3 Mac 2015

Mustafa Ali Lancarkan Perang Psikologi Pemilihan Menjelang Muktamar


Hadi dijangka menang tanpa bertanding pemilihan PAS, Mat Sabu dicabar

Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali yakin Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan kekal sebagai presiden PAS tanpa bertanding pada pemilihan parti Jun ini.

Mustafa berkata setakat ini, tidak ada mana-mana pemimpin dalam parti itu yang akan mencabar Hadi.

"Setakat yang saya tahu tidak ada pertandingan bagi jawatan presiden," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kutipan Dana Pasca Banjir di Kota Baru, hari ini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob merasmikan majis tersebut yang turut dihadiri Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Hassan Mohamood.

Mengenai jawatan timbalan presiden yang disandang Mohamad, Mustafa berkata jawatan itu dijangka akan berlaku pertandingan.

Mustafa berkata Mohamad juga akan dipanggil dalam tempoh terdekat ini oleh jawatankuasa khas siasatan parti berhubung wujudnya komplot menjatuhkan Hadi.

Sementara itu, mengulas perkara sama, Hassan yakin Hadi akan kekal sebagai presiden tanpa dicabar oleh mana-mana pihak.

"Sekarang ini tidak ada tokoh untuk menandingi dia (Hadi). Setakat ini Abdul Hadi adalah yang terbaik di kalangan kita. Kekuatan PAS ialah Islam, pemimpin tertinggi (presiden) mesti orang yang menguasai Islam dari segi ilmunya, bahasa Arab, berwibawa dan mampu mentadbir," katanya. – Bernama

ULASAN GB

Nampaknya "Perang Psikologi" untuk mempengaruhi pencalonan Jawatankuasa PAS Pusat menjelang muktamar kawasan-kawasan sudah dilancarkan oleh Setiausaha Agong sendiri sekalipun belum ada satu pun kawasan yang bermesyuarat.

Yang menarik ada dua perkata, pertama katanya Hj.Hadi dijangka menang tanpa bertanding. Senyum saja kita membacanya. Habis yang kata nak siasat Mat Sabu dan Hatta kerana nak guling Presiden itu pula halnya? Bukankah tuduhan itu sendiri merupakan signal jelas menunjukkan jawatan presiden itu bakal ditandingi?

Kedua nak menjatuh dan merendahkan kredibiliti Mat Sabu dan Hatta apabila menyatakan mereka berdua akan disiasat dalam isu "penggulingan Hj Hadi" dan katanya lagi Mat Sabu bakal dicabar.

Mustafa Ali memang tidak berkredibiliti malah berat sebelah di dalam perkara "siasatan". Kita lihat bagaimana aduan-aduan mengenai tingkah laku dan akhlak kumpulan pro-ulamak ... lansung tak disiasat. Mustafa Ali hanya menempelak Zuhdi Marzuki sebagai bermulut cirit, mengkritik Mokhtar Senik di dalam isu demontrasi di Pejabat Agung PAS... tetapi sekadar itu. Tetapi jika terhadap golongan yang tidak pro-ulamak akan segera disiasat dan dihebahkan besar-besaran. serangan terang-terangan ke atas Mat Sabu dan golongan profesyenal di dalam PAS tak pernah diambil kisah. Sedangkan mereka juga adalah dipilih oleh Muktamar.

Yang menariknya siapa agaknya yang nak mencabar Mat Sabu di dalam pemilihan nanti?

Di dalam pemilihan yang lalu, Nik Amar kalah di tangan Mat Sabu. Apakah mungkin Nik Amar akan dicalon semula untuk mencabar Mat Sabu? Kita tunggu nanti pencalon dari kawasan-kawasan.

p/s Susah-susah apa kata Mustafa Ali sendiri bertanding cabar Mat Sabu? Saya berharap ada kawasan yang pro-ulama yang berbuat demikian untuk melihat setakat mana penerimaan ahli terhadap Mustafa Ali. Amacam?

16 ulasan:

Awanama berkata...

Mudah lah sikit Hj Hadi nak berundur Walaupun kemenangan di pihak Hj Hadi tapi demi perpaduan dalam PAS dia sanggup berundur Suara suara dan perhimpunan pun di atur menyatakan parti memerlukan Hj Hadi Ada lah kawasan pro Ulamak yang awal awal mencalunkan Hj Hadi

Jika ada pertandingan masak lah Hj Hadi Jika rakyat sibuk nak PM di tukar maka ahli PAS mesti sibuk tukar Presiden

DEMI MASA

5sal berkata...

apa kata saya cadangkan husam musa untuk kerusi presiden?penyokong setia(terwala') UG pasti undi ketua UG depa pak tua hadi.harap sangat kepada penyokong tak berUG ni undi husam musa. apa macam husam musa,dia beranikah untuk dicalonkan untuk kerusi no 1 tu? atau nanti macam alasan diberi?

