17 Ogo 2014

Wala' Tidak Sama Dengan Taksub

Wala' - satu perkataan keramat yang sekarang ini menjadi peluru bagi kumpulan tertentu di dalam PAS bagi menyerang lawannya ekoran krisis MB Selangor.

Tidak wala kepada Presdien, tidak wala kepada Majlis Syura Ulamak, tidak wala kepada parti dan sebagainya.

Dua orang ADUN PAS dituduh tidak wala kepada parti apabila menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar Selangor kelmarin.

Pihak yang mungkin "geram" dengan tindakan kedua-dua itu seperti dirasuk iblis dan syaitan, menuduh dan mefitnah kononnya mereka berdua dibayar sekian-sekian juta, kononnya YB Saari seorang spy PKR yang menyusup masuk dalam PAS untuk menghancurkan PAS dan pelbagai tohmahan lagi.

Maka bertimbunlah caci-maki dengan segunung kata nista bercampur fitnah dilemparkan kepada dua orang YB berkenaan termasuk cerita kononnya YB Saari Sungip dimasukkan ke IJN kerana "balasan TAllah".

Ini menyebabkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga ADUN Meru terpaksa mengeluarkan satu kenyataan berbunyi:


Saari Sungib yang kukenali..." - Adun PAS Meru

"Yb Shaari bukan sebarang pejuang. Pengalaman dlm bersidang, traveling dan diam sebilik dgn beliau didalam dan diluar negara...beliau tidak berhenti-henti membaca Al Quran, berzikir dan bersalawat.

Jam 3 pagi dah bangun solat mlm walau dimana berada.

Pelbagai usul yg dibawa dlm Sidang DUN sejak menjadi ADUN Pas menaikkan imej Pas dimata rakyat.

Pernah ditahan ISA dan diseksa. Banyak buku2 yg telah ditulis. Kesihatannya juga terganggu semenjak akhir2 ini.

Saya menangis bila membaca pelbagai bad remarks yg dicampakkan keatas dirinya.

Saya yakin pengorbanannya besar kpd jamaah.

Sanggup korbankan diri utk jamaah. Biarlah Jawatankuasa Disilplin berperanan ......"

-YB Dr Abdul Rani Osman-
ADUN Meru

Ramai yang tidak mengenali YB Saari lantas itu menuduh beliau dengan pelbagai tuduhan.

Beliau ialah Presiden pertama Jemaah Islah Malaysia (JIM) sewaktu JIM dibuhkan di dalam tahun 1990 dahulu. PAS pada ketika itu masih terumbang-ambing dengan tidak mempunyai silibus usrah yang kemas sehinggalah ada diantara beberapa kumpulan usrah di dalam PAS sendiri terutama di universiti-universiti tempatan dan luarnegara menggunakan beberapa teks usrah karya Saari Sungip (nama penanya Auu Urwah) dijadikan silibus usrah masing-masing.

Di dalam salah satu teks usrahnya beliau ada menyentuh bab WALA.

Oleh itu untuk menuduh beliau tidak wala adalah satu kejanggalan, kerana beliau lebih faham pengertian wala dari sekalian penyerangnya.

Ada yang berkata, oh YB Saari cuma boleh berteori tentang wala... tetapi tidak praktikalnya.

Sungguh dasyat tohmahan itu. Sedangkan sebenarnya penuduh-penuduh itu tidak faham perbezaan di antara wala dan taksub.

Apabila Presiden PAS satu ketika membuat tuduhan terhadap ahli PKR mengenai pil kuda, ramai yang masih menyokongnya... maka itu bukan wala tetapi taksub!


GB tidak menentang Presiden PAS. Tetapi GB tentang ialah ketaksuban kepada pemimpin. Apabila TG Haji Abd Hadi membuat kesilapan, kita perlu menegurnya. Misalnya di dalam cadangan terhadap Kerajaan Perpaduan dahulu. GB terpaksa menentang habis-habisan kerana bagi GB ia adalah satu pengkhianatan terhadap parti dan Pakatan Rakyat.

Di dalam isu Selangor. Apabila TG Haji Hadi membuat kenyataan yang premature menyokong Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai MB Selangor, dan kemudian diikuti oleh sokongan dari Pemangku Ketua Ulama PAS sehingga Majlis Syura Ulama membuat keputusan yang sama, maka GB terpaksa "menentang"nya.

Ramai menuding GB tidak wala!

Hal ini pernah GB jelaskan di dalam tulisan GB:

Soal integriti adalah soal yang lain. Tetapi soal Khalid tidak mematuhi arahn kepimpinan partinya sendiri adalah jelas satu penderhakaan dan pengkhianatan terhadap partinya sendiri. Majlis Syura Ulamak mengajar ahlinya supaya tidak ikut arahan kepimpinan parti?.....

