23 Feb 2015

Hebat Multaqa Ulama Tapi Takut Kepada PasMA...


Dewan Ulama lancar ‘perang’ terhadap PasMa

Dewan Ulama PAS hari ini melancarkan “perang” terhadap Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), menggesa Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil tindakan disiplin ke atas mana-mana pemimpin dan ahlinya yang terlibat dalam gerakan itu. Pemangku Ketua Dewan Ulama Datuk Ahmad Yakob berkata, PasMa secara terang-terangan masih bergiat aktif sedangkan Majlis Syura Ulama sendiri mengeluarkan arahan agar ahlinya tidak terlibat dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut.

"Ini jelas satu usaha merosakkan PAS dan menghancurkan dari dalam serta memecahbelahkan PAS.

"Ini dapat disaksikan apabila banyaknya kenyataan ahli PasMa jelas menyerang dan melanggar dasar PAS, bahkan lebih teruk lagi mereka mengeluarkan kata-kata menghina presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," katanya pada ucaptama di Multaqa Ulama Semalaysia II di Serdang, Selangor hari ini.

Beliau juga mengingatkan yang sebarang pelanggaran terhadap arahan Majlis Syura Ulama dan keputusan presiden merupakan satu kesalahan mandatori dalam undang-undang PAS.

Ia menjadi satu kesalahan walau apa alasan dan sebab yang diberikan serta siapa pun yang terlibat melakukannya, tanpa mengira jawatan yang disandangnya, kata Ahmad yang juga menteri besar Kelantan.

Katanya, keputusan Majlis Syura Ulama dan presiden agar ahli PAS menjauhi PasMa dan tidak terlibat dengan segala aktiviti mereka mempunyai banyak asas.

"Antaranya ialah, wujud aliran pemikiran songsang dalam individu yang terlibat dengan PasMa, yang bersetuju dengan ajaran liberalisme atau Islam liberal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada kira-kira 1,000 perwakilan yang menghadiri multaqa sehari anjuran Dewan Ulama PAS itu yang bagaimanapun tidak dihadiri presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Antara lain, beliau juga turut membidas satu pakatan yang mendakwa terdapatnya gerakan dalaman untuk menjatuhkan presiden terdiri daripada kalangan pemimpin PAS Pusat serta ahli jawatankuasanya (AJK).

"Sekiranya benar dakwaan tersebut, Dewan Ulama PAS meminta kepada pihak yang membuat dakwaan supaya membuat laporan displin bagi memastikan isu tersebut tidak berlarutan dan berpanjangan.

"Satu siasatan dalaman boleh dilakukan. Sekiranya tiada laporan displin dibuat, ia akan mengundang budaya tuduh menuduh tidak berkesudahan," katanya.

Pada 8 Februari, sekumpulan ahli PAS menganjurkan perhimpunan di hadapan ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, mendakwa Pengarah Pilihan Raya Dr Mohd Hatta Ramli menjadi dalang kepada usaha menggulingkan Hadi.

Menuntut peletakan jawatan Dr Hatta yang juga ahli Parlimen Kuala Krai, kumpulan yang diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim itu membuktikan dakwaan mereka melalui satu akuan berkanun dan cetakan paparan skrin telefon daripada WhatsApp.

Ahmad hari ini turut menggesa Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Displin menyegerakan siasatan mengenai dakwaan tersebut.

"Ataupun ditubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang bukan dianggotai AJK PAS Pusat untuk menyiasat berkenaan laporan dakwaan tersebut sama ada benar atau sebaliknya.

"Pihak kami memandang serius terhadap dakwaan tersebut kerana ia melibatkan persoalan wala' dan akhlak yang boleh merosakkan imej parti berasaskan Islam," katanya.

Selain itu, beliau turut menegaskan, kerajaan Kelantan tetap akan melaksanakan hukum hudud pada tahun ini meskipun ada pihak yang memainkan sentimen tidak puas hati.

"Ini tidak lain hanya kerana pemikiran liberal yang merosakkan akidah semakin menular di kalangan ahli PAS yang menyokong PasMa, dan mereka sanggup memberikan wala' (kesetiaan) mereka kepada pemimpin parti lain, tetapi tidak kepada Presiden PAS," katanya.

