2 orang kanan Najib, iaitu Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Datuk Seri Azlin Alias. Tragisnya daripada gambar-gambar yang tersiar di media sosial begitu mengeri dan menggerunkan, yang putus kepala, yang hancur jasadnya... Ianya berlaku selang bebrapa hari selepas pemergian Dato' Poad Jelani. Ketiga-tiganya merupakan orang kuat Jabatan Perdana Menteri (MPO).

Tragedi Semenyih berlaku tatkala Najib sedang "diserang" begitu hebat oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir di dalam beberapa isu yang menyangkut hal-hal integriti dan kredibiliti Najib sebagai PM. Isu Altantuya, 1MDB, Jho Low dan anak tiri Najib (Riza Aziz).

Najib setiap kali dikritik dan diserang seperti biasa akan dibela oleh pegawai-pegawainya di PMO. Peruntukan kepada PMO meningkat dari setahun ke setahun sehingga mencecah berbillion ringgit, lebih besar dari mana-mana kementerian yang lain. Jangan lupa pula bayaran untuk konsultan antarabangsa APCO untuk menggilap namanya di peringkat antarabangsa dan peguam UMNO bernama Hasfarizam yang ditugaskan untuk menyaman pihak-pihak yang didakwa mencemarkan nama Najib dan Rosmah.

Berbalik kepada Tragedi Semenyih. Ia berlaku semasa Najib diserang oleh TDM dengan pelbagai isu, dan sebelum berlakunya Tragedi Semenyih itu, pemerintahan Najib sudahpun ditimpakan dengan pelbagai musibah seperti tragedi MH370, MH17 & QZ8501. Musibah-musibah berkaitan dengan penerbangan udara pula berlaku di ketika negara dikejutkan dengan pembelian dan penggunaan jet peribadi oleh Najib dan Rosmah untuk tujuan-tuan rasmi dan peribadi mereka berdua. Kemudian timbul pula dakwaan RM28 juta digunakan untuk mengubahsuai jet peribadi yang digunakan oleh Najib dan Rosmah. Dan PMO seperti biasa mengeluarkan kenyataan penafian berhubung dengan isu-isu yang berkaitan dengan jet peribadi tersebut, sekalipun penafian tersebut tidak dapat meyakinkan rakyat.

Ditengah-tengah hiruk pikuk itulah berlakunya Tragedi Semenyih, dan pegawai-pegawai PMO diantara mangsanya!

Perkara yang telah berlaku sepatutnya menjadi pengajaran kepada Najib. Ia adalah hukum alam, hukum kebenaran dan keadilan yang tidak boleh ditolak, tidak boleh dinafi. Jika ada pegawai di PMO ingin menolak dan menafikan, kini pegawai PMO sendiri "mati", dan nak kata apa lagi?

Sebelum ini GB telah menyatakan bahawa Negara Hancur Rakyat Sengsara Kerana Rosmah Mansor. Akibat keborosan dan ketirisan yang dilakukan oleh Najib, rakyat menanggung beban dengan dikenakan GST.

Dan kita berharap Tragedi Semenyoh membuka hati dan minda Najib serta pegawai-pegawai di PMO supaya bertaubat dan tidak mempertahankan tindakan-tindakan yang sememangnya salah itu. Jika tidak, kita khuatir periistiwa yang lebih dasyat daripada Tragedi Semenyih boleh berlaku, dan semasa itu sesal kemudian sudah tidak berguna lagi.

11 ulasan:

Naza berkata...

"Kehilangan mereka itu menguatkan iltizam saya untuk menjalankan tugas-tugas saya memimpin negara dengan sebaik mungkin untuk mencapai segala impian, segala cita-cita dan wawasan negara," kata beliau semasa wawancara dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas, yang disiarkan malam tadi.

Hanya 3 orang ni rakyat Malaysia. 29,999,997 adalah pendatang.

Awanama berkata...

Jika tragedi peribadi mengapa kita lihat yang menyosong keranda ialah askar seperti tragedi MH17 dan adakah kerana arwah kawan baik Najib maka arwah di kebumikan di makam pahlawan sebab makam ini ialah untuk negarawan seperti Mahathir Tun Razak dan mereka yang diiktiraf sebagai negarawan kerana terkorban untuk negara

Kalau berjasa ramai lagi MP yang akan dikebumikan di sana selepas ini

Awanama berkata...

Itu petanda terang lagi bersuluh yg beliau seharusnya letak jawatan serta merta. Takde alasan lagi nk memerintah lbh baik ke dh ibarat tikus membaiki labu.. Kalau dh tak mampu bagilah orang yg lebih layak utk kerusi PM.

Awanama berkata...

