24 Mac 2014

Selepas MH370 Hilang, MAS Ditimpa 2 Malapetaka Lagi...


Pesawat MH066 dilencongkan ke HK

Satu penerbangan Malaysia Airlines ( MAS) pesawat Airbus A330-300 yang dijadualkan ke Incheon, Korea Selatan, terpaksa dilencongkan dan mendarat di Hong Kong hari ini kerana "generator pesawat tidak beroperasi ".

Dalam satu kenyataan, MAS mengesahkan perkara itu, dan menjelaskan bahawa ia melibatkan generator yang membekalkan kuasa elektrik kepada pesawat.

"Bagaimanapun, kuasa elektrik terus dibekalkan oleh unit kuasa elektrik tambahan, " kenyataan itu dipetik.

Penerbangan MH066 berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 11.37 malam, semalam dan dijadual tiba di Incheon pada 06:50 pagi ini.

Menurut kenyataan tersebut, MAS memindahkan seramai 271 penumpang dalam penerbangan berkenaan ke penerbangan yang diusahakan syarikat lain.

"Penerbangan pulang, MH067 dari Incheon ke Kuala Lumpur, dibatalkan, dan penumpang telah dipindahkan (ke) syarikat penerbangan lain serta penerbangan MAS berikutnya ke Kuala Lumpur."

Semalam dilaporkan kapal terbang MAS telah melanggar itik kira-kira 10.45 malam, Jumaat lepas ketika mendarat di lapangan terbang Kathmandu di Nepal.

Bagaimanapun, pesawat itu hanya mengalami kerosakan kecil.

MAS juga masih belum menemui pesawat penerbangan MH370 yang hilang tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur, dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Operasi mencari dan menyelamat besar-besaran yang dijalankan masih belum berjaya mengesan pesawat tersebut. -mk

BERITA SEBELUMNYA

Pesawat MAS MH114 dirempuh sekumpulan itik

NEW DELHI - INDIA. Sebuah pesawat MAS yang membawa 180 penumpang dan anak kapal terselamat daripada mengalami bencana apabila sekumpulan itik merempuh cermin hadapannya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) pada Jumaat malam.

Portal berita Nepal kantipuronline.com. pada Sabtu memetik pihak berkuasa lapangan terbang sebagai berkata kejadian pada pukul 10.45 malam itu menyebabkan hujung Landasan 02 dipenuhi serpihan kaca.


Tiada laporan mengenai kecederaan yang dialami mereka yang menaiki pesawat MH-144 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu itu.

Petugas kokpit pesawat itu bagaimanpun dikatakan tidak segera memaklumkan kejadian tersebut kepada Pengawal Trafik Udara (ATC).

Kapten pesawat berkenaan bagaimanapun mengesahkan ia "disyaki melanggar unggas", selepas anak kapal Jet Airways melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa lapangan terbang,
kata laporan itu.

Juruterbang MAS terbabit dipercayai mungkin dikenakan tindakan kerana tidak segera melaporkan kejadian tersebut.

"Kejadian itu terdedah selepas seorang juruterbang Jet Airways, yang mendaratkan pesawatnya beberapa minit selepas pesawat MAS, memaklumkan kepada kami beliau ternampak serpihan kaca berselerak di landasan," kata seorang pegawai ATC yang enggan dikenali.

Para pegawai TIA yang membuat pemeriksaan menjumpai sekurang-kurangnya 10 bangkai itik serta kepingan kaca di landasan. Serpihan kaca itu kemudian dibuang dan lapangan terbang tersebut kembali beroperasi 30 minit kemudian.

Para pegawai menjumpai dua lagi bangkai itik ketika melakukan pemeriksaan rutin pada pagi Sabtu.

“Ini kali pertama kami melihat begitu banyak itik di kawasan lapangan terbang ini," kata seorang pegawai yang mengesyaki unggas itu mungkin itik penghijrah.

MAS membatalkan penerbangannya ke Kuala Lumpur yang dijadualkan pada pukul 11 malam Jumaat.

Semua penumpang yang menempah penerbangan itu ditempatkan di hotel Soaltee, Annapurna dan Hyatt Regency. Pesawat berkenaan berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 3:30 petang Sabtu setelah dibaiki.

Sementara itu, pegawai ATC berkata pengurus besar TIA telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut dan beliau mengesyorkan tindakan dikenakan terhadap juruterbang MAS terbabit kerana tidak membuat laporan segera tentang kejadian itu.