Pada masa sama, Ahmad memberi amaran, meskipun konsep tahaluf siyasi diamalkan sesama parti komponen Pakatan Rakyat, namun ia tidak boleh membelakangkan parti itu sendiri.

"Perlu diingat oleh ahli PAS, di kala kita bertahaluf, jangan sampai ada berlaku wala' kepada rakan tahaluf. Kita bekerjasama untuk mencapai tujuan disepakati, tanpa mengenepikan dasar PAS," katanya.

Semalam, dalam satu rakaman video yang dimuatnaik di Facebook miliknya, Hadi mengingatkan ahli parti supaya tidak mengkhianati parti atau melakukan sesuatu yang merugikan parti.

"Kesetiaan ialah menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja yang merugikan jemaah, berkhidmat kepada pihak yang lain lebih daripada jemaah, atau pun khianat kepada jemaah.

"Ini merupakan hal-hal yang sangat penting apabila kita melakukan bai'ah (perjanjian) kepada kumpulan Islam," kata Hadi sambil menjelaskan yang dimaksudkan dengan jemaah itu ialah satu kumpulan Islam, dan dalam konteks Malaysia, ia merujuk kepada PAS. – TMI

ULASAN GB

Tiba-tiba PasMA dijadikan musuh. Majlis Multaqa Ulama PAS dijadikan medan untuk "membelasah" saudara separti dan seagama

Hikmah yang tersembunyi: PasMA mendapat publisiti besar-besaran secara percuma. Terima kasih para ulama.

Ulama sanggup mengisytiharkan "perang' terhadap PasMA. Hebat PasMA. Anda digeruni oleh para ulama PAS sehingga mereka mengisytiharkan perang. Tetapi takut nak pecat. GB tertunggu-tunggu juga mereka memecat ahli-ahli PasMA tetapi sehingga ke hari ini mereka tidak berbuat demikian. Apa pasal tarak berani?

Hanya kerana nak mempertahankan Presiden, mereka juga menghentam Mat Sabu secara terbuka. Sedangkan Mat Sabu dipilih oleh Muktamar. Kini cadangkan juga mana-mana ulamak yang dah perasan hebat tampil ke hadapan untuk bertanding apa-apa jawatan untuk menentang Mat Sabu. Hj.Mahfodz Mohamed ada berani? Zuhdi Marzuki ada berani? Ahmad Yaakob? Nik Amar? Mokhtar Senik? Malah jika Hj Hadi dipertandingkan satu lawan satu dengan Mat Sabu pun belum tentu Mat Sabu tewas!


Ahli-ahli PAS lebih kenal Mat Sabu dan lebih menghargai jasa dan sumbangannya terhadap parti berbanding dengan para ulama yang yang berretorika tetapi amat jarang kelihatan berjuang bersama rakyat.

Sementara yang seorang lagi ulama punyalah taksub kepada Hj Hadi sampai kata kalau tak sokong Haji Hadi letak jawatan. Sedangkan Fasal 7 (1) dengan JELAS, TERANG dan NYATA menegaskan bahawa KEKUASAAN PAS adalah dipegang oleh MUKTAMAR TAHUNAN.


Muktamar mempunyai kuasa yang paling tinggi dan paling luas serta paling muktamad. Muktamar boleh memansuhkan kewujudan Majlis Syura Ulamak jika mahu. Perlu diambil perhatian bahawa Majlis Syura, JKPP dan semua badan di dalam PAS hatta PAS sendiri boleh dimansuhkan atau dibubarkan atas kehendak Muktamar.

Muktamar pernah menurunkan Dato Asri Muda sebagai Presiden PAS, dan insyaAllah muktamar juga boleh/akan menurunkan Hj Hadi sebagai Presiden PAS dengan cara yang serupa. Ia adalah satu perkara yang biasa di dalam pemilihan. PAS bukan milik kelompok ulamak malah bukan milik Hj Hadi. Pertukaran Presiden telah berlaku berkali-kali di dalam parti dan ahli-ahli PAS berhak untuk mencalonkan, berkempen dan memilih sesiapa saja yang mereka fikir layak untuk dipilih sebagai Presiden.


