5 Sep 2014

Ini Calon-calon MB Selangor Dari PAS (?)


Majlis Syura Ulama larang PAS calonkan Wan Azizah, Azmin jadi MB Selangor, lapor Utusan

Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam PAS selepas muktamar membuat keputusan untuk turut menghantar nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di samping nama dua Adun PKR, dedah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam Utusan Malaysia hari ini.

Nama dua Adun PKR yang dihantar kepada istana Selangor bukan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali seperti yang dipersetujui jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu.

Difahamkan, dua Adun PKR yang dimaksudkan itu adalah Dr Idris Ahmad (Adun Ijok) dan Dr Yaakob Sapari (Adun Kota Anggerik) manakala Adun PAS ialah Iskandar Abdul Samad, exco kerajaan negeri Selangor yang juga pesuruhjaya PAS Selangor.

Bagaimanapun, setiausaha agung PAS itu tidak mahu mendedahkan nama ketiga-tiga Adun yang dihantar parti itu kepada istana Selangor kerana ia berkaitan dengan Majlis Syura Ulama.

"Tidak seharusnya saya mengulas lanjut. Nama itu terserah kepada pertimbangan saudara sendiri atau bertanyakan kepada Majlis Syura Ulama," katanya kepada Utusan Malaysia.

Mustafa berkata, beliau dimaklumkan mengenai keputusan itu oleh Majlis Syura Ulama yang jelas berbeza dengan pendirian Jawatankuasa PAS Pusat yang hanya mahu mencalonkan Dr Wan Azizah dan Azmin.

"Surat yang dipersembahkan kepada baginda sememangnya ditandatangani Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Pihak presiden yang menguruskan penghantaran, tidak melalui Pejabat Setiausaha Agung PAS.

“Ini suatu amalan biasa, sebagaimana dalam pelantikan menteri besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2008 dan 2013 apabila setiap parti menamakan calon pilihan masing-masing," kata Mustafa, sebagaimana dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Syura Ulama Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh ketika dihubungi mengesahkan kepada Utusan Malaysia senarai calon itu dihantar Pejabat Presiden PAS ke istana Selangor, semalam.

Bagaimanapun, beliau enggan memperincikan nama ketiga-tiga calon berkenaan sambil menambah ia terserah kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memuktamadkan perkara itu.

Ditanya kemungkinan salah satu daripada 2 nama calon PKR itu adalah Dr Wan Azizah, beliau hanya menjawab:

"Itu saya tak tahu, saya tak nak komen. Mungkin juga ada (Wan Azizah), mungkin juga tak ada. Tunggulah, kita serah kepada Tuanku Sultan Selangor (putuskan)."

Mustafa memberitahu The Malaysian Insider semalam, pihaknya menafikan laporan The Star Online yang mengatakan PAS menghantar nama tiga Adun mereka sebagai calon menteri besar Selangor.

Menurut laporan portal itu, PAS menghantar nama Iskandar, Sallehen Mukhyi dan Dr Yunus Hairi untuk dipertimbangkan sebagai menteri besar Selangor yang baharu untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat PKR.

"Laporan itu tidak betul kerana cadangan untuk mencadang ketiga-tiga nama itu sudah dibatalkan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Mustafa pada masa ini enggan mendedahkan nama yang dicalonkan PAS kepada istana.

Malam tadi selepas mesyuarat biro politiknya PKR berkata akan mengambil "langkah yang perlu dan sesuai" dalam tempoh 48 jam akan datang berikutan teguran pihak istana Selangor kerana hanya mencalonkan presidennya Dr Wan Azizah bagi jawatan menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang enggan menjawab sama ada parti berbilang kaum itu akan menghantar lebih 2 nama seperti yang diminta Sultan Selangor mengakui PKR menerima surat daripada istana dua hari lalu.

"Kami akan mengambil langkah yang perlu dan sesuai. Kami akan bertindak sewajarnya dalam tempoh 48 jam akan datang," katanya di ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya malam tadi.

