3 Feb 2015

[UPDATE] Keluarga Dakwa Syuhada Diculik Sebelum Dibunuh, Tukang Masak Direman


Kuala Kangsar - Pelajar sebuah IPTA yang maut dikelar didakwa diculik terlebih dahulu sebelum suspek membunuhnya, demikian Sinar harian melaporkan.

Salah seorang ahli keluarga dan rakan Nur Syuhada ada menghubungi ibunya, memaklumkan mangsa dilarikan lelaki berusia 25 tahun itu.

Ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, suspek menaiki kereta dan masuk ke kawasan kampus lalu menghunus pisau kepada mangsa serta memaksa mengikutnya kira-kira jam 11.00 pagi.

“Rakan-rakan melarangnya mengikut lelaki itu tetapi mungkin semasa kejadian dia berfikir boleh menenteramkan suspek,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar, semalam.

Munurut laporan akhbar, Nur Syuhada yang juga pelajar tahun satu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, telah disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar kira-kira jam 2 petang semalam selepas dia dipercayai dikelar di bahagian leher dipercayai teman lelakinya dalam kejadian di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di Bukit Gantang.

Seorang saksi, Md Ikhbal Ahmad berkata, dalam kejadian jam 11.55 pagi itu, dia yang dalam perjalanan dari Pokok Assam ke Ipoh telah melihat sebuah kereta jenis Proton Perdana warna hitam diletakkan di bahu jalan lebuh raya.

Menurutnya, kelihatan seorang perempuan telah keluar dari kereta terbabit melalui pintu pemandu dan kemudian jatuh ke jalan.

“Dalam masa yang sama, kelihatan seorang lelaki turut keluar dari kereta berkenaan dan menarik mangsa ke bahagian tepi besi penghadang jalan.

“Namun selepas itu, lelaki berkenaan bertindak melarikan diri dan masuk ke hutan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Tambahnya, dia kemudian memberhentikan motosikal ditunggang dan melihat ramai orang awam turut berhenti menyaksikan kejadian terbabit.

“Ketika itu, kelihatan terdapat kesan leher mangsa telah dikelar dan tidak lama selepas itu kelihatan lelaki berkenaan muncul semula dan terus membuka pintu kereta dan mengambil sebuah telefon bimbit.

“Kedengaran lelaki berkenaan telah menelefon seseorang dan berkata, “minta maaf dan dia telah buat silap”,” katanya.

Mengulas lanjut, saksi berkenaan berkata, dia juga agak terkejut selepas mendengar lelaki berkenaan mengeluarkan kata-kata ‘’Dia tak mampus lagi ke?”

“Orang ramai yang berada di tempat kejadian juga mula curiga dengan lelaki berkenaan dan bertindak memukulnya lalu menyerahkannya kepada polis peronda yang sampai di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 25 tahun itu disyaki mempunyai masalah mental dan telah berkawan dengan mangsa.

“Dalam masa yang sama, polis turut menjumpai sebilah pisau lipat yang dibuang mangsa di bawah bukit tepi lebuh raya.

“Suspek telahpun ditangkap dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.


Tukang masak direman tujuh hari disyaki kelar penuntut UiTM

TAIPING: Seorang tukang masak yang disyaki mengelar seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) sehingga mati di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Suspek yang berusia 25 tahun dibawa ke Balai Polis Parit Buntar, dekat sini kira-kira jam 10 pagi tadi untuk proses permohonan tahanan reman.

Majistret Rosnee Mohd Radzuan, yang hadir ke balai polis berkenaan membenarkan suspek direman sehingga 9 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pemuda yang juga dipercayai teman lelaki mangsa dan bekerja sebagai tukang masak di Melaka, kemudian dibawa semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping kira-kira jam 10.45 pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari semalam, mangsa Norsyuhada Johari, 19, penuntut UiTM kampus Permatang Pauh Pulau Pinang, meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar, dekat sini kira-kira jam 2 petang ketika sedang mendapatkan rawatan.
-BH




9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila kes kelar atas sebab cinta je di syaki masalah mental Sesiapa bercinta atau jatuh cinta semua nya gila anggau Yang dah anak lima pun sanggup di tinggalkan siap belasah isteri setengah mampos Yang isteri pulak boleh lari tinggalkan anak umur dua tahun

Berhati hati lah bila bercinta

Kumikus berkata...

Jika hidup tidak memberi manfaat kepala insan lain, bahkan memberi kemudaratan lebih baik jangan hidup. Hukuman gantung jawapan terbaik kepada permasalahan ini. Semoga keluarga mangsa redha & tabah kerana segala apa yang terjadi adalah atas kehendakNya. Semoga arwah ditempatkan dikalangan hamba yang beriman.

Tanpa Nama berkata...

Arwah cantik patut terus di buat bini.

Ini gaduh cemburu mungkin ada lelaki lain nak kan Arwah ini.

Wasted.

Patut di nikah saja , dah sudah.

Tanpa Nama berkata...

Sedih lihat ayah mangsa.....sedih......

Tanpa Nama berkata...

Masalah mental???..akhirnya pembunuh bahagia di tanjung rambutan...org gila tak boleh bawak kereta lah...undang2 dunia

Tanpa Nama berkata...

Nikah bdoh ape dah jantan 2 penagih dah xkan keluarga dy nk..kalau kau pn xkn nk menantu penagi

Tanpa Nama berkata...

Bdoh nye kau ni..dah jantan 2 penagih dadah xkn la dy nk,,kau pn xnk kn menantu penagih

Tanpa Nama berkata...

Innalillah wa inna ilaihi rajioun. Agak-agaknya bapa Allahyarham pernah buat lapuran polis tak? Apa tindakan yang boleh pihak Polis ambil terhadap individu-individu sebegini?

Tanpa Nama berkata...

dadah punya angkara...boleh jadi gila dan bunuh orang....
perangilah dadah habisan2 .... remaja melayu terlalu ramai yg rosak kerana dadah....
apa tindakan pemimpin kita....dadah semakin banyak...