13 Nov 2014

Menteri Tukar Plat Kenderaan Setelah Dikritik Hebat


Tidak sampai 24 jam menteri ubah nombor plat
BR> Setelah dikritik oleh Ahli Parlimen Pembangkang, menteri yang dikesan menggunakan nombor pendaftaran yang tidak mematuhi spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) segera memperbetulkan kesalahannya.

Seorang menteri yang menggunakan nombor pendafataran WYU 818 telah menukar nombor pendaftarannya tidak sampai 24 jam setelah dikritik.

Melalui pemerhatian Free Malaysia Today, kereta Alphard putih menteri itu dikesan lebih kurang pada jam 5.30 petang di lobi Parlimen, hari ini.

Awal pagi ini, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mempersoalkan nombor pendaftaran kenderaan timbalan menteri dan menteri yang tidak mengikut garis panduan yang dibenarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sebelum ini, JPJ telah menetapkan bahawa huruf, saiz dan jarak haruslah tidak mengelirukan penguatkuasa JPJ. Namun syarat itu telah dilonggarkan dengan mengatakan bahawa nombor pendaftaran kenderaan tidak boleh mengelirukan.

Walaubagaimanapun, kereta timbalan menteri yang bernombor pendaftaran WSW 505 masih menggunakan nombor pendaftaran yang tidak memenuhi spesifikasi JPJ. -FMT

Nombor plat menteri, timbalan kena jadi contoh

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang menggesa menteri dan timbalan menteri supaya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat dengan memastikan nombor plat kenderaan rasmi mereka mengikut spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menegaskan, pemimpin negara tidak sepatutnya mengamalkan sikap ‘double standard’ dengan mengenakan tindakan tegas terhadap rakyat sedangkan mereka sendiri didakwa ingkar kepada garis panduan nombor plat kenderaan JPJ itu.

"JPJ kata mesti mengikut Font, saiz, jarak dan tidak boleh mengelirukan, malah kelmarin saya baca dalam surat khabar mereka melonggarkan syarat-syarat, tapi nombor plat itu tidak boleh mengelirukan.

"Tapi Isnin lalu saya dapati dua kenderaan milik seorang menteri dan timbalan menteri menggunakan nombor plat mengelirukan iaitu 505 dilihat seperti SOS.

"Font dan jaraknya terlalu rapat juga tidak ikut spesifikasi JPJ, perkara ini dilakukan menteri di Parlimen," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Bermula 1 November lalu, JPJ memulakan tindakan keras di seluruh negara terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dan spesifikasi nombor plat dan lampu HID ‘head lamp’ yang tidak mematuhi standard.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, kira-kira 1,500 anggota akan terlibat dalam operasi itu yang akan dilaksanakan bersama-sama dengan anggota polis trafik dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
-SH








5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aduh perangai ibarat tukul dan pahat dah jadi darah daging dalam semua menteri dalam kerajaan.

TAK APA NANTI APABILA DI AKHIRAT KELAK ALLAH SWT MENGHUKUM DI NERAKA DAN MELAMBAT - LAMBATKAN PROSES LU MASUK SEMULA SYURGA DENGAN MENGAMALKAN KONSEP TUKUL DAN PAHAT SAMA MACAM LU BUAT TIME LU JADI PEMERINTAH.

Tanpa Nama berkata...

Baguslah sekurang2 menteri akur undang2 negara. Itu Cina laknat plat no yg fancy dan teruk tak tegur pun, inilah Melayu. Undang2 dah ada. Nasib JPJ beri amaran awalan untuk kita patuhi.

Jadi apa masaalahnya. Aku pun tukar balik plat nombor. Tak masaalah pun

Tanpa Nama berkata...

Bahalol

Tanpa Nama berkata...

rakyat jadi mangsa, menteri BN bermaharaja lela

Tanpa Nama berkata...

UG buat hal, BN lagi berani, tak bimbang kalah PRU14