29 Sep 2014

YB Saari & YB Hasnul Akan Dihadapkan Ke Lembaga Disiplin PAS Esok -updated


Saari, Hasnul menghadap lembaga disiplin PAS esok

Dua wakil rakyat PAS menyokong Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor sebelum partinya membuat pendirian sebelum ini akan berdepan lembaga disiplin esok.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang Saari Sungib memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dan Hasnul Baharuddin (Morib) telah dipanggil menjelaskan tindakan mereka itu.

Saari yang menerima sambutan wira daripada DAP ekoran tindakannya itu bagaimanapun menegaskan tidak akan keluar daripada PAS.

“Kalau jawatankuasa (disiplin) itu adil, berilmu dan objektif, tidak dipengaruhi selain daripada untuk menegakkan keadilan dan kebenaran, saya akan tetap jadi ahli (PAS),” katanya.

Bagaimanapun, katanya, jika takdirnya beliau dipecat, beliau berazam akan terus bersama Pakatan dan menjadi ahli politik tanpa parti.

“Parti saya Pakatan Rakyat,” katanya.

Sementara itu, Hasnul sebelum ini berseloroh bahawa beliau masih boleh bertanding menggunakan lambang DAP.

Beliau bagaimanapun menegaskan tiada hasrat langsung melompat parti.


ULASAN GB

Pertama heboh sangat di media sosial hari ini dengan memetik satu laporan dari sebuah portal tabloid tempatan menyatakan bahawa ADUN Morib Hasnul Baharudin akan bertanding menggunakan lambang DAP.

Maka pelbagai kutukan dihamburkan terhadap beliau oleh sekumpulan ahli PAS dan mendesak beliau keluar dari parti.

Sedangkan beliau hanya berseloroh berkata demikian dan beliau tiada hasrat lansung untuk melompat parti.

Sementelah lagi bukankah Presiden PAS sendiri, Abdul Hadi Awang semasa pilihanraya kecil Teluk Intan pernah mengkagumi dengan keberanian Dyana Sofya Mohd Daud untuk bertanding sebagai calon DAP?

Kedua soal merit kesalahan. Kita tak tahu pertuduhan yang sebenar. Ada yang menyatakan kerana mendatangani SD. Jika itu satu kesalahan, menjadi tanggungjawab pihak pendakwa untuk membuktikan bila larangan untuk tandatangan SD itu dilkeluarkan.

Jika dikatakan melanggar keputusan Majlis Syura Ulama yang membuat ketetapan menyokong TS Khalid sebagai MB Selangor ketika itu, Majlis Syura Ulama sendiri yang membuat keputusan meminta Khalid Ibrahim melanggar peraturan partinya yang telah menyuruh beliau letak jawatan. Jadi tidakkah wajar kedua-dua ADUN itu mengingkari keputusan Majlis Syura?

Keempat soal lembaga Disiplin. Kita tidak tahu sebenarnya siapa yang mempengerusikan Lembaga Disiplin PAS ketika ini. Perlantikannya begitu "rahsia" sehingga ahli-ahli masih kabur "who's who" di dalam lembaga tersebut.

Kita berharap siasatan dan penghakiman akan berjalan dengana adil dan saksama. Tidak seperti masa-masa lalu dimana Pengerusi Lembaga Disiplin yang bias menyebabkan hukuman dijatuhkan jelas pincang.

Di dalam kes di mana Khalid Samad dan Hassan Ali di bawa ke Lembaga Disiplin pada beberapa tahun yang lalu, Jawatankuasa Disiplin PAS yang pada ketika itu dipengurusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man yang umum tahu beliau adalah dari kumpulan UG telah menjatuhkan hukuman Khalid bersalah dan digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor ketika itu Hasan Ali hanya diberi amaran bertulis. Khalid Samad juga digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat ketika itu.

Keputusan itu menyebabkan banyak pihak tidak puashati dan mempersoalkan kewibawaan Tuan Ibrahim Tuan Man yang pada pandangan mereka bias dan berpihak serta tidak mempunyai latarbelakang undang-undang yang telah dilantik "secara kedai kopi" sebagai pengerusi Jawatankuasa disiplin parti.