Amuraria berkata...

memburuk,membusuk & menghina mat sabu & dr hatta bukan konspirasi ka ? pendedah konspirasi pro 'ug' difitnah konon berkonspirasi nak gulingkan hj hadi ! aparaa punya pemimpin-pemimpin mangkuk ayun akal pendek ! ABU & lawan sampai last geng pro 'ug' !

Awanama berkata...

Hanya orang orsng GAGAL lagi Bahalol akan mempertahan kan kepimpinan Bodoh mereka.

Orang orang yang waras matang dan bijak tak ambil pot pun dengan bebende bodoh ini.

Tunggu dan lihat saja PRU14 nanti.

Awanama berkata...

Kalau lambat ambil tindakan ke atas Mokhtar Senik, nanti bercambah militan dalam PAS. Ketika itu sudah terlambat.

Awanama berkata...

Mustafa ali dan hadi perlu disingkir dari Jawatan dalam Pas, jika tidak usaha TGNA sia-sia

Awanama berkata...

Tidak perlu nk taksub pada Presiden sehingga langsung tidak boleh ditukar ganti...

Fikir2kanlah untuk kebaikan Ummah...

Sistem pentadbiran PAS harus di tukar ala-ala kabinet...

Awanama berkata...

mana ada orang Pas berani tukar Presiden, hanya menyalak saja, sebab tu Mustafa berani berkata begitu

Awanama berkata...

Presiden Pas dan pimpinan Pas Terengganu perlu ditukar, Selangor pun nak dianggap negeri demo

Awanama berkata...

kenapa UMNO dan media massanya sangat suka Hadi dan UG dalam Pas, kita serupa.....

Awanama berkata...

Macam kebanyakan negara Islam membeli senjata dan bom untuk membelasah rakyatnya sendiri bukan lawan dengan Israel.

Lawan dgn musuh takut, belasah rakyat atau anggota sendiri berani.

Kenalah adil dan beri peluang pada semua.

Awanama berkata...

Sebenar nya bukan tak ada yang boleh ganti Presiden dan bukan tak ada yang setanding kalau tak setaraf Hj Hadi tetapi kalau benar lah seseorang itu ada ilmu dia sendiri sepatutnya berundur Dia bawa jemaah Berat tanggung jawab dan amanah nya

Biarlah dia berundur dengan cara dia sendiri Mustafa tak payah nak berlagak dan guna kaedah Hj Hadi menang sebagai perang psyco

Tapi jika tanda tanda nampak tak berundur mahu tak mahu kena lah letak calun mencabar Hj Hadi yang berani berdebat dengan nya

air gunung berkata...

Pas memerlukan seorg ketua yg boleh terbukti mampu memimpin.sebagai abg or otai dlm partai politik sepatutnya Pas memimpin gelombang rakyat sepertimana almarhum fadhil nor lakukan.bijak menerobos ruang.siapa kini president Pas yg mampu menandingi anwar kit siang LGE dlm arus perdana.mcm ketinggalan jer...kenapa???paling lawak mcm meminta hentak2 kaki supaya dihormati,didengari.adussss...sedih aku tgok...tunjuk la kredibiliti yg ori.bkn yg di uar uarkan macai.barulah org hormat...

Awanama berkata...

Presiden Pas macam Chipsmore, sekejap boleh, sekejap tak boleh, sekejap ada, sekejap tiada

bat8 berkata...

Tuan

Kena buat satu artikel pasal jawatan SUA PAS ni. Ramai yang keliru. Jawatan SUA ni bukan jawatan eksekutif seperti ahli dalam JKPP.

Jawatan SUA PAS adalah jawatan ketua pentadbiran pejabat agong PAS. Semua urusan pentadbiran melibatkan perjalanan PAS bawah dia. Semua kerja dia dibawah arahan. Dia xboleh buat pandai2 nak camportangan dalam urusan politik PAS s3bab dia xde kuasa eksekutif.Dia nak buat pc untuk maklum apa2 pun yang melibatkan bidang eksekutif parti pun kena diarah.

Dalam bahasa mudah SUA =;JAWATAN KETUA KERANI ATAU CC KAT JABATAN KERAJAAN. CC ada kuasa nak buat dasar jabatan ka. Ketua Jabatan xde, CC xleh ganti dia.

Jadi kalau kita faham taraf jawatan SUA PAS, kita boleh tahu samada Mustaffa Ali ni main politik ke memang buat kerja betoi.

Dalam buat kentataan diataih, Mustafa Ali main politik diluar tugas dia sebagai SUA PAS. Kalau Haji Hadi soh Mustafa Ali cakap passi ini pun dah salah....mustafa ali salah dan Haji Hadi pun salah.

Awanama berkata...

Su sendiri ..... Merupakn egen dacing