Nampaknya Muktamar PAS akan datang perlu membincangkan semula Perlembagaan Parti khususnya berkaitan dengan peranan dan keanggotaan ahli Majlis Syura Ulamak. Ia perlukan penilaian, penelitian dan pemerkasaan semula supaya tidak lagi menjadi alat sekumpulan tertentu di dalam parti/jemaah bagi mencapai matlamat tertentu.

Jika GB dan yang-lain yang mengkritik keputusan Majlis Syura Ulama dituduh ingkar kepada arahan kepimpinan parti, maka tindakan Majlis Syura Ulamak yang membela Khalid Ibrahim yang ingkar kepada partinya itulah menjadi penyebabnya!

Cukup memalukan lagi apabila seorang anggota Majlis Syura Ulamak tanpa segan-silu melakukan "fitnah" keatas seorang pemimpin DAP di dalam isu terowong di Pulau Pinang sehingga ia berhadapan dengan saman dari KM Pulau Pinang berkenaan. Fitnah itu adab seorang ulamakkah?

Juga memalukan apabila ramai mempertikaikan seorang anggota Majlis Syura Ulamak sebenarnya menantu Tuan presiden sendiri yang entah berapa hari berada di dalam PAS, tetiba boleh menjadi seorang anggota Majlis Syura Ulamak. .

Ini semua menyebabkan kredibiliti Majlis Syura Ulamak tercalar dan keputusan-keputusannya tidak dapat dihormati oleh para ahli. Lantaran itu GB meminta supaya institusi Majlis Syura Ulamak disemak segera untuk memperkasakannya supaya ianya menjadi badan yang dihormati di dalam sesebuah harakah Islamiah.

Dulu lagi di dalam satu tulisan GB pada 7 Ogos 2008 bersempena maal hijrah GB telah menyatakan bahawa parameter adab berjemaah (wala) itu perlu dinilai dan didefinisikan semula.

Persoalan "adab jemaah" yang ditimbulkan oleh beberapa rakan di lingkaran usrah-usrah kini perlu ditafsirkan dengan parameter baru. "Adab jemaah" bukan lagi dengan mengakui keperluan untuk mengkritik secara berbisik atau apa yang dikatakan "mengikut saluran parti". Cara itu sudah terlalu semalam, sudah ketinggalan zaman.

Kini sudah ada istilah-istilah baru yang mengambil tempat yang diterima sebagai "adab jemaah", seperti "wistle-blowing" - satu kaedah di mana ahli organisasi mendedahkan kepincangan yang dikesannya secara terbuka, "pengurusan strategik" di mana penetapan visi, misi dan objektif organisasi dibuat secara telus dan dipacu bersama oleh pemimpin dan ahli serta "etika professional" dimana nilai-nilai sejagat diakui diterima pakai oleh segenap lapisan petugas dan pekerja organisasi. Mereka yang berdiam diri terhadap kepincangan dan berrahsia untuk menutup kelemahan dilihat sebagai "tidak beradab" malah dikira bersubahabat dengan kegagalan organisasi di zaman kontemporari ini.

Definisi tradisional mengenai wala' lebih sangat menghampiri taksub dimana pemimpin atau ulamak tidak boleh dikritik. Mereka kononnya sebagai kumpulan makhluk suci yang tidak boleh disalahi. Ini amat pertentangan dengan ajaran Islam dimana Rasulullah sendiri berlapang dada apabila dikritik. Baca kisah ini:

Dalam sejarah perkembangan Islam, tradisi kritik bukanlah sesuatu yang asing. Suatu hari, saat bergerak menuju medan perang Badar, Rasulullah memutuskan kepada pasukannya untuk berkemah di kawasan sumur pertama yang mereka temui. Tak ada satupun dari para sahabat yang “berani” menolak perintah dari Rasulullah tersebut. Hingga seorang sahabat yang dikenal sebagai pakar strategi perang bernama Khabab bin Mundzir berdiri seraya berkata:

"Wahai Rasulullah, apakah penentuan posisi tersebut adalah wahyu dari Allah? Atau hanya berdasarkan strategi perang yang merupakan pendapat anda?”

"Oh bukan sama sekali ya Khabab. Tempat ini kupilih berdasarkan pendapatku semata,”jawab Rasulullah.

