30 Sep 2014

Melati - Ikon Anak Muda Generasi Y


Melati Move'- cabaran politik baru anak muda M'sia

ULASAN Melati Rahim bukanlah sosok anak muda yang baru saya kenali kelmarin. Penuntut UNISEL dari jurusan TESL ini pertama kali saya temui sewaktu mengikuti program anak muda di Kuala Lumpur.

Membaca berita beliau yang lebih dikenali sebagai Melati, anak muda yang menyertai DAP baru-baru ini, membuatkan saya berfikir sejenak.

Saya pasti inilah individu yang dimaksudkan oleh Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS semasa ucapan perasmian muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke-55 di Kota Tinggi pada 16 September lalu.

Seingat saya, kali terakhir saya bertemu Melati adalah semasa jelajah program seni 'Anak Muda Politikal' di Batu Pahat, Johor.

Dengan gaya penampilan yang 'humble' sambil mengenakan hijab lengkap berniqab, beliau tampil dalam program tersebut untuk mempersembahkan bacaan puisi yang beliau karang sendiri.

Melati mungkin tidak mengenali saya. Tetapi beliau yang tampil penuh berani ketika itu, pastilah menjadi tarikan audien untuk mengamati puisi disampaikan.

Walaupun saya akui gagal menangkap keseluruhan maksud bait-bait puitis beliau, namun tidaklah terlalu sukar untuk saya memahami mesej tersirat yang cuba disampaikan. Penuh dengan idea-idea politikal, sesekali sinikal dan yang pasti, sarat dengan kritikan sosial.

Melati dan generasi Y

"Melati masuk DAP?" Sesetengah rakan saya musykil seakan tidak percaya.

Apa tidaknya, ramai sudah tahu bahawa parti DAP merupakan sebuah parti yang tak lekang diserang bertubi-tubi oleh parti kawan dan lawan dengan pelbagai konotasi negatif. Laras fikiran tipikal seorang Melayu Muslim seperti saya untuk menerima hakikat ini, pastilah sedikit sukar.

"Inilah Melati Move!" Spontan saya menjawab berseloroh.

Sebagai orang kecil dalam arena politik nasional, saya melihat bahawa langkah Melati menyertai DAP sedikit sebanyak menjadi sampel anak muda Malaysia hari ini yang berani mengambil langkah menongkah arus.

Jika dahulu, gadis berniqab ini pastinya lebih mudah diasosiasikan dengan kumpulan-kumpulan Islam; baik NGO Islam mahupun parti Islam.

Nampaknya kini tidak lagi. Pada hemat saya, anak muda generasi Y hari ini tidak boleh lagi dinilai sebegitu simplistik.

Mereka terdedah dengan kebanjiran maklumat menerusi pelbagai saluran dalam mewarnai fikrah dan kefahaman mereka. Media baru antara medium yang memainkan peranan besar dalam memangkin hal ini.

Bahkan kini, wacana umum anjuran pelbagai kelompok sivil dan kumpulan indipendan begitu giat sekali dihidupkan selaras dengan kesedaran rakyat yang kian prihatin terhadap peri pentingnya kebebasan bersuara, mendapatkan akses maklumat yang tepat dan menyuarakan pendangan sekalipun disana wujud pelbagai perbezaan.

Bagi kelompok anak muda dan mahasiswa contohnya, mereka tidak lagi terbatas dengan kuliah-kuliah rasmi di universiti mahupun diskusi-diskusi formal untuk mendapatkan semua ini.

Saya sendiri yang mendapat pengisian 'extra' menerusi kumpulan usrah dan daurah anjuran persatuan Islam semasa di universiti dahulu, dapat menyaksikan sendiri betapa ianya bukan lagi menjadi wadah tunggal dalam menjana fikrah ketika ini.

Beberapa hari lalu, sempat saya meluangkan masa berdiskusi bersama adik-adik mahasiswa di sekitar Lembah Klang. Akhirnya, habis 'lunyai' saya diterjah dengan persoalan dan pandangan kritikal yang saya akui sendiri gagal untuk saya menjawabnya dengan baik dan tuntas!

