26 Nov 2014

[VIDEO] UMNO Ke Arah Menjadi "Red Indian"...

Illustrasi dipetik dari media sosial

Hanya Umno, elit Melayu berisiko jadi Red Indian

Ahli panel forum ajuran DAP malam tadi bersetuju bahawa hanya Umno dan golongan elit Melayu yang berisiko diancam dan bakal menjadi 'Red Indian' seperti di Amerika Syarikat.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata kajian menunjukkan Melayu merasa terancam kerana kesan daripada perang psikologi.

Beliau mendakwa bahawa Umno telah memainkan perang psikologi itu sehingga bangsa Melayu benar-benar rasa terancam.

“Tetapi minda mereka (Melayu) telah menerima perang psikologi yang dibawa Umno sehingga mereka merasakan mereka sememangnya terancam,” katanya.

Katanya, ekoran perang psikologi itu wujud badan bukan kerajaan (NGO) pelampau yang menakut-nakutkan orang Melayu dan tentang kedudukan Islam di negara ini.


Bercakap dalam forum bertajuk ‘Adakah Melayu dan Islam diancam’ malam tadi, Husam berkata keadaan itu akan berterusan selama Umno memerintah Malaysia.

Sebaliknya, tegas Husam, Melayu tidak terancam memandangkan kerusi Parlimen Melayu akan tetap kekal majoriti meskipun Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan.

“Sekarang dari 222 kerusi, majoriti 52 kerusi lebih adalah Melayu, kita tidak boleh tukar kerusi, tiada siapa yang ada kuasa tukar kerusi kecuali dengan persempadanan pilihan raya.

"Apa yang PERKASA dan bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad paling gerun, bukan Melayu menjadi Red Indian, tetapi Umno yang menjadi Red Indian,” kata Husam lagi.

Katanya, menurut kajian Merdeka Center, sebelum ini perasaan Melayu rasa terancam cuma 26 peratus pada 2008 dan meningkat kepada 55 peratus pada 2014.

Mengulas kenyataan Abdul Hamid supaya PAS bergabung dengan Umno bagi mengelakkan orang Melayu terpinggir seperti Red Indian, Husam membidas:

"Pada pendapat saya, lebih lama Umno memerintah Malaysia, lebih cepat Melayu akan jadi Red Indian."

Sementara itu, Sasterawan Negara, A Samad Said berkata fenomena Melayu dan Islam terancam datang secara “bermusim” iaitu ketika pilihan raya dan perhimpunan agung Umno.

“Sebelum ini, ia sudah timbul. Mereka tanya saya, adakah Melayu terancam.

"Saya jawab sejak lima dekad yang lalu, semua menteri sebelum ini adalah orang Melayu, timbalan perdana menteri, kementerian dalam negeri, menteri besar dan kebanyakan ahli parlimen adalah Melayu.

“Selain itu kita ada, Raja Melayu dan Tentera Melayu. Jadi dengan kekuatan yang kukuh, apakah alasan untuk menyatakan bahawa orang Melayu terancam?" soalnya.

Beliau yang mesra dipanggil Pak Samad berasa hairan kerana yang sepatutnya berasa diancam dan terancam adalah kaum bukan Melayu.

Beliau turut menjelaskan selama 57 tahun, negara ini hanya dipimpin golongan bangsawan kecuali Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari pula berkata kedudukan Melayu dan Islam kini lebih selamat berbanding sebelum ini.

Ini kerana, katanya, kebanyakan pindaan perlembagaan yang melindungi Bumiputera dan Islam memerlukan sokongan majoriti dua pertiga di Parlimen dan juga memerlukan persetujuan daripada Majlis Raja-Raja.

“Jadi, kembali kepada soalan sama ada Melayu dan Islam terancam, saya fikir tidak. Cuma pemimpin yang memerintah selama ini gagal menjalankan tanggung jawab mereka,” katanya. -mk


Umno yang terancam, bukan Melayu dan Islam, kata forum

Melayu dan Islam tidak terancam di Malaysia, tetapi Umno yang merasakan bahangnya, kata ahli panel di sebuah forum di Kuala Lumpur malam tadi.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mempersoalkan bagaimana Melayu dan Islam terancam di Malaysia ketika semua jawatan tertinggi dalam negara diduduki orang Melayu.

“Sejak dulu hingga sekarang, perdana menteri, timbalan perdana menteri dan juga menteri dalam negeri terdiri daripada orang Melayu,” kata Samad kepada lebih 200 hadirin yang hadir ke Hotel Mandarin Court pada forum bertajuk “Apakah Melayu dan Islam Diancam?”.

