29 Dis 2014

[VIDEO & GAMBAR] Tak Sedar Siapa Yang Datang, Panggilnya "Abang"


Sebut sahaja nama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, pasti terbayang di fikiran kita seorang pemimpin yang begitu sederhana dan rendah diri penampilannya apabila berhadapan dengan rakyat jelata.

Baru-baru ini, baginda telah mencemar duli ke beberapa pusat pemindahan mangsa banjir di negerinya bagi melihat sendiri keadaan semasa selain melawat dan bermesra dengan rakyatnya.

Menariknya, Sultan Kelantan juga dilihat memandu sendiri kenderaan pacuan empat rodanya menuju ke destinasi tersebut.

Menerusi satu screenshot komen Facebook, Muhammad Imran telah berkongsi satu cerita yang cukup menarik mengenai Sultan berjiwa rakyat itu sewaktu berlakunya bencana banjir.

Menurutnya, sewaktu adiknya sedang duduk berehat, dia didatangi oleh seseorang yang kemudiannya duduk di sebelahnya sambil minum kopi dalam cawan polisterin.

Dia kemudiannya dengan selamba berbual sebelum menyedari individu tersebut merupakan Sultan Kelantan dan segera memohon maaf kerana memanggilnya dengan panggilan ‘abang’.

Namun, baginda langsung tidak marah, sebaliknya turut memeluk mangsa banjir tersebut.

Sejujurnya kami amat kagum dengan ketenangan yang ditampilkan oleh baginda kerana tidak terus memperkenalkan dirinya sebagai Sultan, sebaliknya menjawab ‘orang sini’ sahaja.

Inilah antara secebis kisah Sultan Kelantan yang cukup dikagumi bukan sahaja oleh rakyatnya, tetapi juga rakyat Malaysia. -mynewshub

Jangan bersengketa dengan alam, nasihat Sultan Kelantan


Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mahu seluruh rakyat supaya menjadikan alam sekitar sebagai sahabat baik kerana musibah banjir yang berlaku ketika ini mempunyai hubung kait daripada perbuatan manusia.

Titah baginda, rakyat perlu bermuhasabah dengan apa yang dilakukan selama ini dan perlu memperbaiki kesilapan yang dilakukan.

"Marilah kita menghulurkan tangan persahabatan dengan alam sekitar dan marilah kita sedar bahawa segala macam musibah bencana dan malapetaka yang terjadi semua itu akibat daripada olahan tangan-tangan kita.

"Semoga Allah mengampuni kita semua dan menjadikan musibah ini dengan kebaikan yang banyak," titah baginda dalam teks yang diedarkan kepada media di Kota Baru, hari ini.

Baginda juga mahu rakyat agar tidak menyebarkan berita yang boleh menambahkan kekeruhan terhadap musibah yang berlaku itu.

"Janganlah ada dalam kalangan ahli masyarakat yang tidak sensitif dan ingin menangguk di air keruh dengan menyebarkan berita-berita yang boleh menambahkan kekeruhan dan kekusutan," titah baginda.

Titah baginda ujian yang dialami ketika ini bukan masanya untuk saling menyalahkan sesama sendiri.

Baginda turut mengucapkan takziah kepada rakyat Kelantan yang terjejas banjir dan berharap mereka menerima ketentuan Allah itu dengan penuh berlapang dada.

"Banjir yang berlaku ini adalah sebahagian daripada qada dan qadar Allah. Hal ini harus diyakini dan diimani," titah baginda.
– Bernama


Memandu sendiri pacuan 4 roda untuk melawat mangsa banjir





9 ulasan:

Abdmubin Myhassan berkata...

Di sisi Allah swt mmglah semua manusia itu sama yg membezakan cuman iman dan taqwa kpdNya. Namun Islam mengiktiraf kepemimpinan bersultan apatah lg khalifah. Setiap pemimpin bertanggungjawab ke atas pimpinannya. "Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.." Moga Allah swt merahmati tuanku, rakyat dan jajahan takluk tuanku. Aamiin. Allahu Akbar!