Tolak ketepi dahulu dengan 'cakap-cakap' bahawa Melati Move ini ialah agenda politik untuk mencairkan imej ke-Cinaan' DAP. Hakikat yang perlu diterima umum sekarang, seorang gadis Melayu-Islam yang berpurdah sudah mula memilih DAP; yang selama ini dimomokkan sebagai sebuah parti cauvonis, anti Islam dan sekular!

Cabaran buat Pakatan Rakyat

'Melati Move' juga pada pandangan saya menjadi satu cabaran buat politik baru anak muda yang sewajarnya dijuarai Pakatan Rakyat.

Apakah PAS, PKR dan DAP mampu terus segar menyediakan pentas, memberi ruang dan peluang serta mengemukakan platform bersifat 'true Malaysia' untuk anak muda tampil kehadapan?

Lebih dari itu, parti-parti Pakatan Rakyat perlu keluar dari garis zon selesa mereka; PAS untuk kelompok Malayu Islam, DAP untuk orang Cina dan PKR untuk para pendokong reformasi (berpuncakan peristiwa reformasi 1998-1999) semata-mata.

Mungkin sesetengah dari para pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat melihat garis ini sebagai teras sokongan politik dalam konteks pilihanraya, tetapi untuk menyediakan kolasi politik yang bekerja keras ke arah membina generasi Malaysia pada masa hadapan, sesuatu perlu dilakukan melangkaui skala tersebut.


Dalam konteks PAS sendiri, saya kembali kepada intipati ucapan perasmian timbalan presiden PAS dalam muktamar Pemuda PAS Malaysia yang lalu. Jika DAP terus giat menjadikan partinya ke arah lebih inklusif dengan meraikan penyertaan anak muda hatta berimej Islamik bahkan berniqab, adakah PAS menerusi sayap pemudanya akan mengambil langkah yang sama?

Atau apakah pemuda PAS akan terus menjadi wadah yang dilihat eksklusif menghimpunkan graduan lepasan timur tengah dan pengajian Islam semata-mata dalam memacu arah tuju politik anak muda Malaysia?

Inilah cabaran membina generasi anak muda Malaysia untuk masa hadapan.

Mampukah kita? Jawapannya bergantung sejauhmana usaha kita mencorakkannya pada hari ini.

SHEIKH Omar Ali adalah ahli Pemuda PAS Johor dan pembantu kepada Ahli Parlimen Kluang)

ULASAN GB

Pertama, ramai yang ultra Melayu termasuk di dalam PAS sendiri yang skeptikal dengan "Melati Kove" ini. Walhal Presiden PAS sendiri, Abdul Hadi Awang semasa pilihanraya kecil Teluk Intan pernah mengkagumi dengan keberanian Dyana Sofya yang menyertai DAP. Samada ada keikhlasan di sebalik kekagumannya itu, hanya Allah Yang Maha Tahu.

Kedua, saya tertarik dengan penulis mengenai persediaan parti-parti komponen di dalam PR menyediakan pentas, memberi ruang dan peluang serta mengemukakan platform bersifat 'true Malaysia' untuk anak muda tampil kehadapan Namun anehnya, bagaimana hendak mewujudkan imej "true Malaysia" melalui PAS apabila dua ADUN berkorban untuk pertahankan Pakatan Rakyat dari tumbang tiba-tiba ditempelak dan dihukum sendiri oleh presiden di muktamar sebagai broker dan barua?

Ketiga, tanpa perlu tokok tambah, bila mengimbaui kelompok 50 pemmuda yang bertindak meninggalkan dewan di mutamar dan boo-mengeboo esok harinya, saya menyetujui yang ini:

Apakah pemuda PAS akan terus menjadi wadah yang dilihat eksklusif menghimpunkan graduan lepasan timur tengah dan pengajian Islam semata-mata dalam memacu arah tuju politik anak muda Malaysia?

