Tinjauan Umcedel: Lonjakan sokongan pada Pakatan suntik semangat baru
KUALA LUMPUR, 21 OKT: Lonjakan sokongan kepada Pakatan Rakyat seperti yang ditunjukkan dalam tinjauan terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menandakan Pakatan sememangnya mampu kembali mencapai sokongan seperti sebelum ini
Tinjauan menunjukkan sokongan rakyat Selangor kepada Pakatan melonjak mencecah 43 peratus, selepas merudum pada 35 peratus ketika kemelut Menteri Besar Selangor Mei lalu.
“Ini membuktikan Pakatan boleh mengembalikan momentum politik, dengan syarat ia mengambil pengajaran daripada krisis MB Selangor yang berlanjutan sehingga lapan bulan.
“Lonjakan ini menjadi lebih bermakna kerana kekecewaan terhadap Pakatan di negeri itu berkemungkinan menyebabkan sokongan merudum lebih teruk daripada 35 peratus, terutama ketika kemucak kemelut itu sekitar Julai hingga September lalu,” kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataannya hari ini.
Tinjauan ini dibuat tiga hari selepas pelantikan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali 23 September lalu.
Ia melibatkan 1,165 responden di semua kawasan parlimen negeri menunjukkan, sokongan terhadap Barisan Nasional menurun daripada 25 hingga 20 peratus, manakala 28 peratus tidak pasti dan 9 peratus responden lagi enggan memberi jawapan.
Kata tokoh veteran DAP itu lagi, Pakatan harus melihat lonjakan ini sebagai satu suntikan semangat untuk terus kekal relevan selaku harapan rakyat negara ini.
“Dengan syarat, setiap pimpinan dan parti komponen Pakatan mengembalikan hala tuju dan dua prinsip asas Pakatan – dasar bersama Pakatan dan prinsip konsensus di kalangan ketiga-tiga parti.
“Penegasan dua prinsip ini akan membawa Pakatan ke tahap yang baru, manakala penafian terhadapnya akan pasti meletakkan kita ke dalam ‘tong sampah’ sejarah,” katanya lagi.
Lebih menarik dalam tinjauan itu adalah 48 peratus responden ingin PAS kekal di dalam Pakatan, manakala hanya 19 peratus mahukan parti itu keluar.
Hubungan di antara PAS dan rakan Pakatan lain dilihat agak terjejas, memandangkan keengganan berterusan parti itu menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar sebelum digantikan Azmin.
“Tinjauan ini telah mengesahkan perubahan suasana politik negara, di mana Umno BN mewakili budaya politik lama, manakala Pakatan mewakili politik harapan dan keadilan,” katanya lagi
Sokongan untuk Pakatan meningkat ke 43%, kata kajian
Sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR) di Selangor melonjak kepada 43%, menurut satu kajian baru-baru ini, selepas jatuh teruk 5 bulan lalu, sebahagian besarnya kerana perbalahan dalaman gabungan pembangkang itu.
Sokongan untuk Barisan Nasional (BN) pula turun 5% daripada 25% Mei lalu, menurut kaji selidik yang dijalankan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).
Kaji selidik yang dijalankan 3 hari selepas Menteri Besar Selangor baru Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah itu, juga mendapati 28% responden tidak yakin tentang kedua-dua pakatan.
Keputusan bagi PR itu merupakan satu peningkatan berbanding kajian UMcedel pada Mei tahun ini yang menyaksikan sokongan terhadapnya menjunam ke 35%, setahun selepas memenangi Selangor pada Pilihan Raya Umum 2013.
Tetapi, malang bagi BN, sokongan terhadapnya tidak bertambah sejak kaji selidik pada Mei itu, yang menunjukkan hanya antara 20-25% responden menyokong parti itu.
"Kajian ini menunjukkan walaupun dalam keadaan PR berkrisis, rakyat masih tetap bersama mereka. Respons pengundi menunjukkan mereka masih belum yakin BN/Umno dapat memberikan alternatif yang lebih baik dan kemarahan rakyat kepada BN di negeri itu masih belum terubat," kata sumber UMcedel.
Kajian terbaru UMcedel itu, yang dijalankan dari 26-28 September, juga mendedahkan 48% daripada responden mahu PAS kekal dalam PR, 19% mahu parti Islam itu meninggalkan PR, manakala 22% lagi tidak pasti .