Jika ada yang berkempen memburukkan Hj Hadi maka ia adalah akibat dari tindakan buruk yang dilakukan oleh Hj Hadi sendiri. Itu sunnatullah. Kamu melakukan sesuatu yang buruk terhadap orang lain maka yang buruk juga akan menimpa kamu. Kamu BARUAkan orang maka barua itu akan berbalik kepada kamu. Kamu memfitnah orang bab pil kuda, maka dosa fitnah itu berbalik kepada kamu dimana meskipun Shamsul PKR tewas di mahkamah tetapi maruahnya tidak hilang berbanding dengan maruah Hj.Hadi dimana mahkamah memutuskan "memang ucapan Hj Hadi itu berunsur fitnah!" Dimana letak maruah seorang Presiden parti Islam yang telah diisytiharkan oleh mahkamah sedemikian rupa?

Kamu mengaibkan Wan Azizah secara terbuka, satu hari kamu akan diaibkan dengan serupa....itu sunnatullah....



Akhir sekali tak payahlah GB ulas panjang iaitu seorang perwakilan ulamak menyatakan dalam PAS banyak syaitan. Jika dalam PAS banyak syaitan kamu para ulamaklah iblisnya... tak begitu?


Apasal, kamu bertanya? Sebab kamu yang mengistiharkan perang kepada para ahli jemaah, kamu (para ulamak) mengeluarkan kata-kata nista seperti Barua, Babi dan seumpamanya. Siapa yang mengajar kamu para ulamak untuk berbahasa kesat seperti itu jika bukan Sang Iblis?

35 ulasan:

Amuraria berkata...

hanyutlah para mangkuk-mangkuk yang memusuhi sahabat ! ABU & jangan lupa para pengkhianat pro 'UG' !

Tanpa Nama berkata...

mereka takut byg2 sendiri rupanya,suruh pecat tamau pecat.takut.jauh skali pegangan kepimpinan allahyarhan tgna brbanding pas skrg.

Tanpa Nama berkata...

benarlah admin. hanya iblis yg membiakkan syaitan. sy juga sokong pahrolrazi: siapa sebenarnya musuh ulama pas? umno atau pasma? maka telah terjawablah sudah. musuh ulama pas adalah pasma yg menyokong pakatan rakyat. dgn tak secara langsung, ulama pas telah mengisytiharkan perang terhadap pkr dan dap.

rakan ulama pas ug adalah umno -syaitan yg dikenali, yg telah memberikan liputan persidangan dalam media milik mereka.

Ya Allah! lindungi pejuang2 Islam yang benar. Dan Kau laknatilah golongan penjual agama dikalangan kami.


Tanpa Nama berkata...

ulama diakui mempunyai ilmu agama yg tinggi tetapi tak semestinya pandai berpolitik. di malaysia cthnya negeri t'ganu dan kedah. cuma satu penggal diperintah oleh ulama sudah terjatuh ke tangan lawan. di luar negara cthnya mesir. musuh dlm selimut dilantik sbg menteri pertahanan. kelantan pun tak jamin slps ketiadaan TGNA. tunggu dan lihat. turki yg tidak diperintah oleh ulama masih boleh bertahan walau pun seterunya pihak militari sgt kuat (powerful). harap boleh ambil iktibar

Tanpa Nama berkata...

Multaqa ini medan apa sebenarnya?
Mingguan Malaysia memberi ruang khusus muka depan dan satu muka penuh melaporkan tentang 'serangan' para 'ulama PAS' kepada pimpinan dan ahli-ahli PAS sendiri.
Hakikat yang jelas, tidak perlu berselindung menggunakan Multaqa ini untuk menjahanam PAS dan menidakkan perlembagaan PAS demi mempertahankan 'keulamakan' dan 'menjamin sokongan kepada kedudukan yang anda sendiri rasakan anda adalah 'ulama PAS'.
Apa maslahat masyarakat yang dibincangkan dan menjadi keutamaan? Apa yang patut ulama sarankan kepada pimpinan dan ahli PAS untuk meluaskan dakwah dan memahamkan rakyat tentang hudud, tentang kebajikan, tentang permasalahan rakyat, tentang isu undang-undang yang dilihat menekan rakyat, tentang apa yang mampu PAS buat dan tawarkan kepada rakyat?