Perkembangan terbaru itu menggugat lagi hubungan parti Pakatan Rakyat (PR) PKR, PAS dan DAP yang sudah tercalar dalam krisis menteri besar Selangor ini.

Pada 6 Ogos lalu, Majlis Syura yang bermesyuarat di Kota Baru membuat keputusan mengekalkan Khalid selepas pendirian itu juga dibuat Hadi dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Keputusan itu dibuat sebelum mesyuarat AJK PAS Pusat yang dijadualkan berlangsung 10 Ogos dan kemudiannya dianjakkan ke 13 Ogos dan seterusnya menjadi kenyataan pada 17 Ogos.

Pada mesyuarat yang sama, majlis syura juga membuat keputusan agar PAS terus kekal bersama Pakatan Rakyat.

Krisis menteri besar Selangor bermula sejak pelantikan Khalid buat kali keduanya selepas pilihan raya umum ke 13 pada Mei 2013 lalu apabila Azmin juga mendesak agar beliau dipilih untuk memegang jawatan itu.

Namun ketiga-tiga parti bertegas mahukan Khalid.

Pada 22 Julai, Anwar mengumumkan keputusan Majlis Pimpinan Pusat PKR untuk mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor. Ia kemudiannya dimaklumkan kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada keesokan harinya.

Pimpinan PAS, khasnya Mustafa dan Iskandar sebelum ini mengumumkan PAS tidak akan mencalonkan pemimpinnya sebagai menteri besar.

Namun keputusan kini dibuat Majlis Syura untuk turut mencalonkan Iskandar.

Keputusan itu dikatakan diambil berikutan permintaan istana Selangor.


Kenyataan Resmi Timbalan Presiden PAS bersabitan Hal Calon Menteri Besar Selangor.

Perkembangan mutakhir tentang isu calon MB Selangor pastinya telah menimbulkan pelbagai reaksi dan persepsi negatif terhadap Parti Islam SeMalaysia, PAS khasnya dan terhadap Pakatan Rakyat amnya.

Saya ingin menyatakan bahawa dalam perkara yang disebut Setiausaha Agung PAS, Dato Mutapha Ali semalam (4hb Sept), seperti laporan pelbagai media, bahawa nama Dato Seri Dr Wan Azizah dan YB Azmin Ali tidak ada dalam senarai pencalonan PAS adalah tidak dalam pengetahuan saya.

Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebutkan bahawa Setiusaha Agong mengakui PAS telah menyenaraikan salah seorang EXCO PAS sebagai calon MB. Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai Badan Eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti.

Saya tegaskan sekali lagi berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 17 hb Ogos bahawa senarai calon yang sebulat suara diputuskanoleh ahli Pimpinan Pusat yang dipengerusikan Presiden parti ialah pertama DS Dr Wan Azizah dan kedua Yb Azmin Ali.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 25 hb Ogos pula mengambil keputusan bahawa kami sepakati atas nama yang diputuskan pada mesyuarat 17 hb Ogos dan menyerah kepada Kuasa Budibicara Tuanku Sultan untuk membuat pilihan calon Menteri Besar Selangor itu.

Haji Mohamad Sabu
Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia, PAS
5 Sept 2014 bersamaan 11 Zulkaedah 1435H.
-


ULASAN GB

Dari maklumat-maklumat yang sampai ke email GB, ini adalah senarai calon yang dikemukan oleh PAS. Betul atau tidak wallahu alam.

1. Dr Idris Ahmad (ADUN Ijok-PKR)
2. Dr Yaakob Sapari (ADUN Kota Anggerik-PKR)
3. Ir Iskandar Abdul Samad (Adun Cempaka-PAS)
Tak payah ulas panjang-panjang. Anehnya Mustafa Ali membuat kenyataan itu melalui akhbar Utusan Malaysia. Bukan oleh media-dia PR atau media PAS sendiri.