“Juruterbang berkenaan sepatutnya memaklumkan kejadian itu dengan segera kepada pihak berkuasa lapangan terbang bagi mengelak kejadian tidak diingini," kata pegawai itu.

Lebih 75 kejadian pesawat berlanggar dengan unggas ketika berlepas atau mendarat berlaku di TIA sejak 1990.

Tiga daripadanya mengakibatkan kerosakan besar terhadap pesawat. Walaupun sebuah pesawat Airbus A300 Thai Airways dan sebuah pesawat Dc-10 Biman Bangladesh terselamat daripada nahas pada 1996 dan 2010, 19 orang maut apabila pesawat Dornier Sita Air terhempas pada September 2012.

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, MAS hari ini mengesahkan penerbangan MH114nya dari Kuala Lumpur ke Kathmandu pada 21 Mac lepas telah dilanggar oleh sekumpulan unggas semasa menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan.

Pengurus Perhubungan Media MAS Khairunnisak Dzun Nurin dalam satu kenyataan di sini berkata sebaik sahaja mendarat pesawat itu telah diperiksa oleh jurutera bertugas.

Beliau berkata penutup lensa lampu mendarat pesawat itu yang pecah dan bukannya cermin hadapan seperti dilaporkan.

"Pesawat itu tidak dibenarkan terbang pada malam itu dan penutup lensa yang pecah itu telah diganti," katanya. - Bernama





IKLAN BERBAYAR


JANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN MUDAH

Jom kawan-kawan...Jana income dengan hanya bermodalkan RM100 Tuan/Puan, drpd kita berfb @ berwechat @ whtsapp tak dapat hasil.. apa kata sambil-sambil tu kita buat income? Saya nak kongsi 1 program tempatan yang boleh buat income sampingan.

Tiada tipu muslihat, Tak perlu cari org.. tak perlu beli atau jual barang. Syarat kelayakan: Anda ada fb @ whtsapp @ wechat dan tau guna komputer sikit2. Apa saja termasuk twitter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri. Apa lagi, anda copy link anda sendiri dan copy ayat-ayat saya ni dan paste kat fb, twitter dan sebagainya. Modal anda dapat semula pada hari pertama lagi bila ada org yg buka link anda dan daftar. Mudahkan? Duit anda akan dimasukkan terus ke bank anda. Hari pertama saja saya sudah peroleh RM350. Memang berbaloi. Klik link di bawah ini.


KLIK SINI


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adakah ini badi atau peringatan dr Allah. Mungkinkah Allah sedang melihat apa yg dilakukan oleh Mas ..berterus teranglah walaupun pahit

Adjie123 berkata...

CEO of MAS .....its time to resign...

Harimau Malaya berkata...

Semoga Allah beri petunjuk kepada kita semua tentang hikmah kejadian yang tersebut itu...

Tanpa Nama berkata...

mas engineer, tech specialist are sleeping what a low of standard working enviroment!! what a shame!

Tanpa Nama berkata...

anon343, muhasabah.. Allah maha melihat- tiada apa yang terselindong dari penglihatan Allah - dari pengetahuanNya

Bukan main mungkin mungkin di sini
Memang YA.. soheh.. jelas
Allah maha melihat

Tanpa Nama berkata...

Berlanggar dengan burung adalah sesuatu perkara yg di luar kawalan juruterbang atau engineers. Ia sebenarnya tanggungjawab autoriti lapangan terbang terbabit yg sepatutnya menentukan tiada binatang2 berkeliaran di lapangan terbang.

Tanpa Nama berkata...

Adakah pesawat MH370 sengaja dibunuh??? adakah bateri lithium ion yg x dibungkus dgn betul menyalakan api??? kenapa kapten zahari dipanggil saat2 akhir??? adakah persoalan claim insurans pesawat timbul setelah rugi??? pelbgai persoalan... MAS patuh rasa bersalah kerana kemalasan dlm mengurus harta bendanya..

paklangkd berkata...

Salam CEO MAS, tolong beri arahan supaya hidangan arak dalam kapalterbang diharamkan serta merta.... demi keselamatan semua penumpang daripada musibah.

Tanpa Nama berkata...

Inilah jadinya kalau semua benda pun mahu dipau. Duit pocket masuk diutamakan keselamatan penumpang MAS diabaikan janji masuń∑kkkk. CEO MAS lu jangan sampai badan penyiasat antarabangsa kemalangan pesawat membuat kesimpulan punca kemalangan adalah disebabkan oleh kegagalan maintenance. MAS for sure akan terima hukuman dari badan tersebut dan diharamkan daripada beroperasi dan meningkatlah kadar penganguran di malaysia.