"Wahai Rasulullah, jika aku boleh memiliki pendapat, menurutku tempat ini tidak strategis. Sebaiknya kita pindah ke tempat air yang paling dekat dengan musuh. Kita membuat markas di sana dan menutup sumur-sumur yang ada di belakangnya. Kita buat lubang-lubang dekat perkemahan dan kita isi dengan air hingga penuh. Dengan demikian kita akan berperang dan mempunyai persediaan air yang cukup. Sedangkan musuh tidak mempunyai persediaan air minum,'' jelas Khabab.

Marahkah Rasulullah pendapatnya dibantah oleh salah seorang sahabatnya? Alih-alih murka dan memerintahkan “sahabat lancang” itu untuk menuruti perintahnya, setelah berpikir sejenak, seraya tersenyum senang Rasulullah malah berkata:

"Pendapatmu sungguh lebih baik dari pendapatku." Dan kemudian sejarah mencatat, strategi tersebut sangat ampuh dan menjadikan kaum Muslimin bisa memenangkan pertempuran atas orang-orang Quraisy Mekah.

Sedangkan Rasulullah saw sendiri berlapang dada untuk menerima pandangan "orang bawahan"...

Sepertimana Ibnu Qayyim apabila dikritik kerana menyalahi pendapat gurunya Imam Ibnu Taimiyah, beliau berkata: Aku menyayangi Ibnu Taimiyah, tetapi kebenaran itu lebih aku sayangi daripada Ibnu Taimiyah.

Sekian wallahu 'alam.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



10 ulasan:

4G berkata...

betui dan bernas penulisan anta ni greenboc..kebanyakan ahli pas ni terutama yang dari kampong kampong jahil ilmu tapi taksub ta tahu ujung pangkal serta jumud jiddan ni yg menjadi masalah di dalam pas pertembungan antara puak berilmu dengan puak taksub dan jahil...

Awanama berkata...

Kepada Tuan GB - dua ulama yg tuan contohkan dlm tulisan tuan itu semuanya dah berjawatan tinggi & berkedudukan. Ada kemungkinan pendapat yg mrk berikan jika tak kena gayanya sedikit banyak boleh menjejaskan kemewahan yg sedang mrk nikmati skrg. Ini pendapat saya saja bukan tuduhan. Maaf kalau silap.

abuamir berkata...

Pemimpin macam imam dlm solat, selagi imam betul kita ikut tetapi jika imam salah/batal solat kita ganti atau mufarakah. Tiada ketaatan kecuali Allah SWT & Rasulullah SAW , manusia lain tiada yg maksum. Pemimpin boleh dtg & pergi tetapi jemaah Islam mesti tetap dilandasnya jika taksub kpd pemimpin jemaah jadi rosak.

Kami ahli wala kpd jemaah tetapi bukan taksub kpd pemimpin.

IbnAbdHalim berkata...

Berapa keratkah anggota majlis syura yang benar-benar alim yang boleh digelar ulamak? Kalau macam MP Temerloh tu pun ulamak, Pas macam parti tong sampahlah.

Awanama berkata...

Sama je dengan orang kampung yang menyokong UMNO ,otak dah tak bolih di cuci.begitu juga penyokong Pas ,kalau ulamak buat salah ,mereka tetap mempertahan ulamak tersebut,Kalau contohnya ada najis pada jubah ulamak ,kita beritahu itu najis tapi puak-puak ni pasti mengetakan itu pewangi.begitulah contohnya.

Awanama berkata...

saya sokong kata2 gb kadang2 saya terperanjat dan terkesan akan bahasa kasar/laser yg dihambur pentaksub presiden sampaikan mcm tak percaya ia dtg dari mulut mereka mcm bloger pencarut umngok yg tak tahu halal dan haram..

BaDiN berkata...

mahu wala' mesti pada tempatnya.Tak semua apa yg Pemimpin buat mesti betul.Manusia biasa takkan terlepas dari Silap dan Tersilap.Ahli PAs yg fanatik Wala' akan melambatkan PAS menguasai Malaysia.Ada ahli PAS yg terlalu fanatik menimbulkan masalah kpd PAS utk mendekatkan dirinya kpd org2 yg menyokong dacing.Kita sekarang harus bersikap terbuka dan mempunyai pemikiran terbuka dalam mencari pengaruh.

Awanama berkata...

Betul GB anda boleh berhujah bernas bukan pengikut membabi buta perut.. Dan jahil

Awanama berkata...

betui..sokong hang..
klau setakat belit serban besar dan bertukar jubah serat bercakap anta ana.. dah dipanggil ulama..ha..
sekurangnya ada tulis kitab ilmiah sebuah dua..macam syekh idris marbawi tu..ha..baru nama ulama..
kalau setakat tulis buku doa atau feqah tentang haid nifas..belum tentu kot..

Awanama berkata...

Sokong GB