GB sebelum ini pernah mencadangkan supaya peranan dan keanggotaan Majlis Syura Ulama disemak semula kerana majlis yang ada kini tidak dapat diterima oleh MAJORITI ahli PAS. Ini kerana keputusan muktamar PAS telah membuat keputusan untuk memperkukuhkan kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat. Majoriti AJK PAS Pusat yang memenangi pemilihan PAS tahun 2013 yang lalu adalah daripada kumpulan profesyenal. Kekalahan Nik Amar yang mewakili kumpulan ulamak tewas di tangan Mohammad Sabu di dalam merebut jawatan Timbalan Presiden merupakan manifestasi majoriti ahli PAS mahukan golongan profesyenal memimpin parti.

Terdapat unsur manipulasi golongan tertentu di dalam parti memperalatkan Majlis Syura Ulama untuk tujuan-tujuan tertentu.
GB dah ulas sebelum ini di dalam entri bertajuk: Majlis Syura Ulamak Ada Kuasa Ke Atas Ahli Parti Lain?

Saranan GB telah disambut oleh calon Ketua Pemuda PAS yang penah gambarnya di"anjing'kan oleh golongan yang mengaku pro-ulama, Zulhazmi-At-takanan di dalam kertas cadanganya nya bertajuk MEMANTAPKAN DAN MEMPERKUKUHKAN MAJLIS SYURA ULAMAK (MSU) PAS. Petikan cadangannya:

A) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah benar-benar menepati kelayakan yang ditetapkan oleh Fasal 8 (3)
B) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah tiada pertalian keluarga dengan mana-mana pimpinan tertinggi parti di peringkat Pusat.
C) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah tidak memegang apa-apa jawatan di dalam mana-mana badan lain di dalam PAS seperti JKPP, DUPP, DPPP dan DMPP.
D) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah di dalam bidang-bidang ilmu Islam yang berlainan.
E) Dalam menjalankan tugasnya di bawah Fasal 8 (1), MSU hendaklah mengambilkira atau mendapatkan pandangan badan lain di dalam PAS yang mempunyai kepakaran berkaitan sesuatu perkara.












IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




36 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hadi n stopa ali dah malu terkantoi. dari u-turn jadi konar baring pulak.HamPas betul!!

Tanpa Nama berkata...

Ulamak PAS ulamak munafik

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran“ (Hadis riwayat Ahmad)

Allah s.w.t menempatkan orang-orang munafik di dalam neraka yang paling bawah, sebagaimana firman Allah s.w.t yang maksudnya:

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan neraka paling bawah dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorangpun penolong bagi mereka" (Al Quran, An Nisa :145)

Tanpa Nama berkata...

Ulamak PAS ulamak munafik

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran“ (Hadis riwayat Ahmad)

Allah s.w.t menempatkan orang-orang munafik di dalam neraka yang paling bawah, sebagaimana firman Allah s.w.t yang maksudnya:

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan neraka paling bawah dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorangpun penolong bagi mereka" (Al Quran, An Nisa :145)

Tanpa Nama berkata...

Kenapa politik selangor orang penang (pkr) dan orang terengganu (pas) yang sibuk?

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya pemimpin pas terutama msu telah mencemar kesucian islam. Sy merayu mereka bertaubat segera...

Tanpa Nama berkata...

Ya Tuhan kami, Sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin–pemimpin dan pembesar-pembesar kami lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka adzab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar. (QS Al Ahzab[33]:67-68)

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamujadi buah ejekan dan permaina, (yaitu) diantara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman." (Al-Maidah: 57)

Tanpa Nama berkata...

Releks aa bro...

lepas ni buleh tak jangan siarkan benda yang belum pasti...

Perkara fitnah bukan macam ijtihad...

kalau ijtihad betul dapat dua pahala salah masih dapat satu pahala...

fitnah pulak salah ka betul ka dah tentu kedua-duanya berdosa!

Sekadar nak mengingatkan diri sendiri...

Janganlah sampai kita menimpakan musibah ke atas sesuatu kaum yang kita benci atas maklumat yang tidak kita diselidiki dahulu kebenarannya!

Tanpa Nama berkata...

