2 Okt 2014

[BERGAMBAR] Banjir Kilat Di KL, Salah "Langkah Kajang" Jugakah Wahai MCA?


Banjir kilat melanda di tengah bandar Kuala Lumpur petang semalam tatkala warga kota mula bergerak pulang dari pejabat.

Laporan dan gambar banjir mula terbit di media sosial selepas jam 5 petang semasa hujan turun dengan lebat kira-kira sejam.

Menurut akaun twitter Star Radio @mytraffic jalan yang dibanjiri termasuk Jalan Sultan Ismail, Jalan Chan Sow Lin, stesen LRT Jelatek dan terowong bulatan Cheras.

Sementara itu akhbar tabloid bahasa Melayu Kosmo, dalam tweet mereka menyatakan lebih 100 kenderaan rosak ditenggelami air di Jalan Pinang.

Jalan lain yang dilaporkan banjir termasuk Jalan Ampang dan sekitar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Beberapa pengguna media sosial mengeluh kerana banjir kilat ini berlaku masa sama dengan kenaikan harga minyak tengah malam ini.

"Harga minyak naik, air banjir naik, kemarahan rakyat naik (tapi) ranking bola sepak tak naik.

“Semua salah (Ketua Umum PKR) Anwar Ibrahim," kata tweet dari @DeeyaHazard yang merujuk kegemaran Anwar menyindir pengkritiknya yang selalu menyalahkan beliau dalam pelbagai perkara dan masalah.

Satu lagi pengguna Twitter, @beautifulnara menulis,"Sudahlah banjir, sekarang nak kena beratur untuk isi minyak. Dugaan."






ULASAN GB

Hari tu sibuk sangat MCA sebuah parti komponen BN menyalahkan kononnya "Langkah Kajang" menyebabkan banjir di kajang untuk memburukkan Pakatan Rakyat dan wakil rakyat yang baru YB Dr Wan Azizah Wan Ismail.


“Banjir kilat yang melanda Kajang semalam adalah tambahan kepada senarai panjang dan tidak berkesudahan kegagalan Pakatan Rakyat menunaikan janji-janji pilihan raya,” kata Setiausaha MCA Selangor Ng Chok Sin.

Ng mempersoal pencapaian anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Dr Wan Azizah Wan Ismail, enam bulan setelah dipilih dalam pilihan raya kecil.

Sekarang, di KL sendiri banjir, mana suara kamu? Apa langkah kerajaan Pusat? Siapa Datuk Bandar kamu? Mana Menteri Wilayah persekutuan yang bernama Tengku Adnan Tengku Mansor?

Lancang mulut kamu menuduh Pakatan Rakyat, sekarang terkena batang hidung sendiri, tahu pula mendiamkan diri dan membisu...

Malah jika dibuka kisah mengenai kejadian banjir lebih akrab berlaku di Kuala Lumpur berbanding Kajang!











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dulu dok kutuk Kelantan bila banjir kononnya sistem longkang tak sempurna. Sekarang giliran KL kena banjir kilat pula; ini sebab apa pula. Kerap banjir kilat berlaku. Meludah ke langit, sekarang jatuh ke muka sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Hello MCA, ini langkah siapa yg salah????????

Tanpa Nama berkata...

Mca is useless that chosen a porn star as president

Tanpa Nama berkata...

rocky the great brown flesh vibrator says: Allah shows His Omnipotence again to remind idiots like us to go home early; not to spend unnecessary time & money on something useless; for DBKL & Govt to keep telling greedy business people not to throw rubbish & their shit into rivers AND most importantly, do not drive to work unless you are sales or on-the-go personnel. Keep on being stupid & idiot on the day of the 20 sen raise!!

Tanpa Nama berkata...

Langkah ah jib gor

Tanpa Nama berkata...

Mmg salah Anwar sbb tak nak banjir berturut turut di Kajang Anwar telah 'alih'kan hujan dr Kajang ke KL

pelangsng biolo berkata...

jangan salahkan pemerintah penuh

Tanpa Nama berkata...

ni semua salah anwar laaa... sapa lagi yg kat mesia yg paling suka buat masalah hahahaha... ni semua kerja anwar dgn talibarut2nya hahahha....
ni mesti anwar hantar bomoh ujan pindahkan dari kajang ke kl... apalagi pi la mintak suruhanjaya diraja siasat

Tanpa Nama berkata...

Salm. Ujian pertama untuk adun baru kajang. Masa inilah untuk menunjukkan kebolehan sebagai adun wanita yang berkebolehan. Selesaikan masalah perparitan dan saliran agar orang lain tidak boleh mempertikaikan kewibawaan dan kebolehan WAWI.

Ridd berkata...

Itu MCA terkejut dengan LANGKAH LINTANG PUKANG BN...huhuhu

botak6122 berkata...

Oii mca jawapla...