Akhirnya hukum Allah berjalan, Allah s.w.t. menunjukkan bahawa Hassan Ali itu yang bersalah dan akhirnya dipecat dari parti dan Khalid Samad kekal di dalam PAS!

Apa yang kita lihat Perlembagaan PAS memperuntukkan Lemabaga Disiplin PAS dilantik oleh Majlis Syura Ulama. Namun persoalan kini ialah Majlis Syura Ulama yang ada sekarang ini belum diperkasakan, peranan dan keanggotaannya belum lagi diperkemaskan, bagaimana mereka boleh membuat perlantikan tersebut?

Keadilan itu bukan sekadar ditegakkan tetapi mesti dilihat ditegakkan. Itu prinsip asas keadilan. Di dalam Islam, Rasulullah (s.a.w) berkata: Hakim ada tiga jenis, salah seorang daripada mereka akan pergi ke syurga dan dua Neraka. Satu yang akan pergi ke syurga adalah seorang lelaki yang tahu apa yang betul dan memberi pertimbangan sewajarnya, tetapi seorang yang tahu apa yang betul dan bertindak secara penindasan dalam penghakimannya akan pergi ke neraka dan seorang lelaki yang memberikan penghakiman bagi orang apabila dia jahil akan pergi ke neraka.

GB tertarik dengan satu poster yang beredar di media sosial:









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Good news for them. Who wants to stay with pimps president? Anybody?

Ridd berkata...

Kawan sebagai anak watan N.Selangor memberikan SOKONGAN penuh pada YB Saari & YB Hasnul walaupun disingkirkan.

Tukar alamat pun kawan sanggup...lah. takda hal....kawan pun dah BOSAN mengundi di Adun.chempaka.

Tanpa Nama berkata...

Anggap kes dah selesai sudahlah...NFA. BODOH !!!

din ayam berkata...

anon 10.46pm.

belum selesai la bodoh. selagi hadi maksum jadi presiden, selagi tu laa PAS kacau bilau.

Tanpa Nama berkata...

Pas semakin hancusss..?

Tanpa Nama berkata...

Pas makin barua

Tanpa Nama berkata...

Kerana Semangat setiakawan dalam pakatan dapat gelaran Barua oleh hadi .pasai apa geng ug dan hadi tak dihadap ke lembaga displin bermati matian pertahankan khalid Ibrahim walau pun di pecat oleh parti sendiri. Ada apa yg hendak di sembunyi ??????? Ularmak ularmak semua syiok sendiri

Tanpa Nama berkata...

kepada "din ayam" September 28, 2014 at 11:12 PM


Selagi ahli parti ini masih tak berani turunkan tuang president barua dan ular semak penghianat aka penipu undi aka penikam rakan aka cakap putar balik, selagi nama parti adalah barua seperti kehendak president.

Mana satu parti, president berani tunduh orang lain BARUA di ceramah penting hanya kerana kemarahan? Bukan dia tahu dengan mulutnya keluar tunduhan barua, nama partinya terus tukar jadi B A R U A?

sekarang kedua-dua PR dan BN juga buat ketawa dengan nama parti barua, ini lar kehendak tuang president yang pandai politik.

Tanpa Nama berkata...

Salam.. Menunggu penghakiman esok hari. Samada bersalah atau tidak, mana rakan-rakan sepejuang yang senada sebagai support moral. Atau hanya berani dan berapi-api diblog dan ceramah sahaja. Adakah 2 wira ini hanya dipuja di dalam hati? Bagi yang mampu dan berkuasa dalam parti, bantulah mempertahan kedua-dua wira ini. Masanya telah tiba wahai golongan profesional.. Bila lagi???

Tanpa Nama berkata...

