28 Mac 2015

Rafizi Ditangkap Lagi Kerana Seru PKR Hadiri #KitaLawan


Rafizi Ramli ditangkap sekali lagi

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli ditangkap di pusat perkhidmatannya di Pandan petang ini mengikut Akta Hasutan kerana satu kenyataan yang dikeluarkannya berhubung perhimpunan #KitaLawan esok.

Menurut Naib Ketua Pemuda PKR Fahmi Fadzil, Rafizi akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Rafizi mengeluarkan satu kenyataan semalam meminta pemimpin PKR menggerakkan ahlinya untuk perhimpunan itu yang akan diadakan di ibu negara esok.

"PKR berharap semua rakyat Malaysia yang sayangkan Malaysia akan hadir dan bersuara demi menuntut hak kita dan menentang kezaliman kerajaan persekutuan.

"Kami juga berharap pihak berkuasa tidak cuba melanggar hak kami berhimpun secara aman," katanya.

Perhimpunan esok akan bermula di 3 lokasi sekitar bandar raya diikuti dengan perarakan ke pusat membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Tujuannya menuntut pembebasan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, serta menolak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dikuatkuasakan pada 1 April.


Perhimpunan besar #KitaLawan yang terakhir pada 7 Mac menyaksikan 11 orang ditahan, kebanyakannya pemimpin politik pembangkang.

Peguam Rafizi, Michelle Yesudas ketika dihubungi memberitahu, beliau dalam perjalanan ke balai Dang Wangi.

"Saya dalam perjalanan ke balai polis. Saya tidak dapat menghubunginya buat waktu ini," katanya.

Ahli Parlimen Pandan yang juga setiausaha agung PLR itu ditangkap beberapa kali oleh polis sebelum ini berhubung beberapa insiden termasuk perhimpunan #KitaLawan pada 7 Mac lalu.

Beliau juga pernah ditangkap kerana mendedahkan akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan pengerusi eksekutifnya Mohd Salleh Ismail.



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rafizi ramli = future prime minister

IbnAbdHalim berkata...

Nampak sgt KPN ni macam tak sekolah. Takkanlah Rafizi nk suruh penyokong bebaskan Anwar dr penjara. Tak masuk akal. Dia gesa penyokong berkumpul sbg tekanan supaya Anwar dibebas pihak berkuasa.

Tanpa Nama berkata...

Beberapa pemimpin PR telah di bebaskan oleh mahkamah kerana perhimpunan aman di benarkan oleh perlembangaan Hasutan ialah mengajak orang ramai melanggar undang undang

Semasa meluluskan akta hasutan kerajaan memberi jaminan tidak akan mengunakan sewenang wenagnya ke atas pembangkang ia nya lebih kepada isu isu agama yang sensitif

Semuga Rafizi dibebaskan malam ini juga

Tanpa Nama berkata...

Agak nya kalau datang #kitalawan pakai baju melayu bersamping macam nak pergi kenduri boleh kot?

Tanpa Nama berkata...

Sgt membosankan. Nmpk sgt bertujuan utk menakut nakutkan. Smpi mahkamah nnt yg ditangkap akan dilepaskan kerana perhimpunan begitu mmg dibenarkan dan termaktub dlm perlembagaan. Please Mr IGP, they are there for all the people. They are fighting for a better Malaysia. Don't tell me, everything is okay and we have nothing to object.