Laporan sebelum ini
klik untuk baca











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ddlm pentadbiran DAP PPinang ada CAT
-bukti INTEGRITY
-jelas telus/TRANSPERENCY
-2 ciri2 amanah terpenting dlm islam
-sume YB/Adun JELASkan harta anda!
-demi pnyelesai masaalah RASUAH!!!!

ddlm pentadbiran PKR Selangor,SELCAT
-bukti Integrity & Transperency
-kearah pentadbiran yg lebih cekap
-hatta ESOS 500,000 dah TERANG!?
-nampak nampak nampak ada RASUAH!!!!!

Mari kita tanya MSU aka Nik Aziz Haron Din & Hadi Awang..
-apa yg TELUS ada diKELANTAN?
-wktu diTERENGGANU dulu??
-KEDAH wktu Azizan???
-RASUAH/projek kbwh kapet kah????

Semua kat Trengganu Kelantan & Kedah dibawah ularrrrrrMAK yg tolol bahalol (ygTAKde-competent LANGSUNG) akan diBELIT kdlm semak & disembunyi kebwh KAPET..hatta XXXXL putih saiz bapak GAJAH skalipon!?

Utk kelihatan fakeh lg SUCI Nik Aziz Hadi n d geng akan meRATIB hudud hudud hudud hudud hudud hudud-TIPU dgn setan2 dikenali n last2 RATIB brtukar jd BARUA!!!

klu dah Nik Aziz sndiri mengiktiraf BARUA khianat FITNAH pil kuda sbg NAKHODAnya..maka mnjd BARUA lah mrk sume, krn kerja ularrrMAK2 itu COCOK pon dipanggil BARUA!!!!?

hanya yg tolol-bahallol sja lg yg tinggal yg dpt mrk BELIT masuk kdlm SEMAK-balak bersama2 ularrrMAK fakeh itu demi menegak HUDUD SUCI dgn mangkok2 umporno-SETAN yg dah pon dikenali!!!

BUKANkah?
BUKANkah Islam itu??
BUKANkah Islam itu adalah???
Islam itu adalah CAHAYA yg paling7 TERANG sekali menyuloh sbnr2 sbnr2 sbnr2 hakikat murni sbnr7 KBNARAN & KEADILAN?????

BUKANkah Islam itu adalah seterang2 CAHAYA yg dpt menyuloh hatta kpd seKECIL2 "niat" BATIL yg haprak BUSUK ddlm HATI yg coba menyeleweng dan disembunyi dgn BMW 7siri???

BUKANkah Islam itu sebaik2 & yg terbaik skali dlm menyelesaikan masaalah umat serta masaalah RASUAH ddlm ummah?????

Semoga Nik Aziz Hadi & Haron Din berkesempatan mmbaca hakikat ini sblum kita jumpa di yaumil-MAHSYAR nanti insy'ALLAH, disana nanti sgt JELAS skali siapakah yg BENAR & siapakah yg SALAH..


Tanpa Nama berkata...

Penerimaan ahli dari segenap lapisan gender, kaum, latar belakang memang bagus. Sepertimana DAP menerima Dyana dan Melati.

Jangan lupa PAS pun ade ahli dari gender, kaum dan latar belakang berbeza. Malah telah diangkat sebagai sayap parti.

tapi biarkan api dalam rumah dengan alasan kepelbagaian bio itu amat bodo dan dangkal.

Amuraria berkata...

syabas anak muda malaysia terutama melati yang terbaru , lebih baik seribu kali sertai dap dari masuk parti yang bertopengkan agama tapi kepala boleh ucap barua & broker sedangkan teramat 'ulama' ? hidup anak muda malaysia berjiwa progresif seperti melati & dyana , minda anak muda melayu kini terbuka luas dari belenggu candu agama yang tidak tulin, ABU !

Tanpa Nama berkata...

Melati ini bukti bukan semua ansk muda melsyu bahalol.

Melayu mampu berubah ke bangsa ber tanggung jawab.

Okay lah mat mongol tak ber tanggung jawab.