9 Dis 2014

Sebenarnya Mahathir Bermaksud Najib & Ahli-ahli UMNO Bodoh....

CEO MAS: Orang Malaysia bodoh, kata Tun M

KUALA LUMPUR - "Orang Malaysia ini bodoh, tidak tahu hendak uruskan syarikat penerbangan, sebab itu MAS (Malaysia Airline System Berhad) rugi," demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Demikian reaksi balas bekas pemimpin negara itu apabila diajukan tentang keputusan Khazanah Nasional Berhad yang melantik Chrisoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS, berkuat kuasa 1 Januari depan.

Beliau berkata lagi tidak hairan jika 'orang luar' diberikan kepercayaan untuk menguruskan dan memulihkan semula syarikat penerbangan negara itu.

"Bila sudah rugi, orang yang buat (MAS) rugi itu sekarang ini nak buat baik balik, oklah," katanya lagi.

Mueller, ketika ini merupakan CEO Aer Lingus Plc, syarikat penerbangan nasional Ireland, juga dicalonkan menyertai Lembaga Pengarah MAS. -SH

Nanti PM 'orang putih' pula, sindir Dr M

Berbeza dengan laporan sebelum ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengkritik kebergantungan Malaysia kepada orang luar untuk memajukan negara.

Menjawab soalan berhubung pelantikan tokoh korporat Jerman Christoph R Mueller sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo), Mahathir berkata ia menjadi “pengakuan kita ini bodoh”.

"Saya khuatir kita tidak ada kepercayaan kepada diri sendiri sehingga satu hari nanti kita nak perdana menteri, kita boleh ambil orang putih sebab dia lebih pandai daripada kita.

“Kalau nak marah, marahlah. Itu pendapat saya,” katanya.

Menjelaskan kontroversi kenyataannya sebelum ini, Mahathir menegaskan “orang Malaysia tidak bodoh” dan mempunyai banyak bakat walaupun di zaman British dianggap kolot.

"Tapi nak panggil jadi konsultan (adalah) orang asing. Nak jadi pengarah, orang asing, nampak beri pengakuan kita ni bodoh,” katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan anggota parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Naina Merican yang mempertikaikan pelantikan Mueller dan mahukan keutamaan diberi kepada warga tempatan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Pengurusan Kualiti Islam (i-QAM) anjuran Universiti Utara Malaysia di Hotel Everly di Putrajaya.

Menjawab dakwaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa BN sebenarnya tidak mampu menguruskan syarikat penerbangan Dr Mahathir berkata:

"Kerajaan mesti sedar bahawa kita tidak harus mengaku bahawa kita tidak ada kebolehan.

"Kalau kita percaya bahawa kita tidak ada kebolehan, kita jangan jadi kerajaanlah," katanya.
-mk

ULASAN GB

Sebenarnya begitulah... Mahathir ingin menyatakan Najib dan sekalian ahli UMNO itu bodoh.

Mahathir memang terkenal dengan kata-kata sindiran dan sarkastiknya. Beliau juga pakar reverse psychology.

Apabila beliau menyatakan

"Orang Malaysia ini bodoh, tidak tahu hendak uruskan syarikat penerbangan..."

Beliau sebenarnya menyindir dan menempelak Najib yang melantik orang luar menerajui MAS.

Maka itu sebabnya beliau menyatakan nanti "orang putih" pula jadi PM Malaysia.

Beliau turut mengkritik ahli UMNO yang terus mempertahankan Najib. Di dalam satu ucapannyab beliau menyatakan ramai yang layak menggantikan Najib tetapi ahli-ahli UMNO yang menjadi penghalangnya. Justeru itu sebenarnya, menurut Mahathir ahli-ahli UMNO semuanya bodoh mengekalkan PM yang bodoh.

Ramai pemimpin yang berkebolehan menggantikan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri namun Umno menjadi penghalang kepada usaha itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata usaha kemasukan pemimpin baharu ke dalam Umno terhalang ekoran kepimpinan parti itu yang lebih gemar mempertahankan kedudukan sebagaimana yang terlihat di Selangor.

“Sebenarnya ramai, ramai yang layak. Tetapi Umno tak bagi masuk. Umno tak bagi masuk dalam Umno pasal masing-masing jaga tempat dia, kalau masuk orang yang lebih layak daripada dia, dia tak dapat tempat.

“Sebab itu (contohnya) kita cari dalam Umno di Selangor. Selangor ini penuh dengan orang Melayu yang bijak-bijak belaka, yang pandai, yang berjaya tetapi tak boleh masuk Umno. (Kena) cantas, tak boleh. Pasal dia nak jaga tempat dia.

“Ha! (kalau orang itu) masuk, (dia) tak boleh jadi ketua bahagianlah, (dia) tak jadi calonlah, tak dapat jadi datuklah. Jadi pasal masing-masing fikir tentang kepentingan diri. Sebab itu kita cari siapa nak ganti (pemimpin tertinggi) oh tak ada kononnya,” katanya dalam satu wawancara bersama Sinar Harian minggu lalu.