Jadi pemimpin ini ada darjat nya atau Kelebihan Sebab itu perkara jahat atau buruk tak berlaku ke atas mereka Sebalik nya berlaku ke atas orang lain Sejahat jahat mana lah pemimpin tersebut susah hal buruk berlaku ke atas mereka Hanya se orang dua yang mati dalam keadaan yang amat menyedih atau menakutkan

Semua tragedi adalah atas akibat kepimpinan ketua negara tersebut Kerana itu lah di negara lain jika berlaku kejadian yang dahsyat mereka segera letak jawatan kerana tidak mahu 'badi' buruk pemimpin tersebut kena pada orang lain terutama rakyat

Kerana darjat ini lah kelak di hari penghakiman mereka akan di soal terlebih dahulu

Kita tidak meletak jawatan dan tidak mengaitkan kejadian tersebut dengan 'badi' buruk kita maka itu sesiapa yang jadi Perdana Menteri kita banyakkan lah solat berdoa serta bermunajat supaya semua bala ini terhindar Sebab itu lah kita kena pilib pemimpin yang kuat Islam nya

Awanama berkata...

Apakah ini kebetulan?
Atau apakah ini takdir?
Mungkin ini satu kekuasaan?

Awanama berkata...

sirul ikut arahan. pmo ikut arahan. arahan Allah ada ikut. kalau ada kenapa masih melakukan perkara munkar

Malaysiabaru berkata...

Tan Sri adalah kaki kanan Najib dan Dato seri t.a adalah kaki kiri Najib... Skrg mustahil Najib boleh berjalan nak agih projek...sama kroni... Tanpa tan sri

Awanama berkata...

YA ALAH YA TUHAN KU KAMI RAKYAT MALAYSIA CUKUP RASA TERINAYA DIATAS PERBUATAN NAJIB SERTA PENTADBIRANNYE YANG MANA WANG NEGARA YANG DIAMANAHKAN UNTUK RAKYAT TELAH DISELEWENG OLEH PUAK PUAK PEMERINTAH INI.KINI YA ALLAH YA TUHAN KU KAMI RAKYAT DI TINDAS DGN BEGITU DIZLIM DI INAYA OLEH PIHAK KERAJAN PENGKHIANAT INI.MEREKA INI DIBELA OLEH PENGUASA YANG DILANTIK OLEH MEREKA SAPERTI GHANI PATAIL DI PERUNDANGAN SERTA KETUA POLIS ABU BAKAR.YA ALLAH YA TUHAN KAU HAPUSKAN LAH MEREKA INI LEBIH TERUK LAGI DARI KAU TUNJUKAN KEPADA 2 ORANG KANAN NAJIB YANG JATUH DARI HELI ITU.KALU MAYAT MEREKA TERBAKAR DAN HANGUS TUNJUKAN LEBIH TERUK DARIPADA ITU.LAMI RAKYAT SUDAH TIADA BELAS KASIHAN LAGI TERHADAP SEMUA MEREKA YANG MENGINAYA RAKYAT NEFARA INI.Y ALLAH YA TUIHAN KU HAPUASKAN LAH ANAK BINI MEREKA HAPUSKANLAH KETURUNAN DAN ZURIAT MEREKA HAPUSKAN LAH PEMBANTU PEMBANTU MEREKA HAPUSKANLAH KRONI KRONI MEREKA YA ALLAH YA TUHAN KU PERCEPAT KAN LAH PERKENAN KAN LAH TABURKAN LAH DOA KAMI YA ALLAH KAMI RAKYAT TERINAYA YUNJUKAN LAH KEKUASAN MU SERTA BALASAN TERHADAP MEREKA YANG KUFUR INI AMIN,AMIN,AMIN TABURKAN LAH DOA KAMI YA ALLAH

Awanama berkata...

Sepatutnya kematian tiga orang penasihat Najib menajdi peringatan kepada Najib dan kroni-korininya supaya bertaubat dan menghapuskan GST yang amat membebankan rakyat dan mendakwa orang-orang yang terlibat dalam pelbagai skandal yang menyebabkan berlaku ketirisan dan kebocoran wang kerajaan.

Pemimpin BN mendakwa eknomi negara ini masih baik dalam wawancara tv 3, mengapa kera-jaan Be End memaksa rakyat menerima GST?

Awanama berkata...

Prosedur keselamatan kurang bijak

Awanama berkata...

Najib kata kehilangan orang kanan nya menjadikan dia berkerja lebih kuat dan komitted

Kalau ada tiga orang kuat pun Najib banyak buat hal tak betul Dah tak ada dia orang lagi lah bertambah banyak tak betul

Yang betul kalau Najib jadi duda