8 Apr 2015

Negara Hancur Rakyat Sengsara Kerana Rosmah Mansor


Tolak Najib, Kadir tuding jari pada Rosmah

Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin hari ini menggariskan perbezaan antara bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan penyandang sekarang Datuk Seri Najib Razak, berkaitan kedudukan mereka di tampuk kuasa.

Kadir, yang rapat dengan seorang lagi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata berbanding Abdullah atau Pak Lah, Najib lebih sukar ditangani.

“Pak Lah tidak ada isteri yang bercita-cita besar,” tambahnya yang dilihat ditujukan kepada isteri Najib, Rosmah Mansor, yang sering berdepan tanggapan negatif orang ramai.

Kadir juga berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi pilihan semula jadi untuk menggantikan Najib jika beliau berundur.

“Isterinya disenangi dan hal anak-anaknya jarang dilihat atau didengar.

“Satu-satunya yang orang ramai tahu ialah Najwa Mahiaddin kerana dia seorang penyanyi dan penggubah lagu.

“Kelebihan lain apabila beliau datang daripada keluarga kuat agama daripada Muar,” katanya dalam tulisan di blog. -mk


Dr Mahathir ungkit kekayaan keluarga Najib

Dr Mahathir Mohamad hari ini meneruskan kritikan pedasnya pada isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), termasuk mengaitkannya dengan kekayaan keluarga perdana menteri.

Bekas perdana menteri mempersoalkan kekayaan keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak, termasuk anak tirinya Riza Aziz yang mampu membeli hartanah mewah dan membikin filem di Amerika Syarikat.

Bekas presiden Umno juga mempersoalkan sumber kekayaan tersebut, termasuk projek filem 'The Wolf of Wall Street' oleh Riza.

"Pada mulanya duit Riza dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak (Hussein). Kemudian dakwaan ini dinafi.

"Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ia hasil dari perniagaan?

"Jika ya, apa perniagaan, di mana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada kerajaan mana?

"Pelaburan ratusan juta untuk filem 'The Wolf of Wall Street' oleh Riza [...] datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan.

"Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta ringgit atau dolar Amerika," katanya di blognya hari ini.

"Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB. Tetapi rakyat ingin tahu kerana melibatkan Jho Low.

"Dan Jho Low disebut-sebut berkenaan dengan pengurusan AS$700 juta daripada 1MDB."

1MDB, Jho Low dan PM nafi tuduhan

Bagaimanapun 1MDB dan Jho Low menafikan sebarang salah laku dalam urus niaga mereka.

Perdana menteri juga menafikannya dan bercadang menyaman akhbar PAS Harakah atas dakwaan, antaranya, anak tirinya mendapat dana 1MDB.

Sebelumnya, dalam artikel yang panjang dan bernada terus terang itu, Dr Mahathir berkata tuduhan-tuduhan terhadap syarikat itu - lembaga penasihatnya dipengerusikan oleh Najib - tidak sembarangan tetapi disertaikan juga "fakta yang jelas."

"1MDB bukan buat hutang biasa seperti kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta (ringgit) sahaja. 1MDB telah hutang berbilion ringgit.

"Walaupun 1MDB bukan kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak RM1 juta.

"Ada juga jaminan oleh kerajaan terhadap beberapa hutang 1MDB. Oleh itu kerajaan tidak boleh mendakwa bahawa ini masalah syarikat dan bukan masalah kerajaan.

"Kerajaan sudah melantik ketua audit negara untuk memeriksa akaun 1MDB. Tetapi ini tidak akan menjawab banyak soalan yang telah dikemukakan dan dibincang oleh rakyat," katanya.

"Dakwaan-dakwaan yang dibuat terhadap 1MDB bukan berbentuk tuduhan melulu. Ia disertai dengan fakta yang jelas iaitu jumlah hutang, siapa yang mengurus, siapa yang menerima wang berbilion ringgit, pelaburan yang dibuat, di mana wang ini disimpan, dalam bentuk apa.

"Nama Jho Low disebut berkali-kali. Demikian juga nama-nama syarikat miliknya. Tuduhan dibuat berkenaan dengan pembelian rumah mewah olehnya di London, New York dan Hollywood.

"Lepas itu rumah dijual kepada anak tiri perdana menteri dengan harga ratusan juta ringgit. Sudah tentu ini tidak disebut dalam akaun 1MDB yang akan diperiksa oleh ketua aduit negara (AG)."