Samad berkata, sejak awal kemerdekaan negara, orang Melayu sudah menguasai semua jawatan tertinggi dan berpengaruh yang menentukan hala tuju Malaysia.

“Lihat polis dan tentera, majoritinya Melayu, termasuk semua jawatan tertinggi. Jadi mengapa Melayu dan Islam terancam?”

“Persoalan Melayu dan Islam sedang diancam hanya berbangkit semasa pilihan raya umum dan perhimpunan agung Umno,” kata Samad.

Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang bersetuju dan menambah Melayu yang merasa terancam hanyalah dolongan elit dan Umno, selepas keputusan pilihan raya umum 2008 dan 2013.

“Dilaporkan Melayu dalam bahaya untuk menjadi seperti Red Indian di Amerika Syarikat. Tetapi mengapa Melayu melihat kepada kemungkinan ini?

“Persoalan ini perlu dijawab semua enam perdana menteri daripada Umno, termasuk Datuk Seri Najib Razak,” kata Lim dan menambah Tun Dr Mahathir Mohamad harus menjawab mengapa pemerintahan 22 tahunnya menyebabkan Melayu berisiko menjadi Red Indian.

Lim berkata, isu sebenarnya adalah bukan Melayu dan Islam terancam tetapi yang sebenarnya terancam di Malaysia adalah semua kaum dan agama.

“Lihat ranking antarabangsa, ianya tidak menipu. Malaysia berada di 50 teratas dalam ranking keganasan antarabangsa,” kata Lim.

“Angka ranking pendidikan kita jatuh setiap tahun. Putrajaya harus fokus kepada ini berbanding politik kebencian dan taktik menakut-nakutkan.”

Pakar Perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari mengatakan keputusan pilihan raya umum 2008 dan 2013 memberikan jawapan yang jelas sama ada Melayu dan Islam itu terancam.

“Umno yang terancam, sebab itu kumpulan hak Melayu seperti Perkasa dan Isma muncul. Melayu dan Islam selamat,” kata Aziz.

“Tidak mempunyai majoriti dua pertiga bagi Barisan Nasional bermakna kerajaan yang memerintah tidak boleh membuat perubahan sesuka hati di Parlimen.”

Aziz berkata, beliau tidak faham mengapa Perkasa, Isma dan Umno beperangai seperti orang gila, bercakap tentang hak Melayu dan Melayu sedang terancam secara konsisten.

“Hak keistimewaan dan kedudukan Melayu dijamin Perlembagaan Persekutuan. Jadi mengapa kumpulan ini memfokuskan secara konsisten kepada sejarah?”

“Ini kerana Umno gagal untuk membebaskan Melayu secara ekonomi, sebab itu kedudukan gabungan pemerintah dalam bahaya,” katanya.

Aziz juga mengkritik bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad kerana mengatakan orang Melayu akan menjadi seperti Red Indian sekiranya PAS dan Umno tidak bekerjasama.

"Hamid tidak faham sejarah," kata Aziz, memberi amaran jika PAS bergabung dengan Umno, kuranglah semak dan imbang terhadap Putrajya.

"Lihat, Najib pun sedang sakit kepala dengan perangai sebahagian ahli Umno," kata Aziz yang mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa pula berbeza pendapat, berkata beliau setuju orang Islam dan Melayu sedang diancam.

"Saya tidak bersetuju meletakkan Islam dan Melayu bersama-sama, kerana Islam lebih tinggi daripada Melayu," kata Husam, menjelaskan Melayu tidak boleh melepasi kemuliaan Islam.

"Mengapa saya katakan Melayu sedang terancam? Kerana perang psikologi yang dijalankan Umno dan diketuai Isma dan Perkasa," kata Husam.

Sebulan selepas pilihan raya umum ke-13 tahun lepas, Husam berkata satu kaji selidik dijalankan Merdeka Centre menunjukkan 26% orang Melayu merasakan mereka sedang terancam.

"Bagaimanapun, selepas usaha propaganda yang kuat daripada Barisan Nasional dan NGO Melayu, 55% orang Melayu kini merasakan mereka semua terancam."

Husam berkata kesan perang propaganda itu tidak boleh dinafikan, lebih lama lagi Umno memerintah Malaysia, orang Melayu akan lebih berasa seperti Red Indian.

"NGO menggunakan Islam bagi isu rasis, dan agama tersebut digunakan dan dikembangkan untuk kesesuaian politik," kata Husam.