Keluarkan PAS dari Pakatan, Selesai cerita. Paling kurang dua ADUN PAS YB Saari dan YB Hasnul keluarlah dari PAS dan sertai PKR. Kalau anda berada dlm PAS anda akan dibuat spt bola saja. Tengok apa jadi dgn Kelantan, siapa yg memimpin PAS Kelantan. Kenapa YB HUsam dipinggirkan? Kerana adanya budaya cantas dlm kepimpinan bergelar Ulamak konon. Kalau ada mana-mana YB PKR yg meleleh air lior utk menyertai PAS ( kalau ada tawaran ) fikirlah sejuta kali adakah org spt pemimpin PAS tertentu tu boleh dibuat kawan? Bodoh dlm strategi politik.

Tanpa Nama berkata...

anon 11:36

Bukankah berita 2 PKR 1 PAS itu dari sumber sahih iaitu dari hakahdaily sendiri???

Itu sudah cukup untuk meletakkan golongan ulamak PAS dalam kategori munafik. AJK PAS PuUsat sudah memutuskan secara muktamad calon-calon MB adalah WAWI dan Azmin. Tiba-tiba calon lain yang dihantar.

Rasulullah sendiri tidak pernah mungkir janji hatta kepada golongan bukan Islam seperti di dalam perjanjian Hudaibiyah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran“ (Hadis riwayat Ahmad)

Allah s.w.t menempatkan orang-orang munafik di dalam neraka yang paling bawah, sebagaimana firman Allah s.w.t yang maksudnya:

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan neraka paling bawah dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorangpun penolong bagi mereka" (Al Quran, An Nisa :145)

Tanpa Nama berkata...

Pasal kajang move la kita tau perangai sebenar puak atasan pas ni ( majoriti yg lain still bagus) Tuhan nak tunjuk manusia munafik ada pelbagai cara... ini salah satu dr nya

in response to anon 10:15am SIAPA YANG MULAKAN KEMELUT INI, KAJANG MOVE? apa yg kecoh kalu PKR nak buat kajang move ka, kijang move kah? Yg org heran knp Pas terlebih sudu dari kuah. Dok dendiam jaga Kelantan sudahlah. Hadi ulama agung Pas jaga Tengganu sepenggal pung hancoq lg nak buat kacau kat tempat org. Dengki ler tue..Malulahh tunjuk kat non muslim akhlak parti islam camnih. , by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Pasal kajang move la kita tau perangai sebenar puak atasan pas ni ( majoriti yg lain still bagus) Tuhan nak tunjuk manusia munafik ada pelbagai cara... ini salah satu dr nya

in response to anon 10:15am SIAPA YANG MULAKAN KEMELUT INI, KAJANG MOVE? apa yg kecoh kalu PKR nak buat kajang move ka, kijang move kah? Yg org heran knp Pas terlebih sudu dari kuah. Dok dendiam jaga Kelantan sudahlah. Hadi ulama agung Pas jaga Tengganu sepenggal pung hancoq lg nak buat kacau kat tempat org. Dengki ler tue..Malulahh tunjuk kat non muslim akhlak parti islam camnih. , by Anonymous.

AKG BEARINGS FOR JOHOR , MALAYSIA berkata...

MSU beranggapan mereka boleh khianat, mereka boleh berbohong dan ingkar serta membelakangkan kepentingan orang lain sebab pada mereka kalian ahli biasa, ahli atas pagar dan profesional dalam PAS banyak dosa dan onar. Mereka Maksum sebab mereka selalu mimpi syurga. Dan selain MSU seperti saya ahli atas pagar, ahli biasa dan profesional adalah ahli Neraka belaka mungkin pada pandangan mereka. ITU SEBAB MEREKA BERIJTIHAD ANTARA SENDIRI TERUTAMANYA MENANTU HANTU TU bahawa MSU adalah tertinggi, keputusannya dan pada mereka keputusan muktamad yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Apa ini?

Tanpa Nama berkata...

Ulamak PAS tahap ulamak sepender

Tanpa Nama berkata...

KETARA SANGAT GOLONGAN ULAMA & PENYOKONGNYA DALAM PAS ADALAH GOLONGAN MUNAFIK & HIPOKRIT.