ULASAN GB

Semenjak Najib menjadi PM, berbillion wang negara musnah akibat keborosan dan ketirisan. Dan rakyat yang sengsara menangung beban. Diperburukkan pula dengan kewujudan "pembodek-pembodek tegar" dalam UMNO mahu Najib terus berkuasa. Terburuk pula bila seluruh anggota kabinet sendiri patuh dan tunduk dengan nafsu dan kehendak malah diperbodohkan oleh Rosmah! Hebat Rosmah punya penangan.

Segala keborosan dan ketirisan yang berlaku selama ini oleh Najib sebenarnya adalah kerana penglibatan Rosmah sebagai decision-maker di dalam banyak perkara.

Menyebut nama-nama Jho Low, Deepak dan beberapa nama yang lain, ia semuanya berkisar kepada Rosmah juga.

Permata Negara yang mendapat peruntukan berjuta ringgit setiap tahun tidak tahu di bawah kementerian yang mana dan tidak pernah diaudit kewangannya.

Ratusan juta ringgit untuk pengubahsuaian jet peribadi juga untuk memenuhi kehendaknya.

Sehinggalah ekonomi negara sudah hampir ke peringkat muflis dan perlu diselamatkan oleh rakyat melalui GST.

Dah lama GB ulas. Petikan:

Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya.

Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah.

Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat.

Jika tidak Najib akan menanggung segala sumpah dan makian rakyat yang tak pernah mengundi Rosmah Mansor, isteri yang menjadi dakapannya saban malam.




18 ulasan:

Awanama berkata...

Bukan sekadar individu perlu diubah bahkan lebih dari itu perlunya melibatkan perubahan dasar...lihat selangor dan pulau pinang sbg contoh...wallahualam...

Awanama berkata...

Hampir dlm semua keadaan, memang kelihatan amat jelas sekali peranan Rosmah menghabiskan dana negara, dgn sikap boros dan bermewah-mewah. Para pemimpin UMNO berjawatan menteri pun macam dah pernah makan nasi kangkangnya, akibatnya rakyat juga yg menanggung susah.

Awanama berkata...

TOLONGLAH MANSUHKAN GST....TOLONGLAH WAHAI KERAJAAN...TAK TAHAN DENGAN SEMUA HARGA BARANG YANG NAIK MENGGILA....AIR MINERAL PUN KENA GST...BISKUT PUN KENA GST....JANGANLAH ZALIM SANGAT...TOLONGLAH...NAK BELI PAMPERS ANAK LAGI..TOLONGLAH....MANSUHKAN GST....AKU SEMAKIN TERTEKAN WAHAI PARA PEMIMPIN...

Awanama berkata...

Kerajan najib yang ada hanya mendapat sokongan dari parlimen sabah dan serawak dan dibantu olih parlimen melayu semenajung yang hati beku umno.tak tahu pun apa yang berlaku .hanya tahu brim,sokong,tak tahu apa yang berlaku dalam negara.

Awanama berkata...

Doa org2 yg dizalimi akan termakbol juga cuma cepat atau lambat sahaja.

Awanama berkata...

KELMARIN BELI TOPUP KENA GST HARI NI KELUARKAN DUIT DALAM BANK PUN KENA GST APA NI MENTERI APA KAMU BUAT NI MENYENANGKAN RAKYAT KAH MENYUSAHKAN RAKYAT SETAN BETUL

Awanama berkata...

Bahagian Bahagian UMNO yang bodoh !

Beberapa minggu yang lalu Najib berjumpa semua Ketua Bahagian dan atas alasan apa mereka boleh terima penjelasan Najib entah lah Berlagak macam pemimpin yang hebat Bila orang melayu susah kena kutuk macam macam maka nampak lah dia melayu yang hebat Lu orang bukan pemimpin lah sebab lu orang pun tak reti pasal 1MDB Tun persoal rugi lu orang boleh ikut sampai lingkup !

Ada keraguan juga yang berucap depan Ketua Bahagian tersebut bukan Najib tapi Rosmah Jadi bukan Najib saja yang tunduk pada Rosmah Semua Ketua Bahagian tunduk pada Rosmah Rosmah dah ada dalam dewan sebelum Najib sampai

Atau Najib cuma membaca teks ucapan bermula dengan "Teks ini telah di sediakan oleh Rosmah Mansor" Habis lah semua nya tunduk dan tak berani nak soal Bila part kata Najib suami yang hebat dan telah banyak berkorban hati Najib pun tersentuh Najib pun keluar air mata ketika itu bila melihat keadaan Ketua mereka kena kontrol dan tak boleh buat apa maka mereka rasa simpati sebab setengah Ketua Bahagian mengalami keadaan yang sama dengan Isteri masing masing cuma tak teruk sangat macam Rosmah

Duit banyak pangkat ada tapi tak sehebat Salleh Yaakub

Awanama berkata...