Beliau berkata perbezaan paling besar antara PAS dan Umno, adalah PAS mementingkan Islam sementara Umno mementingkan Melayu.

"Pemisahan bangsa sangat ketara dalam Barisan Nasional di kawasan majoriti-Melayu, hanya pemimpin Melayu yang akan mendekati dan bercakap dengan pengundi.

"Tetapi Pakatan Rakyat berbeza, semua pemimpin akan turun padang dan bercakap dengan rakyat, tidak kiralah mereka Melayu atau bukan Melayu,” katanya,

Husam berkata formula kemelayuan yang digunakan Putrajaya tidak mampu menjadikan Melayu dan Islam kuat, sebaliknya mengancam mereka.

Penganjur forum, Koordinator Roketkini.com Edry Faizal berkata forum tersebut dianjurkan kerana ia isu yang melibatkan rakyat.

"Lim sudah menimbulkan isu ini di Dewan Rakyat, tetapi tiada siapa yang ingin mendebatkan atau berbincang perkara itu. Jadi kami rasa menganjurkan forum ini langkah yang terbaik.

"Sekurang-kurangnya kita dapat soalan langsung daripada rakyat untuk memulakan perbincangan," kata Edry kepada The Malaysian Insider selepas forum itu.

Edry berkata sama ada Islam dan Melayu sedang terancam merupakan sesuatu yang ditimbulkan secara langsung dan tersirat pelbagai kumpulan, termasuk NGO Melayu.

Aktivis Siti Kassim yang menghadiri forum itu memberitahu panel, orang Melayu sepertinya adalah mereka yang sebenarnya terancam.

"Islam digunakan parti politik untuk kepentingan mereka, itulah isu dan masalah sebenar.

"Melayu dan Islam memang berkait, apabila subjek Islam ditimbulkan, Melayu juga terlibat,” katanya.

Katanya, PAS dan Umno juga bersalah kerana mereka bersaing untuk menjadi lebih Islamik daripada masing-masing.

"Umno hanya memberi reaksi kepada PAS dengan percubaan menampakkan mereka sebagai lebih Islamik daripada PAS," kata Siti.
-TMI



ULASAN GB

GB sudah ulas pagi tadi. Petikan:

Menghairankan kita mendengar cadangan bekas Ketua Hakim di atas. Beliau berkata PAS mesti bekerja dengan Umno... sedangkan UMNO sudah lama menindas PAS, sudah lama meng"red-indian"kan Melayu. Bukti paling nyata: Royalti minyak di negeri yang majoriti Melayu iaitu Kelantan habis UMNO sapu dan membiarkan Melayu Kelantan hidup di dalam penderitaan sekian lama... UMNO sudah lama menjadi Red Indian dan meng"red-Indian"kan bangsa Melayu dengan dasar "assabiyah" (perkauman)nya.

Tanpa Islam, UMNO juga telah lama meng"Red-Indian"kan anak muda Melayu.








9 ulasan:

mosabit berkata...

ini sama lah macam pencuri menjerit....

pencuri!!! pencuri!!!!pencuri!!!!....

ada aku kisah???????...

Tanpa Nama berkata...

UMNO sudah tak relevan lagi kepada bangsa Melayu jika mahu maju dan bertamadun.

Tanpa Nama berkata...

Red Indian ada chief yang terkenal seperti Chief Red Cloud, Chief Pontiac, Chief Sitting Bull, Geronimo dan sebagainya. Kalau Melayu jadi Red Indian, mestilah dilantik chiefnya sekali. Rasa-rasanya siapa sesuai jadi chief? Bukan chef yerr?

Tanpa Nama berkata...

Wahai yb2, kalau dh tak boleh memimpin dgn baik..letaklah jawatan , sendiri mau ingat la

Tanpa Nama berkata...

umno tak habis2 nak perbodohkan org melayu.

Kejap kata jd mcm pelarian palestin, kejap kata jd mcm melayu singapura, kejap kata kristian dap nak berkuasa.

La ni kata jd mcm red indian.

Lone ranger dan Tonto pun geleng kepala...

Tanpa Nama berkata...

UMNO sudah jadi bahalol , nak semua melayu ikut bahalol macam UMNO juga.

ini bukan ajaran Islam kan ?

Tanpa Nama berkata...

Tak habis2 nok bodohkan rakyat

Tanpa Nama berkata...

Paling sesuai jadi chief ialah Rosmah synonym dengan hair stylenya

Tanpa Nama berkata...

chief sitting bullll...