Kita tengok siapa yg kena.....hahaha

JAKA berkata...

berselindung dibalik MSU , presiden gerakan islam yg sgt mengikut kaedah islam dlm berjuang, berselindung disebalik imej ulamak....... tiba2 Allah terlanjurkan mulut beliau menyebut barua dan menuduh 2 adun telah dibeli.

jgnlah PAS merasa mereka sgt sempurna umpama perjuangan Rasulullah saw. ketika Nabi saw ada memang amat berat jika engkar perintah.

zaman kita ini parti islam pun ade undang2 tubuh sendiri dan semua kena rujuk perlembagaan parti lah.

ada pun hukuman 'barua' utk ahli yg engkar, tidak ada dlm undang2 parti. maka ia adalah hukuman nafsu amarah seorg presiden yg terlupa dia hanyalah manusia biasa yg tidak sunyi dr salah dan silap.

Tanpa Nama berkata...

penyelamat parti dituduh sebagai pengkhianat... barua betol kepada yang luluskan usul untuk hadap kedua2 yb ini ke lembagai disiplin parti... (presiden yg ajar aku maki barua..)

Tanpa Nama berkata...

ada pun hukuman 'barua' utk ahli yg engkar, tidak ada dlm undang2 parti. maka ia adalah hukuman nafsu amarah seorg presiden yg terlupa dia hanyalah manusia biasa yg tidak sunyi dr salah dan silap. Ulama yg dikagumi akan mohon maaf jika buat kesilapan, harap2 TGHH sedar...

Tanpa Nama berkata...

Kami pengundi pr akan pastikan pas ug akan berkubur tanpa batu nisan sekiranya pengadilan berat sebelah dan dikuasai nafsu dendam tuan presiden ug and the geng

Tanpa Nama berkata...

Kenapa mereka yang menjadi penyebab kepada pertandingan tiga penjuru semasa PRU lepas tidak pulak dihadapkan ke lembaga disiplin? Ada double standard ke dalam lembaga disiplin PAS ni?

Mohd Noor berkata...

Harap lembaga disiplin tutup kes sahaja. Kes dah seslesai. Kalau diteruskan juga ia hanya menambahkan kekusutan dan perpecahan dalam PAS. Tiada pengadilan, yang ada dendam kesumat...

Malaysiabaru berkata...

menyokong pkr dan dap di anggap pengkhianat. bukan mukamar pas ajar macam tu? ularrrmak pas sebenarnya pengkhianat kpd islam...gaji perangsang punya pasai, anak raja pencen punya pasal, projek juta dgn mb punya pasal, kenduri faekah di pjbt mb punya pasal.... kerana harta wanita dan seks... tok lebai pun longlaiiiii

Tanpa Nama berkata...

Malays pantang d cabar walau pun sesama sendiri, saya sendiri melayu jati, bongang botol orang kito, bangkang seket dah nak dondo, mano indak orang kito mondor, pogi ajo d bukit bintang tu cari orang melayu boleh kiro, tapi negori melayu, mulo orang pas cakap tak semuo orang melayu tu orang pas tapi pas sendiri tunjuk tak elok bolum berniago baru bercakap hampeh punyo pas

Tanpa Nama berkata...

Yang mpertahankan pr diambil tindakan, yg berjongkang jongkit di rmh umno dihalalkan... puiii...

Tanpa Nama berkata...

Minta S/Usaha Agung PAS Jawab: 2 ADUN ni diambil tindakan tatatertib kerana sokong Wan Azizah dlm pencalonan MB Selangor. Kenapa sampai hari ni 3 BARUA Pas yang bertanding dlm PRU 13 di Kota Damansara, Bkt Besi dan Sg Acheh dimana PKR bertanding TIDAK dilembaga displinkan ??? oh! Sokong PKR tindakan tatatertib..lawan PKR simpan bawah karpet...ini macam kaaa??? BARUA !

Tanpa Nama berkata...

biarkan si luncai terjun bersama labu-labu nya...... syok sendir tak sudah pas ni....

dah macam anjing dengan bayang2 pon hado... tamak sungguh....

Tanpa Nama berkata...

YB Saari dan Hasnul, Tanya balik kat Lembaga Disiplin Mu nak UG atau PR perintah Selangor? Kalau nak kat PR tutup kes, kalau nak group UG pecatlah kami dari Pas. Lepas tu keluarlah bilik.

BaDiN berkata...

Aku tetap undi Asal Bukan Cap Dacing(ABCD).