ULAMAK BERKEPENTINGAN DUNIAWI. ULAMAK YANG MENYESATKAN UMMAH YANG DINAMAKAN RAUSLULLAH SEBAGAI ULAMAK USSU'

Tanpa Nama berkata...

jangan ganggu stopa dan hadi tengah baring dengan UMNO syyyyy!!!!!"

Tanpa Nama berkata...

UMNO LANCAR 1 MALAYSIA, PAS LANCAR 3 MB SELANGOR?

Ular Jadian berkata...

Sudah terang lagi bersuluh. Kes perebutan segelintir ular dalam semak ke atas Kedah dan Kelantan yang nyata merugikan rakyat. Ini bukan ular senduk biasa tapi ular jadian. Sekarang lihat di Kelantan, setiap hari lori balak keluar masuk sekarang tanpa memikirkan kerosakan hutan.

Majlis syura dah jadi bubur asyura untuk dimamah oleh semua jemaah PAS dalam uktamar nanti.

Hapuskan serban bertopeng dan UG yang boleh dikenalpasti dalam PAS yang banyak merosak parti.

Ular Jadian

Pemerhati berkata...


salam

Dah semakin merebak krisis di S'gor. kalu msg2 pimpinan dale PR ada sifat ikhlas dale hati msg2, isu ni X jdteruk mcm ni.

Pas akhir2 ni jd mcm parti pak pandir lak. kan dah bermesy ari tu nk ata nama Dswa n Azmin. apa susah'y..ata aje lah. kalu istana nk 3 nama, + je sore lg..sene jah. benda sene mcm ni pun X leh wat...camner nk pimpim ummah dan negara.

nama calon tmbhn tu seelok"y dari Pkr gak sbb Stofa Ali dah tegaskan yg jwtn Mb milik Pkr. Nape lak gi ata nama calon Pas? napok sgt Pas ni gelojoh nk kejar jwtn. tp kalu nak ata nama calon Pas gak, berterus terang je. jgn ckp berbelit2. aku gerenti, kalu pilihanraya di adakan ketika ini, comfirm PR akan kalah di byk kerusi. Plg teruk kalah pastinya Pas. Ubn akan tersenyum lebar sbb dapat kmbali majoriti 2/3.

dan terlebih pandir nama Dswa n Azmin yg dicdgkan sendiri o Presiden Pas pd mesy 17 Ogos pun, X di ata ke istana. permainan politik pandir gapo yg Pas buat ni?? Pas ni parti Hj Hadi sore ko. X perlu bermesy? atau pun leh sanggah bgitu aje kptsn dale mesy??

PENING PENING....

Tanpa Nama berkata...

ulama' tidak akan mengaku mereka ulama' walau alim mana mereka sekalipun...

tetapi golongan 'itu' menggunakan alasan mesti wala' kepada ulama'...siapa ulama' itu????

Tanpa Nama berkata...

Dengan kerja ulama pas yang mulia suci, mesti cina akan ikut tukar agama dan masuk pas

Taniah kepada gb dan ahli ahli pas kerana Akan dapat 6 Juta ahli cina yang converted by ulama pas mulia suci.

Tanpa Nama berkata...

Presiden lemah....itulah hakikatnya yang terserlah. JK Pas pusat sudah tidak ada peranan langsung. Begitulah perangai2 org yg tamak kuasa hilang agama....PAS akhirnya menjadi seperti apa yg umno harapkan...jual agama untuk kuasa. Sedarlah wahai presiden...su agung...dan balaci2 yg gila kuasa....PAS akan berada dilandasan asal bila kamu dinyahkan...

bat8 berkata...

Demo tahu gapow? Dengan ado jawatey hidup pun merioh dan indoh. Rumoh besa, kreto besar, buleh gi umrah tiap minggu. Gi manow2 pun ore sambut macey Qarun. Bul3h gi holoday ke london,paris, las vegas. Demo tau gapow. Bo dok rukah pohong nyoir gantung poster bule jah....hahaha.

Duduk peseng lo ni bulih gapow? Pitih mah hok ado pong k3no wi ko jemaah.