Dr Mahathir berkata perkara itu sebenarnya boleh dielakkan kerana ramai lagi pemimpin di Selangor yang berkebolehan dan berkeupayaan datang dari seluruh negara. – TMI

17 ulasan:

Amuraria berkata...

diri sendiri lagi teruk tapi mydah lupa konon kutti ni lagi terer, lagi banyak buruk & teruk dari kebaikan sang mamak kutti ni dah buat selama lebih 22 tahun tapi masih ramai yang 'tak pandai'dok mengampu & sokong macam nak rak ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

si tua ni xberenti berkokok walau ekor bergelumangan taik.
si tua ni ingat tak mas ni rugi zaman siapa? tajudin ramli cuci tangan jer kan...
si tua ni xyahlah berlagak pandai yg sebenarnya kehancuran umno bermula daripada kamu.
kehancuran malah kemunduran msia ini bersangku paut dgn kebodohan kamu sendiri.
mereka semua ini ahli umno yg kamu kata bodoh itu sebenarnya kamulah cikgu kepada mereka.
bagi aku situa ni spesis biawak lidah bercabang.

Tanpa Nama berkata...

Mr. Mlu jangan lupa yg lu pernah songlap duit MAS. Thank to akta rahsia rasmi lu punya tembereng dapat disembunyikan.

AKTA RAHSIA RASMI YG PATUTNYA BAIK SEKARANG DAH SANGAT TERUK SEBAB DIJADIKAN ALAT UNTUK SEMBUNYIKAN PERBUATAN RASUAH PEMIMPIN NEGARA. SEBAB TU LU NAK DEMO MANSUH AKTA HASUTAN LU KENA DEMO UTK ROMBAK BALIK AKTA RAHSIA RASMI YG MUNGKIN TELAH JADI ALAT UTK SEMBUNYIKAN KES RASUAH BERPROFIL TINGGI.

Tanpa Nama berkata...

Apa yg Dr Mahathir kata ttng umno ini semuanya benar, tapi segala2nya bermula dgn beliau. Jadi hancur nya umno kerana Dr Mahathir di mana beliau juga ketika itu gila kuasa dan inilah doa Allahyarham us Fadzil Noor agar beliau menyaksikan sendiri kehancuran umno itu.

Tanpa Nama berkata...

Mamak pedukang ni tempelak Najib tujuan sebenarnya tidak lain tidak bukan, adalah untuk memesongkan perhatian rakyat dari menyalahkan orang tua kutuk tak sedar diri ini. Semua kebobrokan yg berlaku dlm pemerintah kini adalah berpunca dari dirinya sendiri dan untuk kepentingan dirinya serta juak-juak penjilat. Itu antara sbb Tunku tidak bersetuju dgn dasar-dasar yg dibawa Mahataik ini, termasuklah penswastaan atau Pensyarikatan Malaysia dulu. Dari zaman Tunku jadi PM hingga kini selain dirinya, semua PM tidak betul belaka pd si lahanat ini. 3 TPMnya sendiri pun tak kena semuanya, hanya Pak Lah secara bernasib baik dapat jadi PM, itupun ditolak oleh keparat ini akhirnya. Dan sekarang giliran Najib pula mengambil tempat. Kenapa melayu Umno hari ini jadi bangang tidak mampu berfikir?

Tanpa Nama berkata...

INI LAH AGENDA "APCO" yang sudah menyusup masuk secara senyap senyap ke dalam pentadbiran Malaysia, tanpa sebarang bantahan dari PM malah membenarkan mereka semua memasuki kesegenap bidang yang amat amat rahsia..sekarang agenda ini akan berterusan dan seterusnya mengawal negara ini..wait and see, selepas ini... " " freemason and iluminati..."

Unknown berkata...

kekal jua golongan yg sombong dan kufur nikmat mencela pada seorang umara" yg pernah memerintah selama lebih 22 tahun ..malah ada yg dengan "tawaduknya" menyatakan ingin menuntut dihadapan Allahswt pada segala kemungkaran yg pernah diperbuat oleh sipemerintah ... lalu mereka lupa pada tuntutan yg pasti diperbuat juga oleh sipemerintah dihadapan Dzat Allahswt Yang Maha Kuasa..kerana diwaktu itu setiap mahluk Nya pasti akan saling menuntut diantara satu sama lain disebabkan tidak mengetahui pada berat "amalan" yg dibawa sebagai bekal samaada cukup atau tidak untuk membawanya kesyurga..lalu mengapa kamu dengan sombong dan megah menyatakan mahu "menuntut" sedangkan kamu tidak mengetahui kamu juga pasti akan "dituntut" oleh pihak yg lain..besar sungguh sifat kufur nikmat yg ditanam oleh kepimpinan khawarij itu ...