Jika ini hala tuju utama Multaqa yang dianjurkan...selamat kembali kepada PAS zaman pak lebai pondok.

maae berkata...

Sekurang-kurang nya multaqa ulama kian bersatu hati. Sudah lama di godam dan kini bangun menegakkan kembali rumah yang kian roboh di makan anai-anai.

Cuma sebagai pemerhati luar, sebagai Melayu Islam yang berdiri di atas kebenaran Islam Benar, di harap ulama-ulama PAS menjauhi ekstremisma seperti "menjadi syiah" dan menyokong membuta tuli tanpa asas pergolakan di Timur Tengah, nyata nya memang di pelopori yahudi dan Amerika di bawah pengaruh zionis. Bertahun Palestin berjuang, namun sehingga saat ini terpedaya dengan mainan kedua-dua entiti ini yang ingin menakluki Teluk Arab secara simbolik dan nyata kerana simpanan emas hitam dan sejarah serta ketamadunan Islam yang bermula di sana. Ini umpama rekaan kisah 1001 malam dan agenda membunuh karakter Khalifah Harun Al Rashid yang di momokkan dengan berbagai-bagai dongengan, walhal khaligah Islam ini nyata nya memang berpegang teguh kepada ajaran Islam syumul. Begitu hebat musuh Allah merencana dan mengabui dan memusnahkan Umat Islam dari dalam yang berpaksikan Dajjal.

Terus terang, saya juga tidak menyetujui kehadhiran PasMa dalam kemelut PAS kehilangan pemimpin dan identiti. Persepsi dan kekeliruan, jika tidak waras, ahli-ahli PAS akan terkeliru dan tersepit dalam mainan politik yang tiada masa depan, malahbakan akan di jajah oleh satu pihak yang rakus keduniaan dengan memanipulasi "kelemahan" yang di sudah di canai mengikut resepi mereka.

Sesungguh nya Amanat Hj Hadi Awang kini sudah menjelma menjadi realiti untuk Pas sendiri dengan PasMa kini menjadi watak utama dalam amanat beliau. Ini lah akibat riak dari hati yang tidak di pelihara.

Sekarang, bukan Umno yang merosakkan Pas tetapi Allah SWT itu tetap benar akan janji-janji Nya mengingatkan tentang "berpesan-pesan" di kalangan orang2 mukmin dan Umat Islam. Sesungguh nya Pas itu tidak lain sudah menjadi bayangan syaitan. Syiah, Islam liberal bersifat sekular sememang nya ciptaan syaitan !

Hanya wassatiyyah dalam acuan Islam yang sudah di jamin oleh Allah Yang Maha Esa. Bukan jaminan dari Allah yang di syirikkan...

Nota : ulasan saya hanya pandangan peribadi

Tanpa Nama berkata...

Lantak la.....hang pikiaq hang bole buat..buat la..hang pikiaq hang betoiii..lantakla...ilmu politik kalau x perintah...x bole laksana apa pon.......nk mngajar di surau2...masjid...nak rase kene pegambat....lepas ni..lantak la....nak bersidang bawah pokok lepasni lantak la...menang 15 seat di selangor..lepas ni 1 seat pon ..susah nak menang..lantak la.....bagi peluang perintah trangganu 1 penggal..lantak la...kedah 1 penggal...lantakla....x faham politik malaysia..nk buat hukum Allah kene menang dulu.....siapa kawal polis..oooo..iblis kottttt.....

Tanpa Nama berkata...

Kenapa muka2 pemimpin PAS semua nya muka2 tidak cerdik saja ???

Tanpa Nama berkata...

Betul, in fact, muka macam munafik! Sila rujuk muka dan cakapan hellfre terutama semasa buat wayang tangkap Judi masiat cina.