Ini lah satu satu nya PM dunia yang tak ada buku biography untuk mengenang jasa dan kisahnya sebagai sejarah untuk generasi akan datang

Kalau ganti Pak Lah macam ini Penganti Najib pun apa kurang nya Dah terlalu lama duduk bawah dia orang berdua

Sebenarnya tujuan Tun ialah supaya anak dia tak jadi macam tu Kalau dapat jd PM tak lah macam Najib atau macam Penganti Najib

Awanama berkata...

Ya memang GST membeban kan rakyat !


1 Mei rakyat berkumpul untuk membantah GST

Mana tahu kan pada hari itu tiba tiba dalam sebuah kenderaan pacuan 4 roda lalu di tengah tengah jalan dan penumpang belakang keluarkan setengah badan dan melambai tangan ke arah orang yang ramai sepanjang jalan Orang depan mungkin menyerbu ke arah kenderaan itu sebab jelas pada mereka siapa orang nya Lalu yang orang yang di belakang pun tanya siapa orang yang melambai itu? Batman ke?? Superman ke?? Anwar ke??


Orang itu jawab 'Mahathir man ...'

Kita harap Mahathir datang lah macamana dia datang menziarahi Pak Ibrahim Arwah ayah Anwar Dah tentu Mahathir pun nak rasa macamana Anwar dan pemimpin PR yang lain rasa di sambut oleh ribuan rakyat !!!

Tapi untuk isu membantah GST saja ! Mahathir dan semua nya telah ikut saluran yang betul tapi terus tak di endah kan oleh Kerajaan BN Dah tak ada jalan lain lagi

Jika tidak Mahathir pun macam Ketua Bahagian yang tunduk pada Rosmah

Awanama berkata...

Mari lah kita semua mendoakan nya setiap masa supaya MALAYSIAkita inii di pimpin & di perintah oleh ULAMAK yg takut kan ALLAH ... AMIINN...

Awanama berkata...

Anon 2:52... Jika ulamak takutkan Allah, dia tak buat firnah pil kuda, dia tak makan gaji haram ponteng parlimen.

Awanama berkata...

Ulamak mana nak takut pada Allah

Kita ini yang takut sebab amal kita sendiri tak banyak mana dibandingkan dengan ulamak Sebab itu ulamak selalu nasihat kan kita supaya jangan berbohong jangan buat fitnah jangan tak wala jangan tambah dosa lagi

Siapa kah Manusia yang di dalam kerugian ?

Awanama berkata...

MARI KITA RAMAI2 RAKYAT YG TERANIAYA BACA QUNUT NAZILAH TIAP HARI MOHON PEMIMPIN ZALIM DN MENYUSAHKAN RAKYAT JATUH, DIGANTI DGN PEMIMPIN BAIK.

SELAIN QUNUT NAZILAH, BACA JUGA HASBUNALLAH RABBUNALLAH 100X TIAP MALAM.

JIKA RAKYAT RAMAI2 GOYONG ROYONG BUAT MUNAJAT INI, MUDAH2AN ADA DIANTARA KITA YG MUNAJATNYA DIDENGAR ALLAH SWT MAHA MENDENGAR DAN DIMAKBULKAN...SELAIN DEMO.

MUDAH2AN ALLAH MEMBERI PERTOLONGANNYA KPD KITA.

AMIIIN

Awanama berkata...

PEMIMPIN NEGARA:

"AKU PEDULI APA RAKYAT PUNYA SUSAH, JANJI AKU NGAN GENG² SENANG LENANG" PERGI MAMPUS LA RAKYAT SEMUA"

**Ini rasanya yang ada dalam kepalaHotak pemimpinb BN/UMNO ni**

Awanama berkata...

Bak kata peribahasa orang putih "actions speak louder than words".
Kalau kita cakap sahaja, tak henti-henti nak merungut pasal GST ini, sampai bila monyet-monyet itu nak dengar? Mari kita buktikan kepada mereka bahawa mereka itu sememangnya pemimpin yang tidak layak.

Awanama berkata...

top up tu lubok duit. berapa juta rakyat terutama anak muda yg guna prepaid. jadi jgn haraplah top up akan 0% gst. satu cara shj. tukar kerajaan

Awanama berkata...

kuasa ditangan kita. kita yg pilih kerajaan. ingat ini bila nak mengundi dlm PRU yg akan datang. sementara tu tanggung sajalah beban akibat kebodohan 47%

Awanama berkata...

rambut ori ke tu?

kalau ori.... hebatlah tu.

nenek saya dah 62 tahun umurnya... rambut dah sangat jarang dan greyish.....