14 Jan 2015

Felixia Yeap Kecewa Gadis Bertudung Peluk Artis K-Pop


Kisah gadis bertudung dipeluk dan memeluk artis k-pop menjadi viral di media sosial.

Rata-rata merasa kecewa... kecewa kerana ia amat mencemarkan imej "bertudung" yang mereka bawa... perbuatan mereka tidak melambangkan akhlak muslimah.

Felixia Yeap atau lebih dikenali dalam nama Islam beliau sebagai Rasiyyah Rania Yeap ada mengulas berhubung isu laman facebooknya. Jom kita ikuti:

Saya tak suka lelaki sentuh saya. (Kecuali baby. HEHE.)

Dari dulu (time saya tak berhijab dan masih seorang model berimej seksi)……… sampailah sekarang (dah berhijab dan dah jadi seorang Muslimah).
Memang tak suka lelaki sentuh/peluk walaupun hanya sekadar untuk bergambar kenangan.
Tangan2 yang sempat “menjalar” kat bahu pun saya tepis dan kadang2 siap tegur kuat2, “Sorry sir, NO TOUCHING.” (zaman modeling sebelum Islam)
Jadi saya pun tak faham kenapa semalam ada adik bertudung yang excited dan suka sampai sendiri yang memeluk artis lelaki Kpop dalam video tu…
Saya rasa artis tu tak bersalah sebab diorang bukannya tahu pun pasal agama kita ni.
Dah adik2 bertudung tu happy je bagi peluk, siap terloncat2 lagi nak peluk artis2 tu semula…aduhhhh.
Memang la artis2 Kpop tu terima dengan hati dan tangan terbuka je… Jam saya tengok.
Alangkah bagusnya kalau adik2 yang bertudung tu say “NO” kat artis Kpop tu atas pentas bila diorang nak peluk.
Terus jadi dakwah…atas pentas pula tu.
MashaaAllah!
Renung-renungkanlah…
Even non-Muslims pun ada banyak yang tak bagi lelaki sentuh.

Be different, my sisters.
You’re different, you’re special. Remember that.
Your hijab is your greatest reminder everyday.
Stay that way.
Say NO next time.



Daripada pengakuan Felixia ternyatalah beliau memang dikasihi Allah maka beliau dikurniakan hidayahNya lantarannya...

Dari dulu (time saya tak berhijab dan masih seorang model berimej seksi)……… sampailah sekarang (dah berhijab dan dah jadi seorang Muslimah).
Memang tak suka lelaki sentuh/peluk walaupun hanya sekadar untuk bergambar kenangan.


Kepada mereka yang terlibat di dalam aksi peluk memeluk itu... bertaubatlah... kita khuatir nanti akan terbalik jadinya daripada perjalanan hidup Felixia.... daripada sudah ada hidayah... terus ditarik hidayah itu dan ditinggalkan dalam keadaan zulmat dan suul khatimah...mudah-mudahan dijauhkan Allah swt... sekalipun demikianlah hkum kebenaran dan keadilan berjalan...

Dan terlebih penting jangan ada di kalangan kita yang menempelak Felixia pula menuduh kononnya beliau dah jadi seorang "ustazah express" sepertimana tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan oleh bekas seorang timbalan menteri kepada beberapa artis yang telah berhijrah...

4 ulasan:

Anti Fitnah berkata...

I setuju dgn Felixia. Jangan menyalahkan orang lain apabila kita sendiri melakukan kesalahan. Menuding jari kepada orang lain tidak akan menyelesaikan masalah yang sedia ada melainkan kita selalu muhasabah diri terlebih dahulu.
Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Bersentuhan antara lelaki/perempuan, bagi orang bukan Islam, tiada hukum tapi bagi kita, orang Islam, ada hukum. Bagaimana kita nak menyalahkan orang jahil sedangkan kita yang amat mengetahui tidak melarangnya malahan menggalakkannya?
Teruskan kecemerlangan sebagai muslimin, Felixia. Aku sayang akan tindakan anda.
Allahuakhbar. Allahuakhbar. Allahuakhbar.

Tanpa Nama berkata...

Even non-Muslims pun ada banyak yang tak bagi lelaki sentuh - Felixia

Kan dah cakap orang cina yang datang konsert k-pop tu pun ada yang terkejut dengan aksi gadis melayu tersebut

Kalau Felixia ada kesempatan masa berjumpa lah mereka Beri lah pandangan dan berkongsi pengalaman Kalau kita hari hari belasah adik adik tu pun salah haribulan dia orang buat sesuatu yang tak baik Rasanya mungkin mereka dah menyesal dan pihak berkuasa pun dah ambil tindakan

Kita ni pun bukan baik mana pun

ct nasy berkata...

Saya sgt stuju dgn pandangan Felixia.
Actually idol kpop tdak mgtahui sgala btas dan hkum brsentuhan antara lelaki dan perempuan.tidak salah untuk kita meminati kpop krana itu mrupakan minat seseorang. Saya sendiri meminati rancangan2 realiti korea dan sebagainya. Jadi jelaslah di sini bahawa kita sebagai hamba Allah perlu menjaga syariat yg dtetapkan.

Tanpa Nama berkata...

Beginilah Flexi. Agama Islam adalah yang benar sebab itu amat dicemburui oleh musuh islam. Macam-macam cara untuk mencemari islam.

Bagi saya, hanya Allah yg tahu siapa yg berhijab dan sanggup diperlaku sedemikian rupa. Adakah depa tu org yg setakat berhijab ikut2tan yg tak faham islam, mungkin yg faham islam tapi NAFSU SYAHWATNYA boleh ditunggangi syaitan atau.... yg ni paling kacau...perancangan pihak tertentu untuk mencemari islam dengan budak yg tak ketahuan pakaikan tudung disuruh naik pentas dipeluk/cium, dgn itu imej ISLAM AKAN DIPERLECEH.

Pada saya jika ada sesiapa buat pengakuan selepas2 ni mengaku yg naik ke pentas pun kita masih ragu.Mungkin diupah dan sebagainya. Melainkan masa kejadian ada penguatkuasa tahan budak2 itu on the spot.