Kajian tersebut melibatkan 1,165 responden di semua 22 kawasan Parlimen di Selangor, yang meliputi semua kaum. Ia dijalankan 36 enumerator dan empat penyelia dari UMcedel.
Kemelut dalaman PR bermula selepas PKR memulakan Langkah Kajangnya, yang menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Liew Chin Cheh, meletak jawatan bagi membolehkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi itu dan menjadi menteri besar yang baharu.
Namun, PAS tidak bersetuju dengan langkah itu kerana ia mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar, menyebabkan episod itu berlarutan selama 9 bulan.
Suasana sentiasa menjadi tegang antara ketiga-tiga parti dalam PR itu sehinggalah Azmin mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar pada 23 September lalu.
Walaupun menteri besar baharu dilantik, krisis dalam PAS terus berjalan dengan retak menanti belah berlaku dalam parti itu.
Kemuncaknya adalah apapila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika memberikan ucapan penutup Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor mencabar mereka yang ingin jadi pemimpin utama keluar dari parti itu.
"Sesiapa yang rasa mahu jadi imam, baik cari tanah lain, bina masjid sendiri dan jadi imam," katanya yang turut mendakwa ada broker dan barua dalam parti Islam itu apabila dua Adunnya di Selangor mengambil tindakan sendiri menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.
Kedua-duanya Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) digantung keahlian selama satu tahun selepas kes mereka disiasat dan dibawa kepada Jawatankuasa PAS Pusat baru-baru ini.
Sejak krisis, ada dua kumpulan pemikiran dalam PAS iaitu mahu kekal dalam Pakatan dan satu lagi yang diterajui oleh kumpulan ulama semacam mahu meninggalkan Pakatan.
Namun kajian terbaru oleh UMcedel ini jelas menunjukkan rakyat Selangor masih kekal menyokong Pakatan dan mahukan PAS juga kekal dalam gabungan politik itu. -TMI
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
7 ulasan:
Kalau haji hadi letak jawatan..sokonganlg lh meningkat
"Hubungan di antara PAS dan rakan Pakatan lain dilihat agak terjejas, memandangkan keengganan berterusan parti itu menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar sebelum digantikan Azmin."
Bila selesai PRU 14 nanti Pr menang majoriti parlimen dengan jumlah kerusi parti dalam PR katakan sama banyak atau komposisi macam di DUN Selangor, atau PKR dapat lebih 2 atau 3 kerusi dengan Wan Azizah salah seorang yang menang kerusi parlimen.
Soalan:
Adakah peristiwa MB Selangor akan berulang dimana Pas tidak akan sokong Wan Azizah jadi Perdana Menteri kerana tidak berkelayakan? (sedangkan untuk jawatan MB pun Pas kata Wan Azizah tidak layak, inikan pula jawatan PM!!!)
gerombolan parti penyangak akan kata umcedel berat sebelah da ! ABU !
Yang nyata, majoriti rakyat selangor mahu pas bersama kerana mereka yakin pas selangor ramai yg boleh pakai. Cuma kalau di buat tinjauan adakah perlu tghh kekal dalam pas, aku sure majoriti responden suruh tukar. Sbb yg menyokong pas keluar pakatan hanyalah 19.% yg aku assume ahli yg wala' dgn tghh. Well, PR kena lebih bijak lain kali. Kena kurangkan kontroversi. Azmin tgh build repo tu.. So PR kena support dia. Pas yg progresive di selangor kena jd wingman pada azmin. Show the people u are capable to work witj new MB dan korang bukan gang UG. Sure korang boleh kekal relevan. Enough said!
Sekiranya PR menang PRU14 dengan kerusi hampir sama banyak, perkara berikut akan berlaku
1. PAS akan cuba buat deal dengan UMNO untuk membentuk kerajaan
2. PAS akan sabotaj Pakatan Rakyat supaya Perdana Menteri bukan dari PKR tetapi TGHH sendiri
Anon 12:42
Satu pandangan yang bernas. Saya sokong pandangan sdra.
Well peratus ini akan menurun selagi Ulama PAS tidak menunjukkan perangai hodohnya di hadapan rakyat serta tidak golongan profesional yang lebih peka dengan masalah rakyat sekarang.
Catat Ulasan