Anti Fitnah berkata...

Baru tadi dengar "penjelasan" pendek TGHH di TV7. Oleh kerana PAS bertegas bahawa hal ini dah diserahkan kepada pihak Istana dan biarlah istana membuat keputusan berdasarkan Raja Berpelembagaan.
La ni terpulang kepada pihak istana sama ada depa tu bijak atau sebaliknya. MB mestilah dipilih dari calon yang mendapat sokongan majoriti dan bukan semata-mata kehendak Sultan sahaja. Ini untuk mengelakkan MB Baru menghadapi undian tak percaya pulak terutama MB dari PAS. Berfikirlah dengan bijak untuk mengelakkaan baginda mencemari duli. Bijaksana dan bukan bijaksini. Ini nasihat dari TGNA. Ampun Tuanku. Sembah patik harap diampun. Patik menulis semata-mata untuk kebaikan Tuanku.

Tanpa Nama berkata...

singkir Hadi dari Pas, Pas bukan Parti Islam Terengganu

Tanpa Nama berkata...

PAS Parti Politik Munafik kan...

Apa kah orang orang munafik lagi bahalol sesuai jadi pemimpin , walau memimpin se ekor Keldai , mau pun se ekor Kuda sekali pun ?

Teringat pulak Tok Guru Tok Guru jaja jaja agama tuk dapat Mercedes Bentley BMW Vellfire FREE !!!!

Tanpa Nama berkata...

Bergaduh lah kamu semua dlm PR...mungkin ada hikmahnya PR tak menang dlm PRU13 lalu...Dulu aku penyokong tegar PR tp kini tidak lagi..Krisis di Selangor mendedahkan hati2 busuk yg ada dlm PR...Nampaknya impian rakyat utk merasa 'Bahagia' andai BN tewas dlm PRU13 lalu adalah impian palsu...Jika PR perintah M'sia sekarang ini mungkin suasana lagi hancur...Sesungguh nya Allah mengetahui hati2 manusia..usah berselindung disebalik jubah atau serban yg besar,usah berselindung disebalik pidato yg hebat, usah berselindung disebalik sikap kepura-puraan...Allah tahu semuanya....

Kuda Perang berkata...

 DIALOG DAN PENJELASAN ISU TERKINI BERSAMA PRESIDEN PAS 

1. Bagi mereka yang baru dalam politik, mungkin merasakan apa yang berlaku berat sangat sampai mabuk laut. Kita berpengalaman memerintah bahkan di Kelantan 20 tahun lebih, tiba2 kita hormat pada DAP dan rakan kita yang baru berapa pengggal.

2. Di Selangor, masalah bukan masalah kita. Masalah dibuat oleh rakan kita. Ada dikalangan kita nak buat raja macam tunggul kayu, itu tak boleh. Mesti ada akhlak, walau buruk macam mana pun raja mesti ada adabnya. Mesti ada peranannya.

* Ucapan TG pendek shj, selebihnya soalan 📓📔📚

1. Tanya pasal hudud, bila pulak nak bawa ke parlimen?

Mesti ikut politik islam. Syarat untuk melaksanakan mesti ada 5 syarat (rukun), negeri, rakyat, perlembangan, undang2 dan pemimpin. Baru layak dan wajib utk melaksanakan macam pergi ke Mekah.

2. Mengenai Tengku Razaleigh Hamzah.

Mula2 PKR pujuk dulu, lepas tu suruh kita pujuk. Tengku tak mahu PKR atau DAP. Jadi kita kena nok wat macam mana. 

3. Mengenai PASMA.

Siapa nak tubuh parti, silakan. Itu hak mereka. Kalau ada nyamuk sekor payoh jugak kita nak tidur.

4. Sikap mengenai yang tak wala, bila nak pecat?

Dulu pecat Hassan Ali sebab jelas dan ada bukti. Selagi tak cukup bukti kena tunggu.

Mengenai perlantikan AJK PAS Pusat, yang salah saya, bukan masalah saya. Tu masalah kawasan yang lantik sesiapa yang dilihat layak. Dipilih dalam muktamar.