Tanpa Nama berkata...

Hmmmmm.... Betullah PAS ganti UMNO !

mohamad adel berkata...

eeheheehe cobaan.
nak ke putrajaya kunun.

Tanpa Nama berkata...

Telunjuk ulamak hanya satu yang kedepan meninjukan isyarat bahawa itu syaitan tetapi 4 jari lagi menuja kemukanya yang bererti kamu yang benar2 syaitan,dasar ULAMAK SUK.

5SAL berkata...

TAHNIAH PASMA ANDA DAH JADI 'SINGA' HINGGA GOLONGAN hamPAS JADI FOBIA DENGAN ANDA.AKU SEBAGAI AHLI AKAR UMBI KENAL DAH TAHU APA PERJUANGAN PASMA.TERUSKAN>>>>>>>>!AKU TETAP SOKONG WALAUAPA APA PUN TERJADI!!!!!

Malaysiabaru berkata...

Masyalah ini kah janji Allah di akhir zaman... Ularrrmak sesssat. Paspispus..hidup pasma mai buka cawangan dkt Marang launching esok

Tanpa Nama berkata...

Apa salah PASMA ? Yang memandang buruk Hj Hadi ia lah ahli ahli yang keciwa dengan sikap dan kata kata Hj Hadi semasa praya dan secara senyap senyap berunding dengan UMNO

Sampai ke hari ini belum lagi PASMA secara terang terang buat kenyataan meragui Hj Hadi atau memusuhi MSU

Kenyataan Hj Hadi memang boleh di anggap peribadi kerana tanpa berbincang dengan AJK Pusat Jika mereka benar benar amanah dengan gelaran ulamak mengapa kenyataan Nasha berhubung UG yang di nafikan oleh Ulamak sendiri tidak di bangkitkan Di sini lah kerja kerja setan bermula

Tanpa Nama berkata...

aku ahli PAS tegar,aku lihat puak puak pembodek dalam PAS telah mengikut cara umno bodek bos mereka. puak puak pembodek tersebut telah besar kepala kerana MSU pro UMNO main pintu belakang, aku tahu dan tak mahu fitnah, kalau pemimpin atasan tidak boleh ditegur dan nasihat angkuh macam diktator maka PAS akan tersasar dalam perjuangan parti politik,
aku sanggup di pecat.

Tanpa Nama berkata...

Ini ulamak pas bukan ulamak pewaris nabi

Tanpa Nama berkata...

Apa kata pasma tubuh Parti sendiri selesai masalah....

Tanpa Nama berkata...

Tahun 2015 ini bakal menyaksikan frasa "kekuasaan PAS dipegang oleh muktamar tahunan" dipinda kepada "kekuasaan PAS dipegang oleh Majlis Syura Ulama". Cara pelaksanaannya ialah dengan menyingkirkan pihak yang tidak disukai oleh MSU dari jawatan-jawatan sedia ada atau menyekat mereka dari memegang jawatan baru.

Tanpa Nama berkata...

Ulama pas suci mulia berilmu tinggi

Kapten Bersara berkata...

Pimpanan PAS kelantan Takut kepada PASMA kerana semua RAHSIA pimpinan pas ada di tangan USt mat hussin selaku mantan Pengarah Strategik zaman TGNA..2004 kajian telah di buat..jangan sombong wahai para pemimpin kelantan.kami tahunrahsia anda

Tanpa Nama berkata...

kalau dulu aku antara yang kuat sokong dan menjadi sukarelawan menentang mana2 blogger umngok yang mengutuk PAS dimana2 blog. La ni semenjak isu MB selangor maka aku tolak PAS sekarang selagi PAS dibawah Hadi.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah menang dlm gabungan skrg.. Ada peluang nak laksana hukum Allah.. Contoh di negeri2 yg diperintah bersama sarang maksiat dan judi tumbuh bagai cendawan.. suara Pas dipinggirkan.. Islam dimomokan ..

Tanpa Nama berkata...