Tanpa Nama berkata...

Keluar air mata aku melihat perilaku baginda yg merendah diri di hadapan rakyat
semoga Allah merahmati diri baginda

Tanpa Nama berkata...

Sultan tetap Sultan Bukan rakyat yang menentukan siapa layak jadi Sultan Baginda boleh beristirehat di istana Baginda boleh bermain golf mana mana padang golf yang Baginda berkenan Baginda boleh hanya memantau dari awan biru

Baginda tak perlu mengharap satu undi pun untuk mendapatkan kepercayaan rakyat Tapi Baginda turut berduka dan merasai kesusahan rakyat

Sebalik nya Anak Bangsawan yang dulu merayu rayu siang malam untuk mendapat undi rakyat bukan setakat bersenang lenang main golf tapi tidak mahu membantu rakyat dengan mengistiharkan dharurat Di tambah dengan sikap beliau yang suka memberi alasan alasan yang lebih cenderung kepada menipu

Cuma di Kelantan setakat ini yang rakyat nya tak perlu kan Kerajaan dari mana mana parti mentadbir negeri

Perubahan dan kemulian Baginda di harap menjadi ikutan Sultan negeri yang lain dan jangan lah ada di kalangan kerabat yang memandang sinis kehadiran Baginda yang begitu kerap muncul di khalayak rakyat yang di pandang tak berharga oleh pemimpin negara

Sultan tetap Sultan Patik menjujung kasih Tuanku

Tanpa Nama berkata...

Yang menyebuk mengiringi Sultan tu tak malu ke Sultan redah hujan kau orang ada redah hujan Jangan kan nak redah hujan Naik bot pun bukan bot orang kampung

Sudah Buat apa kau di situ
Kalau kau kami tak suka dengan dengan UMNO kami tak suka

mohd shahran berkata...

TUANKU SULTAN TERBILANG.. CARI HANTU HARAM JADAH YANG BERSENGKETA DENGAN ALAM. HUKUM TAK IRA PA JAWATAN DIA MB KE TMB KE AHLI POLITIK KE. SI BANSGAT YANG MERATAH ALAM DENGAN RAKUS NI HARUS DI BAWA KEPENGADILAN

Tanpa Nama berkata...

Ampun Tuanku kami rakyat Kelantan berasa bertuah dengan bersultankan kebawah duli cumanya kami hairan kemana perginya juak-juak melayu yang suka menipu pergi bila keadaan jadi begini,tolong tuanku beri tahukan pada maknusia yang tidak berhati perut itu bila taunku dilantik menjadi SPBYDPA nanti,ampun tuanku saya dari rakyat yang menjadi mangsa yang tiada mempunyai apa-apa selain dari harapan untuk membela demi agama dan bangsa dan negeri Kelantan yang tercinta.

Tanpa Nama berkata...

Bila ada Raja Sultan macam ni rasa seronok jugak nak jadi Sultan

Sikap Sultan membantu adalah sangat terpuji Dari orang rasa kepayahan menghadapi banjir dan hanya bercerita tentang kesukaran bantuan tiba tiba cerita Sultan melapangkan hati mereka

Kalau saya jadi Sultan saya menyamar jadi mangsa banjir

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...saya mendoakan agar rakyat kelantan bersabar dengan qada dan qadar Allah...insya allah ade rahmat disebaliknye. saya syg dan respek sultan kelantan dan saya rasa rakyat kelantan amat bertuah kerana dpt sultan macam ni. jadi bersabar la Allah sentiasa menduga org2 yg sabar...amin.

-anak selangor-

Tanpa Nama berkata...

Pangkat, harta adalah anugerah Allah yg kalau digunakan pada jalanNya , sangat tinggi darjat di sisiNya.

Kite yag tak berpangkat, kurang rezeki, ada bahagian utk menyumbang, senyum, tenaga utk tolong menolong, asal jangan sombong.
Lebih hina yg tak punya apa2, tapi sombong.