Yg kamu tuduh kepimpinan khawarij tu, sejauh mana kamu boleh pastikan? Pergi tengok cermin, kut-kut ada tahi hidung dlm lobang hidungmu!!!

Jeman berkata...

Jgn lyn unknown ni.. dia ni well known umno cybertrooper

Faqirulkhoir berkata...

Salaam dan Terima kasih tuan2 blogger, mnkin saya bolih mencelah sikit untuk menyaran agar hujjah2 eloklah berlandaskan fakta2 dan contoh2 yg mana kepincangan/ketempangan nampak secara jelas dan mutlak, misalannya (yg dapat saya fikir skarang ni) penswastaan keperluan asas rakyat, lebuhraya bertol, penjanaan letrik olih syarikat2 kroni yg mmbekal letrik secara berlebihan dgn pembiayaan dipaksakan keatas rakyat, undang2 kuku besi (drakonian/fasis), penafian royalti minyak, penafian bantuan kewangan ke sekolah2 agama rakyat dan banyak lagi. Ini memerlukan kajian dan ilmu yg mendalam dan menyeluruh, kepetahan (muga diingat bahwa mantan pm ini maher dlm menyampuk secara mnghiris dan berpilihpilih), niat yg jitu krana Allah semata, dan keikhlasan yg tinggi. Semoga dgn ini tuan2 dpt menajamkan bakat dan berjaya dlm menghadapi dugaan2 dan ujian2 yg tidak putus2, dan bertimbuntimbun dari banyak penjuru, insya'Allah.

Tanpa Nama berkata...

Mahathir sepatutnya bersyukur dan doakan yang baik baik untuk Pemerintah Banyak nikmat yang Mahathir dapat sekarang ini malah lebih banyak dari apa yang Mahathir sumbangkan Kalau Mahathir mengatakan orang yang di maksudkan Najib bodoh maka Najib yang hanya jadi PM tak sampai setengah dari tempuh Mahathir jadi PM boleh mengataksn dia (Mahathir)lagi bodoh Tak ada kurang nya Proton dan MAS

Semasa Mahathir lagi telah di beri peluang kepada anak tempatan menerajui MAS Tak masuk akal jika ada lagi yang lebih baik dari yang sudah Kalau ada yang lebih baik mengapa mereka tak terpilih?

Pemimpin yang bijak akan memilih penganti yang bijak Bukan pilih yang lembab dan yang takut bini

Tanpa Nama berkata...

Selagi mukhriz tak naik jadi pm@tpm, selagi itulah tun akan terus menempelak kerajaan sekarang. PR sepatutnya berterima kasih kepada tun kerana menjadi suara tambahan.

Tanpa Nama berkata...

Ini siKutty kaa..
dulu kelmarin dia dah mula puji AZMIN Ali, tentu ada "rahsia"

Sblum itu siKutty ini sgt intim & kaw2 puji AZIZAN Razak bekas MB Kedah

Wktu Azizan kebumi Hadi & Haron Din sambut siKutty seolah2 shbt baik, yg nih pon tentu ada "rahsia" juga!?

Yg aku nampak ddlm PR @ pakatan ada 'mangkok2' yg mnjd musuh ddlm SELIMUT yg berSATU dgn niat jahat siKutty sbg rujukan dab tempat mrk "WALAQ"!?

Yg bersungguh2 mennyerang sgl gejala BOBROK & rasuah umno hanyalah Anwar & Rafizi..dan mrk berdua sggup mngambil RISIKO yg terlalu besar..

Sebaliknya,,Azmin Ali Hadi Haron Din & geng UG bijak bermain WAYANG sentiasa senyap berdiam diri HANYA pandai buat ONAR ddlm PR tikam sesama sndiri!?

Tanpa Nama berkata...

Bukan tak pandai tetapi terlalu bijak, Idris Jala anak org ulu yang baik pulih kasih dengan melayu yang urus, habislah kena sapu duit mas. Orang melayu ni (dari ouak UMNO yang kebal undang undang saja) kuat seliwing dan bergelombang dengan rasuah, jika tidak masakan kaya raya. Tak apalah bila nanti mati masuk nereka. Sepatutnya Mahathir malu dengan orang melayu ini keturunan UMNO. balaaaaaa balaaaa.

Tanpa Nama berkata...

Nampak sangat yang dok kutuk dr.M ni pro najib.
Well dr.m was a good leader believe or not. Xpayah la nak pro najib sangat.

Tanpa Nama berkata...

kerana kebodohan pemimpin UMNO lah maka rakyat ramai gemuk-gemuk, kaya-kaya, hidup lama, aman-damai,ramai berijazah, ramai dapat naik haji,banyak hospital, banyak mesjid, banyak universiti, banyak sekolah, banyak gaji dan banyak peluang kerja. Kerana kecerdikan pembangkang maka banyak fitnah, adu domba, dan banyak bohong,