PAS = Parti Islam Semalaysia. dimana Islamnya pas? sepatutnya semua ahli pas sama rata. tp pas ada kasta2 skrg. kasta ulama brahmin yg gila kuasa dan kasta bukan ulama harijan yg sibrahmin nak perhambakan.

sepatutnya sbg sebuah parti, sebarang persidangan mestilah terbuka kepada semua ahli. ini tidak! hanya golongan serban aja yg layak. bgmn pula kalau golongan pro buat persidangan tak jemput siserban? umno syaitan yg dikenali pun tak buat cam tu.

puak ug gu bukan saja dah ganti umno malah dah jadi lebih teruk dr umno!

Tanpa Nama berkata...

Bro...lu sokong ke dap tu...fahaman dia x kan selari dgn pas....pas kena kuat dan tegas....selama ni dah banyak mengalah...sampai bila...ajar dap n pkr...tanpa pas diaorg xde apa2...bkn nya tanpa diaorg pas xde apa2...kalau camnie la...nasib baik pru lepas pakatan x menang...kalu menang..mampuih rakyat msia...allah itu maha mengetahui....biar pn menang undi popular...tp x dpt tadbir msia...belum dpt kuasa dah kucar kacir...

Tanpa Nama berkata...

kita tak boleh suruh pro PASMA letak jawatan atau halau keluar dari PAS sebab yang kena marah dulu dan yang kena halau dulu pro UG Ada dia orang blah

Ulamak memang tak patut di tegur sebab Ulamak sememang tahu mana yang betul mana yang salah dan mencari kelemahan sendiri

Majlis Ulamak Tak Beraqal ini je yang menyalahkan dan menghukum orang lain

Tanpa Nama berkata...

Jika PASMA itu PARTI, pilih satu diantara dua PAS atau PASMA? Pilihan ku adalah PASMA, Hilang nya BERLIAN di dalam PAS maka muncul lah UG yang tak PERNAH SERIK untuk DI TIPU untuk sekian kalinya...hanya TERPEDAYA dengan MELAYU umno yang menghentam PAS dan SERANG PAS sejak bertahun tahun lama nya, MSU dah hilang keberkatan dalam jamaah..TIDAK IKHLAS BERJUANG bersama PR.

Tanpa Nama berkata...

kami bukan ahli pas tapi selalu menyokong perjuangan pas dan pantang kalau tin milo lalu pasti hulor tapi tu dululah kalau sekarang goodbyelah pas and welcome pasma kami tunggu kemaraan anda

Tanpa Nama berkata...

Orang yang sama bertahun tahun berjuang dalam PAS kerana hanya tidak bersetuju PAS mengkhianati PR

Kerana Presiden yang tidak berani membuat perubahan dalam berpolitik seperti yang di putuskan oleh ahli semasa muktamar

Hanya kerana membuat kenyataan bahawa kenyataan Presiden adalah pandangan peribadi tanpa yang dibuat tanpa AJK Pusat

Tiba tiba sekarang orang yang sama ini dituduh pemikiran songsang dan liberalisme

Tak tahu lah kalau MSU boleh tubuh Jawatankuasa Khas Tapi kalau Islam sangat tubuhkan lah juga untuk siasatan pil kuda kenyataan barua Barulah Islam itu Adil

Tanpa Nama berkata...

Betul ker pas ni PARTI POLITIK??

Tanpa Nama berkata...

pasma adalah benteng utk lawan ug. setelah ketiadaan tgna, msu nampaknya makin besar kepala. umno skang tepuk tangan walau ug gagal sekalipun umno dah menang(pecah-belah pas) kerana ianya serampang 2 mata. bila jemaah dlm kekusutan disini kita boleh melihat & menilai dimana kebijaksanaan presiden. macamana din ayam bleh ada dlm msu sbg menantu presiden? hebat perancangan ug...

mohd shahran berkata...

maae said...
Sekurang-kurang nya mult .... TAKUT DENGAN NGO???? MUSUH PAS SEBENARNYA BN KER PASMA???? NOW SEGALA TENAGA DAN PEMIKIRAN DITUJUKAN KEPADA PASMA BUKAN MUSUH SEBENAR2 MUSUH. MUSUH GELAK AJE KERJA MUDAH NAK TAWAN PAS DISEBABKAN KEHARAMAN JADAHI ULAMAK

Tanpa Nama berkata...