5. Sebab PAS hantar 3 nama?

Rakan kita nak paksa kita hantar 1 nama. Kalau hantar 1 nama Sultan nak pilih macam mana??? Sultan tulis surat suruh hantar lebih drp 2 nama. Lebih 2 nama bermakna 3 ke atas. Jangan ingat pemimpin PAS bodo, kalau hantar 2 nama istana kata kita dok reti bahasa. Pemimpin PAS dok bodo sampai setara tu. 

PEMUDA PAS DUN CHUKAI
5 September 2014, 4.30 pm

Tanpa Nama berkata...

anon 7:12

ada kami kesahhhh??? kalau darah tu totok biru karat ngaku jerrrlahh...sentimen rakyat skrg asal bukan umno..anti gst (geng songkok tinggi), barang naik aptb...umno guna duit rakyat bayar penasihat yahudi apco mmg perlu undian org mcm kau.

pembersihan dlm PR sedang berlaku...geng UG, geng pak lebai malang boleh join org mcm kau yg serupa lalang.kbai

Tanpa Nama berkata...

Pemuda PAS DUN CHUKAI : Satu je kemusykilan aku membaca stori untuk menegak benang basah hangpa. Betullah semua yang menimpa PAS ni kerja jahat PKR. Ok kita terima sebab kita tak tahu dan kamu adalah pejuang Islam. PAS adalah sebuah parti dan jamaah Islam. TGHH adalah ulamak taraf dunia. Ilmu dia melaut. Kemusykilan aku - apakah dalil syarie yang TGHH ( yang kita lihat) buat kelaut ilmunya dan bertindak dengan tindakan tak Islamik seperti PK4 dan UMNO. Tang ni aku tak paham. Apa dalil yang pejuang Islam boleh buang cara Islam guna cara bukan Islam? DAP yang sah kapir dan sah masuk neraka pun tak buat apa yang dibuat oleh TGHH dan gengnya menguna nama PAS dalam menangani isu MB Selangor. Tak payah kait nama Sultan nak tutup kerja yang dibuat oleh TGHH dan geng. Alasan ni samalah kerja menutup bangkai gajah dengan sehelai daun je. Cerdik le skit....kamu tu pejuang Islam. Kalau UMNO yang buat takde sapa yang heran.

in response to  DIALOG DAN PENJELASAN ISU TERKINI BERSAMA PRESIDEN PAS  1. Bagi mereka yang baru dalam politik, mungkin merasakan apa yang berlaku berat sangat sampai mabuk laut. Kita berpengalaman memerintah bahkan di Kelantan 20 tahun lebih, tiba2 kita hormat pada DAP dan rakan kita yang baru berapa pengggal. 2. Di Selangor, masalah bukan masalah kita. Masalah dibuat oleh rakan kita. Ada dikalangan kita nak buat raja macam tunggul kayu, itu tak boleh. Mesti ada akhlak, walau buruk macam mana pun raja mesti ada adabnya. Mesti ada peranannya. * Ucapan TG pendek shj, selebihnya soalan 📓📔📚 1. Tanya pasal hudud, bila pulak nak bawa ke parlimen? Mesti ikut politik islam. Syarat untuk melaksanakan mesti ada 5 syarat (rukun), negeri, rakyat, perlembangan, undang2 dan pemimpin. Baru layak dan wajib utk melaksanakan macam pergi ke Mekah. 2. Mengenai Tengku Razaleigh Hamzah. Mula2 PKR pujuk dulu, lepas tu suruh kita pujuk. Tengku tak mahu PKR atau DAP. Jadi kita kena nok wat macam mana.  3. , by Kuda Perang.

Tanpa Nama berkata...

Pemuda PAS DUN CHUKAI : Satu je kemusykilan aku membaca stori untuk menegak benang basah hangpa. Betullah semua yang menimpa PAS ni kerja jahat PKR. Ok kita terima sebab kita tak tahu dan kamu adalah pejuang Islam. PAS adalah sebuah parti dan jamaah Islam. TGHH adalah ulamak taraf dunia. Ilmu dia melaut. Kemusykilan aku - apakah dalil syarie yang TGHH ( yang kita lihat) buat kelaut ilmunya dan bertindak dengan tindakan tak Islamik seperti PK4 dan UMNO. Tang ni aku tak paham. Apa dalil yang pejuang Islam boleh buang cara Islam guna cara bukan Islam? DAP yang sah kapir dan sah masuk neraka pun tak buat apa yang dibuat oleh TGHH dan gengnya menguna nama PAS dalam menangani isu MB Selangor. Tak payah kait nama Sultan nak tutup kerja yang dibuat oleh TGHH dan geng. Alasan ni samalah kerja menutup bangkai gajah dengan sehelai daun je. Cerdik le skit....kamu tu pejuang Islam. Kalau UMNO yang buat takde sapa yang heran.

in response to  DIALOG DAN PENJELASAN ISU TERKINI BERSAMA PRESIDEN PAS  1. Bagi mereka yang baru dalam politik, mungkin merasakan apa yang berlaku berat sangat sampai mabuk laut. Kita berpengalaman memerintah bahkan di Kelantan 20 tahun lebih, tiba2 kita hormat pada DAP dan rakan kita yang baru berapa pengggal. 2. Di Selangor, masalah bukan masalah kita. Masalah dibuat oleh rakan kita. Ada dikalangan kita nak buat raja macam tunggul kayu, itu tak boleh. Mesti ada akhlak, walau buruk macam mana pun raja mesti ada adabnya. Mesti ada peranannya. * Ucapan TG pendek shj, selebihnya soalan 📓📔📚 1. Tanya pasal hudud, bila pulak nak bawa ke parlimen? Mesti ikut politik islam. Syarat untuk melaksanakan mesti ada 5 syarat (rukun), negeri, rakyat, perlembangan, undang2 dan pemimpin. Baru layak dan wajib utk melaksanakan macam pergi ke Mekah. 2. Mengenai Tengku Razaleigh Hamzah. Mula2 PKR pujuk dulu, lepas tu suruh kita pujuk. Tengku tak mahu PKR atau DAP. Jadi kita kena nok wat macam mana.  3. , by Kuda Perang.

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak sokong PR pun jgn fanatik...mana ada manusia yg sempurna. orang mcm hang nie lah orang politik suka bila dah celup warna hijau akan hijau selamanya..otak langsung tak guna...mcm ustaz azhar idrus cakap orang kata b*d*h marah tp belajar tak nak otak ada tak nak guna...sorry teguran ini supaya hang pakai otak bila lama tak pakai dia jadi karat...

Tanpa Nama berkata...

Dh terang2 skrg siapa pas kan....oleh itu saya merayu to long keluarkn pas Dr pakatan.
Party yg sabotaj & khianat kawan.tggu nasib pru 14 nti.

Tanpa Nama berkata...

Satu Ulama pas yang suci mulia pandai bahas. Dakwah akan berjaya Sampai America

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan dari Tim.President PAS ,Hj.Mohammad Sabu sudah cukup menggambarkan peri-laku TGHA dan Stopa Ali.Tak payah nak panjang-panjangkan komen.

Tanpa Nama berkata...

kuda perang

bila Hadi Awang munafik nak saman fitnah portal Malaysian Insider?

sebelum krisis berlaku Hadi pantang jumpa mikrofon...La ni awat dok menyorok mcm tikus... Awat Presiden taraf ularmak jd lagu nih.. Org dok buat spekulasi khabar angin bagai dia jd bisu lak... Ko tk yah jd tukang cakap Presiden biar dia berdepan sendiri dgn ahli2 dan rakyat yg telah mengundi Pas. Berani krn benar buatlah dialog atau sidang akhbar. Knp dia belot pd parti sendiri?

Tanpa Nama berkata...

Aku anon 7.12...aku dari dulu, kini dan mungkin selamanya bukan penyokong BN...Aku sokong PR dulunya kwrana aku rasa PR satu2 nya alternatif yg rakyat ada utk melihat perubahan di M'sia...tapi rupanya dusta belaka...