Inilah akibat budak2 dah telan gula2

akibat budak2hingusan diberi habuan

ibarat ikan sudah tertelan umpan

umpan dah sangkut ditenggorokan

wajib ikut skrip arahan

arahan Tuan UMPAN

sape beri UMPAN?

Tuan UMPAN??


Renong2kan..


Idea PilKuda

Sape punya idea PilKuda?

Bukankah pilkuda itu FITNAH?

Sape yg suka sgt brmain FITNAH?

Bukankah FITNAH-RASUAH kembar asli?

Rekod2 RASUAH inilah sgt2 digeruni

Sulohan"CAHAYA"inilah sgt2 ditakuti

CAHAYA-KBNARAN inilah wajib dipadam

CAHAYA menyuloh sapekah Tuan UMPAN?

CAHAYA menyuloh brp bnyk dah ditelan

CAHAYA inilah "CAHAYA"suci nabi2

juga "CAHAYA"kpd pewaris2 nabi

"CAHAYA"ini yg sgt2 mrk takuti..

Inilah "CAHAYA"yg dinanti2kan!

"CAHAYA"-rahmat kesluruh alam2..

Anti Fitnah berkata...

Sikit-sikit ... DAP dipersalahkan kerana menentang HUDUD. Awat DAPkah yang memerintah Kelantan selama ini? Awat DAP ada kuasa menghalang di DUN Kelantankah? Yang sedia maklum ialah UMNO yang menghalang perlaksanaan HUDUD waktu TGNA dulu sehingga sanggup mengwujudkan MAGERAN di Kelantan jika HUDUD dilaksanakan di Kelantan. Tanyalah Che Det sebab dia tengah hidup dan dia akan cakap "Betul" punya. Nak tanya TGNA, orangnya dah dijemput dek Allah swt.
Tahu tak berapa ramai "Melayu jadian" dalam UMNO yang sedang mempermainkan Melayu? Jangan pulak orang Islam pulak yang mempermainkan Islam?
Fitnah Akhir Zaman ... bukan dilakukan oleh manusia biasa tapi oleh orang yang diberi gelaran ULAMA. Ulama ni umpama PEREMPUAN yang segala gerak geri, cara berpakaian dan tutur katanya boleh menimbulkan fitnah secara tak sengaja. Apatah lagi yang memang sengaja atau dirancang sedemikian rupa.

Tanpa Nama berkata...

Kalau seseorang itu di hormati sebagai Ulamak seseorang itu tak perlu mengumpul seribu orang untuk membuktikan kebenarannya TGNA tak perlu ini semua untuk menghalang kehendak pro UG Cukup dia sorang kata Tidak

Adakah tuduhan dan tindakan ke atas PASMA mendapat persetujuan dari seribu orang yang hadir ? Jika benar menjadi tanda tanya mengapa suara yang tidak menyokong datang dari orang yang sama?

Salah se orang pro UG baru tersedar PKR dan DAP jenis parti yang macamana dan memberi perumpamaan PAS berada dalam hutan Ada binatang buas Harimau dan Babi PAS di bawa berjalan oleh orang yang bijak Dan orang itu seperti membawa cahaya untuk keluar dari hutan Bagi pro UG itu orang tersebut ia lah Presiden parti

Cahaya apa? Tahu apa? Sebab yang bawa cahaya dan yang tahu tu baru saja pergi meninggalkan kita

Jika Presiden memang tahu dan bawa cahaya macam tu hebat sekali mana dia semasa Multaqa? Dia pulak yang bagi peringatan tentang wala melalui rakaman video Terbalik di mana yang sepatutnya Ketua Dewan Ulamak yang memberi nasihat tersebut

Orang yang tak kuat saja yang cari sokongan dan memang sah Ulamak yang seramai seribu orang yang tak kurang pun macam kita Bila ada ramai baru datang berani Allah nya tah mana?